"Sesiapa yang mengamalkan sunahku, maka dia mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku, maka aku akan bersama-sama dengannya di syurga."
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Sunah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW begitu lengkap, merangkumi aktiviti harian kita dan boleh diamalkan pada bila-bila masa dan di mana jua. Malah, dunia perubatan moden membuktikan amalan sunah sangat bermanfaat kepada kesihatan kita.
Tahukah anda, pusat saraf yang paling peka dalam tubuh kita terdapat pada anggota wuduk? Oleh itu, setiap kali kita berwuduk, pusat-pusat saraf ini sangat sensitif terhadap air segar yang seterusnya dapat menjaga kesihatan dan keseimbangan pada pusat saraf dalam tubuh kita.
Menarik, bukan? Mari kita terokai sunah-sunah lain yang dapat diamalkan dalam kehidupan harian.
Buku ini menghimpunkan lapan kalimah toyyibah. Kalimah-kalimah ini sering kita ucapkan dalam kehidupan seharian. Antaranya seperti Bismillah, Alhamdulillah, Assalamualaikum dan banyak lagi. Kalimah-Kalimah terpuji ini mendekatkan anak-anak dengan Allah. Mudah-mudahan, anak-anak akan terdidik dengan kalimah mulia ini.
Buku Kisah Teladan Nabi dan Rasul (Siri 1) merupakan himpunan kisah hidup dan perjalanan dakwah para nabi dan rasul. Bermula daripada peristiwa Nabi Adam A.S. dan Hawa diturunkan ke bumi sehinggalah perjalanan dakwah yang ditelusuri oleh Nabi Syu'ib a.s. terkandung dalam buku ini.
Kita dapat mengetahui pelbagai ujian yang ditempuhi oleh para nabi dan rasul semasa mereka menyampaikan dakwah. Antaranya, kisah kaum kafir yang mahu membakar nabi hidup-hidup, percubaan mengusir nabi dari kota, nabi dicampak ke dalam perigi, dan banyak lagi. Dahsyat, bukan?
Namun begitu, keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT menguatkan semangat para nabi dan rasul untuk meneruskan perjuangan dakwah mereka. Hasilnya, tersebarlah agama Islam sehingga ke hari ini. Ingin tahu lebih lanjut tentang perjuangan dakwah para nabi dan rasul kita? Mari baca buku ini!
Buku Kisah Teladan Nabi dan Rasul (Siri 2) merupakan sambungan buku Kisah Teladan Nabi dan Rasul (Siri 1). Bermula dengan kisah Nabi Musa A.S. membelah lautan menggunakan tongkatnya sehinggalah kisah perjuangan dakwah utusan Allah yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW dimuatkan dalam siri ini.
Kaum Musyrikin menentang hebat dakwah yang dilakukan oleh para nabi dan rasul sehingga ada percubaan untuk membunuh nabi. Walau bagaimanapu, keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT menguatkan semangat para nabi dan rasul untuk meneruskan perjuangan dakwah mereka. Hasilnya, tersebarlah agama Islam sehingga ke hari ini.
Ingin tahu lebih lanjut tentang perjuangan dakwah para nabi dan rasul kita? Mari baca buku ini!
Buku ini menghimpunkan doa harian yang amat sesuai dibaca dan diamalkan oleh kanak-kanak pada setiap peringkat umur, dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Setiap doa dalam buku adalah bersumber daripada rujukan yang sahih, iaitu al-Quran dan hadis.
Usia kanak-kanak merupakan waktu terbaik untuk mereka mempelajari serta menghafaz doa-doa harian agar dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian sehingga dewasa kelak. Dalam buku ini, ibu bapa serta guru juga boleh terlibat sama membimbing anak-anak dalam proses hafazan melalui kolum Jadual Hafazan yang disediakan. Lebih 50 doa dimuatkan merangkumi topik :
Bilik Tidur
Bilik Air
Pakaian
Makan Minum
Keluar Masuk Rumah
Kenderaan
Belajar
Keluarga
Kesihatan
Akhlak
Buku ini menghimpunkan doa harian yang amat sesuai dibaca dan diamalkan oleh kanak-kanak pada setiap peringkat umur, dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Setiap doa dalam buku adalah bersumber daripada rujukan yang sahih, iaitu al-Quran dan hadis.
Usia kanak-kanak merupakan waktu terbaik untuk mereka mempelajari serta menghafaz doa-doa harian agar dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian sehingga dewasa kelak. Dalam buku ini, ibu bapa serta guru juga boleh terlibat sama membimbing anak-anak dalam proses hafazan melalui kolum Jadual Hafazan yang disediakan. Lebih 50 doa dimuatkan merangkumi topik :
Masjid
Al-Quran
Solat
Ramadan dan Syawal
Cuaca
Ujian dan Musibah
Kematian
Majlis
Peristiwa/Kejadian
Buku ini menampilkan himpunan hadis yang amat sesuai dibaca dan dihafaz oleh semua peringkat umur kanak-kanak. Setiap hadis disertakan dengan penerangan menggunakan laras bahasa yang mudah dan ringkas untuk difahami, dihayati serta diamalkan oleh kanak-kanak.
Dalam buku ini, ibu bapa serta guru juga boleh terlibat sama membimbing anak-anak dalam proses hafazan melalui kolum Jadual Hafazan yang disediakan. Lebih 50 hadis yang dimuatkan ini dipilih dengan teliti daripada sumber yang sahih, merangkumi topik yang berkisar kehidupan seharian kanak-kanak, antaranya :
Islam
Ilmu
Iman
AdabĀ
Solat
Hati
Doa
Akhlak
Amalan
Persaudaraan
Buku ini menampilkan himpunan zikir yang amat sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur kanak-kanak. Disertakan dengan ilustrasi yang menarik, himpunan zikir ini juga dilengkapi penerangan menggunakan laras bahasa yang mudah dan ringkas untuk dihayati dan difahami oleh kanak-kanak.
Dalam buku ini, ibu bapa serta guru juga boleh terlibat sama membimbing anak-anak dalam proses hafazan melalui kolum Jadual Hafazan yang disediakan. Lebih 50 zikir yang dimuatkan ini dipilih dengan teliti daripada sumber yang sahih, merangkumi topik yang berkisar kehidupan seharian kanak-kanak, antaranya :
Zikir yang Paling Disukai oleh Allah SWT
Zikir Selepas Solat Fardu
Zikir Pujian
Zikir Teguh Pendirian dalam Islam
Zikir Mensyukuri Nikmat
Zikir Memuji Allah SWT
Zikir Mengelak Bahaya
Asmaul Husna
Siri yang mengajak kanak-kanak mencontohi karakter terpuji nabi ketika berhadapan cabaran dalam kehidupan.
Bercakap benar ialah sifat terpuji yang kerap kali disebut dalam Al-Quran. Namun, menyemai nilai ini dalam diri kanak-kanak amat mencabar, terutamanya dengan budaya Asia yang kolektif dan tidak sukakan konflik.
Walaupun dihalau keluar oleh kaumnya, Nabi Luth A.S menjadi contoh kepada kita untuk tetap bercakap benar.
Ikuti kisah Farah :
Mempertahankan pendiriannya
Tetap bercakap benar walaupun berseorangan
Perasaan marah ialah sesuatu yang normal bagi setiap manusia, termasuk kanak-kanak. Bahkan, Al-Quran meraikan emosi ini dengan menceritakan kisah Nabi Musa A.S marah apabila kaumnya tidak menyembah Allah.
Nabi Musa A.S menjadi contoh kepada kita untuk menghadapi perasaan marah dengan lebih sihat.
Ikuti kisah Farhan :
Belajar berhenti seketika apabila marah
Mendengar penjelasan
Farhan sibuk membina istana olok-olok untuk Farah menggunakan barang mainannya. Apabila Farah terjatuh kerana terpijak mainan Farhan yang bertaburan, Farhan hanya diam tidak peduli. Sehinggalah, istana itu roboh lalu mengoyakkan baju kembang Farah... alamak!
Apakah yang perlu Farhan lakukan?
Mari, kita ikuti kisah Farhan belajar meminta maaf daripada kisah Nabi Adam A.S!