Menghimpunkan komik-komik pendek karya Huzza yang diterbitkan dalam projek antologi terbitan Komik-M.
Istimewa dalam edisi kompilasi ini, kesemua komik diwarnakan sepenuhnya. Turut disertakan tutorial dan coretan khas beliau mengenai panduan berkomik buat para pemula yang mahu menceburi bidang komik. Tidak dilupakan, catatan-catatan eksklusif beliau yang menceritakan tentang kisah-kisah di sebalik pembikinan setiap komik.
Menampilkan komik-komik berkaitan sukan badminton daripada artis-artis Komik-M seperti:
AURA oleh Sulaiman Shaari
MEI POOJA TASYA oleh Reja
KILAS oleh Jiwazuro
JURUS & JANJI oleh Sahrul Huda
CERAH oleh Faiez Izwan
TANGKIS oleh Cpelukis
Antologi komik khas yang menampilkan komik-komik pendek yang bertemakan ‘melodi’ daripada artis-artis komik seperti berikut:
Eka Asmara oleh NUREL
Hembus Pesona oleh DRIMZT
Memori Pesona oleh SYEWE YOSS
Alunan Irama oleh AIEUNA
Lagu Cinta oleh ESSKAZU & ANI MAZNI
Rantai Kunci oleh AMIRAH
"Ramai yang kurang meminati dan menganggap Matematik sebagai subjek yang sukar kerana tidak menyedari kepentingannya. AKU, KAU & MATEMATIK mengetengahkan kepentingan Matematik dalam kehidupan harian kita. Menerusi penceritaan yang santai dan lukisan yang menarik, murid dapat memahami topik-topik umum Matematik dengan lebih mudah. Saya yakin komik ini dapat membantu ibu bapa memupuk minat anak-anak terhadap Matematik."
- MOHD NUR FIRDAUS JOSLEH
Guru Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna 2
AKU, KAU & MATEMATIK #2: KIRAMAN & GADIS KIRA menampilkan komik-komik pendek berkaitan keseronokan mempelajari subjek Matematik dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Judul komik dan artis komik yang menyumbang karya dalam antologi ini adalah seperti berikut:
KIRAMAN & GADIS KIRA oleh Danish Aiman & Reja
SANG MEOW UTAMA vs JERANGGA oleh Shahrul Huda
JERI & ATUK LEGEND oleh Topekcomics
PUKUL RATA oleh Kimi
BOROS oleh Danish Aiman
NISBAH SAKTI oleh Akam & Amirul Ain
BUKU AMIR oleh Muhd Salimi
“Medium komik mampu berperanan sebagai stimulus dalam membangkitkan minat dan keterujaan murid terhadap pembelajaran Matematik. Sebagai contoh, komik AKU, KAU & MATEMATIK ini dapat membantu murid memahami konsep tertentu secara lebih mudah dan menyeronokkan. Dengan sokongan guru serta ibu bapa terhadap penggunaan komik pendidikan, kita dapat memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran murid di sekolah dan di rumah.”
- MOHD AMIRUL AFIQS SAARI
Guru Sekolah Kebangsaan 1 Taman Selayang
AKU, KAU & MATEMATIK #3: SAKTI GEOMETRI menampilkan komik-komik pendek berkaitan keseronokan mempelajari subjek Matematik dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Judul komik dan artis komik yang menyumbang karya dalam antologi ini adalah seperti berikut:
PAKSI MASA oleh Shaxmizi & Zyll Fathe
KAPUR & PELURU oleh Jiwazuro
DUA SETERU oleh Shaxmizi & Mrs Rabbit
ULANG TAHUN EMAK oleh Shaxmizi & Shahrul Hakimi
PINJAM SELOFAN oleh Muhd Salimi & Faiez Izwan
SAKTI GEOMETRI oleh Akam & Xlid
RM1.40 oleh Muhd Salimi & Zyll Fathe
Menampilkan komik-komik pendek bertemakan kucing seperti berikut:
CINTA MEOW CAFE: MOCHI oleh BEN WONG
MEOWTOPIA: AGROBA oleh SULAIMAN SHAARI
MISI SI PUTIH oleh AFIQSANUKIS
KOPI: OREO oleh JIWAZURO
PAW PAW oleh NUREL
KEMBARA PAWANG & SI TOMPOK: MOMOK oleh FAIEZ IZWAN
“Ada murid yang menganggap subjek Sains dan Matematik sangat sukar dan membosankan. Kewujudan komik sains dapat membantu guru membimbing dan mendidik murid memahami proses sains sekali gus menarik minat mereka ke arah pendidikan STEM yang bermatlamat melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan kritis. Terima kasih komik sains!”
PUAN NOR SUHAIDA BINTI SAUFI
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Medan
Aku, Kau & Sains #3: Eksplorasi menampilkan komik-komik pendek berkaitan keseronokan mempelajari sains dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Judul komik dan artis komik yang menyumbang karya dalam antologi ini adalah seperti berikut:
IMPIAN oleh Akam & Aieuna
ALAM EKSPLORASI oleh Danish Aiman & Zyll Fathe
NIRBERAT oleh Muhd Salimi & Afiqsanukis
NOTA SAINS MIMI: BUKAN MAGIK, TAPI GENETIK oleh Fadhli Hamdan
GERHANA oleh Waowo
FOSIL oleh Shahrul Huda
IKHTIAR oleh Akam & Bangnana
“Berat dan memeningkan. Itulah kadangkala tanggapan orang tentang subjek Sains. Bagaimana pula dengan komik? Ringan dan menarik! Apabila ilmu sains disampaikan dalam bentuk komik, maka terhasillah satu magik. Kerumitan sains terurai satu per satu, lalu dapat difahami dengan lebih cepat dan menyeronokkan. Begitulah keberkesanan medium komik sebagai pengantara ilmu!”
DR. MOHD FADHLI HAMDAN (PHD)
Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
Aku, Kau & Sains #4: Eksperimentasi menampilkan komik-komik pendek berkaitan keseronokan mempelajari sains dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Judul komik dan artis komik yang menyumbang karya dalam antologi ini adalah seperti berikut:
SUPERGENTING oleh Muhd Salimi & Zyll Fathe
MIKRO oleh Danish Aiman & Reja
CABARAN PEDAS oleh Ca'a & Qissime
INAI oleh Shaxmizi & Aieuna
PELOTON oleh Muhd Salimi & Khairul Amirin
NOTA SAINS MIMI: TEMBIKAI AJAIB? oleh Fadhli Hamdan
ELEMEN API oleh Cu'a & Ann
Menghimpunkan komik-komik bertemakan sukan sepak takraw daripada artis-artis komik seperti berikut:
LIBASAN GULUNG oleh Zyll Fathe & Hikibee
ATUK TAKRAW oleh Froggypapa
TUJU oleh Jiwazuro
GENERASI oleh Kimi
SANG KANCIL oleh Faiez Izwan
GADIS TAKRAW oleh Kaher
Angkara ketamakan dan dendam para pemerintah, rakyat menjadi mangsa. Inilah realiti yang membelenggu Kerajaan Nadhar dan Kerajaan Yukai. Peperangan demi peperangan meletus tanpa henti, sehingga kebencian kian berakar, tertanam jauh dalam relung hati masing-masing.
Keamanan seakan mustahil selagi satu azam belum terlaksana. Tercetusnya pula Perang Teragung hanya memburukkan lagi konflik yang sedia parah.
Mampukah azam itu dicapai, ataupun inikah permulaan kepada sebuah kebinasaan yang tidak dapat dielakkan?
Antologi Komik-M yang menghimpunkan karya para pemenang Cabaran Komik Online Malaysia ke-9 (CKOM9) pilihan juri dan pilihan editor.
Diterbitkan dengan istimewa secara berkembar tiga bersama CKOM: ZOMBINASI dan CUN #10: ZOMBIE. Dapatkan ketiga-tiganya serentak untuk kepuasan pembacaan yang maksimum.
*CKOM adalah sayembara komik anjuran portal MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M yang dilakukan setiap tahun dengan tema yang berbeza. CKOM9 kali ini menampilkan tema ‘zombie’.
Antologi Komik-M yang menghimpunkan karya para pemenang Cabaran Komik Online Malaysia ke-9 (CKOM9) pilihan juri dan pilihan editor.
Diterbitkan dengan istimewa secara berkembar tiga bersama CKOM: ZOMBIFIKASI dan CUN #10: ZOMBIE. Dapatkan ketiga-tiganya serentak untuk kepuasan pembacaan yang maksimum.
*CKOM adalah sayembara komik anjuran portal MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M yang dilakukan setiap tahun dengan tema yang berbeza. CKOM9 kali ini menampilkan tema ‘zombie’.
Coffee Break Double Shot adalah buku kompilasi kedua Ain Lavendra setelah buku kompilasi yang pertama, Coffee Break diterbitkan pada tahun 2019.
Terbaik dalam buku ini:
Himpunan komik menarik dan terbaik karya Ain Lavendra di Komik-M. 100% berwarna!
Bonus: Tip dan panduan berkomik gaya Ain Lavendra
Bonus: Catatan dan koleksi ilustrasi terpilih Ain Lavendra
Buku kesepuluh daripada siri antologi CUN yang menghimpunkan karya-karya artis komik wanita sahaja. CUN #10 menampilkan karya-karya pilihan juri dan pilihan editor daripada sayembara Cabaran Komik Online Malaysia kali kesembilan (CKOM9).
CUN #9 ini juga diterbitkan serentak bersama CKOM: ZOMBIFIKASI dan CKOM: ZOMBINASI. Dapatkan ketiga-tiga buku ini bagi kepuasan membaca yang maksimum.
*CKOM adalah pertandingan melukis komik anjuran portal MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M yang dilakukan setiap tahun dengan tema yang berbeza. CKOM9 kali ini menampilkan tema zombie.
Siri antologi bestseller dan istimewa Komik-M yang menghimpunkan karya komik daripada artis-artis komik wanita.
Menampilkan karya seperti berikut:
JIWA TERANG oleh Nurel
ABAH BOREK, PUTERI RINTIK oleh Syewe Yoss
SUAMIKU ENCIK GAMER oleh Drimzt
SANTAI oleh Amirah
U & I oleh ANN
UNLOCK oleh Majime
KELUARGA GAMER oleh Esskazu Ain Aishah
"Tak sangka, elemen zaman dahulukala boleh diadunkan bersama-sama unsur STEM! Pencertaan berasaskan konsep merentas masa dengan jalinan pelbagai informasi tentang evolusi teknologi menjadikan komik ini sangat menarik untuk dibaca oleh pelajar-pelajar sekolah. Susun kata yang mudah difahami dan diselit dengan unsur kecindan pasti akan mencuit jia pembaca. Hiburan dapat, ilmu pun dapat. Selepas ini, guru disiplin pun boleh menggalakkan pelajar untuk membawa Komik-M ke sekolah!"
THOWIE ZACHEUS (CIKGU JAWIK)
Guru Sekolah Kebangsaan Skibang, Bau, Sarawak
Ketiadaan guru subjek Sains kerana terpaksa cuti bersalin telah menimbulkan pertanyaan dalam kalangan murid-murid kelas 3 Melati, siapakah yang akan menggantikan guru mereka?
Mampukah guru pengganti ini mengendalikan kelas yang terkenal dengan pelbagai ragam dan membangkitkan minat mereka terhadap Sains?
Jauh beratus tahun di masa hadapan, tamadun manusia di seluruh dunia hancur dan musnah sama sekali. Akibat peperangan nuklear, segenap penjuru bumi berubah menjadi tandus dan berbahaya untuk didiami. Namun, seorang remaja nekad menempuh segala bahaya demi merealisasikan satu misi yang dipendam sekian lama dan memulakan kembaranya di tanah yang gersang.
"Komik berteraskan STEM adalah satu inisiatif hebat dalam memupuk kecintaan terhadap alam dan sains. Komik ini bukan sahaja kaya dengan fakta menarik tentang bunga pakma, malah diperkaya dengan elemen pengembaraan, persahabatan, dan kemahiran survival yang membawa mesej penting tentang pemeliharaan hutan. Latar tempatan yang digunakan menjadikan cenitanya hidup dan dekat dengan dunia pembaca. Sebagai guru perpustakaan, saya amat berbangga dengan usaha ini dan yakin generasi muda akan meraih mantaat yang besar daripada komik STEM yang begitu menginspirasi ini."
NURUL HAKIMIN AZIZI
Guru Perpustakaan dan Media
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri, Kuala Ketil
Sejak kecil, Ameen sering ternampak bayang hitam yang melekat, membisik, dan mendorong segelintir manusia ke arah keburukan. Selama ini dia hanya menutup mulut, takut, dan cuba berpura-pura hidup seperti biasa. Namun, semakin dia mengelak, semakin dekat bayang itu muncul mengganggu. Lama-kelamaan, bayang hitam itu kelihatan semakin jelas berwajah dan mula bercakap kepadanya.
Mampukah seorang budak kecil dan pemalu menentang kegelapan yang menelan manusia, ataupun dia sendiri akan terperangkap dalam bisikan yang membinasakan?
Lima orang remaja, Ash, Lam, Mohan, Is, dan Jason mempunyai satu persamaan, iaitu terdesak dan memerlukan wang. Dalam situasi terhimpit, mereka tertarik dengan satu program yang diberi nama Survival Statics.
Tanpa banyak soal, mereka terus mendaftar dan menandatangani kontrak untuk menyertai program yang menjanjikan hadiah wang tunai yang lumayan itu tanpa mengetahui risiko serta ujian yang sedang menanti mereka di sebuah pulau misteri.
Ash, Is, Jason, Lam, dan Mohan masih terperangkap dalam siri ujian maut yang menjanjikan ganjaran wang tunai yang lumayan. Semakin jauh mereka melangkah, semakin bahaya tahap ujian yang perlu diharungi. Namun, mereka tidak punya pilihan. Satu-satunya jalan keluar adalah dengan terus mara ke hadapan. Dapatkah mereka bertahan dan menamatkan setiap cabaran dengan jayanya tanpa mengorbankan sesiapa?
"Penuh kelucuan! Tersenyum-senyum pada hampir setiap halaman sewaktu membaca komik ini. Namun, segala gelagat lucu tidak 'kosong! la membawa kita bersama-sama mengikuti perjalanan Ultra Qalif dan temannya menyelesaikan teka-teki yang mencabar minda. Sambil berhibur, turut diselitkan fakta-fakta sains yang menarik. Jika murid-murid saya dapat membaca komik ini, mereka tentu teruja dan mendapat pengalaman 'belajar sains' dengan elemen didik hibur. Komik ini harus ada di setiap perpustakaan sekolah. Saya amat mengesyorkan!"
- IBTIHAJ SAIAN (CIKGU IB)
Guru Perpustakaan dan Media
Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan, Kajang