Bacalah Adikku, 12 Cerita Menyeronokkan adalah buku bacaan yang progresif bagi awal pembelajaran kanak-kanak. Buku ini melatih kanak-kanak bercerita tentang kehidupan harian mereka menggunakan perkataan-perkataan mudah. Ini membantu kanak-kanak menguasai penggunaan kata dan setiap cerita mempunyai tema yang berlainan. Setelah membaca buku ini, kanak-kanak mampu memahami skema bacaan yang lebih kompleks.
Buku ini ditulis oleh guru yang berpengalaman luas dalam bidang ini yang sentiasa dijadikan tempat rujukan. Malah, beliau juga pernah menulis beberapa buah buku prasekolah serta teknik-teknik pantas membaca.
Koleksi siri ini mengandungi 6 siri. Siri-siri dalam koleksi ini telah direka khas bagi kanak-kanak belajar membaca dengan cepat. Hampir semua suku kata dalam Bahasa Melayu diperkenalkan dengan sistematik supaya kanak-kanak dapat belajar dengan mudah. Suku kata yang diperkenalkan juga disusuli dengan ayat dan ilustrai yang menerangkan perkataan yang diperkenalkan. Ini adalah untuk memperkukuhkan pemahaman. Penggunaan warna berbeza untuk suku kata pasti memudahkan kanak-kanak membaca dengan lancar. Pastikan anda membaca semua siri dalam koleksi ini.
Ke Arah Pandai Membaca dirancang khas untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dari peringkat awal melalui pendekatan fonik yang sistematik dan efektif.
Pendekatan fonik ini berdasarkan kaedah mengajar membaca dengan menghubungkaitkan bunyi tertentu dengan huruf tertentu. Suku kata yang terdiri daripada huruf vokal sahaja atau gabungan huruf vokal dengan konsonan itu pula mempunyai bunyi yang tertentu. Kanak-kanak yang berjaya menguasai kemahiran menyebut sesepatah suku kata itu akan berkeupayaan membunyikan sebarang kata, ayat atau petikan tanpa kesulitan.
Semoga buku ini menjadi sumber rujukan yang penting bagi kanak-kanak dalam proses mempelajari cara menyebut dan membaca yang betul, khasnya pada peringkat awal.
Sebagai lanjutan daripada judul yang tersebut di atas, Saya Pandai Membaca disediakan agar prinsip serta kaedah penyebutan diperkukuh lagi melalui pelbagai latihan.
Di samping itu, pengalaman mempelajari prinsip serta kaedah penyebutan akan diperkaya lagi melalui kandungan dalam Topik-topik Terpilih. Topik-topik tersebut bukan sahaja selaras dengan daya pemikiran kanak-kanak, bahkan berkaitan rapat dengan kehidupan seharian mereka.
Seni BudayaÂ
Tarian Tradisional
Makanan Tradisional
Dilahir di
Pekerjaan Tradisional di Kalangan Rakyat
Perayaan-perayaan Rakyat
Bangunan Terkenal dan Fokus Pelancongan
Haiwan Juara
Seronoknya Membaca! merupakan suatu siri bacaan berperingkat yang terdiri daripada 3 set buku cerita - Kunci 1, Kunci 2 dan Kunci 3. Setiap set mengandungi 6 buah buku bacaan yang direka khas untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca.
Setiap buku dalam siri ini ditulis dengan teliti agar sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Penggunaan perkataan yang terkawal dan struktur ayat yang ringkas dan berulang serta ilustrasi menarik yang membayangkan maksud teks akan membantu pemahaman mereka. Pemenggalan perkataan dalam setiap ayat akan memudahkan lagi proses pembacaan. Dengan itu, kanak-kanak pasti teruja untuk terus membaca!
Siri ini berkesan kerana :
Kesedaran Fonemik - Pendekatan pengajaran membaca yang terkini.
Cerita dan ilustrasi yang dapat menarik minat anak untuk belajar membaca.
Perkataan baru diperkenalkan secara bertahap untuk membentuk keyakinan dan kemahiran membaca.
Sesuai dengan perkembangan kognitif dan persekitaran anak yang baru mula membaca.
Siri Bacaan Awal - Buku 1 hingga 4 membimbing anak agar dapat mengenal dan membaca bunyi-bunyi asas bahasa Melayu dan seterusnya dapat membaca perkataan dan ayat mudah.
Siri Bacaan Lanjutan - Buku 5 hingga 8 membimbing anak agar dapat mendengar dan menyebut bunyi-bunyi konsonan, diftong serta vokal berganding. Seterusnya anak dibimbing agar dapat membaca ayat-ayat yang lebih kompleks.Â
Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.
Ciri-ciri menarik dan unik :
Sistem Fonetik
Suku Kata Mudah
Bermakna dan Berulang
Dua Warna
Berima
Kurang Gambar