Seekor naga yang gagah tiba-tiba mengamuk dan menangis. Apa yang berlaku agaknya?
Dalam cerita Kawan Haiwan ini, mari sebut perkataan yang berdengung seperti mengamuk, mengaum, menangis dan banyak lagi perkataan-perkataan hebat!
Nuha terjatuh dari palang gayut di taman permainan hingga tangannya patah. Oh tidak! Adakah dia akan dapat menggunakan tangannya semula? Dengan bantuan keluarga yang penyayang dan seorang doktor yang sabar, Nuha memulakan perjalanan pemulihan. Sepanjang proses itu, dia belajar bahawa tangan yang patah tidak bermakna semangatnya turut patah.
Raja Singa sangat berbangga. Dia memerintah kerajaan yang mempunyai pelbagai jenis haiwan. Bulu singanya yang amat megah keemasan, menjadi kekaguman ramai. Dan surainya -- begitu megah!
Malangnya, Raja Singa terlalu bangga. Lihat apa berlaku apabila Raja Singa terlalu mementingkan penampilan dirinya.
Cerita ini menyampaikan mesej hebat tentang kepentingan nilai altruistik dan bahanya sikap sombong.
Cerita ini juga mendidik si cilik tentang nilai persefahaman, kemaafan serta ikatan masyarakat.
Lihat, dengar, hidu, rasa, sentuh dan fikir! Inilah deria saya.
See, hear, smell, taste, touch and think! These are my senses.
Sentuh dan Rasa / Touch and Feel
Hujan telah merosakkan rancangan Hyder dan Luna untuk ke taman haiwan. Jika mereka tidak dapat pergi ke taman haiwan, bolehkah mereka membawa taman haiwan kepada mereka? Dengan sebuah kubu selimut dan sedikit kreativiti, Hyder dan Luna mengubah ruang tamu mereka menjadi taman haiwan di dalam rumah yang paling seronok! Sebuah kisah tentang mencari pengembaraan dan keseronokan di mana sahaja kita berada.
Bertempat di sebuah kampung yang dihiasi pemandangan laut, cerita ini mengikuti satu hari dalam kehidupan sebuah keluarga yang mengumpulkan bahan-bahan untuk menyediakan hidangan yang lebih daripada sekadar makanan -- ia adalah satu perayaan warisan dan kasih sayang. Dari menangkap udang segar hingga memetik daun pisang di kebun, setiap anggota keluarga memainkan peranan dalam penyediaan hidangan, menjadikan Nasi Lemak Dari Kampung Ke Kota satu usaha keluarga yang bersifat bergotong-royong.
Walaupun kampung tersebut telah berubah menjadi sebuah bandar, tradisi keluarga memasak dan makan bersama tetap tidak berubah. Buku ini sesuai untuk pembaca berumur antara 4 hingga 8 tahun. Jalan ceritanya menggambarkan dengan indah, bagaimana tradisi dapat menyatukan keluarga, walaupun dunia di sekeliling mereka berubah.
Dengan penceritaan yang menarik dan adegan-adegan yang berwarna-warni, buku ini mengajak kanak-kanak untuk menghargai kegembiraan sederhana dalam kehidupan keluarga dan makanan yang dikongsi bersama. Buku cerita ini pasti menjadi tambahan yang baik kepada koleksi buku cerita kanak-kanak atau perpustakaan.
Pesta Durian : Dari Kampung ke Kota membawa bau, rasa, dan kisah kehidupan berkeluarga terus ke halaman buku ini. Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang mengimbau kenangan membesar di sebuah rumah panggung di tepi laut, dengan jiran-jiran yang saling mengenali. Hidup mereka ketika itu sederhana sekali. Kemudian, masa paling dinantikan pun tiba -- musim durian! Waktu ini, semua berpesta. Keluarga berkumpul, jiran datang berkunjung, dan udara dipenuhi aroma kuat Raja Segala Buah.
Cerita ini membawa pembaca melihat bagaimana sebuah keluarga memilih, menyediakan dan berkongsi durian mereka. Dariapada menyediakan serawa durian yang keemasan hingga ke dodol yang manis, ia menunjukkan makanan mampu menyatukan semua orang.
Tetapi masa terus berlalu. Rumah kayu kini tiada lagi, dan kehidupan kota mengambil alih perjalanan hidup mereka. Namun, rasa durian tetap membawa kembali segala kenangan lama.
Bidin ikut ibunya ke Pasar Geylang Serai dan merasai sambal belacan buat kali pertama. Rasa pedas membuat lidah Bidin terbakar, namun dia tidak mudah mengalah.
Bidin cuba mencampurkan sambal belacan dengan aiskrim vanila untuk menikmati makanan itu dengan cara baharu. Adakah ujian pelik ini akan berjaya? Mungkinkah akan lahir satu rasa unik yang menyatukan manis dan pedas?
Ikuti kisah penuh selera tentang keberanian mencuba, kreativiti tanpa batas dan warisan makanan Melayu yang membangkitkan rasa bangga.
Bidin sangat gembira kerana hari ini Hari Raya Aidilfitri. Bidin segak bergaya dengan baju Melayu berwarna biru, tetapi tangannya asyik tergaru-garu.
Adakah Bidin berasa gatal dan panas? Perlukah Bidin membawa kipas?
Ayuh, mari kita baca selanjutnya bagaimana Bidin Si Tukang Bikin cuba mencipta baju yang dingin!
Bidin sangat teruja untuk melawat Geylang Serai bersama rakan-rakannya.
Pelbagai permainan tradisional menarik perhatian mereka, tetapi Bidin sangat tertarik pada gasing yang berputar ligat.
Namun, gasing Bidin tidak mahu berpusing! Adakah Bidin akan berputus asa?
Mungkinkah Bidin Si Tukang Bikin akan mencipta sesuatu yang luar biasa?
Ayuh, mari kita baca bagaimana Bidin cuba mencipta gasing yang boleh berpusing sendiri!
Bidin sangat teruja melihat padang luas di Bendungan Marina yang dipenuhi orang bermain layang-layang.
Apabila Ayah menghadiahi Bidin sekeping wau bulan, semangatnya mula berkobar-kobar. Namun, wau bulan Bidin asyik jatuh ke bumi.
Seorang kawan baharu muncul dengan kapal terbang kawalan jauh. Dari situlah tercetus satu eksperimen berani, wau dan kapal terbang bergabung menjadi satu.
Adakah percubaan Bidin akan berjaya? Mungkinkah langkah ini akan meluncurkan wau bulan ke angkasa?
Mari ikuti kisah penuh warna tentang impian, persahabatan dan kegembiraan menerbangkan wau bulan di langit Singapura!