Adam mengikuti ayahnya masuk ke hutan. Ayah Adam seorang pakar serangga. Dia suka melihat flora dan fauna di dalam hutan. Banyak tumbuhan aneh yang dilihat oleh Adam, termasuk serangga yang disangkanya bunga.
Ikuti kisah Adam dan Mentadak Orkid.
Adam suka membantu ibunya berkebun. Pada suatu hari, Adam ternampak sesuatu yang aneh pada dahan pokok di halaman rumahnya. Adam bertanya kepada ibu tentang perkara tersebut. Akan tetapi, ibu Adam tidak memberikan jawapan. Jiran sebelah rumah Adam, iaitu Puan Sita, hairan kerana pokok yang ditanam olehnya tidak menjadi dan asyik mati, sedangkan pokok yang ditanam di halaman rumah Adam hidup subur dan tidak dimakan serangga perosak. Apakah kaitan antara benda aneh yang dilihat oleh Adam dengan pokok yang subur di halaman rumahnya? Ikuti kisah Adam dan Sayap Renda.
Apabila mama marah pada Alip kerana pecahkan pasu bunga kepunyaan mama, Alip merajuk dan mahu pergi jauh dari rumah. Apakah perasaan Alip apabila mama tidak menghalangnya?
"Saya Beni. Saya dan kawan-kawan telah ditanam di dalam tanah ini. Kami takut gelap!" kata Beni.
"Mana kawan-kawan kamu?" tanya Cing lagi.
Siapakah Beni dan Cing? Apakah yang berlaku, seterusnya? Dapatkan jawapannya dalam Beni dan Cing.
Cerita ini memaparkan sekumpulan anak prasekolah dari Taska Riang Ria yang menjalankan aktiviti bermain pasir. Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Daniel, Lenny, Akmat dan Tomas dipilih sebagai satu kumpulan.
Dalam aktiviti tersebut, setiap kumpulan diberikan satu bekas pasir, sebuah baldi dan satu pencedok. Daniel membuat semut daripada pasir, ranting kayu dan kulit kerang. Lenny pula membuat kuih daripada pasir dan biji saga, manakala Akmat dan Tomas membuat rama-rama daripada pasir dan daun kering.
Setelah semua kumpulan selesai menyiapkan aktiviti mereka, cikgu telah memilih kumpulan Daniel sebagai pemenang.
Beto seekor ayam jantan yang sombong. Dia begitu bangga dengan balungnya yang cantik. Pada suatu hari, balung Beto diterbangkan angin. Apakah yang berlaku seterusnya? Dapatkan segera Beto dan Balungnya.
Sebutir biji benih misteri terpelanting jauh dari tempat asalnya. Biji benih misteri tidak mengenali siapa dirinya. Biji benih misteri terus dibawa oleh unsur alam ke merata tempat. Dalam pengembaraannya, biji benih misteri itu menemukan pelbagai biji benih yang berbeza cara pembiakannya. Siapakah biji benih misteri tersebut? Bagaimanakah biji benih misteri mengenali dirinya yang sebenar?
Hasrat Budi untuk bermain bersama-sama kawan baharunya tidak kesampaian. Dia dipinggirkan. Namun, Budi tetap tidak berputus asa. Pada suatu hari, Budi dan kawan-kawannya itu terperangkap. Apakah yang berlaku seterusnya? Dapatkan segera buku menarik ini, Budi dan Kuri.
Bagaimanakah bunyi kucing, ayam, lembu, itik dan kambing? Mari bersama-sama Fifi belajar bunyi haiwan-haiwan yang ada di rumah datuknya?
Cengkerik dan pungguk selalu bergaduh. Apakah peristiwa yang menyebabkan cengkerik dan pungguk tidak bergaduh lagi dan menjadi sahabat baik?
Cerita Lulu dan Lala mengisahkan kehidupan dua ekor serangga kecil di dalam sebuah belukar, iaitu ulat bulu dan belalang. Mereka ialah sahabat baik yang hidup bersama-sama sejak kecil hingga mereka berubah menjadi serangga dewasa. Perubahan yang berlaku pada fizikal Lulu, iaitu daripada ulat bulu menjadi kupu-kupu dewasa, telah menyebabkan sahabatnya, Lala, keliru akan perubahan terhadap rupa bentuk sahabat baiknya yang dianggap telah hilang dimakan oleh haiwan lain. Apakah kesudahan yang terjadi kepada dua sahabat baik ini? Pada akhir cerita, turut dimuatkan fakta sains tentang perbezaan antara rama-rama dengan kupu-kupu yang sering menjadi kekeliruan dalam kalangan masyarakat umum.
Cici tidak berputus asa. Cici terus berjalan sehingga tiba di sebatang pokok. Ada seekor ular sawa sedang membelit dahan pokok itu. Cici berasa takut tetapi cuba memberanikan diri bertanya kepada ular.
"Wa... wahai ular, ini telur kamu? Aku terjumpa telur ini di tebing sungai sana," tanya Cici terketar-ketar. Ular yang nampak kelaparan itu datang mendekat.
Bagaimanakh nasib Cici? Adakah Cici berjaya melarikan diri daripada sang ular? Ikutilah kesudahan kisah Cici yang berusaha mencari empunya telur yang ditemuinya di tepi sungai.
Cupi, seekor burung kakaktua. Cupi berkawan balik dengan Kiki, seekor kucing. Walaupun Cupi seekor burung, Cupi tidak boleh terbang dan takut berada di tempat yang tinggi. Pada suatu hari, Bobo, seekor anjing yang besar dan garang mengganggu Cupi dan Kiki. Bagaimanakah Cupi dan Kiki menyelamatkan diri? Jawapannya ada dalam Cupi Boleh Terbang.
"Eh, apakah yang melekat di kaki Aulia itu?" Adha membongkok untuk melihat dengan lebih jelas.
Aulia menjerit sambil menghentakkan kakinya.
Pak Cik Man lekas-lekas meminta Adha membuang haiwan misteri yang belum sempat menghisap darah di kaki Aulia itu. Apakah haiwan misteri tersebut?
Adik-adik pernah melihat kumbang kura-kura? Tahukah adik-adik dari mana asal kumbang kura-kura? Mari kita membaca buku comel Di Mana Larva? ini. Adik-adik boleh membaca buku ini bersama-sama keluarga di rumah atau kawan-kawan di sekolah.
Hasrat Montel untuk bertelur di persisiran pantai Sabah dituruti oleh Belimbing. Ibu Montel tidak bersetuju dan meminta supaya Montel bertelur di Pantai Rantau Abang sahaja sepertimana semua penyu betina dari kampung itu. Montel tetap berkeras dengan hasratnya itu. Dalam perjalanan ke sana, Montel dan Belimbing terserempak dengan seekor jerung yang garang. Apakah nasib mereka? Ikuti kisah selanjutnya dalam Dunia Baharu Montel.
"Berapakah lemang periuk kera yang dapat dihasilkan daripada sebungkus beras pulut, ibu?"
"Bergantung pada saiz periuk kera. Aiman tahu, periuk kera juga perangkap yang sangat cerdik."
"Apakah maksud ibu?"
Alangkah malangnya nasib ular. Belum sempat ular menelan semua habuannya, ular telah disambar oleh burung helang. Mia dan Lim menjerit apabila menyaksikan kejadian itu. Danis pula tergamam. Mengapakah begitu? Kasihan!
Opah menanam pelbagai jenis tanaman di belakang rumah. Selain keledek, terdapat pelbagai tanaman lain seperti terung, labu dan ubi. Zaid sangat teruja kerana dapat melihat sendiri hasil tanaman opah. Apa yang opah masak untuk Zaid? Ikutilah kisah menarik kisah opah dan Zaid di dalam Keledek Opah.
Buku ini hasil daripada Bengkel Buku Bergambar Kanak-Kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional (PenaWan).
Lili hinggap pada sekuntum bunga mawar merah. Bunga itu sangat cantik dan wangi.
"Wah, wanginya bunga mawar ini!"
Apakah yang dilakukan Lili seterusnya? Dapatkan segera buku Lili Si Kumbang Kekura.
Iyaz, Li Jie dan Vijay menasihati Aidi supaya berasa ihsan kepada alam sekitar dan hidupan lain dengan tidak membuang sampah merata-rata. Iyaz mencadangkan kepada ibu bapanya untuk mengadakan aktiviti riadah sambil mengutip sampah di taman.
"Kita sihat, alam sekitar dan bumi pun selamat."
Nomi cedera dan disingkirkan daripada kumpulannya oleh kawan baiknya, Epi. Oleh sebab kecederaannya, Nomi tidak dapat membantu kumpulannya mengumpulkan padi sebagai bekalan makanan pada musim hujan. Semasa Nomi berjalan sendirian di hutan, Nomi terdengar jeritan meminta tolong. Nomi mendapati seekor burung tiung telah terkena perangkap. Nomi membantu burung tiung melepaskan diri dan akhirnya mereka berkawan baik. Burung tiung telah membantu Nomi mengumpul padi. Apabila musim hujan tiba, Epi telah berjumpa dengan Nomi dan meminta bantuannya. Mengapakah Epi meminta bantuan Nomi? Jawapannya ada dalam Nomi dan Epi.
Putih berasa sedih apabila dilarang oleh ibu bapanya bermain di tepi sungai bersama-sama sahabatnya, Si Mok kerana tempat itu berbahaya. Putih hanya memandang Si Mok dan kawan-kawan lain bermain dengan gembira sambil makan daun pisang. Akibat terlalu leka, Si Mok terjatuh ke dalam sungai dan hampir hanyut.
Zizi dan Filia bersahabat baik. Mereka sering bermain bersama-sama. Apabila musim hujan hampir tiba, Filia bekerja keras untuk memastikan bekalan makanan mencukupi semasa musim tersebut nanti. Bagi Zizi pula, makanan sangat mudah diperoleh walaupun pada musim hujan nanti. Tanpa diduga, musim hujan pada kali ini sangat lebat dan lama. Bagaimanakah keadaan Zizi? Adakah Zizi mudah untuk mencari makanan?
Pantun Pak Nazel : Indahnya Pantun Melayu memuatkan 208 rangkap pantun empat kerat dan setiap barisnya mempunyai tiga patah perkataan. Setiap rangkap pantun adalah ringkas dan mudah difahami. Pantun-pantun yang dipaparkan berunsurkan nasihat dan pesanan, berbuat baik sesama manusia, kasih sayang, cinta terhadap negara, keadilan dan pengetahuan am. Kanak-kanak pastinya akan terdorong untuk meminati dan seterusnya mempelajari karya kreatif ini.