Fokus : Aplikasi Matematik Dalam Pengakutan
Sebuah komik pendidikan yang menunjukkan bagaimana matematik adalah teras utama dalam sektor pengangkutan dalam memastikan kecekapan dan keselamatan. Daripada aplikasi laluan bas Seri, pengiraan Izwan untuk menyelamatkan nyawa di lebuh raya, navigasi Arjuna dalam penerbangan, penyelesaian masalah trafik oleh seorang adiwira bernama Tuah serta keselamatan kereta kabel. Ini jelas terbukti bahawa matematik adalah tulang belakang penting yang menggerakkan sistem pengangkutan kita.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Pengiraan dan Pengurusan Masa: Kombinasi pengiraan dan pengurusan masa sangat penting untuk merancang dan mengurus masa dengan berkesan.
Navigasi dan Vektor: Navigasi adalah kemahiran memandu. Vektor penting dalam navigasi kerana vektor menunjukkan arah dan kekuatan pergerakan.
Analisis Data dan Penyelesaian Masalah: Analisis data adalah proses memeriksa data untuk mendapatkan maklumat berguna dan menyokong keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Fokus : Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian
Sebuah komik pendidikan yang menyerlahkan kepentingan aplikasi matematik dalam pengurusan kehidupan harian dan kewangan. Contohnya, Nadira menggunakan matematik untuk menguruskan bil elektrik, Amir dan Iman melibatkan pengukuran dan perancangan dalam projek mengecat bilik, dan Faris mengaplikasikan matematik untuk menabung demi telefon bimbit idamannya. Meskipun kisah Hilman dan Nisa serta Munirah lebih menumpukan cabaran hidup dan keadilan, isu pengurusan sumber dan perancangan turut disertakan.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Pengiraan dan Pengurusan Kewangan: Pengurusan bil dan penganggaran perbelanjaan.
Pengukuran dan Geometri: Melibatkan pengukuran ruang dan perancangan projek.
Pengurusan Sumber dan Perancangan: Dua aspek ini saling berkait kerana perancangan yang berkesan membolehkan sumber sedia ada diagihkan dan digunakan dengan cekap.
Fokus : Aplikasi Matematik dalam Projek DIY
Sebuah komik pendidikan yang menunjukkan matematik bukanlah sekadar teori, tetapi asas penting yang mengubah idea kreatif menjadi realiti dalam pelbagai projek. Sama ada Arif mengaplikasikan pengukuran dan geometri untuk rak bukunya, Nadya dan Baskara menggunakan polihedron kompleks untuk lampu mereka, Rohee memahami struktur stabil meja belajarnya, atau Aaron secara intuitif memanfaatkan daya dan gerakan untuk kereta mainannya.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Pengukuran dan Geometri: Pengukuran dan geometri adalah asas utama untuk memahami ruang dan bentuk dalam dunia fizikal.
Daya dan Gerakan: Hukum Gerakan Newton menjelaskan hubungan asas antara daya dan gerakan, menjadikannya konsep teras dalam fizik.
Kemahiran Penyelesaian Masalah: Kemahiran Penyelesaian Masalah adalah keupayaan untuk mengenal pasti, menganalisis, dan menyelesaikan masalah secara berkesan
Fokus : Aplikasi Matematik Dalam Sekolah
Komik ini menyerlahkan kepentingan aplikasi matematik di sekolah sebagai kemahiran hidup. Sama ada pengurusan kos dan perancangan dalam jualan amal, geometri dan koordinat dalam perkhemahan, atau penyelesaian misteri sekolah berhantu, jelas menunjukkan matematik adalah alat penting untuk penyelesaian masalah, membuat keputusan, dan membina ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebenar.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Pengurusan Kos dan Perancangan Kewangan: Melibatkan pengiraan dan pengurusan sumber kewangan secara berkesan.
Geometri dan Sistem Koordinat: Aplikasi konsep bentuk, ruang, dan lokasi untuk tujuan praktikal.
Penyelesaian Masalah Logikal dan Analisis Data: Kemahiran penting dalam mengenal pasti punca masalah, merangka strategi, dan membuat keputusan berasaskan maklumat.
Fokus : Aplikasi Matematik Dalam Sukan
Sebuah komik pendidikan yang menonjolkan aplikasi matematik yang meluas dalam sukan dan kesihatan. Dalam konteks sukan, matematik berperanan sebagai strategi penting di padang bagi seorang pemain bola sepak, serta menjadi asas pengiraan yang jitu untuk pelari maraton mencapai matlamat masa mereka. Matematik turut berfungsi sebagai kemahiran asas yang kritikal untuk kemandirian dan kecekapan dalam urusan harian seseorang berkaitan kesihatan, seperti pengurusan masa atau nutrisi.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Strategi: Melibatkan penggunaan matematik untuk merancang taktik dan pendekatan terbaik bagi mencapai matlamat.
Pengukuran dan Pengiraan Jitu: Penting untuk menentukan jarak, masa, dan kuantiti dengan tepat.
Pengurusan Masa: Kemahiran yang penting untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan dengan bijak mengagihkan masa.
Aplikasi Statistik dan Analisis Data: Penggunaan kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun, menganalisis, mentafsir, dan membentangkan data.
Fokus : Evolusi Mata Wang
Adakah Semua Duit yang Dicetak Dipanggil Duit?
Ben dan Bella mengikuti nenek mereka membeli makanan haiwan, namun tanpa disangka mereka terlibat dalam satu kejadian duit palsu. Semua orang berasa kecewa, tetapi ibu mereka segera menenangkan keadaan dengan menunjukkan cara mengenal pasti duit palsu. Perlahan-lahan, nenek kembali tersenyum dan suasana menjadi ceria semula. Mari kita ikuti kisah ini dan sama-sama pelajari cara mengenal pasti duit palsu!
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Keselamatan Kewangan : Proses cetakan wang kertas menggunakan teknologi khas menunjukkan kepentingan langkah keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.
Menggerakkan Kitaran Ekonomi : Edaran wang melalui transaksi harian dan sistem perbankan menyokong aktiviti ekonomi serta memudahkan urusan masyarakat.
Mengurus Kewangan Peribadi : Menyimpan wang dalam kad bank melalui simpanan, gaji, atau pemindahan kewangan membantu individu mengawal aliran kewangan.
Menerapkan Inovasi Kewangan Digital : Memahami dan menggunakan wang digital membolehkan masyarakat menyesuaikan diri dengan teknologi kewangan baharu dalam urusan tanpa tunai.
Fokus : Pengurusan Kewangan dengan Bijak
Guna Duit Poket untuk Buat Duit
Ben dan Bella masing-masing mempunyai impian untuk menjadi penyampai ramalan cuaca dan atlet luncur ais. Adik-beradik itu memutuskan bagi menyertai kem musim sejuk bersama-sama tetapi duit dalam tabung mereka tidak mencukupi. Ibu mereka mencadangkan supaya mereka mempelajari cara mengurus kewangan melalui simpanan tetap, simpanan biasa dan pelaburan. Pada masa yang sama, mereka juga belajar tentang pulangan serta risiko pelaburan sambil berusaha mendapatkan duit melalui usaha sendiri. Persoalannya, adakah mereka akhirnya berjaya menyertai kem musim sejuk itu?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Membahagikan duit poket dengan bijak : Melibatkan pengiraan jumlah duit dalam tabung dan membuat pembahagian untuk simpanan serta perbelanjaan.
Mengagihkan pelaburan secara berhemah : Menunjukkan kepentingan mengira kadar pulangan daripada simpanan tetap, simpanan biasa dan bentuk pelaburan lain.
Membentuk pemikiran yang betul tentang mencari duit : Menekankan hubungan antara usaha yang dilakukan dengan jumlah hasil yang diperoleh.
Menyeimbangkan antara duit dan kasih sayang keluarga : Menyedarkan diri walaupun duit boleh dikira, nilai kasih sayang keluarga tidak boleh diukur dengan nombor.
Fokus : Sejarah Mata Wang Dunia
Asal Usul dan Sejarah Bagaimana Duit Dicipta
Pernahkah kamu bermain pura-pura membeli barang tanpa menggunakan duit? Dari manakah datangnya duit yang kita gunakan setiap hari? Apakah rahsia di sebalik penggunaannya? Sebenarnya, terdapat empat rahsia besar tentang wang yang masih belum diketahui ramai! Ben dan Bella sangat meminati duit syiling, mereka bertekad untuk mencari jawapannya. Mereka memulakan pengembaraan ke Muzium Syiling Ajaib, sebuah tempat yang sarat dengan pengetahuan dan misteri tentang duit. Mari ikuti mereka dalam pengembaraan ini dan bongkarkan rahsia duit bersama-sama.
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Menguruskan wang saku dengan bijak : Melatih kemahiran mengira, membuat bajet, dan membandingkan pilihan dalam kehidupan seharian.
Membuat agihan pelaburan untuk memperoleh pulangan maksimum : Memperkenalkan cara menggunakan peratusan, graf, dan kebarangkalian untuk memahami pulangan serta risiko.
Membentuk sikap dan pemikiran dalam mencari rezeki : Mendorong kreativiti, inovasi, dan penerokaan peluang baharu untuk menjana pendapatan.
Menyeimbangkan kepentingan antara wang dan kasih sayang keluarga : Memberi penekanan kepada etika, pemikiran kritis, dan keseimbangan dalam membuat keputusan hidup.
Fokus : Kesan Kenaikan Harga Barang
Apa yang Boleh Kita Buat?
Ben dan Bella pergi membeli snek untuk persiapan lawatan musim bunga pada keesokan harinya, tetapi mereka mendapati harga barang di kedai telah meningkat. Ibu memberitahu mereka ini terjadi disebabkan oleh kejatuhan ekonomi. Apakah sebenarnya kejatuhan ekonomi? Apakah yang perlu dilakukan apabila kejatuhan ekonomi berlaku?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Mengapa harga barang boleh meningkat : Memahami faktor ekonomi yang mempengaruhi kenaikan harga dalam pasaran.
Cara menghadapi kenaikan harga barang : Menyedari kepentingan berjimat cermat dan membuat pilihan berbelanja dengan bijak.
Merancang pelan pelaburan yang berpatutan : Mengetahui cara menilai risiko, pulangan dan kesesuaian pelaburan dengan kemampuan diri.
Mengurus duit dengan berkesan : Mengamalkan perancangan kewangan yang sistematik untuk mengelakkan pembaziran.
Fokus : Amalan Berbelanja Secara Berhemah
Cara untuk Menguruskan Duit dengan Bijak
Tidak wajar membeli barang hanya mengikut keinginan. Kadang-kadang ada keadaan yang membenarkan berbelanja dahulu, kemudian membayar semula. Pinjaman ialah duit yang dipinjam dan mesti dilunaskan. Bagi mendapatkan mainan yang diinginkan, Ben berusaha dengan pelbagai cara. Selepas berdebat dengan ibu dan ayahnya, Ben akhirnya faham sikap berbelanja dengan betul adalah sangat penting.
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Perbezaan antara kad simpanan dan kad kredit : Memahami fungsi kad simpanan dan kad kredit serta cara penggunaannya.
Syarat untuk memohon kad kredit : Mengetahui keperluan asas seperti umur, pendapatan dan rekod kewangan yang baik.
Urusan simpanan dan pinjaman di bank : Mempelajari bagaimana bank mengurus simpanan serta memberi pinjaman kepada pelanggan.
Kepentingan kredit : Menyedari kredit melambangkan kepercayaan kewangan dan memberi kesan kepada kemudahan pinjaman.
Sebuah komik pendidikan yang mengupas ilmu kejuruteraan kimia berlandaskan pengetahuan sainstifik terkini sambil memupuk pemikiran kreatif dan kritis.
Fokus : Kejuteraan Kimia
Jayden, seorang kanak-kanak yang gemar sains, tertanya-tanya bagaimana buah-buahan boleh kekal segar. Neneknya kemudian memperkenalkan teknologi sinar gamma. Setelah menyaksikan sendiri proses pengawetan di sebuah pusat khas, Jayden mula memahami kepentingan teknologi dalam menjaga kualiti makanan. Pengalaman itu membangkitkan semangatnya hendak menjadi seorang jurutera kimia pada masa hadapan.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Proses Bahan Mentah Jadi Produk: Jurutera kimia menghasilkan makanan, ubat dan bahan mesra alam.
Teknologi Sinar Gamma untuk Makanan: Sinar gamma mengawet makanan bagi memastikan makanan tahan lama.
Sinar Gamma dalam Bidang Kesihatan: Merawat kanser dan steril peralatan melalui terapi radiasi.
Fokus : Kejuteraan Mekanikal
Sekumpulan pelajar membina robot kitar semula pintar yang mampu mengenal pasti dan memisahkan sampah secara automatik. Setelah menghadapi pelbagai cabaran teknikal, mereka berjaya mencipta robot mesra alam yang membantu mengurangkan pencemaran, memudahkan kitar semula, dan menginspirasi seluruh sekolah mereka.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Sistem Mekanikal dalam Kehidupan Harian: Lif dan kenderaan direka bentuk memudahkan urusan harian.
Robotik dan Automasi dalam Industri: Robot digunakan meningkatkan kecekapan dan keselamatan dalam industri.
Sumber Tenaga dan Mesin Moden: Tenaga air, angin, elektrik menggerakkan mesin mesra alam
Fokus : Kejuteraan Awam
Projek bandar bawah tanah Terra Nova diketuai Amir menghadapi pelbagai cabaran seperti batuan keras, gas metana dan penemuan terowong purba misteri. Pasukan jurutera menggunakan teknologi moden bagi mengatasi masalah tersebut. Terra Nova akhirnya siap dibina, tetapi penemuan tamadun lama menimbulkan persoalan tentang rahsia yang tersembunyi.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Struktur Kukuh dan Selamat: Mereka bentuk struktur supaya kuat, stabil dan selamat.
Cabaran Alam Sekitar: Menyelesaikan banjir dan tanah runtuh dengan prinsip kejuruteraan.
Teknologi dan Struktur Mesra Alam: Menggunakan teknologi bagi membina struktur tahan gempa dan lestari.
Fokus : Kejuruteraan Genetik
Seekor salmon hasil kejuruteraan genetik bernama Salvo memiliki kuasa luar biasa. Apabila lautan tercemar dan pihak tamak mahu mengeksploitasinya, Salvo bangkit mempertahankan alam laut dan menentukan jalan hidupnya sendiri sebagai makhluk yang bebas.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Kejuruteraan Genetik dalam Pertanian dan Ternakan: Mengubah genetik tanaman dan ternakan bagi hasil yang lebih baik.
Teknologi Genetik dan Kesihatan: Mmebantu mencegah penyakit, mencipta ubat dan meningkatkan taraf kesihatan.
DNA, Gen dan Pengubahsuaian Genetik: Memahami fungsi gen dan kesan pengubahsuaian kepada alam sekitar.
Fokus : Kejuruteraan Komputer
Zahrin menerima mesej ancaman daripada The Phantom Hacker, lalu komputernya mula menunjukkan tanda-tanda telah digodam. Dengan bantuan Dr. Ali dan pengetahuan asas komputer, Zahrin berjaya menangkis serangan digital dan melindungi datanya. Keberanian serta kebijaksanaannya menarik perhatian guru, dan dia kemudiannya dijemput menyertai Kelab Komputer sekolah.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Keselamatan Sistem daripada Ancaman Siber: Peranan jurutera komputer melindungi sistem daripada serangan digital berbahaya.
Teknologi Lindungi Data dan Privasi: Menggunakan teknologi bagi jaga maklumat dan privasi pengguna.
Komponen Komputer dan Sistem Lama: Mengenal pasti komponen dan membaik pulih semula sistem komputer rosak.
Sebuah komik pendidikan yang mengupas inovasi dalam sukan dan permainan berlandaskan perkembangan teknologi terkini sambil memupuk pemikiran kreatif dan kritis.
Adam dan Sofia adalah adik-beradik yang mempunyai minat yang sama dalam menerokai sesuatu yang baharu dan penuh keunikan. Sejak kecil, mereka sudah bercita-cita mahu menjadi pereka teknologi profesional. Semangat ingin tahu yang tinggi membawa mereka ke sebuah pengembaraan luar biasa untuk menyaksikan sendiri perubahan inovasi dalam dunia sukan dan permainan yang berkembang pesat dari semasa ke semasa.
Adam dan Sofia dibenarkan mencuba alat permainan baharu yang dikenali sebagai Visual Reality. Apabila mereka memakai alat itu, mereka terus sahaja berpindah ke dunia maya. Di dalam dunia itu, mereka dapat menikmati pelbagai permainan tanpa batas. Walaupun begitu, cabaran yang mereka lalui sama seperti di dunia nyata.
Tidak tamat pada itu, Adam yang bergiat aktif dalam sukan bola sepak merasai suatu perubahan baharu dalam sukan nombor satu dunia itu. Begitu juga dengan Sofia melihat berlakunya perubahan dalam permainan tradisional.
Mereka berdua terus cuba menghadapi cabaran dalam permainan yang baharu menjadikan pengembaraan mereka bukan sahaja membuka mata tentang kepintaran manusia dalam melakukan inovasi dalam sukan dan permainan tetapi juga memberi mereka inspirasi bagi mencipta sesuatu yang lebih hebat pada masa hadapan.
Adam dan Sofia merupakan adik-beradik yang berkongsi minat yang sama dalam menerokai perkara baharu dan unik. Sejak kecil, mereka bercita-cita untuk menjadi pereka teknologi profesional. Semangat ingin tahu yang tinggi membawa mereka dalam satu pengembaraan luar biasa bagi menyaksikan sendiri evolusi inovasi dalam dunia pertanian yang berkembang pesat dari semasa ke semasa.
Adam dan Sofia pergi ke ladang datuk mereka dan melihat datuk mereka kelihatan letih menjaga kebunnya. Dengan adanya kaedah penggunaan robot dalam sektor pertanian, mereka mencadangkan kepada datuk mereka supaya mendapatkan alat seperti dron bagi membantunya menguruskan kebun.
Selain itu, Adam dan Sofia turut diperlihatkan pelbagai jenis kaedah dan teknologi tanaman moden yang membantu sektor pertanian pada masa kini. Bukan itu sahaja, mereka juga diberi cabaran bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan menggunakan kaedah robotik.
Pengalaman ini bukan sahaja membuka mata mereka tentang kecerdikan manusia dalam mencipta teknologi pertanian yang lebih pantas, efisien, dan mesra alam, tetapi juga memberi inspirasi untuk terus bermimpi serta mencipta sesuatu yang lebih hebat pada masa hadapan.
Adam dan Sofia ialah adik-beradik yang gemar meneroka perkara baharu dan bercita-cita menjadi pereka teknologi profesional. Semangat ingin tahu mereka membawa kepada satu pengembaraan luar biasa bagi menyaksikan evolusi dunia pengangkutan. Bermula dengan menunggang basikal klasik peninggalan datuk mereka, mereka kemudian mencuba kereta elektrik, kereta api tanpa pemandu dan menjadi jurumudi kapal. Sepanjang perjalanan, mereka mempelajari pelbagai teknologi pengangkutan dari tradisional hingga moden yang membuka mata mereka tentang kepintaran manusia dan memberi inspirasi bagi mencipta inovasi pada masa depan.
Adam dan Sofia merupakan adik-beradik yang berkongsi minat yang sama dalam menerokai perkara baharu dan unik. Sejak kecil, mereka bercita-cita untuk menjadi pereka teknologi profesional. Semangat ingin tahu yang tinggi membawa mereka dalam satu pengembaraan luar biasa bagi menyaksikan sendiri evolusi inovasi dalam dunia pembinaan dan penciptaan yang berkembang pesat dari semasa ke semasa.
Adam dan Sofia memberanikan diri untuk menerima cabaran membina sebuah bangunan dengan menggunakan bahan kitar semula. Setelah itu, mereka terus menerokai pelbagai jenis binaan sehingga menjadikan sebuah bandar itu sebagai bandar yang terhebat.
Lebih menggemparkan lagi, bandar pada masa ini menggunakan robot dalam pembinaan dan penciptaan. Meskipun berdepan dengan beberapa cabaran seperti mengawal robot dan membantu dalam mencari penyelesaian masalah, mereka berjaya mengatasinya dengan baik.
Pengalaman ini bukan sahaja membuka mata mereka tentang kecerdikan manusia dalam membina dan mencipta sesuatu dengan lebih pantas, efisien, dan mesra alam, tetapi juga memberi inspirasi untuk terus bermimpi serta mencipta sesuatu yang lebih hebat pada masa hadapan.
Adam dan Sofia pulang ke kampung halaman datuk mereka dengan hati yang sarat kegembiraan. Namun, keterujaan itu bertukar menjadi kekecewaan apabila mereka mendapati kelajuan internet di kampung amat perlahan. Keadaan ini mendorong mereka untuk berdiskusi tentang evolusi teknologi rangkaian, bermula daripada 3G hingga 5G, serta peranan gentian optik dalam menyediakan sambungan internet yang lebih pantas dan stabil.
Perbincangan mereka menarik perhatian datuk yang kemudian berkongsi kisah kehidupan pada era sebelum kemunculan internet. Beliau menceritakan bagaimana masyarakat dahulunya lebih mengutamakan interaksi secara bersemuka dan berkumpul bersama keluarga, bermain permainan tradisional, dan menjalin hubungan tanpa kebergantungan kepada teknologi digital.
Menyedari datuk mereka masih menggunakan televisyen usang, bapa mereka mengambil inisiatif menghadiakan televisyen pintar kepadanya. Mereka menghadiahkan sebuah peranti moden yang membolehkan datuk menikmati pelbagai rancangan kegemaran dengan kualiti visual yang lebih baik serta akses kepada kandungan digital seperti YouTube dan platform penstriman. Pada awalnya, datuk agak kekok, namun dengan bimbingan penuh sabar daripada cucu-cucunya, beliau mula menyesuaikan diri dan menghargai pengalaman menonton yang lebih interaktif. Daripada pengalaman ini, Adam dan Sofia mempelajari meskipun kemajuan teknologi membawa seribu satu kemudahan, nilai-nilai kehidupan tradisional seperti hubungan kekeluargaan dan interaksi sosial sangat bernilai.
Sebuah komik pendidikan yang mengupas kerjaya sebagai saintis sambil mempelajari ilmu-ilmu sains secara menyeluruh.
Tiga saintis yang berdedikasi dari bidang berbeza berusaha untuk menangani cabaran global kritikal. Saintis geologi mengkaji ancaman akibat perubahan muka bumi, pakar tenaga berusaha membangunkan sumber tenaga lestari, manakala saintis makanan bergelut dengan krisis keselamatan makanan yang kompleks, termasuk isu etika dan rasuah. Mereka berkongsi misi penting untuk memastikan kesejahteraan manusia dan keselamatan bumi.
Antara topik STEM dalam buku ini:
1. Keselamatan Makanan: Pengurusan bahan mentah dan pencegahan pencemaran.
2. Bencana Alam: Fakta sains, strategi mitigasi, dan kesiapsiagaan.
3.Perubahan Iklim: Kesan rumah hijau, pemuliharaan alam, dan kepentingan tenaga boleh diperbaharui.
4.Etika Profesional: Konflik integriti dalam bidang pekerjaan.
Sebuah komik pendidikan yang mengupas kerjaya sebagai guru sambil mempelajari ilmu-ilmu sains secara menyeluruh.
Sufia, seorang guru muda, terpaksa meninggalkan keluarganya untuk mengajar di sekolah pedalaman Saliliran, Sabah. Walaupun sedih, semangatnya untuk mendidik tinggi. Di sana, dia menghadapi cabaran besar untuk mengubah cara pemikiran penduduk yang terikat dengan tradisi lama. Kisah ini memaparkan perjuangan Sufia yang mendidik bukan sahaja dengan ilmu tetapi juga dengan kasih sayang dan ketabahan hati demi masa depan yang lebih cerah.
Antara topik STEM dalam buku ini:
1. Pembelajaran Sains: Keseronokan meneroka Kimia dan Fizik melalui eksperimen secara langsung.
2. Realiti Pendidikan: Cabaran yang dihadapi oleh guru berdedikasi di sekolah pedalaman.
3. Kepentingan STEM: Peranannya dalam membentuk pemikiran kritis, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah generasi muda, dan memacu inovasi negara.
4. Inovasi & Daya Usaha: Kreativiti dalam mengatasi kekangan sumber untuk penyampaian Pengajaran & Pembelajaran (P&P) yang berkesan, terutamanya di kawasan terpencil.
Lima individu dari pelbagai golongan profesional menjadi pencipta kandungan digital. Mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu menggunakan platform digital untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakaran masing-masing dengan cara yang lebih menarik, kreatif, dan bermanfaat. Mereka berusaha membuktikan bahawa penciptaan kandungan bukan sekadar hiburan, tetapi juga boleh menjadi wadah pendidikan yang berkesan.
Antara topik STEM dalam buku ini:
1. Mitos Kesihatan: Penjelasan lanjut mengenai mitos kesihatan umum dan fakta sebenar.
2. Asas Fizik: Kupasan hukum fizik untuk memahami operasi alam semesta.
3. Aplikasi Kimia: Pembelajaran tentang aplikasi praktikal prinsip-prinsip kimia.
4. Reka Bentuk Seni Bina: Penerokaan gabungan unik seni, sains, dan kemanusiaan dalam seni bina.
Sebuah komik pendidikan yang mengupas kerjaya sebagai doktor veterinar sambil mempelajari ilmu-ilmu sains secara menyeluruh.
Dr. Hassanul, seorang doktor veterinar, mengalami depresi teruk selepas kemalangan jalan raya. Pertemuannya dengan Zach, seekor kucing oren terbiar, membantunya mengatasi trauma dan perlahan-lahan membina semula semangat serta kerjayanya. Buku komik karier ini mengisahkan perjalanan emosi Dr. Hassanul, menonjolkan tema ketabahan, persahabatan antara manusia dan haiwan, serta bagaimana ikatan ini boleh memberikan penyembuhan dan tujuan hidup.
Antara topik STEM dalam buku ini:
1. Kesihatan Mental: Cara menangani tekanan emosi dan kepentingan sokongan untuk pemulihan.
2. Penjagaan Haiwan: Aspek penting rawatan, prosedur asas, dan pendekatan beretika.
3. Profesion Veterinar: Skop tugas, cabaran semasa, dan kod etika doktor veterinar.
4. Nutrisi Haiwan: Keperluan diet seimbang, khususnya untuk kucing mengikut usia dan kesihatan.
Sebuah komik pendidikan yang mengupas kerjaya sebagai jurutera robotik sambil mempelajari ilmu-ilmu sains secara menyeluruh.
Jurutera robotik Dr. Luqman mencipta robot canggih untuk membantu manusia, tetapi ciptaannya ditentang hebat oleh masyarakat yang takut kehilangan pekerjaan dan perubahan sosial. Komik "Prototype - X" mengisahkan dilema Dr. Luqman dalam usaha mengimbangi manfaat kemajuan teknologi dengan kebimbangan kemanusiaan dan etika.
Antara topik STEM dalam buku ini:
1. Perubatan Moden: Prinsip, aplikasi, teknologi diagnosis terkini, dan rawatan inovatif.
2. Alam Sekitar Lestari: Kepentingan penjagaan, pengurusan sisa, biodiversiti, dan impak aktiviti manusia.
3. AI & Robotik: Peranan dalam kehidupan seharian, peningkatan kecekapan kerja, dan kualiti hidup.
4. Pertanian: Aplikasi dalam pertanian moden untuk meningkatkan hasil dan kecekapan sumber bagi memudahkan para petani.
Fokus : Tabiat Hidup Serangga
Banjo muncul di akademi dan menimbulkan ketakutan dalam kalangan murid. Ramai yang menyangkanya berbahaya kerana reputasinya. Namun, selepas caca berbicara dengannya secara damai, mereka menyedari dia tidak seburuk yang disangka. Mampukah pelajar lain turut belajar bagi menilai makhluk lain dengan hati yang terbuka dan fikiran yang rasional?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Pemilihan Habitat dan Perubahan Persekitaran: Haiwan memilih tempat tinggal yang sesuai dan perlu menyesuaikan diri apabila persekitaran berubah.
Sistem Pertahanan dan Penyesuaian Diri: Haiwan menggunakan racun, jaring, kelajuan atau penyamaran bagi melindungi diri.
Pengajaran dan Nilai
Setiap Individu Mempunyai Kekuatan Tersendiri: Walaupun kelihatan lemah atau berbeza, setiap makhluk mempunyai kelebihan yang unik dan berharga.
Persaingan yang Sihat Membentuk Nilai Diri: Matlamat bukan semata-mata untuk menang, tetapi membina semangat bertanggungjawab dan bekerja keras.
Fokus : Evolusi Serangga
Di Akademi Serangga, Keko, iaitu ketua Skuad Serangga, dikecam kerana disangka berkhianat. Dalam kekacauan itu, dia berusaha memulihkan reputasinya sambil menghadapi dilema kesetiaan dan cabaran daripada Kelab Labah-labah. Mampukah dia membuktikan kesetiaannya dan menyatukan semula komuniti serangga yang semakin berpecah?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Sistem Pemakanan dan Adaptasi: Menjelaskan keperluan fisiologi spesies seperti penghisap darah dan cara mereka menyesuaikan diri.
Ekologi Sosial Serangga: Mengkaji struktur kepimpinan dan perkembangan sosial dalam komuniti serangga.
Pengajaran dan Nilai
Kepentingan Mengikut Peraturan: Kehendak individu tidak boleh mengatasi peraturan yang melindungi komuniti secara keseluruhan.
Kepimpinan Datang Bersama Amanah: Seorang pemimpin perlu berani membuat keputusan walaupun tidak disukai semua pihak.
Fokus : Habitat Serangga
Di Akademi Serangga, Onic membina sebuah jaring yang amat besar, dengan harapan dapat menangkap mangsa yang luar biasa. Setelah lama menanti, tiada satu pun yang tersangkut di jaringnya. Dia Melihat rakan-rakan lain dalam keluarga Arachnida berjaya mendapatkan mangsa masing-masing, Onic mula berasa cemas dan sedih. Adakah jaring gergasinya itu berjaya menangkap mangsa yang diidamkan?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Hubungan Pemangsa dan Mangsa dalam Ekosistem: Interaksi antara haiwan pemangsa dan mangsa membantu mengekalkan keseimbangan alam semula jadi.
Pergerakan dan Fungsi Fizikal Haiwan: Perbezaan bilangan kaki, struktur badan dan cara bergerak mempengaruhi kebolehan dan peranan haiwan.
Pengajaran dan Nilai
Belajar Menerima Diri Seadanya: Kebahagiaan muncul apabila individu menghargai siapa dirinya dan tidak membandingkan dengan yang lain.
Kehadiran Setiap Individu Membawa Makna: Walaupun pendiam atau berbeza, semua wajar dihargai dan diberi tempat dalam komuniti.
Fokus : Kepelbagaian Serangga
Di Akademi Serangga, Bonny pelajar baharu Kelas Serangga Campuran baru sahaja mendaftar masuk, namun telah menerima jemputan serentak daripada dua kumpulan, iaitu Pakatan Pemangsa dan Persatuan Labah-labah. Dia berasa serba salah kerana tidak kira kumpulan mana yang dipilihnya, sudah pasti mengecewakan pihak yang lain. Dalam dilema ini, apakah keputusan yang akan diambil oleh Bonny?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Regenerasi dalam Biologi Haiwan: Cacing tanah membiak semula selepas terbelah, menggambarkan konsep regenerasi dalam sains hayat.
Perhubungan antara Spesies: Spesies berbeza saling membantu dan bergantung untuk hidup dalam ekosistem yang seimbang dan harmoni.
Pengajaran dan Nilai
Jangan Menilai Berdasarkan Penampilan: Penampilan luar tidak menggambarkan nilai sebenar dan keunikan wajar dihargai, bukan disalah anggap.
Kepimpinan Perlukan Kepercayaan, Bukan Hanya Kekuatan: Seorang pemimpin sejati dihormati kerana kepercayaan dan kebijaksanaan, bukan kuasa semata-mata.
Fokus : Kitaran Hidup Serangga
Pada malam penuh kekacauan di Akademi Serangga, pelajar Kelas Serangga panik apabila bekalan makanan hilang, beberapa pelajar diserang, dan tuduhan dilemparkan tanpa bukti. Ketegangan memuncak apabila tiada siapa mempercayai antara satu sama lain. Namun, selepas punca sebenar dikenal pasti, mereka menyedari keyakinan dan komunikasi ialah kunci keharmonian.Tetapi, adakah mereka benar-benar belajar daripada kesilapan ini, atau kekacauan bakal berulang?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Komunikasi antara Spesies: Bagaimana makhluk kecil menggunakan isyarat, bau, atau pergerakan untuk berkomunikasi dan membentuk pakatan.
Penyamaran Biologi: Teknik seranga meniru rupa objek lain atau haiwan lain untuk perlindungan atau memburu.
Pengajaran dan Nilai
Pentingnya Kerjasama dan Toleransi: Kejayaan dicapai apabila semua pihak bekerjasama walaupun berbeza latar belakang
Terima Diri dan Hormati Kepelbagaian: Identiti dan keunikan diri wajar dihargai kerana perbezaan ialah sumber kekuatan bersama.
Fokus : Anatomi Serangga
Di Akademi Serangga, Piyan dari Kelas Serangga Campuran sering menerima surat cabaran kerana seluruh warga akademi menganggap dialah yang paling hebat. Kali ini, dia sekali lagi menerima sepucuk surat cabaran daripada ketua Kelas Kumbang, Woofle. Meskipun dia seorang yang cintakan keamanan dan tidak gemar terhadap keganasan mahupun perbalahan, cabaran tersebut tidak dapat dielakkan. Apakah pendekatan yang akan diambil olehnya untuk menyahut cabaran ini?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Struktur dan Anatomi Haiwan: Setiap haiwan memiliki bentuk badan unik yang membantu dalam pergerakan, pertahanan dan kelangsungan hidup.
Peranan Serangga dalam Ekosistem: Kepentingan biodiversiti dan bagaimana setiap spesies ada peranan yang unik.
Pengajaran dan Nilai
Kawalan Diri dan Tanggungjawab: Keinginan perlu dikawal dengan bijak supaya tidak menjejaskan hubungan dan keselamatan individu lain.
Bijak Membuat Keputusan dalam Tekanan: Tindakan dibuat bukan untuk menunjuk kuat, tetapi demi menjaga keamanan dan persahabatan.
Fokus : Ciri-Ciri Khas Serangga
Berry akhirnya berjaya menemui musuh yang sama hebat dengan dirinya. Musuhnya itu bukan sahaja kuat, malah berjaya memberi kejutan kepada Berry dua kali berturut-turut. Tambahan pula, musuhnya juga adalah seekor serangga yang bijak sehingga dia berjaya menjadi pelajar kegemaran Cikgu Prisma. Adakah Berry mampu mengalahkan musuhnya itu dan menebus semula maruahnya yang sudah tercalar?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Sistem Penglihatan Serangga : Menjelaskan bagaimana mata serangga berfungsi mengesan pergerakan dan warna dengan pantas berbanding manusia.
Ciri-Ciri Biologi Serangga : Mengkaji struktur asas serangga seperti mata, antena, sayap dan rangka luar yang membantu proses penyesuaian terhadap persekitaran.
Pengajaran dan Nilai
Kepimpinan Berasaskan Tanggungjawab : Pemimpin sejati bukan dipilih kerana kuat atau terkenal, tetapi kerana jujur dan amanah.
Kekalahan Bukan Kegagalan : Setiap kekalahan mengajar tentang kelemahan diri dan usaha untuk memperbaikinya.
Fokus : Kepelbagaian Jenis Kumbang
Pada bebola najis kumbang tahi muncul tujuh lubang yang pelik. Lubang-lubang ini rupa-rupanya merupakan simbol cabaran daripada Kumpulan Tujuh Kumbang Kecil legenda. Mereka ialah sebuah kumpulan serangga yang digeruni dan pernah menyebabkan seluruh serangga yang ada di dalam hutan hidup dalam ketakutan. Siapakah mereka yang sebenarnya?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Hubungan dengan Persekitaran : Memahami interaksi antara makhluk hidup dan alam sekitar termasuk kesan tindakan terhadap keseimbangan ekosistem.
Pengelasan Hidupan : Pengenalan kepada pengelasan makhluk hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan ciri fizikal serta tabiat hidup.
Pengajaran dan Nilai
Tidak Membuli yang Lemah : Perbuatan membuli, mengugut dan menyalahgunakan kekuatan membawa kesan buruk kepada individu dan komuniti.
Pentingnya Kawalan Emosi : Tindakan yang dipengaruhi kemarahan, ego dan panas baran boleh mencetuskan masalah besar. Mengawal emosi membawa kepada keputusan yang lebih bijak dan selamat.
Fokus : Kitar Hidup Serangga
Kelas Kumbang didatangi dengan pelajar baharu yang dikenali sebagai Woofle. Dia mempunyai lapan kaki dan tiada sayap. Dia bukan spesies kumbang tetapi semua rakan menghormatinya kerana dia mempunyai taring berbisa yang hebat. Siapakah yang sudi menjadi rakan sekelasnya dan apa yang bakal berlaku di dalam kelas itu?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Kitaran Hidup dan Perubahan Fizikal : Menerangkan proses metamorfosis yang dilalui oleh serangga kecil serta perubahan bentuk dan fungsi badan sepanjang peringkat kehidupan.
Mengetahui Adaptasi Serangga : Memahami bagaimana serangga menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka, contohnya cara bergerak, melindungi diri, dan mencari makanan.
Pengajaran dan Nilai
Berfikir Sebelum Bertindak : Menunjukkan kepentingan membuat pertimbangan sebelum bertindak bagi mengelakkan kesan negatif.
Kepercayaan dan Keyakinan Sesama Komuniti : Menunjukkan kepentingan saling mempercayai bagi mewujudkan hubungan yang harmoni dan stabil dalam kehidupan bersama.
Fokus : Keistimewaan Serangga
Hari sukan tahunan di Akademi Serangga bakal berlangsung tidak lama lagi. Semua serangga bertungkus-lumus membuat persiapan diri bagi memenangi setiap acara yang bakal dipertandingkan demi maruah kelas mereka. Dalam acara terakhir, Mimo yang terkenal dengan kelajuannya terpaksa menghadapi Simon yang biasanya dipandang rendah, tetapi sangat cekap bertahan dalam situasi berbahaya. Menjelang saat-saat akhir perlumbaan, mampukah Mimo mengatasi helah-helah Simon dan memenangi perlumbaan itu?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Adaptasi Serangga Akuatik : Menunjukkan cara serangga seperti kumbang air dan pepijat air menyesuaikan bentuk kaki serta tubuh bagi meneruskan hidup dan bergerak di dalam air.
Perbandingan Anatomi Serangga : Membandingkan struktur dan fungsi serangga seperti lipas, pepatung dan kutu bagi memahami perbezaan biologi antara spesies.
Pengajaran dan Nilai
Sikap Rendah Diri : Walaupun ada kelebihan atau bakat, kita digalakkan tidak sombong dan sentiasa menghormati rakan lain.
Sabar dan Kawalan Emosi : Mengajar supaya tidak cepat marah, berfikir sebelum bertindak dan menenangkan diri ketika menghadapi cabaran.
Fokus :
Akademi Serangga melakukan misi menyelamatkan rakan mereka yang hilang dan disyaki sudah diculik oleh Kerajaan Semut. Mereka cuba menyelinap masuk ke dalam sarang semut tetapi tidak berjaya. Mereka ditangkap dan hampir dijadikan stok makanan untuk penduduk di dalam kerajaan semut. Mampukah pelajar-pelajar di Akademi Serangga menyelamatkan rakan mereka yang hilang itu?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Pengurusan dan Pertahanan Sarang : Memahami cara semut mengurus makanan, menjaga larva serta mempertahankan sarang daripada ancaman luar.
Komunikasi dalam Koloni : Memahami bagaimana semut berkomunikasi menggunakan bau atau isyarat untuk menyampaikan arahan dan amaran.
Pengajaran dan Nilai
Komunikasi Mengelakkan Konflik : Salah faham boleh diselesaikan melalui perbincangan dan sikap saling memahami.
Kesetiaan Terhadap Tugas : Melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh walaupun berdepan risiko
Fokus : Strategi Serangga
Akademi Serangga sedang mengadakan pertandingan “Raja Beracun”. Woofle, Piyan dan Rizz adalah antara calon yang berpotensi menjadi juara. Namun, apabila pertandingan mula memasuki saat genting, Woofle dan Piyan mula melengah-lengahkan masa. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Kelajuan dan Pergerakan Serangga : Memahami bagaimana struktur badan dan kaki mempengaruhi kelajuan larian serangga.
Strategi dan Helah Serangga : Memahami bagaimana serangga menggunakan taktik tertentu untuk menang atau terus hidup, bukan hanya bergantung pada kekuatan fizikal.
Pengajaran dan Nilai
Kerjasama Membawa Kejayaan : Kejayaan sesuatu pasukan bergantung pada kesatuan dan tolong-menolong.
Pertelingkahan Hanya Melemahkan Persahabatan : Segala masalah yang timbul lebih baik diselesaikan dengan tenang dan rundingan.
Apabila Bumi semakin hampir dengan planet Musytari, Detektif Astra sebuah robot AI angkasa bersama dua kanak-kanak, iaitu Aiden dan Sophie didedahkan dengan misteri ombak gergasi, komet dan asteroid sambil memahami kekacauan yang berlaku apabila Bumi berhenti berputar. Dengan bimbingan Detektif Astra, mereka menyiasat rahsia dalaman Bumi dan menilai sama ada Proxima Centauri boleh menjadi rumah baharu manusia. Mampukah mereka membongkar misteri angkasa ini?
Graviti dan Pergerakan Planet : Memahami orbit planet, pasang surut, dan pergerakan objek angkasa dalam dunia sebenar, ini digunakan dalam astronomi, penerbangan angkasa, dan satelit.
Teknologi Angkasa : Melihat bagaimana manusia mencipta enjin, tenaga fusi, dan inovasi untuk penerokaan angkasa.
Meteor dan Asteroid : Memahami bagaimana meteor dan asteroid bergerak di angkasa dan memasuki atmosfera Bumi serta menilai kesan mereka terhadap permukaan planet dan alam sekitarnya.
Apabila Matahari dijangka meletup dalam 400 tahun, manusia melancarkan Projek Bumi Mengembara bagi menukar Bumi menjadi kapal angkasa gergasi. Detektif Astra, iaitu robot AI Angkasa bersama dua kanak-kanak, Aiden dan Sophie, mengembara ke alam semesta bagi menyiasat misteri saintifik di sebalik letupan helium, ekosistem, dan enjin planet dalam usaha menyelamatkan dunia. Bumi akhirnya mula bergerak meninggalkan sistem suria namun bahaya baharu menanti apabila Bumi hampir berlanggar dengan planet Musytari. Mampukah Bumi diselamatkan?
Sains Angkasa : Memahami kedudukan Bumi, fungsi Matahari, dan bagaimana cahaya serta haba menyokong kehidupan. Dalam dunia sebenar, ini berkaitan dengan astronomi dan kajian iklim.
Perubahan Alam Semesta : Menyedari bintang melalui kitaran hidup, saintis meneliti fenomena seperti supernova, pembentukan bintang dan kesannya terhadap planet.
Kelestarian Bumi : Menghargai keunikan Bumi termasuk udara, air dan suhu sederhana yang menyokong kehidupan serta pentingnya mengekalkan keseimbangan alam.
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti haiwan terancam, lebih banyak keajaiban alam semula jadi, lebih banyak tumbuhan dan kulat, dan penerokaan dan reka cipta.
Mari terokai dunia aplikasi sains yang mengasyikkan. Buku ini menjelaskan lebih daripada 15 konsep dan aplikasi saintifik yang mengubah kehidupan kita.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Bagaimana kita dapat melihat dunia dalam pelbagai warna?
Bagaimana poligraf mendedahkan pembohongan seseorang?
Benarkah terbang ke angkasa sesuatu yang sukar dan memerlukan pengetahuan dan kebijaksanaan yang hebat?
Terjun payung bersama penerjun payung, bergerak menggunakan kepintaran eskalator, dan hasilkan sendiri eksperimen sains yang hebat di rumah.
Mari terokai ke dunia aplikasi sains tambahan yang lebih mengasyikkan. Buku ini menjelaskan lebih daripada 15 konsep dan aplikasi saintifik yang mengubah kehidupan kita.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Bagaimana periskop membantu kita melihat sesuatu di atas air apabila kita berada di bawah air?
Apa yang menyebabkan filem 3-D kelihatan seperti nyata?
Bagaimana gema dihasilkan dan apakah kegunaan gema?
Siapa yang mula-mula terfikir menggunakan gelombang mikro untuk memasak makanan?
Mengapa periuk panas kertas tidak akan terbakar apabila diletakkan di atas api?
Mari terokai dunia bahan yang unik dan menarik. Kenali lebih daripada 15 gentian, mineral, resin, dan logam yang memiliki pelbagai aplikasi harian dan keistimewaan.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Apakah perbezaan antara bahan semula jadi dan sintetik?
Bagaimanakah ambar menangkap secebih hidupan prasejarah?
Mengapa kapas menjadi tanaman terpenting di dunia?
Menghasilkan beberapa kain halus dengan menggunakan ulat sutera mulberi.
Menjadi perantis ahli silap mata, dan saksikan sifat galium yang memukau.
Daripada reka bentuk dan seni halus kepada bangunan dan pembinaan.
Hargai penggunaan bahan yang menakjubkan seperti yang tidak pernah berlaku sebelum ini!
Mari terokai dunia bahan semula jadi dan bahan buatan yang mengasyikkan. Kenali lebih banyak bahan seperti bahan-bahan mesra alam, sintetik, logam dan batu yang mempunyai pelbagai aplikasi harian dan keistimewaan.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Apakah itu kaolin dan mengapa kaolin mampu bertahan pada suhu yang sangat tinggi?
Benarkah kulit udang mampu menghasilkan cawan plastik bioplastik mesra alam?
Wujudkah plastik yang boleh dicairkan semula dan diguna semula berkali-kali?
Mengapa barang kemas platinum lebih berharga berbanding barang kemas emas?
Arang buluh bukan sahaja boleh menghilangkan bau busuk kaki tetapi juga boleh dimakan!
Bagaimana kuib ais batu sabun boleh menyejukkan air tanpa menjadi cair?
Mari Terokai Dunia Burung yang unik dan menarik di dunia. Kenali tabiat burung yang mudah ditemui hinggalah spesies burung eksotik yang sukar ditemui menerusi buku ini.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah :
Apakah ayam yang paling berharga di dunia?
Bagaimana burung enggang membuat sarang?
Apakah yang menyebabkan burung sekendi berwarna merah?
Menyelam bersama penguin
Meluncur bersama Albatros
Mari mengembara ke dunia haiwan yang luar biasa dan unik. Buku ini mendedahkan lebih daripada 20 spesies haiwan yang mendiami di atas dan di bawah tanah.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Mengapa kita perlu menghargai cacing tanah?
Apa yang suba disampaikan oleh si lemur ekor gelang itu?
Apakah yang menyebabkan gnu Serengeti merentasi sungai yang dipenuhi dengan buaya?
Bersiar-siar di Pulau Krismas bersama ketam merah.
Jauhkah diri and daripada tendangan hebat si kanggaru.
Mari bergayut dari pokok ke pokok bersama ungka tangan putih.
Kembara ke Dunia Haiwan Darat adalah penemuan mengasyikkan dengan lebih 20 penduduk pelbagai habitat di atas dan di bawah tanah.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah :
Apakah perbezaan antara antler dan tanduk?
Mengapa sloth bergerak perlahan?
Bolehkah kita mengesan tompok pada harimau kumbang?
Berarak dalam kalangan tentera semut.
Kembara di jalan raya sambil mengagumi keunikan moose
Bergusti dengan ketam kelapa, dan peluang bertemu dengan monyet proboscis yang tidak dalam dilupakan! Dari tanah gersang artik ke pergunungan andes, dan dari padang rumput nun di kejauhan ke taman di sebelah.
Mari mengembara ke dunia haiwan terancam yang mengasyikkan. Buku ini menerangkan lebih daripada 15 haiwan unik yang berhadapan dengan kepupusan dan kehilangan di dunia kita selama-lamanya.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Penebangan hutan dan pemburuan haram menyebabkan okapi semakin pupus?
Benarkah populasi gajah Borneo dianggarkan kurang daripada 1500 ekor?
Kenapa anjing laut bulu utara berkurangan bilangannya?
Lumba-lumba baiji tinggal di perairan Yangtze sejak 25 tahun yang lalu dan pada tahun 1997 hanya 13 ekor sahaja yang dijumpai.
Berenang dengan ikan jerung paus terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga 10 meter panjang.
Mari Terokai Dunia Hidupan Laut yang unik dan menarik. Kenali lebih daripada 20 spesies hidupan laut yang menghuni lautan di dunia. Daripada rumput laut hinggalah kepada hidupan laut yang terbesar di dunia dijelaskan dalam buku.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah :
Apakah kisah legenda ikan duyung?
Apakah bintang yang popular di dasar laut?
Mengapakah ikan buntal mengembang dan menguncup?
Apakah keistimewaan ikan tuna sirip biru?
Apakah unicorn yang hidup di dasar laut?
Mari mengembara ke dunia keajaiban alam semula jadi dengan mempelajari lebih daripada 20 fenomena alam yang mengasyikkan dan luar biasa.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Apakah kucing yang terbesar di dunia?
Di manakah letaknya air terjun paling mengagumkan di bumi?
Mendaki ke puncak Gunung Kilimanjaro.
Ikuti jejak mitos gergasi Ireland serta meluncur di Cappadocia dengan belon udara panas.
Mari mengembara ke dunia keajaiban ciptaan manusia yang mengasyikkan. Buku ini menjelaskan lebih 15 keajaiban monumen dan seni bina yang dicpta oleh manusia di seluruh dunia.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Mengapa batu-batu yang dikenali sebagai Stonehenge berdiri tegak?
Benarkah Venice dibina di atas lebih 100 pulau kecil dalam lagum yang tersebar di sepanjang garis pantai muara sungai Padua dan Piave?
Benarkah Jambatan Menara, London adalah sebuah jambatan baskul?
Di manakah bangunan tertinggi di dunia?
Mengapa menara Pisa di Tuscany, Itali condong?
Mari terokai dunia kesihatan dan tubuh manusia akibat kesan kesihatan yang tidak baik dan penyakit. Buku ini menjelaskan lebih daripada 15 kesan kesihatan yang tidak baik terhadap kesihatan dan tubuh manusia.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Mengapa sukar untuk tidur pada waktu malam?
Bagaimana jerawat boleh tumbuh di muka kita?
Bagaimana untuk mengatasi fobia ketinggian yang berlaku pada seseorang?
Benarkah kulat penyebab kurap pada kulit?
Pemakaian kasut yang sesuai dan tidak terlalu ketat dapat melegakan kesakitan haluks valgus.
Mari mengembara ke Dunia Kuman yang unik dan mengasyikkan. Buku ini menerangkan kewujudan mikroorganisma yang hidup di persekitaran, badan, dan juga di dalam badan kita, serta kesannya terhadap kehidupan kita.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah :
Bagaimana kuman bergerak?
Apakah perbezaan antara selsema dan flu?
Mengapa kita mesti menjaga pemakanan kita?
Kembangkan bakteria baik kita.
Bertahan sepanjang tempoh kawalan pergerakan Covid-19.
Elakkan bahaya keracunan makanan.
Musnahkan mitos-mitos biasa tentang penyakit dan perkasakan diri kita bagi melawan kanser!
Mari mengembara ke dunia penerokaan dan reka cipta yang menarik dan mengasyikkan. Buku ini menerangkan lebih daripada 15 kepentingan penerokaan dan reka cipta yang memberi impak besar dalam kehidupan kita.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Bakteria dan protozoa mula diperhatikan oleh mikrobiologi pertama, Leeuwenhoek pada tahun 1974.
Mengapa terowong bawah laut dibinaa denan melengkung?
Bagaimana imej-imej di televisyen boleh bergerak?
Pada 17 Disember 1903, kapal terbang pertama berjaya terbang kira-kira 260 meter dalam 59 saat.
Mari mengembara ke dunia reptilia dan amfibia yang unik dan luar biasa. Buku ini membawa anda mengenali 20 wakil daripada lebih 14,000 spesies haiwan berdarah sejuk yang wujud di dunia.
Antara topik menarik dalam buku in adalah:
Bagaimanakah cara untuk kita mengenal pasti ular yang berbisa atau tidak?
Bagaimana sesumpah boleh berubah warna?
Mengapa salamander Jepun jarang-jarang dilihat di hutan?
Merangkak bersama biawak terbesar di dunia komodo naga.
Ketahui rahsia kura-kura Galapagos.
Kagumi (tetapi awas jangan sentuh!) katak dart beracun yang badannya berwarna terang.
Mari terokai ke dunia sains bumi yang mengasyikkan. Buku ini menjelaskan lebih 15 proses semula jadi yang berlaku di planet kita.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Apakah itu kejadian empat musim yang sering berlaku di luar negara?
Benarkah dinosour hidup di zaman purba sekitar 200 hingga 145 juta tahun lalu?
Mengapa ombak di pantai kelihatan lebih besar berbanding di laut?
Benarkah pusaran air yang berpusing-pusing berlaku disebabkan oleh interaksi air pasang surut naik dan turun?
Warna-warna pelangi terdiri daripada tujuh warna dan setiap satu daripadanya mempunyai panjang gelombang tersendiri.
Mari terokai dunia serangga yang unik dan menarik. Kenali lebih daripada 20 spesies serangga yang mendominasi dunia haiwan. Walaupun sering dianggap sebagai makhluk perosak, namun terdapat simbiosis antara serangga dengan hidupan lain.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Serangga manakah yang tidak menyerupai ibu bapanya?
Apakah saling kaitan belalang treehopper dengan semut?
Ketahui kehebatan sang lebah
Kupu-kupu monarch, si penerbang terhandal
Penyamaran belalang orkid
Mari terokai Dunia Teknologi dan Gajet yang semakin canggih dan unik. Buku ini menerangkan pertemuan lebih daripada 15 kemajuan terkini yang mengubah cara kita menjalani kehidupan, bekerja, dan bermain.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah :
Bilakah komputer pertama dicipta?
Bagaimana teknologi gentian optik mengubah komunikasi?
Bagaimana sekiranya kita boleh melindungi harta benda menerusi "medan kuasa" yang sebenar?
Menconteng dalam buku nota digital.
Mari mengenali pemikir hebat dunia dengan berkenalan dengan 20 orang individu paling berpengaruh dalam sejarah.
Antara topik menarik dalam buku in adalah
Bagaimanakah hasil ciptaan George Stephenson membawa kemajuan?
Siapakah yang membawa klasik China ke Barat?
Pelajari bagaimana komet Halley ditemui.
Perhatikan benda hidup menerusi mata Charles Darwin.
Dapatkan inspirasi daripada semangat dan kecekalan Hellen Keller.
Mari terokai sistem tubuh badan manusia yang unik dan menarik. Pelajari sistem tubuh badan yang membuatkan kita mampu bergerak melakukan pelbagai aktiviti harian. Bermula daripada rahsia menjadikan akar rambut sihat hingga rahsia organ terbesar dalam tubuh badan manusia dijelaskan dalam buku ini.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Mengapa kita mempunyai tulang?
Apakah kepentingan mengamalkan pemakanan yang sihat?
Bagaimanakah tubuh badan kita memahami dunia melalui deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan sentuhan?
Mari terokai dunia tumbuh-tumbuhan dan kulat yang unik dan menarik. Tumbuhan dan kulat yang terdapat di sekeliling saling berkaitan dengan manusia. Daripada pokok baobab Afrika hingga trufel yang berbau harum, mari mengembara ke dunia tumbuh-tumbuhan dan kulat.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Bagaimanakah tumbuhan dan kulat memperoleh nutrien?
Mengapakah sesetengah tumbuhan melakukan penyamaran?
Apakah manfaat terbesar tumbuhan kepada manusia?
Mari terokai dunia tumbuhan yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang amat lazat. Buku ini menjelaskan lebih 15 tumbuhan yang akan menggoda deria rasa kita.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Mengapa gajus tumbuh di atas pokok dan bahagian hujungnya berbentuk seperti buah pinggang?
Apakah khasiat buah kurma dan mengapa Umat Islam sering berbuka puasa dengan memakan satu atau lebih kurma?
Mengapa wasabi mempunyai rasa yang sangat pedas?
Benarkah kulit kayu manis dapat menghasilkan masakan yang sangat enak?
Safron adalah rempah berbunga yang terdiri daripada stigma kering berwarna merah daripada bunga safron.
Mari terokai gerakan Bumi Hijau yang unik dan menarik. Buku ini menerangkan beberapa isu alam sekitar yang kritikan pada abad ke-21 serta pelbagai penyelesaian yang bertujuan bagi menangkan masalah tersebut.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah :
Mengapa kita perlu mengambil berat tentang aktiviti penerbangan hutan, jerebu, dan sisa plastik?
Bagaimana cara kita menguruskan sumber seperti air dan tenaga elektrik secara bertanggungjawab?
Menanam pokok, membuat kertas kitar semula, dan katakan "tidak" kepada barangan pakai buang!
Berbasikal sambil meneroka keindahan bandar hijau!
Menggalakkan penggunaan sumber tenaga mesra alam!
Mari mengembara ke lebih banyak keajaiban alam semula jadi dengan mempelajari lebih daripada 20 fenomena alam yang mengasyikkan dan luar biasa.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Obor-obor emas mempunyai corak penghijrahan yang luar biasa!
Benarkah Teluk Pasir Berbunyi di Xiangshawan boleh menghasilkan bunyi?
Mengapa pasir di Pulau Harbour, Bahamas berwarna merah jambu?
Apakah itu rumput menari dan bagaimana rumput boleh menari?
Bagaimana fenomena bulatan ais boleh berlaku di permukaan air?
Jurang Mariana merupakan jurang lautan paling dalam yang diketahui di dunia.
Mari mengembara ke lebih banyak tumbuhan dan kulat yang mempesonakan. Kenali lebih daripada 15 spesies tumbuhan dan kulat yang mempunyai kegunaan dan fungsi berbeza dalam kehidupan seharian kita. Daripada pokok malar hijau hingga produk kulit cendawan Muskin.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
Apakah itu ‘gergasi hijau’ atau dikenali sebagai pokok malar hijau?
Mengapa tumbuhan wolffia sering ditemui di kolam dan apakah fungsi tumbuhan wolffia kepada ekosistem kolam?
Benarkah buah-buahan daripada pokok chinaberry beracun dimakan oleh manusia?
Bagaimana kunyit jawa boleh dijadikan sebagai alat solek?
Mengapa cendawan reishi sangat berharga?