{ Code : NVL12-A/B/C/D-XX }
Year Published
A - 2026 | B - 2025 | C - 2024 | D - 2023 and older
Ainin Sofiya, seorang balu muda yang berjuang membesarkan anak kecilnya, menerima kerja sebagai pembantu rumah kepada keluarga berada milik Hajah Fauziah. Di rumah itu, dia bertemu Ziyad, anak majikannya yang tampak sempurna, tetapi hati dipenuhi sepi yang tidak terhurai.
Segalanya bermula dengan semangkuk asam pedas, hidangan sederhana yang membuka ruang perkenalan lalu mengubah hidup mereka tanpa disedari. Antara batas kerja dan budi, timbul rasa yang tidak pernah mereka rancang.
Ainin harus memilih; antara hati yang baru berputik atau harga diri yang cuba dipertahankan.
Tiga tahun lalu, satu kes penculikan berakhir dengan tragedi paling mengerikan. Mayat seorang gadis ditemui dalam keadaan aib, dikerat dan ditinggalkan sebagai tanda amaran. Kes itu ditutup. Fail disimpan. Pembunuh menghilang tanpa jejak.
Kini, satu mayat baharu ditemui. Modus operandi sama. Mata dijahit. Organ dalaman hilang. Seolah-olah pembunuh itu kembali untuk menuntut sesuatu yang belum terlunas.
Inspektor Umar dan pasukannya terpaksa membuka semula cold case yang sepatutnya sudah terkubur.
Setiap petunjuk membawa mereka hampir kepada kebenaran yang lebih kejam - bahawa keadilan pernah diputar belit dan orang yang sepatutnya bersalah telah dilepaskan.
Apabila rahsia lama dibongkar satu demi satu, mereka sedar ini bukan sekadar pembunuhan bersiri. Ini adalah dendam yang dirancang rapi. Sebelum kes ini berakhir, akan ada harga yang perlu dibayar — dengan pertumpahan darah.
Genre : Jenayah + Ngeri + Penyiasatan
Seri membawa diri ke Jakarta untuk melupakan kekasih yang pergi tanpa pesan. Namun tanpa diduga, dia bertemu Radi, lelaki pendiam yang semakin hari semakin menawan hatinya. Pertemuan demi pertemuan membuat Radi yakin bahawa Seri adalah takdir yang tidak wajar dilepaskan.
Ketika hubungan mereka mula cuba dibina, kenangan lama kembali menghantui Seri. Dia mula ragu untuk membuka hati sepenuhnya kerana tidak sanggup melupakan cinta pertamanya. Perasaan bercampur-baur itu menjadikan hubungan mereka tidak semudah yang disangka.
Radi yang ikhlas mencintai Seri pula berasa keliru apabila rahsia masa lalu terbongkar. Pertemuan takdir di bawah hujan Disember itu akhirnya menjadi ujian besar buat kedua-duanya. Ternyata, Seri yang ditemui di Jakarta itu bukanlah gadis pertama dalam hidupnya. Antara melepaskan masa lalu atau berjuang demi cinta yang baru berputik.
“Rumah ini adalah tempat untuk saya pulang. Sejauh mana pun saya pergi, saya akan kembali ke pangkuan awak.” – Radi.
"Saya akan sentiasa menunggu awak pulang kepada saya." - Seri.
Selepas dikhianati oleh tunang dan sahabat sendiri, Sara ditimpa kemalangan yang hampir meragut nyawa. Tiba-tiba sahaja, dia muncul di Safranbolu, kota lama yang diselaputi salji dan seribu rahsia.
Di situ, dia bertemu Emir; lelaki sepi yang hidup dalam luka yang tidak pernah sembuh.
Sehari sebelum kemunculan Sara, Emir menerima sepucuk surat yang dikirim oleh ibunya tentang “harta peninggalan keluarga”.
Perjanjian dimeterai. Pengembaraan bermula. Sara dan Emir bergerak dan bertindak mengikut arahan di dalam surat misteri itu. Dalam perjalanan musim dingin yang penuh keajaiban, mereka menemukan rasa yang menghangatkan.
Namun, apabila garis di antara mimpi dengan realiti mula kelihatan, Sara terpaksa membuat pilihan paling sukar:
terus berada dalam mimpi yang sempurna,
atau kembali ke dunia yang pernah mematahkan.
Jika bahagia hanya wujud dalam mimpi, haruskah dia terjaga?
Genre : SLICE OF LIFE + romance + magical realism + thriller ringan
Ersalina Imani, gadis berusia 18 tahun, dipaksa menerima perkahwinan yang tidak pernah dirancang demi menutup kesilapan silam dan menjaga maruah keluarga. Demi kasih dan taatnya kepada ibunya, Haliza, Ersalina mengorbankan cinta pertamanya terhadap Iqram dan akur untuk bernikah dengan lelaki asing bernama Zain Hakimi—anak kepada keluarga berada yang turut terperangkap dalam percaturan orang tua.
Zain menerima perkahwinan itu tanpa cinta, sekadar memenuhi kehendak ibunya, Datin Adibah. Mereka bernikah tanpa saling mengenali, malah bersetuju untuk berpura-pura bahagia di hadapan keluarga. Di sebalik ikatan yang sah, hubungan mereka dingin, penuh kekok dan salah faham.
Ujian terbesar hadir apabila Zain mengetahui rahsia silam Ersalina—sesuatu yang meruntuhkan kepercayaannya dan menggugat rumah tangga yang baru dibina. Ersalina menanggung rasa hina, bersalah dan takut ditinggalkan, namun tetap memilih untuk setia dan mempertahankan perkahwinannya dengan penuh kesabaran dan doa. Keikhlasan Ersalina sebagai isteri perlahan-lahan melenturkan hati Zain yang bergelut antara ego, maruah dan perasaan cinta yang kian berputik.
Melalui episod duka, cemburu, jarak emosi, serta insiden yang hampir meragut nyawa Ersalina, Zain akhirnya sedar bahawa cinta tidak lahir daripada kesempurnaan masa lalu, tetapi daripada penerimaan dan kejujuran hati. Dia mengakui cintanya dan memilih untuk mempertahankan isterinya sepenuh jiwa.
Setia Hujung Nyawa ialah kisah pengorbanan, penebusan dan cinta yang tumbuh perlahan-lahan dalam ikatan perkahwinan yang bermula tanpa rela, namun akhirnya disatukan oleh kesetiaan, keimanan dan kasih yang tulus—hingga ke hujung nyawa.
Azlin dan Din bermula sebagai musuh. Setiap pertemuan mereka hanya diisi dengan sindiran, ego dan rasa benci yang tidak pernah padam. Bagi Azlin, Din hanyalah Mat Lidi yang selalu menyakitkan hati. Bagi Din pula, Azlin ialah Cik Kak Lempeng yang suka memandang rendah terhadapnya.
“Asyik muka dia aje yang sambut aku. Dah tak ada muka lain ke?” – Azlin
“Berlagak betul Cik Kak Lempeng ni. Diri sendiri pun tak mampu, ada hati nak pandang rendah pada orang lain!” – Din
Namun apabila hidup mula meletakkan Azlin dan Din dalam situasi yang tidak dijangka, mereka terpaksa berurusan lebih daripada sekadar pertengkaran. Mereka saling hadir ketika diperlukan, memaksa keduanya bergantung antara satu sama lain.
Apabila batas antara benci dan peduli mula kabur, Azlin dan Din terpaksa memilih; terus mempertahankan ego atau berani mengakui perasaan yang mula hadir tanpa dipinta.