Seringkali kita membicarakan orang yang kita cintai atau hormati dan telah berpisah dengan kita. Kita ingat segala kebaikannya dan tidak ketinggalan juga kita membicarakan kelemahannya. Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur, dan budinya mulia.
Semuanya itu, iaitu budi, akal, pergaulan, kesehatan, dan pengetahuan, berkumpul menjadi satu pada satu orang. Kumpulan itulah yang membentuk suatu peribadi. Lemah ataupun kuat, lebih ataupun kurang dari segala yang disebutkan itu menyebabkan lemah ataupun kuat, lebih ataupun kurangnya peribadi. Itulah yang menentukan mutu seseorang.
Sejak pulang dari Kembara Menjejak Buya Hamka anjuran Komuniti Jejak Tabiah di Sumatera Barat. Saudara Muhammad Shah Ahmad Nor konsisten menulis status ibrah pendidikan yang berinspirasi dari kisah Buya Hamka.
Beliau merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat minyak dan gas yang juga aktif terlibat dalam aktiviti pendidikan dengan membangun tadika & sekolah rendah Islam di Seremban. Beliau menulis dalam perjalanan ke tempat kerjanya ketika menaiki komuter dan bas dari Seremban ke KLCC. Saban minggu beliau kongsikan penulisan tersebut dalam group WhatsApp Kembara Hamka. Penulisannya bersifat santai, namun tetap ilmiah dengan bersandarkan rujukan yang baik.
Penulisan ini bertepatan dengan idea utama Komuniti Jejak Tarbiah iaitu memasyarakatkan ilmu seterusnya mendekatkan tokoh dan pemikiran mereka kepada umum. Justeru perbahasan buku ini sesuai untuk bacaan umum sebagai inspirasi untuk membangun peribadi berbudi tidak sekadar kepada pendidik seperti guru, bahkan juga untuk ibu bapa, dan generasi anak muda.
“Seni saya bukan kerana wang, tetapi seni saya adalah kerana Allah semata-mata
Segala kerja seni saya selama 20 tahun (pada ketika itu) yang saya berkecimpung dalam bidang seni ini ada kaitan dan hubungan dengan Allah. Apa sahaja yang saya lakukan yang mempunyai kaitan dengan kerja seni, saya tidak lupa memohon restu kepada Allah.
Sesungguhnya saya sedar, beberapa ketika ini filem-filem Melayu agak sedikit mundur, tetapi pada pemerhatian saya ia hanya seketika sahaja. Saya bukan Tuhan yang boleh menentukan atau memastikan sesuatu. Namun saya tetap berkeyakinan, bahawa filem Melayu akan lebih maju lagi di masa akan datang, percayalah. Rahasianya terletak di tangan bangsa Melayu itu sendiri. Yang paling utama masyarakat Melayu itu sendiri harus memberi sokongan kepada perkembangan filem Melayu. Kalau bukan masyarakat Melayu sendiri yang menghargai budaya seni Melayu, siapa lagi?”
– P. Ramlee Mac, 1969 –