{ Code : NVL9-A/B/C/D-XX }
Year Published
A - 2026 | B - 2025 | C - 2024 | D - 2023 and older
“Bolehkah makanan menyembuhkan luka lama?"
Selamat datang ke Restoran Mulmangcho; sebuah restoran kecil namun menunya tidak pernah tetap. Pemiliknya, Mun Mangcho, percaya bahawa makanan yang tepat mampu menyembuhkan jiwa.
Setiap pelanggan yang datang akan menerima masakan khas sesuai dengan luka yang dibawa.
Tetapi, restoran ini hanya akan beroperasi selama 100 hari. Mangcho perlu pastikan restoran ini berjaya untuk membuktikan kepada ibunya bahawa dia layak mewarisi restoran keluarga mereka.
Apakah hidangan terbaik untuk seorang pelanggan yang takut anjing?
Apa pula masakan sesuai untuk seseorang yang rasa terhina hanya kerana tidak sukakan kimchi?
Dalam usaha merawat hati pelanggan melalui makanan, Mangcho turut menemukan ketenangan dalam dirinya sendiri.
Tetapi… mampukah Mangcho menyembuhkan setiap jiwa yang singgah?
Dan adakah 100 hari itu cukup untuk dia berjaya?
Kisah ini, secara ringkasnya, tentang si pelik bertemu dengan seorang lagi si pelik. Si pelik yang seorang lagi itu aku.
***
Yunjae dilahirkan dengan keadaan otak yang dipanggil Aleksitimia—yang menyukarkan dia merasai apa-apa emosi seperti takut dan marah. Kehilangan neuron berbentuk badam dalam otak ini menjadikan dia berbeza, hingga tiada sesiapa mahu mendekatinya.Biarpun begitu, Yunjae tetap membesar dengan tenang dan gembira bersama keluarga kecilnya. Sehari sebelum ulang tahun ke-16 Yunjae, segalanya berubah. Sebuah tragedi serangan rambang di jalanan telah memusnahkan hidupnya. Meninggalkannya sendirian.
Dalam pergelutan menerima kehilangan, Yunjae menjadi penyendiri. Di sekolah pula, Yunjae menjadi sasaran Gon—seorang pelajar baru yang panas baran dan suka membuli.
"Tengok aku! Kalau tak, aku akan hancurkan semuanya. Faham?"
"Aku tetap tak boleh bagi reaksi yang kau nak.”
Meskipun perwatakan si pembuli dan si dibuli luarannya kelihatan berbeza, perlahan-lahan mereka menjumpai titik temu. Gon kagum dengan ketenangan Yunjae yang luar biasa. Yunjae pula, buat pertama kali, merasakan keinginan untuk memahami emosi manusia—melalui Gon. Daripada rasa ingin tahu, mereka berkawan. Sesuatu dalam diri Yunjae berubah. Dia mula membuka hatinya kepada orang lain—termasuk seorang gadis yang mencuri perhatiannya di sekolah.
Ketika Gon terjebak dalam kancah berbahaya, beranikah Yunjae melangkah keluar lebih jauh dari ruang selesanya untuk menyelamatkan sahabatnya itu?
"Hari ini, kita fokus kepada urusan hari ini dulu, ya!"
58 Cara Untuk Menikmati Hidup Dengan Bahagia
Mungkin, rasa gelisah kita hadir bukanlah kerana kita tidak mencapai apa yang kita impikan, tetapi sebenarnya kerana kita terlalu memikirkan apa pandangan orang terhadap kita.
Walaupun kita tidak mempunyai jawapan yang sempurna untuk persoalan “siapa diri kita,” apa yang lebih penting adalah untuk kita menghargai perjalanan mencari dan membentuk diri kita yang sebenar.
Mungkin kita tidak akan menjadi orang yang paling hebat.
Mungkin hidup kita akan sentiasa ada kekurangan.
Tetapi, semua itu tetap sebahagian daripada diri kita.
Menghargai setiap sisi diri—yang kadang sederhana, kadang penuh warna—membantu kita bukan sahaja untuk lebih menerima diri sendiri, tetapi juga hidup dengan hati yang lebih tenang dan bahagia.
'Walaupun anda tidak sempurna, anda tetap layak untuk disayangi dan dihargai.'
"Semoga kamu tidak berputus asa dengan kebahagiaan hari ini dan berjalan dengan berani pada hari esok."
Ini cara paling mudah untuk saya menyayangi diri sendiri sekarang. Saya mengenang kembali waktu-waktu saya tidak dapat bersabar dan bertahan, serta terlupa untuk memberi masa kepada diri.
Kini, daripada menghukum diri dengan impian dan misi yang tidak masuk akal, saya mahu membantu diri sendiri terlebih dahulu, supaya saya tidak lagi hilang arah. Saya tidak mahu terus tenggelam dalam rasa kosong dan resah.
'Bolehkah Kita Semua Log Keluar?'
'Bila kita rasa tidak mahu berbuat apa-apa, membiarkan diri tidak berbuat apa-apa akan sangat membantu.'
Bagaimana untuk kita mengembalikan semangat diri di samping hidup bersama perasaan lesu yang datang seperti rasa sejuk. Apa yang saya buat semuanya tidak seronok. Hanya ribut.
Walaupun saya alami kemurungan, secara luarannya saya sentiasa muncul dengan wajah yang tersenyum dan ceria. Saya berdebar-debar ketika saya tidak melakukan apa-apa. Saya selalu sukar untuk tidur kerana terfikirkan hal-hal yang belum berlaku. Saya juga sering rasa mahu batalkan janji untuk berjumpa pada hari yang dijanjikan.
Kenapa saya begini? Lesu, kosong, resah, mudah marah…. Sedaya upaya mengatasi kemerosotan dalam hidup. Langkahnya kecil, namun pasti dapat menghidupkan kembali diri ini.