{ Code : KSJ-A/B/C/D-XX }
Year Published
A - 2026 | B - 2025 | C - 2024 | D - 2023 and older
Kedatangan British melalui Syarikat Borneo Utara British (SBUB) ke Sabah, dilihat menggugat kehidupan dan adat resam masyarakat Murut di sana. Mereka mengerah keringat penduduk tempatan dan menjadikan penduduk tempatan itu sebagai hamba demi mencapai sasaran mereka di Borneo Utara itu, menakluk tanah penuh tradisi itu.
Kelahiran seorang bayi bernama Ontoros dilihat sebagai permulaan kepada satu perjuangan yang panjang menentang penjajahan British. Beliau dilatih oleh datuknya, Yontoros bagi mengenal alam dan menjadi seorang pemimpin disegani pada masa hadapan. Beliau dikenali sebagai Antanom yang membawa maksud anti-penjajah oleh pihak British.
Perjuangan dua pemimpin tempatan menentang British, Melayak dan Longkab telah menaikkan semangat penduduk Murut yang lain, termasuklah Antanom. Penjajah seperti British perlu ditentang bagi menegakkan keadilan dan mengekalkan kembali tradisi masyarakat Murut.
Komik Antanom 1 menjelmakan semangat pahlawan dalam diri masyarakat Murut bagi menentang kezaliman penjajah yang tak pernah putus-putus mahu menggondol kekayaan bumi Sabah.
Setelah kematian Melayak dan Longkab ke atas pihak Syarikat Borneo Utara British (SBUB), semangat masyarakat Murut di Rundum semakin meluap-luap untuk menghapuskan dan mengusir British dari tanah Sabah.
Antanom yang telah dilatih oleh Yontoros sejak kecil, mempelajari sesuatu daripada kesilapan yang dilakukan oleh Melayak dan Longkab dalam serangan yang telah mereka lancarkan sebelum ini. Selama dua tahun, Antanom dan pengikut-pengikutnya telah melakukan rancangan dan membina kubu untuk mempertahankan tanah mereka daripada pihak SBUB.
Pada tahun 1915, kebangkitan Antanom sampai ke kemuncaknya. Beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan hendap ke atas kem-kem SBUB yang telah menggegarkan dan menghancurkan kem-kem itu. Serangan bagaikan menyentak sang singa yang sedang tidur. Pihak SBUB membalas serangan itu dan menggunakan pelbagai helah yang licik menyebabkan Antanom terpaksa menyerah kalah.
Komik Antanom 2 bukan lagi sekadar cerita perjuangan menentang penjajah semata-mata, tetapi cerita kecintaan pahlawan kepada masyarakat dan keluarganya.
Tatkala penjajah menginjak bumi Semantan, nyala api perjuangan mula menyala dalam dada rakyat. Seorang pahlawan bangkit menggembleng kekuatan rakyat. Dato’ Bahaman, nama yang menjadi igauan British! Bersama Mat Kilau, Tok Gajah dan pejuang muda dari kampung ke kampung, mereka menyusun serangan gerila, mengatur strategi dalam senyap dan menyerang dengan keberanian luar biasa.
Namun, ini bukan kisah pertumpahan darah semata-mata. Ia kisah maruah, tentang rakyat biasa yang menjadi luar biasa apabila tanah mereka dicabar. Di sebalik bayang hutan dan cahaya pelita kecil, tersimpan ratusan pengorbanan.
Komik Dato’ Bahaman 1 merakam fasa awal perjuangan rakyat menentang penjajah. Ia adalah detik di mana tanah air bukan sekadar Lokasi, tetapi sebuah warisan yang perlu dipertahankan, meskipun nyawa menjadi galang gantinya.
Tokoh muda seperti Wan Ibrahim bersama Mat Kilau menggalas obor semangat yang ditinggalkan oleh Dato’ Bahaman. Mereka tidak hanya mewarisi perjuangan, tetapi membinanya semula dalam bentuk yang lebih matang. Anak-anak muda dikumpulkan dan diperkasa, bukan lagi hanya dengan senjata, tetapi dengan ilmu, jati diri dan semangat yang membara.
Kaum wanita pula berdiri gagah sebagai perisik, penyampai risalah perjuangan, pendidik masyarakat dan penjaga semangat bangsa. Dari kampung ke kampung, satu generasi baharu dibentuk, iaitu generasi yang melawan bukan hanya dengan peluru, tetapi dengan prinsip, kesatuan dan keberanian yang tidak pernah goyah. Tahun 1900 mencatat peralihan besar, muncullah satu kekuatan baharu iaitu perjuangan minda, kesedaran dan penyatuan jiwa rakyat.
Komik Dato’ Bahaman 2 membuka lembaran perjuangan baharu, iaitu fasa yang membuktikan bahawa semangat tidak boleh dibunuh. Selagi ada cinta kepada tanah air, perjuangan akan terus menyala selama-lamanya.
Setelah Perjanjian Pangkor 1874 termeterai, British mula campur tangan dalam pentadbiran negeri Perak. British tidak datang dengan niat membangun, sebaliknya untuk menakluk!
Penempatan J.W.W. Birch sebagai Residen mengundang kemarahan pembesar dan masyarakat tempatan. Para pembesar semakin kehilangan kuasa, manakala rakyat dizalimi! Kemuncak kemarahan mereka apabila Birch yang angkuh mahu menghapuskan sistem cukai tradisional, menghina adat istiadat tempatan serta campur tangan dalam urusan agama Islam.
Komik Dato’ Maharaja Lela 1 menampilkan perjuangan Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya untuk menghapuskan Birch sebelum Perak tergadai sepenuhnya kepada penjajah! Darah penjajah pertama ini akan menjadi permulaan kepada kebangkitan!
Mesyuarat Durian Sebatang 1875 menyaksikan mesyuarat yang penuh ketegangan - menyatukan antara maruah, kedaulatan dan kemerdekaan negeri Perak. Keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh para pembesar utama seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor, dan Pandak Endut bakal menggemparkan seluruh negeri Perak!
Pagi 2 November 1875 merupakan detik yang mengubah segalanya. Di tebing Sungai Perak, darah penjajah akhirnya tumpah di bumi Pasir Salak! Birch, yang angkuh dan tidak pernah menghiraukan amaran pembesar Melayu rebah di tangan Sepuntum. Namun, kematian Birch hanyalah permulaan kepada serangan balas dendam British yang lebih dahsyat.
British datang mengganas, membakar kampung-kampung dan meruntuhkan setiap sisa harapan yang ada.
Komik Dato’ Maharaja Lela 2 menyaksikan penghujung perjuangan anak watan Perak yang akan tercatat sebagai warisan keberanian.
Selepas Perjanjian London 1824, British mula menguasai Melaka dan cuba mengenakan cukai ke atas Naning. Naning juga merupakan laluan penting bagi perdagangan ke Melaka. Sekiranya British menguasai Naning, penduduknya akan kehilangan hak mereka terhadap tanah dan adat resam.
Di kala penduduk kampung mulai bimbang dan resah, Dol Said, penghulu Naning bangkit membela rakyatnya dan mempertahankan kedaulatan tanah air daripada British. Walaupun British menggunakan ancaman ketenteraan untuk menakut-nakutkan penduduk, namun mereka tidak berjaya menggugat semangat juang Dol Said dan para pejuang Naning. Mereka bangkit menentang British menggunakan strategi gerila dan perang saraf bagi mengelirukan musuh.
Komik Dol Said 1 memuatkan permulaan perjuangan Dol Said dan para pejuang Naning demi menjaga keamanan wilayah seterusnya mempertahankan kedaulatan tanah air.
Perjuangan akhir Dol Said bukan sekadar perlawanan bersenjata, tetapi lambang keteguhan maruah anak watan. Walaupun berdepan dengan tentera British yang lengkap dengan meriam, senapang moden dan pasukan berkuda, Dol Said dan pasukannya tidak mudah tunduk. Mereka mengatur strategi perang gerila, menggunakan alam sekitar sebagai benteng dan melancarkan serangan dalam senyap.
Lebih menyedihkan, berlaku pengkhianatan dari dalam. Namun, Dol Said tetap tidak menyerah. Beliau berjuang hingga ke titisan terakhir, membuktikan bahawa semangat tidak boleh dipadam oleh kekuatan fizikal semata-mata.
Komik Dol Said 2 simbol keberanian, pengorbanan dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap tanah air.
Dari medan perang ke dek kapal Royalist. Ketibaan James Brooke ke Sarawak pada tahun 1839 bukan sekadar sebagai pengembara, tetapi telah mengubah landskap pemerintahan negeri Sarawak.
Pada mulanya, Brooke menjadi perantara antara Gabenor Bonham dengan pemerintah Brunei yang mentadbir Sarawak pada ketika itu. Namun akhirnya, pemerintah itu meminta bantuan Brooke untuk menghapuskan kebangkitan penduduk tempatan yang memberontak terhadap pemerintahan yang bersifat zalim dan menindas rakyat.
Kejayaan Brooke menghapuskan pemberontakan itu, telah membuka jalan untuknya ditabalkan sebagai Rajah Putih Sarawak. Perjalanan James Brooke penuh dengan keberanian dan intrik kuasa.
Komik Empayar Brooke 1 memaparkan pertembungan kuasa asing dan tradisi tempatan serta pemberontakan orang Melayu, Dayak dan pelombong Cina.
Tahun 1857 menjadi titik perubahan apabila ribuan pelombong Cina dari Bau bangkit menentang pemerintahan James Brooke di Kuching. Kebangkitan itu hampir menggulingkan kuasa Raja Putih Sarawak, namun berakhir dengan tragedi yang meragut ribuan nyawa.
Belum reda dengan pemberontakan itu, muncul pula tokoh-tokoh tempatan yang menentang peluasan kuasa Brooke seperti Sharif Masahor dari Igan, Datu Patinggi Abdul Gapur dari Kuching dan pahlawan Iban, Rentap dari Bukit Sadok. Mereka membawa semangat yang sama, iaitu mempertahankan tanah, maruah dan kebebasan bangsa daripada cengkaman penjajahan.
Namun, James Brooke dan anak saudaranya, Charles Brooke, tidak gentar. Dengan bantuan sekutu, mereka melancarkan serangan demi serangan untuk mematahkan semua penentangan. Pertempuran di Sungai Rajang dan tiga ekspedisi besar di Bukit Sadok menjadi saksi bahawa keinginan untuk berkuasa sering mengatasi nilai kemanusiaan.
Komik Empayar Brooke #2 menyusuri konflik, helah politik dan pengorbanan para pahlawan tempatan yang menentang pemerintahan Raja Putih Sarawak.
Kematian seorang lelaki Cina yang didakwa sebagai warga British di Pekan, Pahang menjadi detik pihak British menekan Sultan Ahmad supaya menerima kehadiran Residen British di Pahang. Residen British bertanggungjawab memberi nasihat dalam urusan pentadbiran kecuali dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Namun, kehadiran Residen British di Pahang menimbulkan rasa tidak puas hati Sultan dan para pembesar Pahang apabila British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil melalui pelatinkan pembesar negeri British. Penduduk setempat juga marah dengan kehadiran British di tanah mereka.
Di sinilah bermula perjuangan Mat Kilau dan rakan-rakannya bangkit menentang penjajah yang hanya mahu mengaut keuntungan hasil bumi Pahang!
Semangat jihad yang dilaungkan oleh Tokku Paloh disambut oleh para pejuang Pahang. Sekembalinya mereka dari Terengganu, Mat Kilau dan rakan-rakan mengatur serangan hendap terhadap British di Kuala Tembeling. Serangan yang dilakukan pada 14 Jun 1894 ini dianggap penting dalam sejarah perjuangan Mat Kilau.
Perjuangan Mat Kilau dan rakan-rakan bukan hanya perjuangan menentang penjajah British, namun terpaksa berhadapan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh pembesar Melayu. Ada rakan seperjuangan Mat Kilau yang gugur syahid dan ada yang dibuang daerah, namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk memastikan tidak ada kuasa asing yang memerintah bumi Pahang.
Mat Kilau 2 Perjuangan yang tidak Pernah Padam mengajar kita tentang erti semangat patriotisme, pengorbanan dan keberanian.
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) akan membina rel kereta api dan wayar telegraf merentasi seluruh negeri Sabah. Oleh itu, mereka mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk negeri Sabah. Perahu yang menjadi pengangkutan penduduk serta beras yang menjadi makanan asasi penduduk dikenakan cukai. Malah, ramai penduduk tempatan dipaksa bekerja sebagai buruh, namun tidak dibayar gaji.
Bukan sahaja pengenalan cukai yang membebankan, malah para pemimpin tempatan tidak lagi diiktiraf oleh SBUB dan seluruh pemimpin komuniti hilang kuasa dan kedudukan politik.
Lantaran kezaliman ini, seorang pembesar tempatan bangkit melawan penjajah dan mempertahankan hak anak negeri! Beliau ialah Datu Paduka Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh.
Komik Mat Salleh 1 memuatkan awal mula kisah perjuangan Mat Salleh dan para pengikutnya berjuang melawan British di negeri Sabah.
Mesyuarat Durian Sebatang 1875 menyaksikan mesyuarat yang penuh ketegangan - menyatukan antara maruah, kedaulatan dan kemerdekaan negeri Perak. Keputusan mesyuarMat Salleh berasa dikhianati apabila perjanjian damai bersama SBUB sekadar janji kosong. Keengganan SBUB berundur dari Tambunan telah mencetuskan satu lagi peperangan yang dahsyat! Mat Salleh mengangkat semula senjata dan bersumpah untuk mengusir penjajah dari bumi Tambunan.
Dengan strategi perang gerila dan sokongan suku-suku tempatan, Mat Salleh dan para pengikutnya melancarkan serangan demi serangan. Namun, hujan peluru meriam British juga tidak sunyi daripada menghentam kubu Mat Salleh. Pada 31 Januari 1900, satu das tembakan meriam telah menamatkan riwayat Mat Salleh.
Komik Mat Salleh 2 menyaksikan kebangkitan Mat Salleh bersama para pengikutnya setelah diperdaya melalui perjanjian damai yang ditawarkan oleh SBUB.at yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh para pembesar utama seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor, dan Pandak Endut bakal menggemparkan seluruh negeri Perak!
Pagi 2 November 1875 merupakan detik yang mengubah segalanya. Di tebing Sungai Perak, darah penjajah akhirnya tumpah di bumi Pasir Salak! Birch, yang angkuh dan tidak pernah menghiraukan amaran pembesar Melayu rebah di tangan Sepuntum. Namun, kematian Birch hanyalah permulaan kepada serangan balas dendam British yang lebih dahsyat.
British datang mengganas, membakar kampung-kampung dan meruntuhkan setiap sisa harapan yang ada.
Komik Dato’ Maharaja Lela 2 menyaksikan penghujung perjuangan anak watan Perak yang akan tercatat sebagai warisan keberanian.
Kepulangan Ngah Jabor dari Mekah disambut bukan sekadar sebagai kembalinya seorang anak watan, tetapi sebagai datangnya harapan baharu buat bangsanya. Anak muda ini tidak hanya membawa pulang kitab dan akal, tetapi semangat membara untuk melihat tanah airnya bebas dan bermaruah. Ketika Perak mula bergolak akibat tekanan penjajah British, suara Ngah Jabor mula kedengaran, tenang namun tegas.
Komik Ngah Jabor 1 mengangkat kisah awal beliau sebagai tokoh muda yang menggalas tanggungjawab besar, menjadikan ilmu sebagai senjata dan kebijaksanaan sebagai pelindung. Ketika penjajahan mula merobek adat dan kedaulatan, Ngah Jabor tampil sebagai antara suara terakhir yang masih mempertahankan harga diri tanah airnya.
Diburu sebagai musuh, tetapi kembali sebagai pembina bangsa. Setelah diampuni oleh Sultan Idris, beliau memilih untuk tidak menyendiri atau membalas dendam. Sebaliknya, beliau pulang dengan jiwa yang tenang, membawa misi baharu, yakni mendidik rakyat dan membangunkan tanah air dengan ilmu.
Ngah Jabor menolak kemewahan. Setiap sen yang diterimanya disalurkan kembali kepada masyarakat. Beliau menghidupkan surau dengan kelas dewasa, menyebarkan celik huruf, dan membuka ruang kepada ilmu pertanian serta kemahiran hidup. Dari surau yang kecil lahir semangat besar — rakyat yang sedar, berdikari dan bermaruah. Walau tiada gelaran, beliau diangkat sebagai pelindung, penasihat dan sumber kekuatan.
Komik Ngah Jabor 2 merungkai sisi lain Ngah Jabor, bukan sebagai pejuang di medan, tetapi sebagai guru di tengah masyarakat. Ini kisah seorang tokoh yang membuktikan bahawa kemenangan tidak selalu datang daripada peperangan, tetapi daripada ketulusan, pengorbanan dan kasih yang tidak mengharapkan balasan.
Pada akhir kurun ke-14, berlaku pergolakan dalam kerajaan Palembang akibat ancaman daripada Empayar Majapahit. Pengasasnya, seorang raja bernama Parameswara (1344M-1414M) enggan tunduk kepada Majapahit dan ingin membebaskan Palembang. Hal ini berikutan Parameswara dianggap pewaris sebenar kerajaan Srivijaya yang menguasai Nusantara.
Namun, tindakan Parameswara menyebabkan kemarahan oleh Empayar Majapahit. Parameswara berundur mencari tempat baharu untuk dijadikan negeri. Banyak cabaran dan kejadian yang ditempuhi oleh Parameswara untuk mendirikan kerajaan pemerintahannya sehinggalah tiba di Melaka.
Semasa Parameswara berehat di bawah teduhan pohon Melaka, baginda menyaksikan peristiwa luar biasa iaitu seekor pelanduk putih yang kecil menendang anjing pengiringnya. Peristiwa ini meyakinkan Parameswara membuka pemerintahan baharu di Melaka.
Komik Parameswara 1 memuatkan permulaan kerajaan Melaka yang menjadi titik penting dalam sejarah Nusantara.
Setelah berjaya membuka negeri baharu yang diberi nama Melaka pada tahun 1440, Parameswara mula mengatur strategi untuk menjadikan Melaka sebuah empayar perdagangan yang maju dan mahsyur. Baginda bijak mengenal pasti potensi lokasi strategik Melaka di Selat Melaka. Selain menjadi laluan utama perdagangan antara timur dan barat, kedudukan Melaka juga terlindung daripada angin monsun serta bukit yang tinggi menghadap laut sesuai dijadikan kota pertahanan.
Bagi menggalakkan kedatangan pedagangan dari pelbagai negara pula, Parameswara membangunkan infrastruktur pelabuhan yang cekap serta memastikan keselamatan perdagangan bebas daripada ancaman lanun.
Selain itu, kegemilangan Empayar China di timur telah menarik minat Parameswara untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu. Perlindungan dan jaminan keselamatan yang diberikan oleh Empayar China menyebabkan pedagang asing semakin percaya terhadap kestabilan politik Melaka.
Pada tahun 1405, Laksamana Cheng Ho telah melawat kerajaan Melaka dalam misi kembara mengelilingi dunia. Dalam pertemuan ini, Laksamana Cheng Ho menyampaikan titah Maharaja China, iaitu Maharaja Yongle yang mengiktiraf Melaka sebagai kerajaan yang sah. Dengan lawatan itu juga, hubungan antara Melaka dengan Empayar China semakin erat dan menyebabkan Siam tidak lagi mengancam kerajaan Melaka.
Semasa lawatan kali ketiga Laksamana Cheng Ho ke Melaka, beliau telah mengajak Parameswara mengunjungi Nanjing. Rombongan diraja Melaka menghadap Maharaja China di Nanjing pada bulan Ogos 1411. Dalam pertemuan itu, Maharaja Yongle telah mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah Melaka yang sah.
Hari demi hari, kerajaan Melaka semakin makmur atas kebijaksanaan Parameswara mentadbir negeri dan menjalin hubungan dengan negara lain. Setelah sekian lama mentadbir Melaka, Parameswara meninggal dunia pada tahun 1414. Tampuk pentadbiran Melaka diambil alih oleh anak baginda, iaitu Megat Iskandar Syah.
Komik Parameswara 3 memuatkan kisah keagungan dan kegemilangan kerajaan Melaka. Kejayaan ini menjadi tonggak penting dalam memastikan kestabilan serta kesinambungan pemerintahan Melaka walaupun selepas pemergian Parameswara.
Rentap, pahlawan Iban muncul tatkala Sarawak mula dicengkam oleh kuasa asing. Rentap mengetuai perjuangan tanpa henti menentang kekuasaan penjajah James Brooke yang rakus ingin menakluk bumi Sarawak.
Kemarahan penduduk tempatan memuncak apabila pelbagai pembaharuan diperkenalkan oleh Brooke. Bukan hanya melantik pegawai British dalam pemerintahan, malah melanggar tradisi masyarakat Iban serta menghapuskan penempatan mereka di Skrang dan Saribas.
Dengan kebijaksanaan merancang strategi perang gerila dan keberaniannya yang luar biasa, Rentap dan para pengikutnya menggerunkan tentera Brooke yang lengkap bersenjata moden.
Komik Rentap 1 memuatkan konflik antara maruah bangsa dan kejamnya peperangan terus menguji kecekalan hati Rentap.
Pada tahun 1857, Bukit Sadok menjadi saksi pertempuran antara Rentap bersama pahlawan Iban menentang tentera Brooke. Dalam pertempuran ini, tentera British cuba menawan kubu Rentap, namun Rentap dan para pahlawannya berjaya mempertahankan kedudukan mereka.
Tentera Brooke tidak berputus asa. Mereka kembali menyerang kubu Rentap pada tahun berikutnya, namun serangan ini juga menemui kegagalan. Pertempuran terakhir yang terjadi pada tahun 1861, menyaksikan tentera Brooke menggunakan kekuatan penuh, termasuk meriam yang berat untuk memusnahkan kubu tersebut. Walaupun kubu Rentap musnah, namun pihak musuh gagal menawan pahlawan agung itu.
Komik Rentap 2 memaparkan detik-detik perjuangan terakhir Rentap dalam mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah
Kekacauan yang berlaku dalam politik Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman Sarawak menyebabkan kuasa Kesultanan Melayu Brunei di kawasan itu semakin longgar. Oleh itu, Pengiran Raja Muda Hashim, pemerintah Brunei pada ketika itu terpaksa memohon bantuan James Brooke bagi meleraikan kekacauan itu. James Brooke bukanlah seorang penjajah rasmi daripada British, tetapi beliau melihat ruang yang diberikan oleh Brunei sebagai peluang politik untuk meluaskan empayar dan kekuasaannya.
Maka, muncullah seorang pahlawan dari bumi Sarawak, Sharif Masahor bagi membela dan memimpin rakyat dari penguasaan James Brooke yang semakin tamakkan kuasa dan hasil bumi Sarawak. Selaku Gabenor Sarikei hasil lantikan Sultan Brunei, Sharif Masahor tetap memimpin Sarikei dengan penuh hikmah dan tidak terburu-buru. Beliau yakin semua kaum adalah saudara dan mereka perlu bersatu untuk menewaskan musuh mereka, James Brooke.
Komik Sharif Masahor 1 memaparkan kisah seorang pahlawan yang berjuang untuk menentang penjajahan Brooke di bumi Sarikei dengan hikmah, tetapi memberkas di hati semua rakyat.
Api kemarahan Sharif Masahor melonjak apabila Pengiran Matussin yang merupakan pengikut Brooke telah merampas kuasa di Mukah. Beliau dan pengikutnya terus mengatur rancangan bagi mendapatkan semula Mukah dan mereka berjaya mengusir Pengiran Matussin. Namun begitu, James Brooke menjadi marah dan bertindak melucutkan jawatan Sharif Masahor sebagai pembesar Sarikei. Para pengikut Sharif Masahor berasa marah dan ingin membuat serangan balas. Akan tetapi, Sharif Masahor bertindak menenteramkan para pengikutnya dan memberi buah fikiran untuk menyerang kubu James Brooke di Kanowit.
Serangan itu telah mengejutkan James Brooke dari lena. Penjajah itu berjaya menggagalkan usaha Sharif Masahor untuk melancarkan serangan kedua atas kubu James Brooke di Kuching. Rentetan itu, James Brooke bertindak pantas dengan menyerang kubu Sharif Masahor di Sarikei menyebabkan ramai pengikutnya terkorban. James Brooke tidak bertindak diam, beliau menukar strategi dengan memujuk Sultan Brunei untuk menyerahkan kawasan Sarikei kepada pihak British.
Akhirnya, usaha James Brooke berjaya dan Sharif Masahor terpaksa akur dengan perintah Sultan Brunei itu. Sharif Masahor terpaksa menyerah kalah menyebabkan berakhirlah perjuangan beliau.
Komik Sharif Masahor 2 bukan sekadar perjuangan menuntut ketuanan daripada penjajah tetapi juga perjuangan yang berakhir dengan air mata dan darah.
Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Charles Vyner Brooke, Raja Putih Sarawak yang terakhir berjanji untuk menyerahkan kembali pemerintahan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Namun, janji hanya tinggal janji apabila pemerintahan Sarawak diberikan semula kepada pihak British.
Ramai rakyat Sarawak tidak berpuas hati dengan penyerahan itu termasuklah masyarakat Melayu Sarawak. Maka, mereka menubuhkan Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) bagi menentang penyerahan itu. Dari PPM itu, tertubuhlah pula satu kumpulan rahsia yang diberi nama sebagai Rukun 13, merancang untuk melakukan satu tindakan yang berbahaya. Muncullah seorang anak Melayu Sarawak yang berani untuk mengambil tugas berbahaya itu. Beliau ialah Rosli Dhoby.
Komik Rosli Dhoby 1 bakal membawa pembaca untuk menyelami api perjuangan rakyat Sarawak yang sekian lama ditindas dan dijajah oleh Empayar Brooke. Hanya seorang pemberani saja yang mampu untuk menggalas tanggungjawab itu.
Setelah dipujuk oleh Awang Rambli, Rosli Dhoby bersetuju untuk menyertai Rukun 13. Kumpulan itu merancang untuk membunuh Gabenor Sarawak ketika itu, Sir Duncan Stewart yang akan hadir membuat lawatan di Sibu, Sarawak. Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek bersetuju melaksanakan rancangan bahaya itu di hadapan orang ramai.
Berbekalkan sebilah badik, Gabenor Sarawak itu telah ditikam oleh Rosli Dhoby sebelum ditangkap oleh polis Sikh yang berada berdekatan dengan kawasan kejadian. Nasib Gabenor Sarawak itu tinggal nyawa-nyawa ikan dan diterbangkan ke Singapura bagi mendapatkan rawatan di sana sebelum meninggal dunia.
Rosli Dhoby ditahan dan dibicarakan oleh mahkamah sebelum dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh pihak mahkamah. Peristiwa itu telah mengubah persepsi pihak British kepada rakyat Sarawak dan mereka mula akur bahawa gelombang kemerdekaan semakin memuncak pada waktu itu.
Komik Rosli Dhoby 2 memaparkan kisah keberanian anak muda Sarawak yang sanggup berkorban demi menjulang panji kemerdekaan di bumi Kenyalang itu.
Penasihat British yang ditempatkan dalam pentadbiran di setiap negeri menekan ekonomi penduduk setempat dengan mengenakan cukai yang tinggi. Rakyat jelata semakin tertekan di bawah pemerintahan British. Ketika inilah, munculnya Haji Mat Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut, pahlawan yang bangkit melawan British dan menyeru jihad melawan penjajah di negeri Kelantan.
British bukan sahaja masuk campur dalam urusan pentadbiran, malah mereka mengarahkan rakyat Kelantan menyokong dan berdoa untuk kemenangan British dalam Perang Dunia Pertama. Tok Janggut melihat arahan ini sebagai satu penghinaan kepada umat Islam di Kelantan.
British turut mengarahkan Sultan Kelantan supaya melarang rakyat Kelantan menyebelahi, menyokong atau bersimpati terharap kerajaan Uthmaniyyah. Akhirnya berlakulah apa yang ditakuti oleh British, Tok Janggut dan para pengikutnya bangkit menyahut seruan jihad Uthmaniyyah dan bangkit melawan British di Pasir Puteh!
Dua bulan selepas peristiwa Dahagi Singapura, kebangkitan Tok Janggut pula meletus di Kelantan! Setelah berjaya menawan Pasir Puteh, Tok Janggut membentuk pemerintahan baharu di Pasir Puteh.
Perbincangan antara pembesar Istana Jeram (Raja Jeram, Tok Janggut dan para panglima) bersama wakil pembesar Istana Kota Bharu (Imam Kadir dan Haji Che Su) yang bertujuan untuk mencari penyelesaian memperlihatkan usaha awal untuk meredakan ketegangan. Namun, berlaku pula salah faham yang mengakibatkan ketegangan semakin memuncak.
Walaupun tentera British menggunakan kekerasan dan strategi licik, namun penduduk tempatan setia dan teguh dengan perjuangan Tok Janggut apabila mereka tidak memberikan maklumat kepada penjajah. Khatib Abu Bakar merupakan syuhada pertama dalam gerakan jihad ini menambahkan nilai simbolik dalam perjuangan mereka.
Komik Tok Janggut 2 bukan sekadar kisah jihad Tok Janggut dan para pengikutnya, tetapi perjuangan moral melawan kezaliman
Pada tahun 1909, Terengganu terpaksa menerima kehadiran penjajah British. Tekanan daripada penjajahan British semakin agresif selepas kemangkatan Sultan Zainal Abidin III dan penasihatnya, Tok Ku Paloh.
Di bawah pemerintahan British, masyarakat petani hidup tertekan apabila British memperkenalkan undang-undang baharu penerokaan tanah pada tahun 1921. Ketika inilah, muncul seorang tokoh ulama dan pejuang rakyat – Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau bukan sahaja seorang guru agama yang dihormati, tetapi juga seorang peguam bela yang lantang memperjuangkan nasib rakyat.
Komik Tok Limbong 1 merungkai perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong menegakkan hak tanah pusaka warisan nenek moyang mereka berdasarkan hujah agama dan prinsip keadilan.
Ketika rakyat Terengganu bangkit menentang dasar tanah penjajah British yang zalim, pihak kolonial bertindak memperalatkan institusi kesultanan bagi meredakan kemarahan rakyat. Namun, hakikatnya suara rakyat terus disenyapkan. Pentadbiran British kekal angkuh dan meneruskan penindasan terhadap petani dan penduduk kampung yang hanya mahu mempertahankan hak tanah pusaka mereka.
Kemuncak ketegangan tercetus pada 23 Mei 1928, apabila berlaku peristiwa berdarah di Padang Kachong, Kuala Telemong. Dalam suasana penuh tegang dan marah, rakyat tani bangkit menentang kekerasan kerajaan, manakala pihak berkuasa bertindak mempertahankan kepentingan penjajah. Pertempuran itu bukan sekadar pertelingkahan fizikal, tetapi mencerminkan jeritan rakyat yang tertindas.
Komik Tok Limbong 2 bukan hanya tentang tanah yang dirampas, tetapi tentang maruah yang diinjak dan suara yang dinafikan.
Perpecahan dalam kalangan pembesar Negeri Sembilan membuka peluang kepada campur tangan British dalam pentadbiran tempatan. Perebutan takhta antara Yamtuan Antah dan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman memuncak apabila Dato’ Kelana menjemput British masuk ke Negeri Sembilan tanpa berunding dengan Dato’ Bandar Tunggal.
Selepas kemenangan dalam peperangan terhadap Dato’ Bandar Tunggal, British menempatkan seorang Residen bagi membantu pentadbiran Dato’ Kelana. Namun, Dato’ Kelana melihat Yamtuan Antah sebagai ancaman baharu!
Pertempuran pertama antara angkatan Yamtuan Antah dan British tercetus di wilayah Terachi dan Bukit Putus. Sementara itu, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang berpihak kepada British mula dibelenggu resah – adakah keputusannya menjemput British ke Negeri Sembilan merupakan suatu kesilapan?
Komik Yamtuan Antah 1 menyaksikan konflik dan pengkhianatan yang bakal ditentukan oleh percaturan kuasa antara pemimpin tempatan dan penjajah British.
Di bawah naungan panji Seri Menanti, Yamtuan Antah bangkit mempertahankan maruah dan kedaulatan negerinya. Disokong oleh pengikut setia dan pejuang berani seperti Dato’ Siamang Gagap, mereka melancarkan serangan sengit yang menggugat keangkuhan British.
Kebangkitan Yamtuan Antah pada bulan Disember 1875 bukan sahaja menggoncang kestabilan politik tempatan, malah turut menggemparkan Singapura! Walaupun berjaya menguasai Paroi, namun mereka terpaksa berundur akibat kekuatan artileri British.
Dengan dentuman meriam menggegar langit dan kampung-kampung hangus dibakar, rakyat Negeri Sembilan bertahan dengan air mata dan semangat perjuangan yang tidak pernah padam.
Komik Yamtuan Antah 2 memaparkan perjuangan Yamtuan Antah dan para pengikutnya untuk mempertahankan Seri Menanti daripada keangkuhan musuh dan pengkhianatan.