Illustrasi Berwarna-warni dengan Gambar yang Jelas:
Setiap halaman dilengkapi dengan illustrasi berwarna-warni dan gambar yang jelas untuk menarik minat kanak-kanak dalam pembelajaran.
Mengandungi 1000 Perkataan dan Disusun Mengikut Kategori:
Buku ini mengandungi 1000 perkataan yang disusun mengikut kategori, memudahkan kanak-kanak untuk mengenal dan mengingat perkataan-perkataan baru.
Sesuai untuk Kanak-kanak yang Baru Belajar Membaca:
Dibuat khas untuk kanak-kanak yang sedang mempelajari asas membaca, buku ini memberikan bantuan yang diperlukan untuk memahami perkataan-perkataan asas.
Memudahkan Bacaan Anak Anda Walaupun Masih Dalam Proses Belajar:
Buku ini dirangka khas untuk memudahkan bacaan kanak-kanak, membantu mereka memahami dan mengeja perkataan dengan lebih lancar walaupun masih dalam proses pembelajaran.
Mengembangkan Kosa Kata dan Kemahiran Dwibahasa:
"1000 Perkataan Pertama Saya" membantu mengembangkan kosa kata dan kemahiran dwibahasa kanak-kanak.
Buku Dwibahasa:
Buku ini disusun dalam dwibahasa, membolehkan kanak-kanak memperkukuh kemahiran berbahasa dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Penerbitan buku ini bertujuan membantu kanak-kanak meneroka dunia persekitaran dengan cara yang menyeronokkan. Setiap halaman padat dengan ilustrasi menarik dan berwarna-warni bagi membantu mereka mengaitkan imej dengan perkataan dengan lebih mudah. Buku ini bukan sahaja sekadar bahan bacaan malahan mampu mengebangkan kecekapan bahasa dan membina asas pembelajaran yang kukuh sedari kecil.
Pemilihan perkataan dalam buku ini adalah bersesuaian dengan perbendaharaan kata asas peringkat kanak-kanak. Penyusunan entri pula mengikut tema disertai gambar menarik dan berwarna-warni untuk membantu kanak-kanak mengenal objek dan perkataan dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Keseluruhan kandungan buku ini mampu membangkitkan minat belajar dan menambahkan penguasaan kosa kata kanak-kanak.
Kamus Bergambar Adikku adalah sebuah kamus bergambar dwibahasa yang mengandungi lebih 500 perkataan dan disusun mengikut kategori.
Setiap kategori disertakan ilustrasi yang menarik dan perkataan-perkataanya dicetak dalam dua warna mengikut suku kata.
Ia akan memudahkan bacaan anak-anak anda walaupun masih dalam proses belajar.
Kamus ini bukan sahaja membantu anak-anak anda mengenali dan mempelajari perkataan-perkataan baharu dengan mudah malah, menambah kosa kat mereka.
My A to Z Picture Dictionary is an ideal book to be shared with little children aged 4 and above. This book contains lots of illustrated words, grouped under the 26 letters of the alphabet. Children will not only learn to recognise the letters of the alphabet, but also build up a good bank of words. The little nuggets of amazing and fun facts on some of the pages help to widen children's knowledge of the world around them. Some riddles are also provided to make learning fun. Open up the world of language to children with this wonderful book.
Edisi terkini Kamus Dewan memaparkan:
sekitar 82,900 kata masukan (34,578 entri, 24,180 subentri, dan 24,142 frasa entri)
5,843 kata masukan baru yang berupa: kata umum, istilah umum pelbagai bidang dan ilmu, kata serapan Arab, kata slanga, dan 375 kata yang mengalami peluasan makna
Pengemaskinian ejaan
Pembaikan takrif, bersesuai dengan perubahan dan perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu.
Kamus Dewan disusun atas kesedaran bahawa:
“... memandang kepada perlunya sebuah kamus yang dapat memenuhi kehendak masyarakat masa ini, manakala Bahasa Kebangsaan kita telah meningkat ke peringkat kemajuan amat pesat...”
—Tun Syed Nasir Ismail (1968)
“... betapa perlunya bahasa Melayu mempunyai sebuah kamus moden, lengkap dan yang dapat dipertanggungjawabkan dari segi ilmuah, untuk menampung keperluan-keperluan yang lahir dari proses pemodenan bahasa Melayu itu.”
—Datuk Haji Hassan Ahmad (1970)
“... usaha pembinaan bahasa umumnya dan penyusunan kamus khususnya harus terus-menerus berlangsung agar kata dan istilah baru, konsep dan idea mutakhir terakam untuk tatapan khalayak yang kian prihatin terhadap bahasa dan kebahasaan.”
—Dato' Haji A. Aziz Deraman (1994)
A
Pendekatan dua hala :
Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu
Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris
Melebihi 50,000 kata entri dan kata terbitan
Hampir 300 patah perkataan baharu
Kelas kata untuk kata entri dan kata terbitan
Kata majmuk dan frasa
Lampiran yang bermanfaat
32 Halaman Berwarna
Idioms (Ungkapan)
Istilah Sains
Istilah Matematik
Lima Organ Deria
Radas Makmal
A
Buku ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata, dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah Kelas Kata Tugas. Unsur wacana yang merupakan unit bahasa yang melampaui batas ayat, dimasukkan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada pengguna tentang konsep wacana dan penanda
Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa
Melayu yang komprehensif; boleh menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu.
Kandungan buku ini memberikan tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.
Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuraikan dengan terperinci. Setiap huraian disertakan dengan contoh bagi menjelaskan lagi bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya.
Usaha pengekodan bahasa seperti ini amat penting dalam proses pembinaan bahasa baku. Usaha ini perlu disebarluaskan kepada semua pengguna bahasa Melayu dalam bentuk yang mudah difahami bagi mengukuhkan penggunaan bahasa baku dalam semua jenis komunikasi umum dan rasmi.