Cerita Klasik Melayu ini diterbitkan untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang kisah-kisah yang telah diceritakan sejak turun-temurun. Cerita-cerita dalam buku ini adabi nilainya dan tidak akan berubah mengikut masa. Disamping itu, banyak pedoman yang dapat diambil daripada kisah-kisah yang dipaparkan. Gaya bahasa dan ilustrasinya yang menarik turut memainkan peranan dalam memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Buku ini sangat padat dengan maklumat serta pengetahuan yang membina. Semua fakta dan maklumat disampaikan dalam bentuk cerita. Kanak-kanak lebih mudah mempelajari sesuatu jika disampaikan dalam bentuk cerita. Kanak-Kanak pasti menggemarinya. Penerbit mengambil inisiatif menerbitkan buku ini dengan gaya bahasa yang mudah dan bersuku kata. Fakta ringkas yang disertakan menguatkan lagi nilai buku ini. Temui sesuatu yang baharu di dalam buku ini. Selamat membaca.
Pak Pandir - Suami kepada Mak Andeh. Dia seorang yang bodoh dan lurus tetapi baik hati dan penyabar.
Mak Andeh - Isteri kepada Pak Pandir. Dia seorang isteri yang cerdik. Dia cekal menjalani kehidupan bersama suaminya Pak Pandir.
Tajuk-Tajuk di dalam siri ini :
Biri-Biri yang Nakal
Tikus yang Suka Bercakap Besar
Kisah Ayam dan Itik
Kiki dan Koko
Ikan dan Kura-kura
Haiwan yang suka menolong
Ceto mendapat Kawan
Bob yang suka bergurau
Kucing yang Sakit
Monyet yang mementingkan Diri Sendiri
Siri Kisah Moral ini terdiri daripada 12 buah buku yang menceritakan tentang kisah-kisah menarik dari seluruh dunia. Cerita-cerita dalam siri ini juga sarat dengan nilai-nilai yang dapat diteladani oleh kanak-kanak. Struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami berserta suku kata, ditambah dengan ilustrasi yang ceria dan berwarna-warni akan menarik minat kanak-kanak untuk membaca buku-buku ini.