"Dhia mahu menjadi terkenal!"
Setelah menonton video seorang pempengarun dan selebriti cilik terkenal di aplikasi yutub, Dhia.
Mula memasang impian mahu menjadi popular seperti beliau. Dalam keterujaannya, Dhia mencari langkah-langkah untuk menjadi artis di internet sebagai panduan.
Dhia pun mula melaksanakannya satu per satu. Ada yang lucu, ada yang aneh. Namun, itu tidak menhentikan Dhia daripada terus mengejar impian.
Semuanya demi menjadi terkenal!
Suatu hari Jimi mahukan basikal. Ayahnya kata, “Boleh, dengan syarat dapatkan 5A dalam peperiksaan.”
Jimi tekad. Dia mesti dapatkan 5A dan bersaing dengan kembarnya, Mimi. Mimi lebih pandai dan banyak kelebihan berbanding Jimi.
Di sekolah pula, kawan Jimi, iaitu Alif selalu dengki kepadanya dan sentiasa mengganggu. Mujur ada Ganesh serta Jason yang baik hati sentiasa membantu...
... dan di sekolah juga… ada raksasa yang menakutkan… dan ia bermisai!
Kem bina displin? Menakutkan!
Berbaik-baik semula dengan Alif? Tidak mungkin.
Apa yang penting, misi 5A dan basikal idaman perlu dicapai!
Misi kali ini:
Bantu Ganesh menang acara lontar peluru
Pastikan kumpulan kami menang pertandingan projek sains kreatif
Kami pasti menang kerana kami bina gunung berapi yang ada Ultraman, tetapi….
Jimi dan Mimi adalah dua adik-beradik kembar. Oleh kerana Mimi mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaannya, ayahnya menghadiahkannya sebuah basikal.
Mimi sangat sayangkan basikal itu dan bersetuju berkongsi basikal itu dengan Jimi. Bagaimanapun, pada suatu hari ketika Jimi ke kedai runcit dengan basikal itu, dia terlupa untuk menguncinya dan basikal Mimi hilang.
Kini Jimi tekad mencari cara untuk menebus semula kesilapannya.
Aaarghh!
Tidak! Akibat terlewat ke perjumpaan Kelab Seni Kreatif, saya, Borhan, dan Hakimi terpaksa menjadi satu kumpulan untuk satu pertandingan. Perasaan saya berkecamuk. Saya tahu kumpulan saya tidak sehebat kumpulan lain. Joe dan botak pula mengejek. Hilang terus keyakinan saya. Namun, saya harus tenang mengawal emosi. Saya anggap ini satu cabaran dan amanah seperti Ejen Jas yang sentiasa bersedia dan tidak gentar jika ada musuh menyerang.
Hiyah, ayuh sahut cabaran!
Dalam suka, ada duka. Dalam duka, ada takut!
Inilah yang saya rasa sekarang. Saya gembira akan habiskan musim cuti sekolah bersama Tok Chik di kampung. Saya sedih kerana tidak dapat meluangkan masa bersama ayah. Tapi ada sesuatu yang buat saya tidak senang duduk, iaitu...
...TEJA!
Siapa Teja? Dia gadis garang yang obses dengan media sosial. Kalau ada dia, mesti ada masalah. Kalau ada dia, mesti ada kecoh. Dan paling mengerikan, suara nyaringnya sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala saya!
"Jangan lari! Kalau aku dapat kau nanti, siaplah!"
Seram, bukan?? Tapi siapa sangka berlaku sesuatu yang menjadikan cuti sekolah kali ini lebih epik daripada yang saya jangkakan!
Eliya suka menyanyi... tapi bukan di khalayak ramai.
Selepas insiden yang memalukan di atas pentas, Eliya lari dan entah bagaimana dia tersesat masuk ke alam misteri dan aneh yang penuh dengan haiwan comel yang bercakap! Rupanya dunia itu ada masalah besar. Mereka perlukan sesuatu untuk menyelamatkan alam mereka, dan sesuatu itu adalah suara Eliya!
Masalahnya Eliya sendiri tidak yakin suaranya mampu menyelamatkan apa-apa. Namun siapa tahu... mungkin dalam alam muzikal yang ajaib ini, segalanya akan berubah?
Dunia Orkestra. Setiap manusia di dunia ini pasti akan dilahirkan dengan satu tanda lahir di mana-mana bahagian tubuh badan mereka. Satu tanda lahir yang memastikan kelebihan seseorang itu dalam memainkan sejenis alat muzik. Setiap seorang, pasti akan memiliki magis khas untuk satu alatan muzik.
Namun tidak bagi Aydin, jejaka yang dilahirkan dalam keluarga Ilman yang ternama. Seperti kakak dan abangnya, dia memiliki satu tanda lahir yang aneh. Simbol baton orkestra, yang menyatakan keturunan itu mempunyai kelebihan memainkan semua jenis magis muzik.
Bertempat di Akademi Ritma Melodi, segala rahsia Dunia Orkestra terbongkar di tangannya. Bersembunyi di sebalik bayangan magis gitar, Aydin mencari kebenaran tanpa gentar. Mampukah dia memikul tanggungjawab tatkala semua persoalan terjawab?
Jajah, jarah, dan darah. Oqrient telah menghantar senjata mereka yang digelar sebagai Ruby, hasil terbaik Projek GEMS untuk menentang Flontra di medan perang. Dalam tekanan itu, ada dua jiwa yang ingin bersatuwalaupun permata delima hanya menawarkan sengsara.
Alia, wanita muda yang pernah menguntaikan janji. Mak Cik Einasebagai pemilik kedai buku usang di Flontra, kekal memberikan kasih sayang walaupun dirinya tidak dihargai. Eddy pula, perjaka yang pernah memberikan cinta. Namun ketiga-tiga mereka tidak berjaya mengekalkan masa hadapan yang bahagia. Dengan kudrat yang berbaki, Alia meneruskan langkah kehidupan demi mencari semula rakan lama setelah mereka dipisahkan oleh konflik dunia. Perjalanan Alia itu dibantu oleh Mak Cik Eina, Eddy, dan seorang gadis bernama Kamilia.
Janji hanya tinggal sebuah janji. Cinta hanya tinggal secebis cinta.Telah jatuh air mata dan tumpahnya darah pada kelopak bunga. Dapatkah Alia bertemu rakan lama yang dicari, walaupun setelah apa yang Ruby lakukan pada masa lalu mereka?
Bagi Raine, Aloy, Aki, Mylo dan Oliver, muzik menjadi perekat yang mencantumkan sisi berbeza mereka. Segala susah senang mereka harungi bersama-sama demi mencapai cita-cita. Seiring sabar dan usaha, terlahirlah kumpulan Shiver Me Timbre. Kehidupan mereka selaku kugiran pop-punk yang berjaya tidak kekal lama apabila mereka dianiaya oleh Seth, sang pengurus durjana. Tekanan fizikal dan mental yang diterima menjerumuskan mereka kepada pembubaran, mengusir segala kemahsyuran yang dikecapi.
Raine membawa diri ke tempat yang tiada siapa antara empat sahabatnya dapat temukan. Demi membina kehidupan baharu bersama adiknya, Leah, Raine bekerja sebagai barista di sebuah kafe kecil di hujung kota. Di situ dia bertemu dengan Darlene, si gadis baik hati yang datang membawa kemanisan tatkala dia cuba melupakan kepahitan hidup.
Namun, rindu empat sahabat yang mendalam terhadap Raine mencetus misi pencarian yang penuh pancaroba dan telatah. Dapatkah mereka menyatukan semula lima hati yang sudah sekian lama terpisah?