{ Code : NVL10-A/B/C/D-XX }
Year Published
A - 2026 | B - 2025 | C - 2024 | D - 2023 and older
“Kalaulah aku tak dihantui semua warna ni, kemalangan tu mesti takkan jadi, kan?”
“Adi, kau pun manusia juga. Manusia pasti akan buat silap.”
Sejak pemergian ibunya, Adi dapat melihat manusia mengikut warna emosi yang sedang dilalui mereka. Adi merasakan ia sesuatu yang tidak bermakna, sehinggalah dia melihat sendiri kesan hebat warna-warni teater terhadap penonton. Dengan mata bercahaya, Adi bertekad,satu harinanti aku akan jadi pengarah yang hebat!
Namun, setelah Adi masuk ke dunia teater, suatu tragedi gelap menimpa pelakonnya. HarapanAdi berkecai. Ini semua salah aku, dia terlalu yakin paling memahami manusia, sedangkan dia membahayakan mereka! Lantas Adi menguburkan impian dan bekerja di belakang tabir sahaja. Namun, ketika teater yang berlangsung tiba-tiba kehilangan pengarah, Adi sedar bahawa tiada siapa lagi yang mampu menggantikan–kecuali dirinya.
“Kenapa habiskan duit dan masa untuk cerita yang orang tak tengok?”
“Sebab ada yang perlukan cerita kau, Adi.”
Walau hatinya berat, Adi perlu memilih. Adakah terus melarikan diri, atau kali ini memberanikan diri untuk mencorakkan pentas warna gilang-gemilang yang telah lama diimpikan?
“Saya ni teruk sangat ke sampai ayah tak nak pandang saya?”
Setiap hari, Ifwat cuma mahu lakukan yang terbaik untuk mengambil hati ayahnya. Belajar rajin-rajin, dengar cakap orang tua, tidak tinggal solat – tetapi sayang, ayah Ifwat tidak pernah nampak semua itu.
Ayahnya pula semakin terkesan mendengar kata-kata orang kampung yang mengutuk Ifwat. Sampaikan hobi menjahit Ifwat dan perlakuannya yang semula jadi lembut pun dipandang serong.
“Kau ni tak habis-habis malukan aku.”
Kecewa dan patah hati, Ifwat membawa diri. Padanya, kalau tiada siapa yang menyayangi, lebih baik dia pergi.
Pada saat hidup Ifwat bersinar semula, ayahnya muncul dengan seribu satu penyesalan; merayu supaya dia pulang. Hati Ifwat berkecamuk.
“Kenapa baru sekarang cari Ifwat?”
Walaupun masa lalu tidak dapat diubah, masih adakah ruang untuk Ifwat dan ayahnya membuka lembaran baru — meski luka lama masih belum sembuh?
“Eh, minah budu. Aku tak hinginlah ayah aku kahwin dengan mak kau!”
“Hello, budu tu bagus untuk gut health tau!”
Ini kisah dua manusia: Fida si gadis tomboi dan Nia si gadis diva yang perangai mereka bagai langit dan bumi. Andai mereka orang terakhir yang hidup di bumi sekalipun, mereka tak mungkin akan berkawan.
Apabila mama Nia dan abah Fida memberitahu yang mereka telah berkenalan dan ingin berkahwin, Nia dan Fida panik! Buat pertama kalinya, Nia dan Fida berjumpa satu titik temu — kedua-duanya lebih rela dibesarkan dalam keluarga ibu bapa tunggal. No way! Kita tak boleh sama sekali jadi adik-beradik! Ketika mereka berkomplot untuk membatalkan perkahwinan itu, berlaku satu kejadian yang telah membuatkan mereka serba salah.
“Fida, betul ke apa kita buat ni? I tak nak mama I sedih.”
“Aku … tak tahu …”
Antara kehendak sendiri dan orang lain, mampukah mereka menurunkan ego demi kebahagiaan insan tersayang?
“Hai Izul! Lama tak nampak?”
Izul menampar pipinya.“Abu–Abuyen? Kau boleh cakap bahasa aku?”
“Aku kan kucing Malaysia? Mestilah cakap bahasa Melayu.”
Sekian lama terpisah, Izul akhirnya bertemu semula dengan Anis; seorang pemilik kedai haiwan peliharaan, yang juga rakan baiknya semasa sekolah. Diam-diam Izul suka kepada Anis. Namun dia tak berani. Macam mana kalau dia tak suka aku?
Suatu hari, Izul ditimpa kemalangan! Dia sangka tiada yang serius, tapi ada kejadian pelik berlaku. Tiba-tiba dia boleh faham bahasa Abuyen, kucing kesayangan Anis! Si Abuyen pula suka cari gaduh kerana tak tahan dengan Izul yang pengecut.
'Kau nak ajar aku, Abuyen?'
“Kau penakut nak mengurat orang. Sebab tu dah tua bangka pun single.”
Ketika Izul masih keliru dengan kejadian itu, mereka menerima satu ugutan misteri yang mahu Anis menutup kedai. Tambah merisaukan, Badrol yang bermulut manis muncul sebagai hero Anis. Dalam saat getir ini, mampukah Izul dengan bantuan Abuyen menyelesaikan misteri tersebut,sekali gus memenangi hati Anis sebelum Badrol? Bagaimana pula kisah Izul dan Anis,bergunakah nasihat-nasihat cinta Abuyen untuk mereka?
“Moon tahu tak, kat bulan pun boleh ada gempa.”
“Kenapa tiba-tiba ni?”
“Sebab nama awak kan bulan? Awaklah gempa dalam hati saya.”
Hidup Moon - seorang influencer dan model popular - penuh glamor. Hanya satu yang dia tiada; cinta. Apabila Joe, lelaki bermulut manis muncul dalam hidupnya, Moon terus jatuh hati. Bagi Moon, Joe itulah cinta sejati yang dicari-carinya selama ini. Namun, hati Moon retak seribu kala cintanya putus di tengah jalan. Dengan jiwa yang lara, Moon membawa diri pulang ke kampung halaman. Tanpa disangka, ada kejutan lain pula yang diterima Moon di sana. Rupanya, Odah sahabat lamanya turut menyukai lelaki yang sama!
“Tolonglah, buka mata hati tu. Sayang tu sayang juga. Tapi nanti kau menyesal.”
Cinta datang dan pergi, tetapi persahabatan yang jujur akan setia di sisi. Namun, Moon tetap ragu-ragu; adakah dia patut memperbaiki cinta yang penuh janji, atau jujur mempertahankan persahabatan walau menyakitkan?
***
Novel Kau Tak Sayang Aku Ke? karya Kamalia ini merupakan pemenang Sayembara Novel IMAN 2024.
“Jet rasa, saya ke yang bermasalah?”
“Sky, you were born to be real, not perfect.”
*
Sejak kecil, walaupun Sky seorang yang socially anxious dan pekak, dia tidak pernah menganggap perkara itu sebagai suatu halangan. Cita-cita Sky lebih tinggi daripada langit!
Namun setelah pemergian satu-satunya orang yang dirasakan memahami diri, Sky tidak lagi merasakan suaranya didengari. Langitnya bertukar gelap. Sejak itu, dia lebih selesa bersendirian lalu melupakan impian yang disimpan. Orang bukan faham pun apa yang aku cakap.
Kehadiran Qid yang turut mengalami kehilangan menyakitkan — telah mengubah perspektif Sky. Qid tetap mengejar impian, walau terpaksa berhadapan memori pahit yang selalu hadir.
“I know you’re trying to be strong, Sky.”
“We have to, right?”
Seperti mentari yang muncul selepas hujan, Sky meraih kekuatan daripada Qid. Namun, beranikah Sky memberi peluang kepada dirinya untuk mencuba sekali lagi, meski masa depannya kelihatan menakutkan?
“Lemah tu tak salah, Hafiy. Tapi bila kau biarkan kelemahan kau jadi alasan untuk kecundangkan diri sendiri, itu yang salah.”
*
Loser. Itulah gambaran Hafiy tentang dirinya.
Di tempat kerja dipandang rendah, di rumah dianggap bermasalah. Cita-cita pula tidak kesampaian. Tiada siapa yang ingin memahaminya. Jiwanya hanya terubat dengan kewujudan Raed; rakan imaginasinya sejak kecil. Walau orang lain tak boleh nampak Raed, dia tidak kisah. Kerana setiap kali jatuh, Raedlah yang membantunya. Selagi ada Raed, aku okey! Namun apabila sokongan Raed mula goyah, malah kadangkala dia menghilang, Hafiy semakin risau.
“Raed, kalau kau tak boleh selamatkan aku, siapa lagi yang boleh bantu aku?”
“Kalau kau yang tak nak selamatkan diri sendiri, aku tak boleh buat apa-apa!”
Tersentak dengan realiti bahawa dia terpaksa berhadapan dengan perkara yang ditakutinya bersendirian, Hafiy menyedari — mungkinkah dengan menerima sisi dirinya yang tidak disukai, dia dapat menemui kekuatan sebenar?
“Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah.”
Salsabila Fahim mahu menjadi usahawan ladang betik yang berjaya.
Meski arena bisnes dan perladangan bukan sesuatu yang sinonim dengan wanita sepertinya, Salsabila yakin, dengan Teh Sofia — kawan baiknya di sisi, mereka pasti dapat mengharunginya.
Namun pada saat ladangnya diserang ancaman birokrasi dan tragedi, Teh Sofia menghilang, meninggalkan dia sendiri.
Detik itu juga, dua jejaka merangkap rakan lamanya, Kamil dan Lam mendesak Salsabila memilih; siapakah cinta hatinya.
Ibu pula semakin tenat.
"Sal, tak bolehkah kau tinggalkan ladang sebentar?"
*
Bergelut dengan urusan-urusan yang tak lekang mendesak, Salsabila terhimpit, lalu kembali kepada-Nya berkali-kali.
Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia; dan hubungan manusia dengan Penciptanya. Cinta boleh pudar, tetapi belas kasihan atas nama Allah akan berkekalan.
“Kopi sentiasa ada sisi pahit yang tak dapat disembunyikan.”
“Macam itu jugalah kehidupan; kita mencipta sesuatu yang bermakna daripada segala kekurangan.”
Setiap petang, momen yang dinantikan Kamellia ialah saat menikmati secawan teh bersama ibunya, bertukar cerita dan impian memiliki sebuah kafe. Namun saat Kamellia berjayamencapai impian tersebut, ibunya pula sudah tiada. Hatinya yang terlalu rindu pada ibu,membuatkan dia tidak lagi boleh menikmati secawan teh seperti dahulu.Macam mana Mel naklalui hidup ini tanpa ibu?
Di Kafe Biblioholic, dia mula berkenalan dengan Reza, seorang pencinta teh dan Umair, seorang penggemar espreso. Mereka bertiga dihubungkan oleh satu ikatan; masing-masing pernah merasai kehilangan.
Kamellia bahagia berkawan dengan mereka sebelum tiba-tiba, salah seorang meluahkan perasaan. Belum sempat memahami apa yang terjadi, kafe yang menjadi pengubat rindukepada ibunya pula hangus terbakar. Keletihan, Kamellia terduduk. Gelora jiwanya semakin meribut. Mampukah dia meneruskan hidup tanpa kafe tersayang? Atau mungkin, ada yang ingin menyayangi—andai Kamellia jujurdengan diri sendiri?