Hah!
Belum habis lagi dengan geng-geng hantu ni? Mereka bukan sekadar menakut-nakutkan umat manusia, tapi dah mula kejar-mengejar pula! Geng jenglot, toyol, dan kak ponti kali ini tak main-main. Siap-siaplah... Sebab sekali kena 'hunt', susah nak lepas!
Tapi... adakah manusia hanya mampu lari tak cukup tanah dan tak bertindak? Kali ini, hantu yang akan memburu, atau manusia yang akan mula 'menghantui' mereka balik? Nak tahu siapa buruan sebenar, kenalah baca dulu.
INGAT! INI GHOST HUNT-TWO.
BERANI KE KORANG BACA SAMPAI HABIS?
HIIIIIHIHIHI...
Kecoh! Dalam masyarakat hantu, muncul pula hantu viral yang dah pun menggugat kedudukan hantu-hantu paling menakutkan di sini. Siapa lagi kalau bukan Ghost Pepper.
Dengar cerita persatuan hantu-hantu lagi, Ghost Pepper dah dapat title sebagai hantu terseram di dunia pun! Keseraman Ghost Pepper ni boleh buatkan manusia tak keruan, tak tidur malam, berpeluh-peluh... Sampailah satu tahap tu, boleh diserang cirit birit! Uishhhh! Scary nya! Tapi... Betul ke Ghost Pepper ni wujud? Dan betul ke, gangguan hantu-hantu yang menakutkan manusia selama ini didalangi oleh persatuan hantu-hantu? Ke... manusia ni yang penakut? (Hihihi) Haaa.... Nak tahu tentang kebenarannya???
Semua ini bakal terjawab dalam koleksi siri remang-remang bulu roma yang bakal mengganggu perasaan anda bila terjaga pukul tiga pagi. Yang penting, komik ini bakal memberi jawapan kepada anda tentang kewujudan sebenar hantu... Ingai, jangan baca kalau takut pedas yeee...
HEHEHEHEHEHEHE~~
Pasti haru-biru apabila geng para hantu mula buat stunt!
Stunt apa yang dilakukan oleh pocong, toyol dan kakak ponti kali ini? Yang pasti, tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menakut-nakutkan manusia! Persoalannya, adakah manusia bakal menggigil ketakutan dengan stunt yang dilakukan oleh para hantu? Atau, manusia berjaya menghalang rasa takut mereka kali ini?
Semua ini bakal terjawab dalam siri yang pasti meremangkan bulu roma pada malam yang dingin lagi sunyi sepi. Pada malam sepi... pi... pi... Eh, benda putih apa yang melompat dekat belakang tu?!
Amer selalu dibuli di sekolah. Melihatkan Amer sering ketakutan hendak pergi ke sekolah, ibu bapanya nekad menghantar Amer pulang ke kampung di Terengganu. Amer gembira dapat bersekolah bersama sepupunya, Haikal, dan sama-sama mereka dipilih menjadi pemain utama pasukan bola sepak sekolah.
Satu hari, Amer terlihat seorang nenek tua di hutan di hujung padang bola. Selepas itu Amer mula diganggu igauan yang menyeramkan, sehinggakan kadangkala dia keliru antara khayalan dan realiti. Dia melihat sekolah baharunya ditimpa bencana dan ia mula menjadi kenyataan setelah seorang rakan sepasukannya rebah di padang dan meninggal dunia.
Siapakah sebenarnya nenek tua itu? Apakah mungkin ada rahsia yang terlindung di dalam hutan di belakang sekolah itu? Dan kenapakah Amer yang dipilih untuk menyelesaikan masalah mistik sekolah baharunya itu?
SERU AKU TIGA KALI! BLOODY MARY... BLOODY MARY… BLOODY MARY…
Kisah Bloody Mary menjadi tarikan tiga sahabat untuk menyeru hantu perempuan berpakaian merah itu. Mereka ingin tahu apakah benar hantu dari cermin itu wujud. Tindakan berani Amelia bersama dua rakan baiknya Marsya dan Helena membawa padah apabila Amelia dan Helena ditarik masuk ke dalam cermin. Marsya satu-satunya saksi kejadian dinafikan kata-katanya. Selepas kejadian itu Marsya mula dihantui rasa takut dan mimpi ngeri.
Terdesak ingin menyelamatkan dua sahabatnya, Marsya meminta bantuan Kelab Detektif Vampire. Anaqi, Hafiy dan Bazli menerima Marsya sebagai klien mereka. Kekecohan mula tercetus apabila pelajar-pelajar yang lain turut hilang secara misteri. Kelab detektif mula menyelongkar misteri di sebalik kehilangan pelajar-pelajar sekolah mereka yang dikatakan disorok Bloody Mary.
Dapatkah Kelab Detektif Vampire menyelesaikan misteri kes Bloody Mary? Atau mereka juga akan menjadi mangsa ditarik ke dalam cermin?
TIK TOK! TIK TOK! TIK TOK! BUNYI JAM BERDETIK!
Doktor Wardah, seorang pakar psikiatri menerima pesakit bernama Hadi, yang sukar menghadapi kenyataan kematian anak dan isterinya. Ibu bapa Hadi meminta pertolongan Doktor Wardah memadam memori hitamnya menerusi hipnosis. Namun, sesuatu telah berlaku. Hadi mula dihantui ilusi kehadiran seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Lama-kelamaan gangguan ilusi itu memberikan kesan kepada mental Hadi sehingga dia tidak dapat membezakan antara realiti dan ilusi. Tidak lama kemudian Hadi hilang secara misteri.
Tanpa sengaja, Cikgu Farisha bersama Kelab Detektif Vampire terlibat dengan masalah Doktor Wardah. Mereka cuba menyelongkar dalang di sebalik ilusi-ilusi yang dikaitkan dengan hipnosis sehingga menyebabkan kematian. Malah mereka juga terdedah kepada ancaman bahaya ketika dalam proses mencari si pelaku yang sebenar. Anaqi perlu mendapatkan petunjuk yang terakhir sebelum dia dan rakan-rakan menjadi mangsa seterusnya.
Kelab Detektif Vampire bekerjasama dengan Inspektor Farid dan Detektif Lee bagi menangkap si pelaku sebenar. Di sebalik kejadian yang menimpa keluarga Hadi, ada rahsia yang bakal terbongkar.
SELAMAT DATANG KE SEKOLAH MENENGAH ELIT CENDERAWASIH!
Sesi penggal pertama Anaqi di sekolah elit itu dikejutkan dengan kejadian ngeri seorang pelajar perempuan kerasukan mencederakan diri sendiri. Anaqi yang memiliki kuasa psychometric mendapat imbasan-imbasan kabur di lokasi kejadian. Patung voodoo bersama-sama kertas ritual ditemui. Kemudian, seorang demi seorang pelajar kerasukan dan mencederakan diri sendiri. Dan semua pelajar ini adalah ahli-ahli kelab sorak.
Hafiy dan Bazli, dua rakan baharu Anaqi sentiasa memujuknya menyertai kelab detektif yang mana ahlinya cuma mereka berdua. Kelab detektif akan ditutup sekiranya mereka gagal mendapatkan ahli baharu. Namun, Anaqi tidak berminat. Bagaimanapun, mereka bertiga bersama-sama cuba membongkar misteri di sebalik kes sihir patung voodoo yang semakin kerap terjadi. Petunjuk mereka tertumpu pada Lara, seorang pelajar yang sering menjadi mangsa buli mangsa-mangsa sihir sebelum ini. Adakah ini caranya Lara membalas dendam terhadap mereka yang membulinya?
Anaqi sedar ada tangan asing yang sedang memanipulasi pelajar-pelajar sekolah ini. Apakah tujuannya? Kenapa Sekolah Menengah Elit Cenderawasih yang dipilih?
“Sebelum ini Lembah Sendayan ditutup berpuluh tahun, maka macam-macamlah cerita yang keluar. Kononnya ada orang ternampak makhluk pelik berkeliaran di sekitar kawasan Lembah Sendayan,” ujar Liya.
Muhaimin, seorang ahli fizik yang menetap di Wales pulang ke Malaysia selepas isterinya, Badriah, mati dibunuh. Satu syarikat misteri, Alam Akhar Sdn. Bhd. menawarkan pembiayaan penuh untuk projek teleportasinya dengan syarat dia perlu menjalankan kajian di Malaysia. Dia bersetuju dan berpindah ke Bandar Baru Lembah Sendayan bersama dua anaknya, Hyniyah dan Hadif.
Lembah Sendayan ialah projek gagal yang telah lama ditinggalkan. Penduduk tempatan percaya tempat itu berhantu. Hyniyah mula mengalami kejadian ganjil tetapi memilih untuk berdiam diri.
Satu hari, rakannya Daiman, mengikut masuk ke kawasan Lembah Sendayan bagi merakam bandar yang terbiar itu. Tanpa sengaja, dia menangkap imej entiti menyeramkan yang dipercayai sebagai hantu galah. Sejak itu, Daiman mula diganggu makhluk tersebut. Dalam masa yang sama, beberapa pembunuhan pelik berlaku.
Adakah kematian-kematian misteri ini berpunca daripada entiti aneh di Lembah Sendayan? Atau ada sesuatu yang lebih dahsyat sedang berlaku?
“Makhluk yang dijadikan daripada api ini amat angkuh dan sombong. Mereka tak akan mudah tunduk kepada manusia. Mereka hanya mahu melampiaskan nafsu buas mereka kemudian mereka akan melarikan diri. Dan kau takkan dapat berbuat apa-apa untuk menghalang mereka. Begitulah bodohnya kau kerana mengikut kehendak mereka,” ejek Hadif.
Jazrin yang baru sahaja kematian ibunya telah berpindah ke sekolah berasrama penuh. Namun di sekolah baru dia sering dibuli pelajar senior iaitu Qayyum, Rahili dan Romi. Jazrin rapat dengan seorang pelajar senior bernama Hadif yang juga berasal dari daerah yang sama dengannya iaitu Benut. Satu hari Jazrin mengikut Hadif pulang ke rumahnya di Lembah Sendayan.
Lembah Sendayan adalah sebuah bandar terbengkalai sejak beberapa dekad lalu dengan reputasi sebagai kawasan yang misteri di mana banyak cerita pelik meniti di bibir penduduk tempatan. Sewaktu berada di rumah Hadif, Jazrin telah bertemu dengan ibunya yang telah mati. Apabila pulang ke asrama, banyak perkara pelik telah terjadi. Romi telah hilang secara misteri, kemudian Rahili pula bersikap aneh. Qayyum mengesyaki apa yang berlaku semua ini ada kaitan dengan Jazrin.
Hadif kelihatan seperti mengetahui sesuatu dan merahsiakannya sehinggalah berlakunya peristiwa yang tidak dijangka pada satu malam berdarah yang membongkar segala rahsia yang melibatkan Jazrin, ibunya serta misteri Lembah Sendayan.
Apakah sebenarnya yang berlaku sebelum peristiwa Mek Dagang?
“Aku kena halau raja syaitan tu dari terus mendampingi adik kau. Aku tak mahu kandungan kau atau kau sendiri hilang nyawa disebabkan raja syaitan tu!” tegas Mak Kaletum.
* * * * *
Penemuan mayat yang pelik, yang berada dalam keadaan berpintal, menggemparkan kawasan perumahan mewah Seri Tanjung Garden. Alara, pegawai polis muda yang baru dilantik sebagai detektif diberi tugasan menyiasat kes aneh itu. Namun, dia terpaksa bekerjasama dengan Emmad, seorang pakar runding jenayah. Walaupun kurang senang dengan perangai Emmad yang gharib, namun Alara melaksanakan juga tugasnya. Siasatan mereka membawa kepada Amira, anak Datuk Umar, salah seorang penduduk di kawasan perumahan mewah itu.
Amira punya cerita tersendiri. Setelah tiga tahun dalam keadaan koma, ahli keluarga Amira terpaksa mematikan mesin sokongan hayatnya setelah otaknya disahkan telah mati. Namun tidak lama selepas doktor mengesahkan kematiannya, Amira didapati hidup kembali. Perkara itu disambut gembira oleh ayah dan ibunya namun dicurigai kakaknya, Aliza.
Kecurigaan Aliza semakin menebal apabila dia mula diganggu makhluk menakutkan sejak ‘kepulangan’ adiknya. Malah, keadaan semakin meruncing bagi Aliza apabila makhluk itu mahu mencuri kandungannya. Aliza yakin Amira ada kaitan dengan makhluk itu.
Adakah Alara dan Emmad berjaya menyelesaikan kes mayat berpintal itu dan dapatkah Aliza menyelamatkan kandungannya? Benarkah yang berada dalam jasad Amira adalah Raja Syaitan?
“McDagang ni nama asalnya Mek Nasi Dagang. Bila McDagang ni dibuka, ia jadi popular. Habis kedai-kedai papan ni hilang pelanggan. Mereka berpakat kumpul duit, upah bomoh untuk sihirkan restoran tu. Katanya sejak dari tu, sesiapa saja yang makan di restoran McDagang tu akan muntah-muntah dan cirit-birit tiga hari tiga malam. Orang pun takut mahu datang makan di situ. Pemilik McDagang ni tanggung kerugian dan akhirnya terpaksa tutup restoran tu,” cerita Nazli.
* * *
Hyniyah bersama rakan-rakannya Farid, Nazli dan Linda telah pergi ke sebuah restoran tinggal bernama McDagang kerana ia dikatakan lokasi mistik. Menurut cerita, sesiapa yang menemui patung maskot restoran itu iaitu Mek Dagang, jika mereka mengucup patung itu maka permintaan mereka akan dimakbulkan. Tindakan Nazli mengucup patung itu sekadar satu gurauan namun setelah itu satu per satu peristiwa pelik dan ngeri berlaku.
Setelah kematian demi kematian berlaku, Detektif Alara dan Emmad telah ditugaskan menyiasat kes itu. Hyniyah telah bertemu Detektif Alara dan Emmad, menyatakan yang Mek Dagang bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
Benarkah kematian demi kematian yang berlaku disebabkan oleh Mek Dagang atau ada rahsia lain di sebaliknya?
“Ia seperti mengupah seorang pembunuh upahan. Walaupun pengupahnya telah mati, pembunuh upahan tetap menjalankan tugasnya kerana dia sudah menerima wang upahnya,” ujar Norman.
Alara menerima tugasan menyiasat beberapa kes kematian yang pelik. Mangsa-mangsanya mati disebabkan anak pokok tumbuh dari dalam tubuh mereka. Di setiap lokasi kejadian ditemui sebiji buah seperti buah sukun dengan lekukan-lekukan aneh pada permukaan buah tersebut. Situasi bertambah genting apabila kematian yang sama berulang pada ahli keluarga mangsa yang sama.
Dalam pada itu Emmad membantu Sarjan Albin mengesan kehilangan sepuluh orang anak yatim. Emmad merasakan kehilangan kumpulan anak yatim itu ada kaitan dengan kejadian keracunan sianida ke atas sepuluh orang anak yatim dalam satu majlis keraian anjuran Datuk Umar beberapa bulan yang lalu.
Kedua-dua kes mula terkait apabila Alara mendapati beberapa orang ahli keluarga mangsa kes pembunuhan pokok ajaib mempunyai urusan perniagaan dengan Norman, menantu kepada Datuk Umar dan urusan perniagaan itu tidak berakhir dengan baik. Emmad yakin kematian demi kematian yang berlaku adalah pembunuhan yang disasarkan pada mangsa-mangsa tertentu dan berlandaskan dendam.
Kini Alara, Emmad dan Sarjan Albin harus mencari jalan bagaimana untuk menghalang kematian-kematian kes pokok ajaib daripada terus berlaku.
Cahayakan pusaka kita, cu!
Ezra sering diganggu dengan kehadiran roh atuk dan nenek di dalam mimpi dan di dalam jaganya. Roh atuk dan nenek itu mengaku Ezra adalah cucu mereka dan meminta Ezra menyelamatkan pusaka mereka. Ezra buntu dan amat tertekan. Setiap kali roh atuk dan nenek itu muncul, pasti akan diiringi makhluk halus yang akan mencederakannya. Apakah benar Ezra adalah cucu kepada roh atuk dan nenek itu? Kenapa makhluk-makhluk halus itu mahu mencederakan Ezra?
“Kenapa saya yang perlu selamatkan pusaka atuk? Saya tak kenal atuk. Saya tak tahu siapa atuk.” - EZRA
“Petakanya amat dahsyat. Hanya cucu yang mampu menyelamatkannya. Kembalikan pusaka kita, cu.”- ROH ATUK
“Rumah ni milik kami, kami takkan keluar. Kau yang patut keluar. Tinggalkan kami di sini!” - PUAKA
Cahayakan pusaka kita, cu!
Ezra sering diganggu dengan kehadiran roh atuk dan nenek di dalam mimpi dan di dalam jaganya. Roh atuk dan nenek itu mengaku Ezra adalah cucu mereka dan meminta Ezra menyelamatkan pusaka mereka. Ezra buntu dan amat tertekan. Setiap kali roh atuk dan nenek itu muncul, pasti akan diiringi makhluk halus yang akan mencederakannya. Apakah benar Ezra adalah cucu kepada roh atuk dan nenek itu? Kenapa makhluk-makhluk halus itu mahu mencederakan Ezra?
“Kenapa saya yang perlu selamatkan pusaka atuk? Saya tak kenal atuk. Saya tak tahu siapa atuk.” - EZRA
“Petakanya amat dahsyat. Hanya cucu yang mampu menyelamatkannya. Kembalikan pusaka kita, cu.”- ROH ATUK
“Rumah ni milik kami, kami takkan keluar. Kau yang patut keluar. Tinggalkan kami di sini!” - PUAKA
Mengisahkan pemilik baru banglo House of Ophelia setelah bangunan itu terbakar dalam Sumpahan Ling Chi dan terowong di bawahnya menjadi sarang pemuja syaitan dalam Ophelia.
Banglo itu kini diberi nama Rose of Orient.
Kisah kali ini mendedahkan bagaimana hukuman ngeri Ling Chi berlaku semula di terowong banglo itu setelah beberapa calon pekerja diambil bekerja di banglo itu. Juga kejadian tragis yang menimpa beberapa kontraktor semasa kerja baikpulih di banglo itu.
Kepulangan Hambali ke Batu Pahat bersama sebuah harapan. Ada hajat yang ingin ditunaikan. Namun, takdir ALLAH telah tertulis. Hadirnya bukan untuk menyulam kasih, tapi untuk melihat Seri Bakawali terus hidup. Permainan mistik ini harus ditamatkan walau apa pun yang terjadi. Kiai Shamsudin mesti dibantu! Biarlah lara perkasihan ini terus berlalu dibawa bayu.
“Seri Bakawali, maafkan aku! Aku terpaksa memadam namamu dari kamus hidupku." - Hambali -
Sepeninggalan Hambali, Longkai menjadi huru-hara. Sahak kembali untuk menuntut haknya. Kemunculan harimau dan kehilangan beberapa penduduk kampung menimbulkan misteri. Sahak sudah lama menunggu peluang untuk melunaskan dendamnya. Namun, Sahak tidak tahu. Membunuh Hambali bermakna dia perlu berhadapan dengan Yusof!
"Yusof, kutinggalkan tasbih ini di tangan kananmu. bukti aku adalah gurumu." - Kiai Shamsudin -
“Hambali! Kau akan mati di sini!” - Sahak -
"Sahak, manusia tidak akan dapat melebihi ALLAH dan Rasul. Kau akan terima pembalasan." -Yusof -
Kau milik dia, bila darahnya menitis pada matamu...
Setelah bertahun-tahun tidak pulang ke kampung, kini Hakim kembali bersama isteri dan anak-anak atas tuntutan kerja. Hanya itu kampung yang Hakim ada kerana dia dipelihara oleh keluarga angkat sejak kecil. Rumah pusaka itu terpaksa didiami semula meskipun tahu kepulangannya bagaikan menjerat diri sendiri. Kukur berdarah mencari warisnya. Sudah lama ia menanti kepulangan Hakim.
Tanpa siapa ketahui, ada yang menjaga kukur itu. Kukur itu perlukan darah warisnya untuk terus menghidupkannya semula. Persembahan kukur menari sudah lama tidak dimainkan. Pertemuan semula Hakim dengan sepupu angkatnya, Dina telah menerbitkan kembali bait-bait percintaan antara mereka yang dulunya terhalang. Perkenalan isteri Hakim, Imanina dengan Opah Jarah pula telah mengundang kecelakaan pada mereka sekeluarga.
Berjayakah kukur berdarah mendapatkan warisnya?
“Aku tak mahu cucu Abang Megat jadi mangsa! Aku takkan biarkan kau lakukan persembahan tu yang akan meragut nyawa lagi!” - Danial.
“Jangan ganggu kerja aku kalau tak nak pertumpahan darah berlaku dalam keluarga kau! Ingat teh, jangan kata aku tak bagi amaran!- Jarah
“Kita dah tak banyak masa, Akim. Kamu dah guna benda tu. Pak long bimbang keluarga kamu dalam bahaya terutamanya diri kamu. Pak long risau sebab benda tu memang nakkan kamu.” - Haji Yusoff.
“Apa istilah cerita mistik yang disebarkan melalui sosial media ni? Lupa aku,” tanya Huda.
“Creepypasta! ” jawab Zamir. “Di Malaysia pun ada sekarang.”
“Kisah creepypasta Malaysia? Slender Man versi Malaysia? Hantu galah ke?” tanya Huda separuh berseloroh.
“Bukan,” jawab Zamir. “Hantu kepala kambing.”
Imtiaz dan Huda mengekek ketawa.
Imtiaz, Zamir dan Huda, tiga sahabat yang mengendalikan saluran YouTube mereka sendiri bernama Kru Paranormal, yang memfokuskan pada kisah-kisah misteri dan mistik. Tanpa disangka, perbualan mereka bertiga tentang hantu kepala kambing menjadi perbualan terakhir mereka bersama apabila Zamir terkorban dalam satu letupan feri.
Imtiaz yang berada di tempat kejadian sempat merakam seorang pemuda memanjat bumbung feri itu. Setelah meneliti rakaman itu, didapatinya ada bayangan manusia berkepala kambing di sisi pemuda itu sebelum letupan berlaku. Mayat Zamir ditemui, namun Huda sering menerima panggilan telefon daripada Zamir yang mengatakan dia tersesat dan tidak tahu di mana dia berada. Apakah yang sebenarnya berlaku?
Sementara itu, Inspektor Rahil tidak menyangka kes letupan feri ini membuatkannya terpaksa menghadapi semula kegagalan masa lampau. 17 tahun lalu, dia telah gagal menyelamatkan anak Encik Halim, dan kini, dia perlu berhadapan semula dengan lelaki itu untuk membawa berita malang seorang lagi anaknya, Zamir. Maruahnya sebagai pegawai polis perlu ditebus semula. Bersama-sama Koperal Darina, penyiasatan mereka membongkar sesuatu yang tak masuk dek akal, dan ada suatu kuasa yang menakutkan sedang mencaturi banyak nyawa tanpa sedar.
“Masa aku kemalangan jalan raya di Sweden dulu, doktor telah mengisytiharkan aku mati. Tapi sejam kemudian doktor dapati aku bernafas kembali. Sejak dari itu kawan-kawan aku menggelar aku Draugr,” cerita Jai.
“Draugr? Apa tu?” tanya Sardon.
“Draugr ni hantu dalam budaya Skandinavia. Manusia yang hidup semula setelah mati. Lebih kurang macam zombi. Tapi Draugr ni kadang-kadang boleh berubah rupa. Kadang-kadang jadi kucing hitam, anjing hitam atau kambing hitam,” jelas Jai.
* * * * *
Setelah mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkannya mati selama sejam, Jai sering bermimpi sebuah menara tangki air di tengah-tengah kawasan perumahan elit yang sedang dibangunkan. Dan dalam setiap mimpi itu, dia dapat mendengar bunyi ketukan besi penuh amarah dari puncak menara itu.
Apabila tamat pengajiannya di Sweden dan kembali ke Malaysia, Jai menubuhkan kumpulan muzik metal yang dinamakan Al Jassasah. Sikapnya yang tidak mahu bekerja dan cuma mementingkan muzik membuatkan ibu dan ayahnya, Datuk Hisham dan Datin Norin pening kepala. Bagaimanapun, hidup Jai yang bebas tanpa kerunsingan mula berubah apabila Al Jassasah mula kehilangan ahli, dan Baphomet muncul di hadapannya…
Polis menjumpai mayat-mayat yang telah dibunuh dengan kejam menggunakan kaedah seksaan kuno Viking dan semua siasatan menjurus ke arah Jai. Namun, apakah benar Jai Sjalsatare yang melakukannya? Apakah rahsia di sebalik mimpi Jai tentang menara tangki air itu? Dan sekali lagi Ehsan memainkan peranannya mencaturi hidup manusia. Apa sebenarnya matlamat yang mahu dicapainya?
“Wai Hung, kau perasan tak?” tanya Siu Lun dengan suara yang hampir berbisik.
“Perasan apa?”
“Kesemua mayat-mayat ini membengkak seolah-olah mereka dah beberapa hari mati,” beritahu Siu Lun. Wai Hung mula menyedari hal itu. Namun kesemua mereka baru hilang malam tadi. Aneh!
* * *
Siu Lun, seorang anggota Parti Komunis Malaya terpaksa kembali ke dalam hutan Ulu Kinta atas arahan komandernya, Tsui Ka Long, meninggalkan kehidupan mewahnya di bandar Ipoh. Dia sudah terlupa betapa getir dan payahnya kehidupan di dalam hutan. Sehinggakan ada masanya dia juga terlupa yang dia adalah anggota Parti Komunis Malaya.
Markas lama mereka sudah tiada kerana diserang pasukan polis, dan markas baru telah dibangunkan berhampiran sebuah tasik. Namun tasik itu amat misteri kerana seorang perempuan berambut panjang sering kelihatan timbul di tengah-tengah tasik itu. Wai Hung, rakan Siu Lun percaya perempuan berambut panjang itu adalah May Li, anggota pasukan PKM yang ditembak oleh ahli pasukannya sendiri. Dan Wai Hung percaya roh May Li tidak tenang dan kini mahu menuntut bela. Keadaan menjadi lebih tegang apabila beberapa orang anggota PKM ditemui mati terapung di tasik tersebut.
Dalam satu serang hendap, Wai Hung dan Siu Lun telah berjaya membunuh seorang anggota pasukan keselamatan. Namun sejak dari itu, tragedi sering menimpa markas mereka dan seorang demi seorang rakan-rakan mereka mati dibunuh. Siapa yang melakukannya? Apakah ada pengkhianat dalam kalangan mereka? Atau, adakah ia angkara perempuan dari dalam tasik itu?
“Nang bo ti nang, kui bo ti kui.”
“Dari dulu lagi banyak orang cerita kononnya terserempak dengan makhluk berbulu lebat dan berbadan besar, berjalan-jalan di dalam hutan. Tapi setahu aku, tidaklah pula dia mengganggu orang. Kecuali ada juga khabar angin hantu gigi jarang ni menculik anak dara orang asli sebab dia berkenan dengan anak orang asli tu,” cerita Ridhuan.
Ghazali terdiam. Dia tidak menyangka Malaysia juga mempunyai versi makhluk seperti bigfootnya yang tersendiri. Kalau di barat ia dikenali dengan pelbagai nama. Bigfoot, sasquatch, yeti, skunk ape dan pelbagai lagi nama. Namun di sini ia popular dengan nama hantu jarang gigi.
* * *
Misteri kehilangan beberapa gadis remaja di daerah Bekok telah menimbulkan kegusaran penduduk tempatan. Malah, cerita yang mengaitkan kehilangan gadis-gadis remaja ini yang kononnya diculik oleh hantu jarang gigi telah menambahkan sensasi kes ini.
Adam yang cacat pendengaran dan buta sebelah matanya baru sahaja berpindah ke Bekok mengikut ayahnya, seorang renjer hutan. Adam bersahabat dengan Shukor dan Amri. Kerana kes kehilangan gadis-gadis ini sedang panas, Shukor dan Amri merancang masuk ke dalam hutan Endau Rompin untuk mencuba nasib mencari mereka. Untung-untung mereka dapat wang ganjaran jikalau berjaya.
Namun, sewaktu di dalam hutan, mereka menemui sesuatu yang tidak dijangka. Amri pula telah hilang dan Shukor cuba menebus rasa bersalahnya atas kehilangan Amri. Dalam pada itu, Adam sering melihat sesuatu yang menggerunkan berhampiran seorang pemuda yang tidak waras bernama Nazri yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Benarkah hantu jarang gigi ini wujud dan gadis-gadis ini diculik olehnya?
“Dulu, sekumpulan budak-budak muda dari KL datang sini cari kilang lama tu. Bila jumpa, mereka bermalam di kilang tu sebab nak rakam suasana tempat tu pada waktu malam. Tapi, katanya sampai sekarang mereka tak dijumpai. Hilang macam tu saja. Tak tahulah betul ke tidak cerita tu,” beritahu Pak Man.
“Ah, konon cerita budak-budak tu datang ke kilang lama tu sebab nak berpesta pora, bercampur jantan betina tak ada batasan. Agaknya tercabarlah hantu puaka kilang tu bila dia tengok budak-budak tu perangai lebih puaka daripada dia,” ujar Pak Rok pula.
* * *
Kru Paranormal menjejaki sebuah kilang lama di Jeram, Kuala Selangor, lokasi mistik yang sukar ditemui namun selalu disebut dalam kalangan peminat aktiviti paranormal. Rancangan awal mereka hanyalah untuk merakam persekitaran kilang itu, namun disebabkan kereta Zamir tiba-tiba mengalami masalah, mereka terkandas di tempat itu.
Pada tengah malam, Imtiaz diganggu dua lembaga yang hampir hangus. Kemudian dia menjumpai bangunan asrama yang hampir runtuh kerana terbakar, yang menyimpan banyak misteri dan kisah tragis penghuninya.
Dapatkah Kru Paranormal membongkar misteri kilang lama dan asrama yang terbakar itu? Apakah kaitannya tempat ini dengan pelbagai kes pembunuhan hilang kepala di Johor sebelum ini? Ada tragedi besar yang menimpa Kru Paranormal. Adakah mereka akan kembali sama seperti dahulu?
“Mangsa bernama Farina. Berusia enam belas tahun. Masih bersekolah. Ibu dan ayahnya meninggalkan dia bersendirian di rumah pada jam dua petang tadi dan kembali ke rumah dalam jam lapan malam,” lapor Koperal Darina.
Inspektor Rahil menghampiri mayat gadis itu dan meneliti keadaannya. “Kesan kelar di leher, dan tidak ada banyak darah menitis di lantai. Sama dengan kes hantu misi?”
“Ya, tuan,” jawab Koperal Darina.
“Jadi, kita ada kes pembunuh bersiri,” kata Inspektor Rahil sambil mengenakan cermin mata hitamnya.
* * *
Bandar raya Johor Bahru dikejutkan dengan beberapa kes pembunuhan gadis-gadis sunti. Kecoh di media sosial kononnya ia angkara hantu misi apabila ada saksi yang mendakwa melihat kereta berwarna putih yang dipandu seorang wanita berpakaian jururawat di tempat kejadian. Kononnya hantu misi ini adalah seorang wanita yang wajahnya menjadi buruk kerana melanggar pantang ilmu hitam yang dipelajarinya untuk menjadi lebih cantik. Untuk memulihkan wajahnya, dia perlu membunuh dan meminum darah sembilan anak dara sunti.
Kisah hantu misi yang popular di Internet menarik Imtiaz untuk menjadikannya sebagai bahan dalam saluran YouTube Kru Paranormal. Dia memulakan penyiasatannya sendiri, dan ia membawa kepada pertemuannya dengan seorang gadis, yang tanpa pengetahuannya, dihantui oleh lembaga manusia berkepala kambing.
Dapatkah Inspektor Rahil dan Koperal Darina, dengan bantuan Imtiaz menghentikan kes pembunuhan bersiri ini dan mencari dalangnya yang bertanggungjawab?
“Mak Uda kenal tak dengan budak lelaki bernama Ajin?” tanya Khairil.
“Dulu, masa kamu kecil dan selalu datang ke mari, kamu selalu bercerita tentang kawan kamu bernama Ajin,” beritahu Mak Uda Siah.
“Pada mulanya kami ingat memang betullah kamu ada kawan bernama Ajin. Tapi lepas tu baru kami sedar, Ajin ni rupa-rupanya kawan khayalan kamu saja,” sampuk Pak Uda Hamdan.
“Kami selalu nampak kamu bercakap seorang diri dan membahasakan orang yang kamu berlawan cakap tu sebagai Ajin. Tapi bila kamu dah semakin besar, kamu pun berhenti bercakap seorang diri,” ujar Mak Uda Siah.
Khairil berasa pelik kerana dia juga terasa seperti pernah bertemu dengan Ajin sebelum ini. Benarkah Ajin ini hanyalah rakan khayalannya?
Setelah sepuluh tahun merantau ke Australia, Khairil pulang ke kampung halamannya kerana ibunya, Mak Hajah Munah sakit. Sewaktu menjaga ibunya, Khairil sering mengalami kejadian aneh. Malah, pak ciknya memberitahu ibunya sering hilang dari rumah, tetapi muncul semula beberapa hari kemudian, sedangkan ibunya sedang sakit dan tidak mampu bergerak.
Terdengar juga cerita-cerita jahat yang menuduh ibunya mengamalkan ilmu hitam dan dia tidak boleh mati selagi ilmu itu tidak diturunkan kepada pewaris seterusnya. Khairil juga sering bertemu dengan seorang budak lelaki bernama Ajin di kawasan rumahnya dan Ajin mendesak Khairil agar mencabut nyawa ibunya. Khairul menjadi bingung, dan ada masanya dia tidak dapat membezakan antara realiti dan khayalan.
Siapakah Ajin? Apa kaitan Ajin dengan perlakuan pelik ibu Khairil? Dan benarkah Mak Hajah Munah mengamalkan ilmu hitam?
Dalam kes ini, Darina menjumpai sesuatu yang memeranjatkan!
“Apa yang kau berdiri saja di depan pintu? Pergi masuk, tunggu jenazah, baca Yasin!” suruh Pak Samsul apabila melihat Shaari merenungnya dengan renungan sayu.
“Tak boleh ke saya ikut Pak Sam?” tanya Shaari.
“Kalau kau ikut aku, siapa yang nak jaga jenazah?” soal Pak Samsul.
“Orang dah mati buat apa nak dijaga? Bukannya dia nak pergi pasar malam pun!” bidas Shaari.
* * *
Mak Wok, seorang bidan kampung ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Kepalanya hilang, dan gagal ditemui. Setahun kemudian, berlaku beberapa kematian misteri. Menurut saksi, sebelum mangsa-mangsa menemui maut, mereka telah melihat kemunculan keranda terbang. Ia dikaitkan dengan Mak Wok apabila Adam, seorang remaja bisu yang memiliki kemampuan deria keenam telah menemui pusara Mak Wok dalam keadaan terbongkar dan mayat Mak Wok pula hilang.
Sementara itu, Ghazali, ayah angkat Adam berasa kurang senang dengan sikap Ehsan dan keluarganya yang sangat baik terhadap Adam. Dia merasakan ada sesuatu yang keluarga itu sembunyikan. Sebaliknya, Adam pula berasa senang dengan perhatian yang diberikan.
* * *
“Kebencian itu realiti… kebencian itu realiti… tahukah kau mereka membenci kau?” ujarnya sebelum berundur sambil menjeling.
Bersedia dengan kisah asal di sebalik lembaga berkepala kambing yang memakai sut!
“Kau cerita yang kau bermimpi kolam tu minta dijamu. Mungkin apabila darah ular sawa yang kau tetak tu masuk ke dalam kolam, ia dianggap sebagai jamuan kepada kolam tu. Itu menjadikan tanaman penduduk kampung subur. Dah setahun berlalu, tanaman penduduk kampung kembali tak menjadi. Mungkin kolam tu perlu dijamu lagi?” ujar Muin.
“Kau percayakan benda-benda macam tu? Syirik, Muin!” tegur Salleh.
* * * * *
“Aku cuma katakan saja,” balas Muin sambil menggaru kepala.
“Hish! Mengarut semua tu. Apa yang berlaku semuanya kehendak Tuhan. Tak ada kena-mengena dengan kolam tu!” tegas Salleh.
Tahun 1863.
Salleh, penghulu muda Kampung Sungai Cerah yang baru dibuka bingung apabila tanah kampung itu tidak lagi subur, tanaman tidak menjadi dan ternakan banyak yang mati. Lebih malang lagi apabila penduduk kampung terpaksa berhadapan dengan ancaman harimau liar.
Salleh mengalami mimpi pelik, dua kanak-kanak mendakwa mereka adalah anak-anaknya yang telah meninggal suatu ketika dulu. Mereka menyatakan, jika Salleh mahu mengubah nasib Kampung Sungai Cerah, maka Salleh dan penduduk kampung harus menjamu sebuah kolam yang dipanggil Kolam Dewa.
Apabila Salleh tidak mempedulikan mimpi itu, nasib Kampung Sungai Cerah menjadi lebih buruk. Sekumpulan penyamun menceroboh dan mengancam penduduk kampung. Salleh terus didatangi mimpi-mimpi aneh dua kanak-kanak itu yang menuntutnya menjamu Kolam Dewa atau semua penduduk kampung itu akan menerima malapetaka. Adakah Salleh akan akur pada tuntutan Kolam Dewa itu?
“Saya selalu nampak makhluk hitam menyerupai bayang-bayang. Makhluk tu berjari tajam macam pisau dan cuba menikam saya, bang,” cerita Ajin.
“Ini makhluk bayang-bayang yang sama yang kamu kata bawa lari Tam?” tanya Ehsan.
“Ya….” Ajin mengangguk.
“Makhluk tu yang muncul dalam mimpi kau?” tanya Ehsan.
“Kadang-kadang dalam mimpi. Kadang-kadang saya nampak betul,” Ajin berterus terang. Ehsan menelan liur. “Sejak Tam hilang, bayang-bayang hitam tu lebih kerap menunjukkan diri. Dia macam mahu membunuh saya,” kata Ajin.
“Kadang-kadang dalam mimpi. Kadang-kadang saya nampak betul,” Ajin berterus terang. Ehsan menelan liur. “Sejak Tam hilang, bayang-bayang hitam tu lebih kerap menunjukkan diri. Dia macam mahu membunuh saya,” kata Ajin.
* * *
Ajin dan abangnya, Aloy melarikan diri daripada ibu kandung serta ayah tiri mereka yang selalu mendera mereka. Sewaktu meninggalkan rumah ibunya, Ajin melihat kelibat bayang-bayang hitam. Sejak dari itu, makhluk itu sering menunjukkan diri di hadapan Ajin. Dan setiap kali ia muncul, pasti akan ada orang-orang yang rapat dengannya mati.
Setelah beberapa tahun berlalu, Ajin hidup bergelandangan dan bersahabat dengan Tam. Suatu malam, bayang-bayang hitam itu muncul semula setelah sekian lama tidak menunjukkan diri. Dan dalam masa yang sama, Tam pula hilang.
Ehsan, seorang pemuda yang baru dikenali cuba membantu Ajin. Namun siasatan Ehsan telah membongkar rahsia di sebalik kemunculan bayang-bayang hitam itu dan juga kejadian bunuh yang sering berlaku dalam kalangan orang-orang yang rapat dengan Ajin.
Dalam masa yang sama, muncul Maimunah yang kematian anak lelakinya, Aril yang sebaya dengan Ajin. Maimunah memerlukan pertolongan Ehsan, yang melibatkan Ajin. Apakah rahsia di sebalik bayang-bayang hitam itu dan apakah agenda sebenar Maimunah?
Imtiaz dapat merasakan yang Zamir menyalahkannya atas kematian Huda. “Aku cuba buat apa yang termampu. Pada masa tu Huda sudah dianggap suspek kes pembunuhan mak dan nenek kau, Zamir. Aku tak boleh buat apa-apa,” dia menjelaskan.
Zamir menghampiri Imtiaz dengan riak jengkel dan berang membuatkan Imtiaz gementar. “Kalau aku ada, aku takkan benarkan semua ini berlaku!” tegasnya.
Selepas berbulan-bulan dilaporkan hilang, Zamir muncul kembali setelah membongkar rahsia hitam keluarganya. Kini dia sudah mengerti semuanya. Apakah yang telah didedahkan arwah ayahnya dalam rakaman video yang diberikan Jagjit Singh sebelum KRU PARANORMAL mencari kilang lama di Jeram? Bagaimanakah hubungan Zamir dan Imtiaz setelah kematian Huda? Apakah masih ada lagi KRU PARANORMAL?
Detektif Aris menjumpai satu mayat tergantung dalam keadaan mengerikan dalam sebuah banglo tinggal. Mangsa telah diseksa dengan kaedah seksaan bangsa Viking yang amat kejam. Siapa yang melakukannya dan kenapa? Lebih memeningkan, Koperal Darina yang menyiasat kes itu mendapati terdapat satu kes lama berusia 30 tahun di mana seorang wanita dibunuh dengan kaedah yang sama dan penjenayah yang melakukannya pula telah disahkan mati dalam kemalangan. Adakah pembunuhnya masih hidup atau ada generasi baharu yang menyambung legasinya?
Imtiaz mendapat maklumat nyawa Darina dalam bahaya. Siapakah atau apakah yang mengancam Darina? Mampukah Imtiaz menghalangnya atau Darina akan menerima nasib yang sama seperti Huda?
Episod terakhir siri Kru Paranormal.
Berdasarkan sebuah cerita yang dimuat naik seorang blogger bernama Abang Syafiq dalam blog Aduka Puaka, Darina menyiasat kes kehilangan pengunjung sebuah pesta hip-hop yang diadakan di sebuah bangunan tinggal iaitu Wisma Suria yang dikatakan berpuaka. Siasatan itu membawa kepada penemuan berpuluh-puluh mayat yang tidak berkepala yang ditanam di tapak bangunan tersebut.
Seorang lelaki bernama Howard Ho membuat pengakuan yang dia terlibat menguruskan syarikat-syarikat milik satu kumpulan pengamal ilmu hitam yang dikenali sebagai Kultus Ba. Salah satu syarikat itu, Dewa Suria Sdn. Bhd. dimiliki oleh seorang lelaki bernama Ehsan yang didakwa sebagai orang kuat dalam Kultus Ba. Malah, bangunan Wisma Suria juga dimiliki oleh Syarikat Dewa Suria.
Ehsan mula menggerakkan buah catur terakhirnya. Apakah matlamat utama yang ingin dicapainya? Semua kematian yang melibatkannya, untuk apa?
Berjayakah Koperal Darina dan Inspektor Rahil menyelesaikan misteri kes Kultus Ba ini?
Bagaimana pula dengan nasib Imtiaz? Adakah dia akan selamat? Atau dia juga adalah sebahagian daripada buah catur Ehsan yang akan dikorbankan?
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
“Kaduk, main jelangkung tu apa?” tanya Je’am.
“Kira macam main spirit-spirit tapi tak pakai duit syiling.”
“Habis tu pakai apa? Pakai kad kredit?”
* * * *
Kegembiraan Kijem pulang ke kampung pada hujung minggu bertukar serta-merta apabila dia dihalang masuk ke rumah dan dihalau datuknya. Kerana tiada tempat untuk berteduh, Kijem pulang semula ke asrama walaupun tahu dia akan keseorangan kerana semua pelajar telah pulang ke kampung masing-masing. Namun, dia terkejut apabila mendapati empat rakannya iaitu Begok, Kaduk, Ijan dan Je’am secara sembunyi-sembunyi tinggal di asrama itu. Mereka berempat tidak sempat pulang ke kampung kerana terpaksa menjalani latihan bola pada sebelah petang hari itu.
Kerana kelaparan, Kijem dan Ijan melompat pagar untuk membeli makanan akibat daripada tragedi mi segera di dalam baldi di dorm mereka. Semasa pulang dari kedai, Ijan merasakan ada sesuatu yang bergerak amat pantas sedang mengekori mereka, manakala Begok dan Kaduk yang tinggal di asrama pula bermain jelangkung untuk menjawab satu persoalan tentang misteri silam kehilangan pelajar di asrama itu. Adakah jelangkung itu akan bernyawa dan menjawab pertanyaan mereka?
Ada sesuatu di asrama itu, yang wujud dari masa silam sedang mendengar, sedang merancang. Berjayakah Kijem dan rakan-rakannya mengharungi malam itu? Atau mereka semua akan menjadi korban puaka yang sekian lama menguasai asrama itu dalam diam?
“Aku tak nak rancangan kita gagal. Kau dah dapatkan patung dari dalam makmal dan pati sirap?”
“Dah, beres.” Zahid menunjukkan segala barang yang Azali inginkan itu. Dia mengambil patung itu dari makmal sains secara curi-curi. Patung tersebut ditanggalkan kepalanya dan dipakaikan dengan baju putih. Siap disapu dengan warna merah pada bahu dan leher patung tersebut.
“Bagus… bagus… macam inilah anak murid aku.” Azali menepuk-nepuk bahu Zahid.
“Buatnya hantu tu muncul betul-betul macam mana?” Jalil mencelah.
“Kau pernah nampak?” Azali menyoal.
“Habis yang kecoh budak-budak aspuri buat study group nampak hantu dalam kelas kau orang tu?” tanya Jalil.
Azali cuma ketawa….
“Mayat tentera Jepun tidak dikuburkan, tapi dibakar bersama tanah liat dan dijadikan batu bata untuk membina bangunan dan markas. Mereka percaya bahawa roh-roh askar ini akan sentiasa bersama menjaga bangunan. Tempat yang selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang berhantu adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan….”
Naria terus menutup komputer ribanya.
“Eh, aku tak habis baca lagilah!” jerit Raisya, geram.
“Tak payah baca sampai habis. Kalau nak baca artikel penuh kau cari sendiri nanti. Aku rasalah, bilik guru tu mesti dibina daripada batu bata yang dikatakan dalam artikel ni. Sebab tu berpuaka!” ujar Naria dengan riak wajah bersungguh-sungguh.
“Suara tu... dia cakap tentang sesuatu yang saya tak pernah beritahu siapa-siapa pun. Macam mana dia tahu?” Idris memandang Cikgu Eleanor. Wajahnya penuh ketakutan. “Dia tahu, cikgu. Suara tu tahu rahsia saya!”
Cikgu Eleanor berasa pelik dan cuba menenangkan pelajar itu. “Apa maksud awak, Idris? Suara apa yang awak dengar?”
Belum sempat Cikgu Eleanor mendapatkan jawapan, Idris bangun dengan tergesa-gesa. Wajahnya pucat. “Saya tak boleh duduk di sini. Saya kena pergi!” katanya sebelum meluru keluar meninggalkan Cikgu Eleanor terpinga-pinga.
Suasana di dalam bilik kaunseling kembali sunyi. Cikgu Eleanor dapat rasakan sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi jelas ada. Cikgu Eleanor menggenggam tangannya erat, cuba mengawal rasa yang membuat bulu romanya meremang.
Dia tahu sesuatu yang aneh sedang berlaku di bilik kaunseling ini.
Apa yang Idris dengar?
Sejak hari pertama pelajar misteri itu menyertai latihan, bilik muzik itu sentiasa berbau harum. Namun, keharumannya tidak menyenangkan, bahkan menyeramkan kerana bau itu adalah bau bunga melur dan terlalu kuat menusuk hidung!
Ahli kelab muzik telah mencuba segala jenis cara untuk menghilangkan bau tersebut. Mereka mengemop lantai, membuka tingkap seluasnya, sehinggakan mengecat dinding. Tetapi, bau itu tidak juga hilang. Yang anehnya, bau itu cuma muncul pada setiap hari latihan sahaja.
Pernah juga Firash menegur, “Setiap kali masuk ke bilik muzik ni, rasanya macam masuk ke kawasan kubur! Bilik muzik ni berpuaka agaknya?”
Dia demam panas keesokan harinya, yang berterusan selama satu minggu. Kejadian tersebut menjadi peringatan kepada pelajar yang lain supaya tidak menegur apa-apa yang aneh.
Siapa sebenarnya pelajar misteri pemain sape itu? Tiada siapa tahu di mana dia tinggal. Dia muncul dan hilang begitu sahaja...
“Kenapa dengan bilik rawatan tu?” Alia bertanya.
“Kau budak baru memang tak tahu tentang bilik rawatan di bangunan belakang sana,” sela Lina bersahaja.
Alia tersengih sarkastik. “Memang aku budak baru dan tak faham dengan selok-belok sekolah ni. Jadi… apa cerita?” ujarnya dengan nada bosan.
Seperti ada yang lucu, Lina menyengih. “‘Dia’, yang setiap student di sini tak nak jumpa. Sebab ‘dia’lah, ada student yang mati di bilik rawatan di bangunan G,” sambung Lina perlahan dan tenang. “‘Dia’ memang tinggal di situ.”
Mendengar kata-kata itu, Alia bertambah keliru. “Ada pembunuhan ke di sekolah ni?” Apa pun keadaannya, dia harus tahu hujung pangkal akan topik perbualan mereka malam ini. Alia tidak mahu ketinggalan.
“Tak boleh nak kata pembunuhan, tapi lebih kepada jadi korban.” Lina menggeleng.
“Apa cerita sebenarnya ni? Takkan puaka boleh bunuh orang. Macam tak logik.” Alia menjuihkan bibirnya. Mati-mati dia tidak percaya dengan cerita itu. Seumur hidupnya tidak pernah dia mendengar ada manusia mati dicekik hantu. Kalau terkena serangan jantung akibat terkejut terserempak dengan hantu, itu boleh diterima akal lagi.
Ada sesuatu menarik pandangan Azizi ke dewan makan. Dari tingkat dua asrama itu, dia dapat melihat kaki seseorang sedang melangkah perlahan keluar dari satu sudut berjalan mendekati Yazid.
‘Siapa pula yang ada di dalam dewan tu?’ tanya Azizi dalam hati sambil terus memerhati, menunggu pemilik sepasang kaki yang kelihatan itu menampakkan dirinya. Sesaat kemudian jantung Azizi bagai terloncat hingga ke kerongkong apabila mendapati kaki yang kelihatan itu adalah milik seorang budak yang seluruh tubuhnya hitam dan dalam keadaan yang mengerikan. Yazid nampaknya sedikit pun tidak menyedari lembaga itu sedang menghampirinya perlahan-lahan dari belakang!
‘Siapa pula yang ada di dalam dewan tu?’ tanya Azizi dalam hati sambil terus memerhati, menunggu pemilik sepasang kaki yang kelihatan itu menampakkan dirinya. Sesaat kemudian jantung Azizi bagai terloncat hingga ke kerongkong apabila mendapati kaki yang kelihatan itu adalah milik seorang budak yang seluruh tubuhnya hitam dan dalam keadaan yang mengerikan. Yazid nampaknya sedikit pun tidak menyedari lembaga itu sedang menghampirinya perlahan-lahan dari belakang!
“Puaka gelanggang silat? Ah, merepeklah!”
Itulah yang difikirkan oleh Bakri ketika cerita tentang puaka yang menghantui sekolah baharunya itu sampai ke telinga. Tentang seorang pelajar sekolah yang hilang 10 tahun lalu dan tidak ditemui hingga kini. Gosip hangat memperkatakan pelajar tersebut telah diculik oleh puaka gelanggang silat purba yang dahulunya bertapak di sekolah mereka, Sekolah Menengah Tanjung Batu.
Satu demi satu peristiwa aneh menimpa Bakri sehingga akhirnya mengheret dia dan teman-temannya untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku di sekolah mereka.
Benarkah semua itu angkara puaka? Atau mungkin ada sesuatu yang lebih berpuaka daripada Puaka Gelanggang Silat itu sendiri.
“Tangga itu diperbuat daripada tulang manusia yang lahir pada 29 Februari dan akan dimasukkan ke dalam lubang yang digali tadi. Dengan tangga itu, dia boleh turun ke alam kematian dan mendapatkan anaknya serta kembali semula ke alam nyata,” cerita Hakimi.
29 Februari adalah tarikh penting buat Fahmi kerana itu adalah tarikh hari lahirnya. Fahmi berpindah ke sekolah baru dan menginap di asrama. Namun, dia mendapat cerita yang kurang enak daripada seniornya, Ikhwan yang mengatakan terdapat sumpahan di sekolah tersebut. Pada setiap tahun lompat, akan muncul roh seorang wanita yang akan menculik pelajar yang lahir pada tarikh 29 Februari untuk dijadikan korban bagi mendapatkan semula anaknya yang telah mati di bangunan asrama lama berhampiran.
Fahmi tidak mempercayai cerita itu sehinggalah dia dikatakan sering bercakap seorang diri oleh para senior dan rakan-rakannya. Mereka mengatakan wanita tukang cuci asrama yang selalu berbual dengannya itu tidak wujud! Ikhwan khuatir roh wanita yang suka menculik pelajar yang lahir pada 29 Februari telah menanda Fahmi untuk dijadikan korban seterusnya. Apakah benar apa yang dikatakan Ikhwan? Dapatkah Fahmi melepaskan diri daripada roh wanita itu?
Kerana sebuah diari, Athirah telah diminta untuk berpindah dari Sekolah Tunku Bendahara. Ibu bapa dan rakan-rakannya bingung, apakah kandungan diari itu sehingga Athirah dihukum sebegitu berat? Hanya Athirah dan guru disiplin yang meneliti kandungan diari itu sahaja yang tahu apa yang tercoret di dalamnya. Athirah mengunci mulut, dan guru itu pula pantang menyebut, menyimpan rahsia.
Tiba masa peperiksaan SPM, Athirah nekad. Dia menunggang basikal sendirian sejauh 60 km, pulang ke asrama Sekolah Tunku Bendahara. Dia mahu menduduki peperiksaan di sekolah lamanya itu juga walaupun dilarang ibu bapanya. Athirah ada sesuatu yang mahu dibuktikannya. Namun, hujan lebat dan kemalangan kecil telah menyebabkan dia terkandas di sebuah sekolah kosong. Mulanya Athirah menyangka ia adalah sekolah tinggal, tetapi rupa-rupanya kantin sekolah itu masih dihuni oleh pasangan suami isteri dan seorang anaknya. Namun, sikap anaknya itu agak pelik, dan lama-kelamaan membuatkan Athirah berfikir, mungkin keluarga itu bukan manusia!
Malam semakin larut, dan Athirah menyaksikan kematian di sekelilingnya. Apakah yang sedang berlaku di kantin sekolah itu? Apa yang terkandung dalam diari Athirah? Jawapan kepada persoalan-persoalan ini akan membawa kepada penghujung yang tidak dapat dijangkakan!
Mesin fotokopi berfungsi lagi dan beberapa helai kertas bersaiz A4 keluar. Secara tidak sengaja Cikgu Bahari terpandang plag mesin fotokopi itu disangkutkan pada kerusi di sebelah mesin itu dan tidak terpasang pada soketnya. Serta-merta darah Cikgu Bahari terasa berderau.
“Cikgu, tolonglah saya….”
“Aaahh!” Cikgu Bahari memegang dadanya kerana terkejut. Jantungnya terasa seperti mahu luruh. Ada lembaga hodoh yang kudung tangan kanan sedang menyeringai di hadapannya.
“Cikgu…,” panggil lembaga itu lagi.
Cikgu Bahari menelan liur. Selama bertahun dia menguruskan hal ehwal kedai koperasi ini, tidak pernah pula dia diganggu sebegitu. Seumur hidupnya juga tidak pernah menghadapi peristiwa seperti ini. Lembaga itu terus mendekati, menampakkan taringnya yang runcing….
“Aku dengar kakak senior cerita ada seorang pelajar mati kena prank dalam makmal komputer ni.”
“Biar betul?” Dia menekup mulut.
“Tak tahulah betul atau tak. Tapi kalau bernasib baik, kita akan jumpa hantu pelajar tu.” Dia pun hanya mendengar daripada mulut senior. Apabila kakak senior berkumpul buka cerita hantu di sekolah, dia akan tumpang pasang telinga.
“Dia mati sebab apa?”
“Sakit jantung. Kawan-kawan dia menyamar jadi hantu takutkan dia. Kasihan, kan?”
“Shhh....” Rakannya di hadapan meletakkan jari telunjuk ke bibir. “Kau ada dengar tak?”
Bunyi mesin pencetak mengejutkan mereka bertiga. Mereka menghalakan lampu suluh ke arah bunyi tersebut. Mesin itu hidup tanpa disambungkan plug. Helaian kertas kosong keluar satu per satu. Tiba-tiba muncul satu lembaga yang berdiri berhampiran meja mesin pencetak itu dan ia tidak berkepala. Darah hitam membasahi kemeja yang dipakai.
“Memang boleh sakit jantung macam ni!” jerit salah seorang daripada pelajar perempuan itu.
“Apa yang berada di puncak rantai makanan?” tanya Cikgu Nida dengan lantang.
“Ziana Zain!” sahut seorang pelajar di meja belakang.
“Lawak kamu dah basi, Ian! Ziana Zain tu Puncak Kasih. Saya harap kamu dapat lakukan lebih baik pada minggu hadapan. Itu pun kalau kamu tidak tersingkir pada minggu ini, Ian,” jawab Cikgu Nida dengan gaya juri rancangan pertandingan hiburan di TV. Seluruh kelas berdekah. Ian pula sengih tersipu-sipu. Rancangannya untuk membuat punchline telah gagal.
“Aku!”
Dalam keriuhan gelak tawa di dalam makmal itu, Cikgu Nida terdengar suara dari belakangnya. Disangkanya ada pelajar mahu menjawab. “Ya, siapa nak jawab?” Cikgu Nida menoleh, dan ketika itulah jantungnya terasa seperti mahu gugur.
Seorang lelaki berwajah pucat memakai kot putih dengan stetoskop tergantung di leher sedang berdiri di belakang Cikgu Nida, memandangnya dengan mata yang merah menyala. “Aku,” kata lelaki itu sekali lagi. “Aku yang paling atas dalam rantai makanan,” sambungnya sambil tersenyum, menampakkan dua taring panjang di penjuru bibirnya.
Sufi dan Nita terlanggar Maya yang berhenti tiba-tiba di tengah-tengah padang. Dalam samar-samar cahaya bulan, mereka ternampak barisan manusia sedang mengadakan latihan kawad.
“Fuh! Nasib baik budak-budak JPAM ada.” Maya menarik nafas lega.
“Ma… Maya. Itu… tu… bu… bukan budak-budak JPAM.” Tergagap-gagap Nita bersuara.
“Apa kau mengarut ni? Itukan kawan-kawan kawad kau. Marilah kita ke sana.” Maya tetap berdegil. Tanpa ragu-ragu dia melangkah ke arah barisan kawad yang tegak berdiri. Tiba-tiba telinganya menangkap bahasa asing yang tidak dia fahami. Bukan itu sahaja, pakaian mereka jauh berbeza daripada uniform JPAM yang biasa dikenakan Nita. Mereka memakai uniform berwarna hijau muda, lusuh dan koyak-rabak. Uniform tentera Jepun Perang Dunia Kedua!
Amanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya.
“Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas.
Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian!
Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu.
“Abang… tolong kutipkan tangan saya,” ujar budak perempuan itu. Dia menadah sebelah tangannya meminta Johan menghulurkan tangannya yang sebelah lagi itu.
Terkocoh-kocoh Johan bangun melarikan diri. Terdengar suara budak perempuan itu ketawa melihat Johan terjatuh-jatuh lari dari situ. Dia masih tidak menjumpai pintu keluar dari perpustakaan itu. Hanya rak-rak buku yang tidak putus-putus sahaja yang ada di sekelilingnya.
“Kau takkan dapat keluar dari sini, Johan.” Suara Syafiq kedengaran.
“Tolong… tolong lepaskan aku!” rayu Johan dengan pandangan meliar ke sana sini.
“Kau akan jadi seperti buku-buku di dalam perpustakaan ini, Johan. Kau akan mereput di sini seperti buku-buku ini. Terbiar, terdampar kerana tiada sesiapa lagi yang mahu membaca di perpustakaan! Orang kita malas! Kau akan kekal di dalam perpustakaan ini sampai bila-bila!”
“Oi, hantu! Kau tak pernah dengar tanda pagar Malaysia Membaca ke, hah? Orang Malaysia rajin membacalah! Orang kita malas membaca tu cuma mitos!” jerit Johan. Entah kenapa dia berasa jengkel pula mendengar pertuduhan makhluk itu.
Dua puluh lima orang pelajar SMK Alor Pondok menjadi juara dalam pertandingan tarian tradisional peringkat negeri. Sebagai ganjaran, Cikgu Rahman dan Cikgu Emilia membawa mereka melawati negeri Pulau Pinang. Dalam perjalanan pulang, Shah berkongsi cerita-cerita seram yang pernah didengarnya tentang Jambatan Pulau Pinang kepada Zul. Dalam asyik bercerita, tanpa sedar gangguan menyeramkan mula mengganggu perjalanan mereka. Buaya putih besar, jasad berkapan berguling di tengah jalan dan kemuncaknya sehingga berlaku histeria. Masing-masing diamuk cemas. Apa benar makhluk itu muncul kerana kesilapan Shah bercerita tentangnya? Atau mungkin ada misteri yang tidak terlerai?
Selama hampir sedekad, SMK Dinding Selatan tidak lagi menghasilkan majalah sekolah. Setiap percubaan untuk menerbitkannya dihentikan oleh ‘sumpahan’. Dikhabarkan seluruh ahli sidang redaksi yang terlibat dengan projek majalah akan diganggu makhluk halus dan mengalami kejadian aneh yang menakutkan.
Bimbang insiden buruk menimpa para pelajar, pihak sekolah mengambil keputusan untuk tidak lagi menerbitkan majalah sekolah. Setelah lapan tahun berlalu, pengetua baharu yang dilantik memutuskan majalah sekolah perlu diadakan semula, meskipun ditegah oleh guru-guru lama.
Cikgu Jamali diberi tanggungjawab membentuk sidang redaksi dan membuka penyertaan kepada para pelajar. Mulanya tiada siapa yang mahu menyahut tawaran tersebut kerana takut dengan sumpahan yang telah lama menghantui sekolah mereka. Namun, hadir lima pelajar yang berani, langsung tidak gentar malah teruja untuk mencabar sumpahan dan ingin menjayakan majalah sekolah buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun. Namun, adakah keberanian mereka cukup untuk melawan sumpahan yang menghantui?
Megawati tergelak besar sehingga menggegarkan seluruh peralatan sukan yang ada di stor itu. Jamilah sudah rasa lain macam. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. “Kau mahu tahu, di mana tempat paling berpuaka di dalam sekolah kita?” tanya Megawati.
Jamilah menggeleng, tidak suka mendengarnya.
“Sinilah, tempatnya. Bilik stor sukan kita!” Sekali lagi Megawati ketawa, tetapi kali ini tawanya sudah masuk kategori mengilai. Semakin lama semakin nyaring. Wajahnya memutih, pucat. Dan taringnya semakin jelas kelihatan, memanjang sehingga jelas ketara seperti taring ular. Jamilah menggeletar ketakutan. Dia memandang sekeliling. Bilik stor sukan itu tiada jalan keluar!
Ketika bangun dari duduk di tahiyat awal, Azlan merasakan ada sesuatu sedang menghimpit tubuhnya. Terasa hembusan keras di cuping telinga, cuba ‘memotong’ alunan bacaan Quran daripada imam.
Enggan solat terbatal dengan gangguan yang tidak pasti itu, Azlan membiarkan sahaja dan berpura-pura tidak melayan. Namun, ekor matanya terlihat wajah hitam yang ‘berbungkus’ menjengah dari atas bahu kiri. ‘Ia’ ikut serta solat bersamanya! Azlan terus menggigil ketakutan.
Pada waktu yang sama, imam mulai rukuk. Ketika itulah, ‘benda berbungkus’ itu tiba-tiba rebah tergolek lalu menghadap wajah Azlan! Dek terkejut melihat wajah ‘banda’ itu, Azlan jatuh lalu menggelupur histeria.
Ketika Lara sedang tekun menyental lantai, tiba-tiba bunyi air mengalir daripada pili kedengaran. Dia melepaskan keluhan kasar. Waktu dia sedang membersihkan tandas, ada pula orang yang suka-suka hati masuk ke dalam tandas itu. Dia berpaling ke arah singki untuk menegur, tetapi mulutnya terkunci apabila mendapati tiada sesiapa pun yang berada di situ.
“Dah buka, tapi tak reti pula nak tutup,” rungut Lara lalu menutup pili air itu. Namun ketika dia berpaling untuk menyambung kerjanya yang tergendala tadi, pili air itu terbuka semula. Langkahnya terhenti. Lara mula berasa tidak sedap hati. Terbayang makhluk hodoh yang dia pernah nampak di dalam cermin tandas itu.
Tiba-tiba air yang keluar daripada pili itu semakin deras. Semakin lama, air yang keluar berubah warna sehingga akhirnya menyerupai warna darah! Air di dalam singki itu terus melimpah dan membasahi lantai. Bagaikan tsunami, air darah itu kemudian menelan dirinya!
“Nazrul cakap dia ada dengar suara panggil nama dia.”
“Suara?” Riak muka Fahrin berubah.
Hisyam mengangguk. “Suara tu katanya asyik menyeru-nyeru nama Nazrul meminta tolong. Nazrul kata masa dia tidur pun dia dengar suara tu memanggil.” Hisyam menceritakan apa yang Nazrul beritahu kepadanya. Nazrul tidak berahsia dengannya.
“Suara apa?”
Hisyam menjongket bahu. Dia pun tidak tahu kerana hanya Nazrul sahaja yang mendengar suara itu. Hisyam percaya yang Nazrul tidak menipu. “Saya tak tahu. Tapi Nazrul kata suara tu datangnya dari menara tangki air lama di belakang sekolah. Saya dah puas melarang Nazrul supaya tidak ke tempat tu. Tapi dia berkeras juga. Dia kata mahu selamatkan orang. Saya suruh dia beritahu kepada cikgu, tapi dia tak mahu.” Dia kesal kerana mengikut kata-kata Nazrul. Jika dia bertindak melaporkan hal tersebut lebih awal kepada guru mereka, mungkin Nazrul masih hidup.