MISI : Menyiasat misteri kehilangan seluruh rakyat Yahudi di Israel, 63 tahun yang lalu.
SASARAN : Sebuah kubu rahsia di Ramat Rachel, Israel, yang menjadi tempat perlindungan terakhir para pemimpin dan pegawai tentera Israel sebelum mereka lenyap tanpa jejak.
Dua daripada sembilan ahli pasukan ini adalah rakyat Malaysia. Nia, penggodam remaja terbaik dunia dan Kyle, pengawal peribadinya.
Misi yang mudah. Namun, segalanya berubah apabila Nia dan Kyle menyedari wujudnya konspirasi untuk menutup kejadian sebenar di situ. Tambah memburukkan situasi, seorang demi seorang anggota pasukan ini didapati telah dibunuh oleh entiti misteri yang mengerikan.
Amran terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Keretanya terbabas ke dalam gaung. Apabila tersedar, dia berada di dalam sebuah tempat yang gelap dan sempit. Rupa-rupanya dia dipenjara.
Amran kehairanan bagaimana dia berada di situ? Apakah kesalahannya sehingga dia dipenjara. Sepatutnya dia terlantar di hospital selepas kemalangan.
Amran didatangi Qasid yang menyatakan bersedia untuk membelanya. Amran semakin keliru. Qasid memaklumkan bahawa dia perlu bersedia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Chif Asrar.
Walaupun Ratna cuba membantu Amran meloloskan diri dari penjara tetapi tidak berjaya. Adakah Amran akan dihukum bunuh berlandaskan nyawa harus dibalas dengan nyawa?
Darah memancut keluar. Kepala Salim terpisah dari badan. Haikal memegang kepala Salim dan meneguk darah yang keluar dari tubuh sahabatnya itu.
Dalam sekelip mata, Haikal bertukar rupa. Kepalanya menjadi panjang. Rahang bergigi tajam pantas tumbuh di bahagian mulut. Lidahnya terjelir. Haikal dapat merasakan satu aliran tenaga memasuki tubuhnya. Urat-urat saraf seakan membengkak. Dia meraung kuat. Malah, malam ini dia kekenyangan darah segar.
Haikal merangkak keluar gua. Matanya ditala ke kiri dan kanan. Pergerakannya pantas. Dia memandang bulan mengambang di dada langit, lantas membuat lolongan panjang. Burung-burung di sekitarnya berterbangan akibat disergah dek lolongan itu.
Buku ini mengandungi 7 cerpen pelbagai kisah yang diinspirasikan daripada kejadian sebenar. Antara cerita yang dipaparkan...
Burung Hantu -- Hendak kenakan kawan, akhirnya diri sendiri yang terkena. Faizrul, Haikan dan Zamri ingin menyakat pengawas junior di sekolah dengan memasang prop seram ketika aktiviti burung hantu. Malangnya, lain pula yang berlaku apabila mereka diganggu oleh puaka dari ladang berhampiran.
Cincin -- Kamal merompak seorang pemandu teksi. Tanpa disedari, dia telah mengambil sebentuk cincin pusaka yang bukan sahaja bernilai, tetapi didampingi makhluk halus yang akhirnya mengakibatkan padah pada dirinya.
Saka Wan Laila -- Haryani menemani rakan sekolej pulang ke kampung untuk menjenguk neneknya yang sakit. Tanpa disangka-sangka satu demi satu kejadian aneh berlaku sehinggalah terungkainya misteri mengenai keluarga sahabatnya itu.
Kisah seram di dalam buku ini sekelam misteri dunia yang satu lagi. Sama ada mahu percaya ataupun tidak, jin dan syaitan sesungguhnya ada, sentiasa mencari jalan untuk memperdayakan manusia.
Cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampung ternyata susah buat Diana apatah lagi perlu mendiami rumah pusaka yang begitu asing. Tanpa disangka-sangka, Diana menjumpai sesuatu yang menggugah naluri ingin tahunya.
Sebuah bilik misteri dan sebuah potret lama membawa Diana ke garisan permulaan kepada pembongkaran misteri keluarga yang telah dikambus sekian lama.
Kejadian demi kejadian aneh kian tersingkap, bermula di rumah dan berlanjutan hingga ke kampus. Kehairanan, dia mula tertanya-tanya di manakah silapnya dan kenapa penampakan demi penampakan mistik tidak lagi berhijab di hadapan mata.
Akhirnya konflik diri dan keluarga memberikannya sebuah erti kehidupan menjangkaui batasan pemikiran.
"Aku nak lilin-lilin daripada lemak manusia. Jadi aku akan dapatkannya daripada kau!"
"RRRAAGH!"
"Pinggang!"
Dia mematahkan ranting kering pada bahagian atas sekali. Seperti ranting itu, bahagian pinggang makhluk tersebut patah dan terkepak. Ia menjerit-jerit kesakitan. Makhluk yang ganas itu terkulai dari bahagian pinggang ke atas.
"Tangan!"
Bahagian ranting yang masih tercacak di tanah dipatahkan lagi. Serta-merta, kedua-dua belah tangan makhluk tersebut tercerai dari badan. Bahagian yang putus mengeluarkan asap hitam yang berkepul-kepul. Lelaki berumur itu kini memegang baki ranting yang masih tinggal.
"Leher!"
Belum sempat baki ranting dipatahkan, makhluk tersebut...
"Ia iak sakkakh iak sakkath.
Ia shaxul.
Ia iak sakkakh iak sakkakth.
Ia shaxul."
Bunyi seolah-olah bisikan itu berulang-ulang kali dan semakin jelas kedengaran. Seolah-olah ada seseorang yang membaca serapah sambil mendekati. Jeri diselubungi cemas. Dia spontan teringatkan kejadian yang hampir sama di pokok ketapang sebelum ini.
"Ia iak sakkakh iak sakkakth. Ia shaxul. He he he he..."
Bisikan tersebut seolah-olah berhembus pada kedua-dua telinga Jeri. Dia amat pasti bahawa ucapan itu sama seperti jampi serapah yang dibacanya tadi. Tawa yang mengakhiri bisikan tersebut seolah-olah mengejeknya. Jeri mulai berasa takut. Dia cuba bangun untuk lari. Akan tetapi tubuhnya seolah-olah terpaku di situ. Jeri cuba berteriak meminta tolong. Namun, suaranya seolah-olah tersekat di kerongkong.
"A'uzu bi kalimatillahit tammati min syarrima khalaq!"
Jeri jelas dapat menangkap pekikan tersebut. Dia terus dapat mengecam si empunya suara itu. Deruan kencang angin tadi lesap tanpa diduga.
Apabila seorang penulis, Aminuddin, meminjam sebilah Keris pusaka, suatu kuasa jahat mula mengancam untuk memusnahkan kehidupan dia dan keluarganya. Keris yang dikatakan berpuaka itu mula memberi pengaruh gelap terhadap Aminuddin dan keluarganya, memenuhi fikiran mereka dengan penglihatan yang menakutkan dan keinginan yang berpintal.
Ketika kejadian aneh dan kejadian yang tidak dapat dijelaskan semakin memuncak, Aminuddin menyedari bahawa mereka terperangkap dalam perjuangan terdesak untuk terus hidup. Dengan bantuan bapa saudaranya, mereka mesti berhadapan dengan kuasa jahat untuk mematahkan sumpahan dan membebaskan diri mereka daripada cengkaman keris itu.
Tetapi apabila kengerian semakin memuncak, Aminuddin mula mempersoalkan kewarasan dirinya. Adakah dia benar-benar melawan sumpahan keris itu, atau dia seakan tunduk kepada kuasa gelapnya? Adakah Aminuddin dapat mengatasi ketakutannya dan mengalahkan kejahatan yang menghantui diri dan keluarganya, atau mereka akan menjadi mangsa keris itu seterusnya?"
Setiap kali nama Rudi diseru, dimensi dunia berubah. Kali ini Rudi cuma nampak awan putih seperti gula-gula kapas yang berarak di langit. Terasa kepalanya basah dan kakinya langsung tidak boleh digerakkan.
Rudi mengangkat tangan dan menyentuh belakang kepala. Basah dan melekit. Apabila dilihat tangan itu kembali, ternyata jari-jemarinya dibasahi dengan cecair merah yang gelap dan pekat. Bau hanyir terus menusuk ke hidung.
"Rudi!"
Badan Rudi bergegar apabila beberapa pelajar yang bergegas lari keluar dari kelas melanggar bahu. Rudi teringat dia sedang menjalani hukuman di luar kelas.
Hazul pula berdiri terpacak di depan Rudi, memandang dengan ... takjub tanpa mempedulikan rempuhan budak-budak kelas yang ... keluar. Masing-masing menempel di tembok bangunan memer... sesuatu.
"Apa?" tanya Rudi yang hairan melihat perilaku pelik Hazid.
"Berdiri pun kau boleh tidur? Kau ni kayu atau batu?"
"Nenek moyang kita sebenarnya adalah ahli sihir, sama seperti apa yang kau lihat dalam masyarakat kita sekarang. Di mana-mana saja, semua orang bertelagah, berperang sesama sendiri. Untuk mencapai kemenangan yang mudah, mereka guna ilmu hitam.
"Kita tak berdosa dilahirkan oleh ahli sihir. Kita tak mewarisi dosa yang mereka lakukan. Tapi genetik mereka mungkin telah bermutasi akibat perbuatan mereka sendiri. Dan genetik itulah yang kita warisi, tanpa kita pinta. Itulah takdir kita."
"Semua orang ada kelebihan masing-masing? Atau dalam kalangan manusia putih saja? Tapi, kenapa ada manusia putih, ada manusia tak berwarna?"
Hanya kerana kelekaan kita terhadap urusan dunia, kita bersahabat dengan jelmaan makhluk halus. Hanya kerana hilang diri kecewa, kita mudah terpengaruh dengan pujukan syaitan. Hanya kerana rasa penyesalan, kita dipengaruhi oleh suara-suara halus syaitan. Hanya kerana perasaan dendam, kita terjebak dengan permainan makhluk halus. Hanya kerana merasakan dunia kita tidak sebaik dunia makhluk halus, kita tidak ingin kembali ke dunia realiti.
Sehingga kiamat, kata-kata syaitan langsung tidak boleh dipercayai. Mereka telah berjanji untuk menyesatkan manusia agar dapat menemani mereka di neraka kelak.
Nauzubillahi min zalik!
Wafa, pewaris Silat Petala Sakti. Memiliki kelebihan bertarung dengan hanya melintaskannya di dalam fikiran. Terkandas di dalam dunia berbeza tanpa mengetahui cara untuk kembali.
Rizal, pewaris Silat Petala Sakti. Memiliki cita-cita menguasai takhta penguasaan dua dunia. Mempertaruhkan nyawa manusia untuk menjadi raja di alam yang berbeza.
Wafa dan Rizal, telah disatukan. Kini bertarung melunas dendam...
Apakah kesudahannya?
Indra dan sahabat-sahabatnya memang selalu memeningkan kepala. Apabila ada hal-hal misteri yang berlaku di Kampung Parti Ketumbit, Indra, Kuppan dan Cha tidak ketinggalan untuk membantu menyelesaikannya. Membantu kononnya, padahal lebih kepada merumikan keadaan.
Dalam Misteri Banjir, mereka menyiasat misteri kewujudan harta Sungai Loyang yang diceritakan oleh seorang lelaki tua bernama Pak Sood. Kononnya, harta itu tersimpan selama ini?
Misteri ini tidak boleh dibiarkan! Harta itu perlu dicari sebelum jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya! Walaupun pelbagai rintangan melanda, mereka tidak sekali-kali menyerah. Ikuti penyiasatan Indra dan sahabat-sahabatnya yang lebih mencabar kali ini.
Penduduk Kampung Parit Ketumbit sekali lagi diselubungi misteri. Misteri kali ini melibatkan perubahan sikap Dhalam Singh, pengawal keselamatan di sebuah kilang papan. Pada awalnya, lelaki berbangsa Sikh itu sangat ramah dengan penduduk kampung namun tiba-tiba sikapnya berubah meniadi aneh. Antara keanehan sikap Dhalam Singh adalah dia kerap melarikan diri apabila disapa penduduk kampung dan berkelakuan pelik ketika bertugas di pondok pengawal keselamatan.
Selain Dhalam Singh, Bang Noyon juga tiba-tiba berkelakuan aneh sejak bertemu dengan seorang lelaki tua dan gadis misteri yang muncul entah dari mana. Apa sebenarnya yang terjadi pada Dhalam Singh dan Bang Noyon? Adakah dua kejadian misteri ini berkait rapat dengan penampakan kapal UFO yang sering dilihat oleh Wak Ketot di kampung tersebut?
Berjayakah Indra, Cha dan Kuppan merungkaikan misteri di Kampung Parit Ketumbit kali ini? Ikuti penyiasatan Detektif Pan Cha Indra dalam menyelesaikan misteri yang paling rumit ini.
Bekalan elektrik yang terputus hingga beberapa hari membuatkan sekalian warga Kampung Parit Ketumbit resah gelisah. Begitu juga dengan Pak Dolloh yang turut risau kerana perasmian dewan baharu hanya tinggal beberapa hari lagi.
Dalam kegelapan malam, banyak pula masalah yang timbul.
Cikgu Saman yang ditugaskan menjaga barang-barang di dewan telah diganggu oleh sesuatu yang sangat menakutkan. Jidin Jambul pula nyaris kemalangan, manakala Wak Ketot pula nampaknya tidak senang duduk apabila benda penting di rumahnya turut hilang. Di sekolah, berlaku juga kecurian.
Perkara-perkara misteri yang tidak ketahuan punca ini menyebabkan Indra dan rakan-rakannya turut pening kepala. Nampaknya, mereka terpaksa berbuat sesuatu. Ya, mereka perlu menyiasat! Maka bermulalah siri penyiasatan tiga sekawan yang sangat mencabar dan penuh dengan kejutan sehingga hampir-hampir membuatkan jantung mereka luruh.
Dapatkah Indra dan kawan-kawannya menyelesaikan segala masalah yang melanda kampung mereka dalam keadaan bergelap? Dan, sempatkah Pak Dolloh dan sekalian penduduk kampung membuat persiapan sebelum majlis perasmian dewan mereka?
Sedangkan… mereka tidak mempunyai banyak masa.
Cuti sekolah datang lagi. Indra, Kuppan dan Cha pergi ke Kampung Langot, sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah hutan. Mereka pergi bersama Anees dan datuknya, Tok Sukin untuk menziarahi teman-teman mereka di sana. Ketika mereka berada di kampung tersebut, muncul satu kes misteri yang menggusarkan seluruh penduduk kampung.
Getah sekerap milik penduduk kampung sering dicuri tetapi pencurinya gagal ditangkap walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Indra, Kuppan dan Cha bersepakat untuk menyiasat misteri kes ini kerana mahu membantu penduduk kampung terutamanya teman baru mereka, Apit. Datuk kepada Apit sering dituduh sebagai dalang kes kecurian getah sekerap di kampung tersebut.
Misteri kali ini agak sukar diselesaikan, tidak semudah seperti sebelum ini. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi termasuklah gangguan makhluk halus yang mereka sendiri tidak sangka. Berjayakah mereka membongkar misteri gangguan makhlus halus yang mengancam mereka dan juga kes kecurian getah sekerap tersebut? Nampak gayanya cuti sekolah mereka kali ini terpaksa dikorbankan demi membantu penduduk Kampung Langot.
Penduduk Kampung Parit Ketumbit sekali lagi diselubungi misteri. Misteri kali ini melibatkan perubahan sikap Dhalam Singh, pengawal keselamatan di sebuah kilang papan. Pada awalnya, lelaki berbangsa Sikh itu sangat ramah dengan penduduk kampung namun tiba-tiba sikapnya berubah meniadi aneh. Antara keanehan sikap Dhalam Singh adalah dia kerap melarikan diri apabila disapa penduduk kampung dan berkelakuan pelik ketika bertugas di pondok pengawal keselamatan.
Selain Dhalam Singh, Bang Noyon juga tiba-tiba berkelakuan aneh sejak bertemu dengan seorang lelaki tua dan gadis misteri yang muncul entah dari mana. Apa sebenarnya yang terjadi pada Dhalam Singh dan Bang Noyon? Adakah dua kejadian misteri ini berkait rapat dengan penampakan kapal UFO yang sering dilihat oleh Wak Ketot di kampung tersebut?
Berjayakah Indra, Cha dan Kuppan merungkaikan misteri di Kampung Parit Ketumbit kali ini? Ikuti penyiasatan Detektif Pan Cha Indra dalam menyelesaikan misteri yang paling rumit ini.
Kampung Parit Ketumbit gempar apabila beberapa penduduknya diganggu oleh makhluk ganas yang berkutu tajam. Makhluk yang tidak diketahui asal usulnya itu berkeliaran tatkala malam menjelma. Bunyi rengekan yang halus serta nyaring, bersama kesan-kesan cakar yang tinggalkan di merata tempat, sudah cukup untuk membuatkan seluruh penduduk kampung berada dalam ketakutan.
Ramai yang berteka-teki, kemungkinan ia adalah anjing liar, kelawar gergasi, atau serigala hutan. Lebih menggerunkan, ada juga yang mengatakan ia bukan makhluk sembarangan. Ia makhluk jadi-jadian!
Indra, Kuppan, dan Cha juga tidak terkecuali pernah berhadapan dengan makhluk ganas itu apabila perkhemahan mereka diganggu oleh kesan cakar dan bunyi-bunyi yang menyeramkan. Ini membuatkan mereka menggeletar dan trauma. Dalam keadaan takut, mereka tetap juga bersemangat untuk menjalankan siasatan dan merungkai tentang makhlik misteri itu. Nampaknya, banyak misteri yang perlu dirungkai oleh mereka bertiga sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Sedangkan... mereka juga benar-benar dalam ketakutan.
Misteri kali ini bermula dengan kehilangan ayam ternakan Pak Dolloh. Ada ayamnya yang mati dan ada juga yang hilang tanpa dikesan. Indra dan sahabat-sahabatnya nekad mahu membantu Pak Dolloh untuk menyelesaikan misteri tersebut. Mereka mula merancang strategi untuk menyelesaikan misteri yang berlaku di reban ayam Pak Dolloh. Malangnya, mereka menemui jalan buntu.
Belum selesai misteri yang sedia ada, Kampung Parit Ketumbit gempar lagi dengan kemunculan dua entiti aneh. Kemunculan kelibat ayam putih dan lembaga putih. Dari mana datangnya ayam putih itu, adakah ia sejenis makhluk albino atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan lembaga putih yang menyeramkan itu? Adakah ia punca utama kehilangan dan kematian ayam ternakan Pak Dolloh?
Meskipun sukar, Indra, Kuppan dan Cha tetap bersemangat untuk membantu Pak Dolloh menyelesaikan misteri yang menimpa ayam ternakannya sekali gus menjawab persoalan misteri dua entiti aneh yang berlegar-legar di Kampung Parit Ketumbit.
Kampung Parit Ketumbit gempar lagi! Kali ini, penduduk kampung diserang penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya. Tidak cukup dengan itu, kampung mereka turut digemparkan dengan khabar angin tentang kewujudan hantu di rumah kosong yang terletak di hujung kampung.
Dari mana hantu itu muncul? Siapakah pemilik rumah kosong itu? Apa pula kaitan semua ini dengan penyakit yang dialami oleh para penduduk kampung?
Indra, Kuppan, dan Cha tidak berdiam diri. Penduduk kampung harus diselamatkan! Segala misteri yang melanda harus dirungkaikan. Mereka kembali beraksi dalam Misteri Rumah Kosong, mengatur strategi bagi mencari punca segala kekecohan yang terjadi.
Namun, adakah penyiasatan mereka akan menyusahkan lagi penduduk kampung kali ini? Menjadikah strategi yang disusun oleh Indra, Kuppan, dan Cha?
Debaran sudah bermula! Mari ikuti penyiasatan mereka dalam Misteri Rumah Kosong!
MISTERI TAK TIK TOK Indra, Kuppan dan Cha mahu menghabiskan aktiviti cuti sekolah dengan menimba pengalaman di sebuah rumah penjagaan orang tua iaitu Tératak Cahaya. Mereka bersetuju menerima ajakan Anees untuk membantu rakan bapanya, Pak Azim iaitu pemilik Teratak Cahaya itu.
Sangkaan mereka, kerja menjaga orang-orang tua ini amat mudah, namun lain pula yang berlaku. Kebanyakan orang tua di situ mempunyai pelbagai ragam dan perangai yang pelik-pelik. Mereka juga telah mendengar pelbagai cerita misteri tentang Teratak Cahaya. Mereka berhasrat untuk menyiasat misteri-misteri tersebut namun penyiasatan mereka sentiasa menuju jalan buntu. Selain itu terdapat pelbagai halangan dan insiden-insiden yang menyeramkan dan kadang-kadang lucu. Watak-watak orang tua yang ada di situ juga menimbulkan banyak tanda tanya.
Apakah memang rumah itu berhantu atau mempunyai sejarah lampau yang menakutkan? Atau memang ada makhluk-makhluk lain yang turut tinggal di situ? Apakah sebenarnya misteri yang berlaku di Teratak Cahaya?
Ikuti perialanan cerita ini yang semakin mendebarkan pembaca. Selamat membaca!
Indra Sulaiman suka menyiasat misteri-misteri yang berlaku di tempat tinggalnya, Kampung Parit Ketumbit. Bersama-sama teman karibnya, Kuppan dan Cha, mereka sentiasa ada rancangan untuk merungkai sesuatu misteri walaupun kadangkal rancangan mereka tidak masuk akal, dan kerap menyusahkan penduduk kampung.
Dalam Orang Tua Misteri, mereka menyiasat kemunculan seorang lelaki tua yang dilihat sering berlegar-legar di kawasan kebun tanaman milik penduduk kampung. Suatu hari, penduduk kampung gempar apabila hasil tanaman mereka tiba-tiba hilang! Bagaimana ia boleh hilang? Siapakah yang mencurinya? Apa kaitan lelaki tua yang mencurigakan itu dengan kejadian ini? Kes ini sungguh misteri !
Indra, Kuppan, dan Cha menyusun strategi bagi mencari siapa dalang sebenar di sebalik kejadian yang menghuru-harakan kampung ini. Ikuti penyiasatan Indra dan sahabat-sahabatnya dalam merungkai misteri yang menyelubungi.