{ Code : KMK-A/B/C/D-XX }
Year Published
A - 2026 | B - 2025 | C - 2024 | D - 2023 and older
Definisi belajar yang sebenar ialah apabila sesi "belajar sendiri" bermula!
Adam telah dilarang untuk masuk ke Dunia Belajar Sendiri selama tiga bulan selepas melanggar peraturan tidak bertulis. Hidayu juga telah dilarang selama dua bulan dan kini ada telah berubah menjadi orang yang berbeza disebabkan hukuman tersebut.
Adam meminta maaf dengan ikhlas kepada Hidayu dan membantunya mencari matlamat untuk belajar. Mereka berdua berdamai dan memutuskan untuk berlatih bersama-sama bagi menyertai Persidangan Pemilihan Tok Guru Belajar Sendiri.
Antara mereka berdua, siapa yang akan muncul sebagai pemenang dan akhirnya menjadi Tok Guru Belajar Sendiri?
Bagi setiap situasi, buku ini menggunakan format komik yang ringkas dan menarik untuk memberi panduan dan cadangan khusus dalam membantu kanak-kanak bercakap dengan bijak.
Mereka boleh meluahkan perasaan sebenar dengan jujur dan mengekalkan persahabatan dengan rakan-rakan mereka.
8 jenis situasi dalam berkomunikasi!
62 masalah berkomunikasi yang biasa berlaku di sekolah!
Apabila kawan salahkan kamu sebab kalah dalam perlawanan sukan
Apabila kawan minta kamu memulangkan semula barang yang dia beri kepada kamu
Apabila kamu rasa semakin berjauhan dengan kawan
Apabila kamu masih rasa marah walaupun telah menerima permohonan maaf daripada kawan
Apabila kawan asyik tanya soalan yang kamu tidak mahu jawab
Apabila kawan tiba-tiba membatalkan janji
Apabila kawan mengajak buat perkara tidak baik bersama
Apabila kawan memberitahu rakan-rakan lain untuk tidak bermain dengan kamu
8 jenis situasi dalam berkomunikasi!
57 masalah berkomunikasi yang biasa berlaku di sekolah!
Apabila kawan mahu kamu belikan hadiah yang mahal
Apabila kawan kamu menangis
Apabila kamu secara tidak sengaja mencederakan kawan ketika main bersama
Apabila kawan mahu kamu bermain dengan dia sahaja
Apabila kawan asyik tiba lewat daripada waktu yang dijanjikan
Apabila kawan muat naik gambar di media sosial tanpa kebenaran kamu
Apabila kawan cemburu terhadap kamu
Apabila kawan asyik suruh kamu buat sesuatu
Setiap cerita pasti membuka minda.
Setiap lukisan pasti menyentuh jiwa.
Bukalah halaman seterusnya. Sama-sama kita menuju ke alam persahabatan yang lebih indah.
Selamat datang ke dunia yang penuh kehangatan dan kasih sayang.
Di sini, dapatlah kita menyemai rasa cinta dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri.
Semoga kita semua ada Gator di sisi.
Semoga kita semua dapat menjadi seperti Gator suatu hari nanti.
Selamat datang ke dunia Gator yang penuh dengan kasihA sayang dan inspirasi.
Semoga kisah Gator dan rakan-rakannya dapat memberikan suntikan semangat dan menyenangkan hati anda.
Jadilah insan yang penyayang.
Kasih sayang anda pasti membawa kebahagiaan.
Komik strip lucu Dunia Kecil Amu karya Black Jellyfish!
Mengandungi 104 komik lawak yang pasti buat kau orang gelak pecah perut!
Euwwww... Kotornya!
Jangan risau! Serahkan pada Skuad Hero Cuci-Cuci! Apabila kita jaga kebersihan, barulah kita aktif dan sejahtera. Dunia pun lebih selamat untuk didiami! Ramai yang tak tahu, ada tiga aspek kebersihan yang utama perlu kita titik beratkan tau! Antaranya ialah...
Demi kekal yang tertinggi dalam kelas, Jack kuat minum susu setiap hari.
Namun, apa yang tidak tersangka, kelasnya datang seorang murid pindahan yang tinggi.
Murid baharu yang bernama Ralf itu mempunyai bentuk luaran seperti zirafah. Latar belakangnya juga berbeza sama sekali dengan rakan-rakan sekelasnya!
Apa yang bakal berlaku nanti?
Mari kita baca bersama-sama!
Baru-baru ini, Jack telah membeli sebuah kerta lumbu kawalan jauh. Dia begitu gembira ingin mengajak Ralf untuk bermain di rumahnya.
Walaupun hanya pertemuan kali pertama, Ralf segera menjadi rapat dengan keluarga Jack dan amat disenangi mereka. Melihat situasi tersebut, timbulnya rasa cemburu dalam hati Jack.
Apa yang harus dilakukan oleh Jack supaya dia mendapat kembali kasih sayang daripada keluarganya?
Anti betul keluarga Hanagaki dengan pesaing bisnes diorang iaitu keluarga Kuryuu. Moto diorang cuma satu, 'Kalahkan keluarga Kuryuu!'
Kotori, anak tunggal keluarga Hanagaki pulak satu sekolah dengan Jin, anak lelaki Kuryuu. Diorang ni tak boleh bertemu, mesti nak bergaduh je. Tapi lama-kelamaan lain pula yang jadi?!!
Dunia dan takdir... cuba pisahkan diorang. Jadi apa agaknya diorang akan buat...?
N.A
Mengumpulkan cerita-cerita dongeng terkenal yang penuh fantasi dan padat dengan moral. Ikuti pelbagai watak dan pengembaraan mereka yang penuh mencabar! Lengkapkan koleksi cerita dongeng adik-adik dengan buku ini.
Mengumpulkan cerita-cerita dongeng terkenal yang penuh fantasi dan padat dengan moral. Ikuti pelbagai watak dan pengembaraan mereka yang penuh mencabar! Lengkapkan koleksi cerita dongeng adik-adik dengan buku ini.
Kemunculan sulung komik strip lawak opis berfalsafah 'teori hitam tebal' pertama Michael Chuah!
Karya parodi dengan lawak pecah perut yang pasti buat korang tak kering gusi! Kerja kenalah kuso macam ni, barulah syok!
Disertakan 60 tips ambil cuti yang paling gempak!
*Salah guna, Tanggung sendiri!
Denie, seorang gadis remaja yang hidup di bandar telah berpindah ke kampung disebabkan konflik keluarga.
Oleh sebab persekitaran keluarganya, Denie susah nak menaruh kepercayaan terhadap orang lain. Dia pun jarang bergaul dengan rakan sekelas.
Namun, Adam yang bersikap tulus dan baik hati telah berjaya membuka hatinya. Walaupun Denie mengidamkan kehidupan baharu di luar bandar, tetapi hidup ini tidak semudah yang disangka.
Apakah takdir yang menanti Denie? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik latar belakang keluarganya?
Maka bermulalah kisah seorang gadis yang mencari erti kebahagiaan dalam kehidupan!
Tidak kira apa sahaja tafsiran kita, Malaysia merupakan bumi bertuah. Meskipun mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan agama, dengan usaha semua pihak kita tetap mampu hidup dalam keadaan bersatu padu, aman dan harmoni! Alhamdulillah...
Edukomik Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku! ini mengupas tentang keistimewaan negara Malaysia serta ejen-ejen penyatuan seperti bahasa, makanan, pakaian, perayaan dan budaya yang berjaya menyatukan hati dan jiwa seluruh rakyat Malaysia! Nak tahu, apa lagi yang membuatkan Malaysia istimewa di mata dunia?
Ehem! Malangnya, Puteri Salju MESTI buat beberapa perkara yang tuan puteri tak suka tu.
Pertama, 'make over' diri. Mujur ada Lima Kementot yang sudi membantu. Tapi dalam kekalutan itulah Permaisuri Hitam melaksanakan agenda jahatnya! Raja dan permaisuri diculik tanpa jejak! Sekelip mata, takhta kerajaan kosong tanpa pemerintah. Hanya seorang pewaris kerajaan yang tinggal ; Puteri Salju.
Mampukah Puteri Salju yang kelam kabut ini memimpin negara sendiri? Adakah Lima Kemetot akan menghulurkan bantuan lagi?
Mengandungi 109 komik lawak yang pasti buat kau orang ketawa sampai tak kering gusi!
IM sangat meminati Sains. Apabila tiba musim cuti sekolah, IM dan kawan-kawannya berpakat untuk ke Gua Tengkorak. Mereka ingin menerokai keindahan semulajadi dan mengkaji fenomena yang berlaku di muka bumi yang penuh misteri itu.
Pertemuan dengan net, Si Robot pintar yang lengkap dengan ensiklopedia banyak membantu. Pelbagai rintangan dan cabaran yang mereka hadapi sepanjang tempoh pengembaraan itu memberikan peluang kepada IM, Net dan kawan-kawannya untuk belajar tentang perkara baharu.
Jom, kita ikut mereka mengembara!
Zee jadi designer? Pfftt! Why not? Ramai yang tak tahu, Zee bukan saja cantik, kaya, malah berbakat besar dalam bidang reka cipta ni tau! Sebab tu, Zee nak design semula rumah agam Zee ni kepada yang baharu! Tapi... Daddy tu lah. Tak pasal-pasal Zee kena menuntut ilmu dengan Abang Riz, the most influential architect (Rolling eyes) in Malaysia! Tapi Zee tahu, semua tu, easy peasy! Zee cume perlukan buku panduan Rule of Life Zee. Wait a minute.. Mana buku tu?!! I need that book now!!!
Arghhh!!! Hidup Zee dah cukuk kucar-kacir sejak kedatangan Lala, si kucing diva tu! Sampai Zee terpaksa kongsi all my exclusive stuffs dengan Lala. It's time for... REVENGE! Tapi, Lala jatuh sakit lah pula. Zee ingatkan bila bawa ke klinik, semua masalah akan selesai. Tapi ternyata tidak! Sampai hati Mommy paksa Zee jadi volunteer dan bekerja di klinik haiwan itu! It's crazy! But, well... Why not Zee cuba je, kan? Walaupun Doktor Meow... Who cares??? Okay, challenge accepted! Now, Zee hanya perlu create "Rules of Life" Zee yang baru untuk jadi Doktor Meow Paling Purr... Fect!
Bekerja sebagai jurnalis di syarikat fesyen terkemuka, memang sesuatu yang Zee tak akan tolak. Sebab itulah Zee sentiasa perlu menjadi jurnalis yang paling cantik, elegan dan serba tahu! Yang paling penting Zee akan sentiasa up-to-date dengan fesyen terkini dan takkan kalah dengan popilariti selebriti lain. So, Zee dan sediakan "Rules of Life" untuk kerjaya baru Zee ni...
“Apa gunanya? Walaupun saya cuba, akhirnya gagal juga.
Saya ... tak ada tangan macam orang lain.”
Rayyan – seorang remaja kudung bertangan besi sangat rajin dan suka membantu orang lain. Namun, apa yang dilakukannya sering saja membuatkan keadaan bertambah buruk.
“Saya tahu niat kamu baik; bagus kamu mahu menghulurkan tangan dan meringankan beban. Tapi, kamu kena sedar. Tangan kamu tak mampu untuk pikul beban-beban itu.”
Rayyan tersentak. Dia tahu, dia tidak seperti orang lain.
Sinar harapan mula muncul buat Rayyan apabila Prof. Dewi memperkenalkan mesin ciptaannya, SAKTI, yang mampu menukar DNA kepada kod digital. Secara teori, ciptaan itu membolehkan Rayyan untuk tumbuhkan semula tangannya!
Sebelum sempat mereka menggunakan SAKTI, tiba-tiba Crash muncul dari dunia maya dan mencuri SAKTI.
Siapakah Crash? Mampukah Crash menghalang Rayyan daripada 'menumbuhkan' kembali tangannya yang kudung?
Saya mesti selamatkan SAKTI!
Rayyan kecewa kerana dia tidak berjaya melindungi SAKTI daripada jatuh ke tangan Crash.
Kini, Crash memiliki kuasa kuat dan menggunakannya untuk melakukan kerosakan besar di kawasan bandar.
Prof. Dewi pula cuba menghalang Rayyan daripada membahayakan diri. Crash terlalu kuat!
Tapi saya bersalah atas kehilangan SAKTI!
“Rayyan, saya tahu kamu nak bantu ramai orang, tapi kamu cedera dan hampir terkorban. Prof tak boleh kehilangan kamu!”
Dalam kekalutan itu,Crash telah menyeru keluar seekor raksasa ganas yang menyerang seluruh penduduk bandar.
Apakah malapetaka yang akan dibawa oleh Crash kepada raksasa ganas yang diserunya? Mampukah Rayyan mencari dan menyelamatkan SAKTI? Adakah misi melindungi penduduk bandar akan berjaya?
“Lepaskan aku! Aku nak tolong Prof!”
“Tak boleh Rayyan. Prof tak bagi kau ke mana-mana. Makhluk tu terlalu berbahaya!”
Ketika Prof. Dewi diserang raksasa Kelembai, Rayyan masih belum pulih sepenuhnya akibat serangan Crash. Aadi dan Brendon berkeras menghalangnya keluar dari hospital.
“Apa kau nak buat, Rayyan? Lawan dan kalah lagi? Kau tak nampak ke apa Crash dah buatpada kau? Kau bukannya hero!”
Ya, aku mungkin akan gagal lagi bila berdepan Crash. Tapi yang penting, aku perlu terus cuba!
Dalam masa sama, Kelembai kian mengganas dan Prof. Dewi tidak dapat bertahan lama. Nyawa Prof. Dewi kini menjadi taruhan.
Apakah nasib Prof. Dewi dan penduduk bandar? Berjayakah Rayyan pulih dan keluar melawan raksasa itu sebelum terlambat?
"Kawan-kawan, larikan diri cepat!"
"Lepas tu tinggalkan Prof. Dewi dan Emilya dalam bahaya? Tak Mungkin!"
***
Sama seperti Rayyan, tanpa sengaja Brendon dan Aadi tiba-tiba memiliki kuasa digital mereka sendiri. Namun, mereka masih belum mampu menggunakan kuasa itu dengan baik.
Brendon dan Aadi akhirnya tumpas dalam pertarungan. Serangan raksasa Kelembai semakin ganas! Kini, hanya Rayyan menjadi harapan untuk menyelamatkan bandar mereka daripada kemusnahan.
"Cis, aku pun dah terkena sumpahan?"
Adakah Rayyan akan berjaya menumpaskan raksasa Kelembai atau tewas, sekali gus membawa kepada kehancuran?
Sufi--seorang sous chef di sebuah restoran 5 bintang bercita-cita membuka restorannya sendiri. Demi mencapai impiannya menjadi seorang chef yang pantas dan mahir, Sufi terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.
Tanpa diduga, ibu bapanya terlibat dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya lalu meninggalkan Sufi sendirian untuk membesarkan adik perempuannya.
Sufi akhirnya bertekad membuka perniagaan trak makanan untuk menyara keluarga. Namun,segalanya mula terlerai. Rupanya, memulakan perniagaan tidaklah semudah yang Sufi sangka, ditambah pula masalah hubungan dengan adik yang masih dingin.
“Kalau abang tak sibuk sangat kerja pada hari tu, mesti papa dan mama...
Mampukah Sufi dan adiknya berdamai? Bagaimana pula dengan cita-cita Sufi untuk membuka restorannya sendiri--adakah akan tercapai?
Akbar — seorang guru muda bervisi besar. Sebaik sahaja ditugaskan sebagai guru Tingkatan 4 Saga, dia sudah teruji apabila pelajarnya, Nadim sudah sebulan tidak hadir ke sekolah. Menurut Ikram, Nadim tidak hadir gara-gara tidak tahan dibuli Furqan. Berang dituduh, Furqan yang panas baran langsung membelasah Ikram. Tidak semena-mena, Cikgu Akbar turut terkena tempiasnya.
“Tapi kalau cikgu tak jumpa Nadim, lambat-laun keadaan akan jadi lebih buruk untuk dia juga.”
“Itu bukan urusan kau!”
“Pelajar kelas saya bakal dibuang sekolah, itu awak kata bukan urusan saya?”
Risau akan keadaan pelajarnya, Cikgu Akbar bertekad untuk menyelesaikan kes buli di kelasnya supaya Nadim dapat kembali ke sekolah.
Apakah punca sebenar Nadim tidak hadir ke sekolah? Mampukah Cikgu Akbar menyelesaikan masalah pelajarnya dengan adil?
Sikap Doktor Johari yang ikhlas dan peramah membuatkan beliau disenangi oleh semua penduduk Kampung Batu Tenggelam tanpa mengira umur dan bangsa.
Walaupun beliau merupakan satu-satunya doktor yang berkhidmat di kampung itu, Doktor Johari tetap gigih dan berjaya memenuhi keperluan semua penduduk.
Sehinggalah pada suatu hari, banjir besar berlaku. Akibatnya, kemalangan terjadi di mana-mana. Bantuan dari bandar pula tersekat. Lambakan mangsa kian memenuhi ruang klinik yang kecil. Buat pertama kalinya, pasukan kecil Doktor Johari terpaksa menangani krisis sebesar itu.
Keadaan menjadi semakin keruh apabila klinik kekurangan staf dan peralatan untuk merawat.
“Mampukah kita?” Seorang staf klinik menyatakan kerisauan.
“Kita diberi amanah, dan kita akan tunaikan amanah kita.”
Mampukah Doktor Johari dan pasukan kecilnya bertahan sehingga bantuan sampai?
Ammar atau lebih dikenali sebagai AIMER ingin menjadi seorang atlet e-sukan profesional dan bercita-cita untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Kini, dia adalah antara 100 pemain terbaik di Asia Tenggara dalam permainan ‘MobileSatria’.
Demi mencapai impiannya, Ammar telah menumpukan sepenuh perhatian dan masa untuk bermain game. Dia hilang minat dalam pelajaran sehingga prestasi akademiknya merosot teruk.
Keadaan itu mengakibatkan ibu bapa Ammar terpaksa mengambil langkah drastik–melarang Ammar daripada terus bermain game dan memfokuskan sepenuh masa untuk belajar.
Namun, kekalahan Ammar kepada Raja Akmal telah memaksanya menyertai pasukan baharu secara rahsia. Selain wajib mengikuti jadual latihan yang ketat, Ammar juga perlu konsisten belajar dan bersukan untuk meningkatkan fokus dan stamina.
Mampukah Ammar untuk terus bertahan dan meyakinkan ibu bapanya supaya dapatmenyertai pertandingan sekali gus merealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang atlete-sukan profesional?
Imran merupakan seorang pegawai psikologis klinikal berpengalaman. Tidak cuma berdedikasi, sikapnya yang ceria dan tenang juga membuatkan staf dan klien menyukainya. Suatu hari, Imran telah dirujuk seorang klien bernama Katrina Damia, seorang gadis pempengaruh (influencer) kecantikan yang terkenal.
Sampai satu tahap, saya tak boleh tidur malam. Saya menangis bila fikir kenapa ada yang benci sangat dengan saya.
Oleh sebab kerisauan melampau yang dialami Damia, Imran telah mengatur pelan terapi khusus untuknya. Pada awalnya, sesi terapi berjalan lancar, namun pada suatu hari Damia tidak lagi menghadirkan diri. Lebih merisaukan, Damia sebenarnya telah didiagnosis mengalami Anxiety Disorder.
Apakah yang menyebabkan Damia tiba-tiba berhenti? Mampukah Imran meyakinkan kliennya agar meneruskan sesi terapi?
Delia--seorang veterinar yang sangat profesional dan penyayang ketika memberikan rawatan kepada haiwan-haiwan memerlukan. Dia bekerja di Klinik Veterinar Adelia, yang dimiliki Delia bersama kembar lelakinya, Addy.
Namun, semakin hari Delia berasa semakin tertekan apabila terpaksa berhadapan pelbagai kerenah pemilik-pemilik haiwan itu.
“Kenapa arnab saya tiba-tiba mati? Doktor tolonglah selamatkan arnab kesayangan saya tu!”
“Saya sebenarnya tak mahu dah bela hamster tu. Doktor jagalah atau jual saja!”
Situasi yang menekan itu membuatkan Delia rasa keseorangan. Usahanya seakan tidak dihargai, seolah-olah dia seorang saja mahukan yang terbaik untuk haiwan-haiwan yang dirawat.
Adakah Delia mampu terus bersabar dan mencari semula kegembiraan dalam bekerja sebagai seorang veterinar?