[ As-Is Condition ]
"Bahtera Besar Siapa Punya?" adalah kumpulan puisi Rohani Din yang ketiga setelah pertama "Menjelang Ulang Tahun Kekasih", Kedua "Salam Daun Tebu". Rohani Din atau yang akrab disapa Bonda Anie ini, sosok perempuan yang sangat produktif dalam melahirkan karya-karya sastra. Berbagai penghargaan berhasil ia peroleh, namun tak membuatnya berhenti untuk terus berkarya. Karya-karyanya juga sangat keseharian, tapi memiliki nilai dan makna yang sangat mendalam.
"Bahtera Besar Siapa Punya?" inilah pertanyaan hidup dan pertanyaan kita semua. Bagaimana kita harus menjawab?
Buku Dari Lubuk Hati Ibu ini adalah luahan harapan dan nasihat daripada seorang ibu buat si buah hati yang tersayang. Para ibu dan ayah, bacalah buku ini terlebih dahulu sebelum menghadiahkannya kepaada anak-anak. Kita ialah insan yang paling utama untuk menghayati segala kandungan yang terdapat di dalam buku ini. Hayatilah luahan ini. Semoga akan lahir aura dari diri kalian yang akan mengalir ke sanubari anak-anak kita.
Buat anak-anak yang menatap buku ini, anggaplah ia sebagai hadiah daripada ibu bapa kalian. Luahan yang barangkali tidak terluah dengan sempurna... tetapi inilah yang selalu terzahir pada leteran dan bebelan ibu dan ayah di rumah, bukan?
Sejukkanlah hati ibu dan ayah dengan personaliti anak-anak yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.
Usaha untuk membebaskan tanah air daripada ancaman penjajah amat perit. Hanya kesabaran, pengorbanan dan semangat juang yang tinggi berupaya menewaskan ancaman tersebut. Rustam dan Amir yang mewakili generasi muda ketika itu menyaksikan sendiri perjuangan generasi tua mempertahankan tanah tumpah darah mereka daripada terus dijajah. Mereka berazam untuk memastikan perjuangan selama ini tidak sia-sia. Hayatilah erti perjuangan dalam Jangan Putih Mata.
"Aku akan lakukan apa saja untuk memiliki kau, Aufa. Apa saja. Kau tunggulah, aku akan buat kau melutut di kaki aku, merayu supaya aku kahwin dengan kau! Aku dah cuba macam-macam cara nak pikat hati kau, tapi sikit pun kau tak nampak keikhlasan aku. Baik, tak dapat dengan cara bertauliah, aku akan dapatkan kau dengan cara tak sekolah!" - Wan Katek
Aufa Dhiya tidak pernah menyangka ugutun Wan Katek menyebabkan dia terperangkap. Malangnya bukan dia terpaksa berkahwin dengan Wan Katek, tetapi dengan seorang mat komando! Bukan sahaja bermisai lentik seperti pelepah kelapa, malah berjambang seperti bigfoot.
Selepas akad nikah, barulah Aufa Dhiya menyedari suaminya itu bukanlah mat komando sesat, tetapi seorang pelakon yang baru sahaja memenangi anugerah artis paling popular. Itulah akibatnya mahu berkahwin terburu-buru, sampaikan bakal suami pun kenal melulu. Kahwin koboilah katakan. Siapa yang tidak kenal Qimie Ridzuan? Pelakon tampan yang menjadi dambaan setiap golongan!
Aufa Dhiya dan Khalish Aqimie... kedua-dua mereka mempunyai masa silam yang kelam. Aufa Dhiya mempunyai seorang ayah yang tidak bertanggung jawab. Dia dan mamanya ditinggalkan terkontang-kanting. Kerjaya ayahnya sebagai pelakon membuatkan Aufa Dhiya cukup anti dengan golongan itu. Khalish Aqimie pula ditinggalkan di rumah anak
yatim oleh ibunya yang tidak bertanggungjawab. Hidup bersendirian tanpa belaian ibu bapa membuatkan hati Khalish Aqimie keras seperti batu. Sungguh dia tidak kenal erti kasih sayang, dia tidak pandai mengungkap kata cinta. Apa yang dia tahu, cinta itu adalah memiliki, memiliki itu adalah mengusai. Akibatnya, tinggallah Aufa Dhiya di dalam mahligai cinta Khalish Aqimie yang dingin seperti salju. Lantaran itu, Aufa Dhiya nekad, dia harus melarikan diri!
Pemergian Aufa Dhiya membuatkan Khalish Aqimie rasa kehilangan. Bila dekat, asyik bertengkar. Bila jauh, rindu-rinduan. Mampukah Aufa Dhiya mencairkan ego Khalish
Aqimie akhirnya? Sempatkah Khalish Aqimie menatap wajah kecil zuriatnya sebelum
Aufa Dhiya berlalu pergi? Mampukah Liyana, si pelakon suam-suam kuku yang menggilai Khalish Aqimie mendapatkan jejaka itu? Apakah kesudahan Wan Katek yang tidak jemu-jemu memancing cinta Aufa Dhiya? Saksikan drama cinta penuh ribut dalam Kita Kahwin Koboi?
Dimas Bayumutirama seorang pelajar Sekolah St Patrick ternyata mempunyai kecenderungan dalam penulisan khususnya puisi. Ini terbukti dengan lahirnya kumpulan ini yang mengisi puluhan kuntum puisinya yang mengungkap pelbagai tema. Terutama dunia remaja yang dihadirinya yang ada kaitan langsung dengan pendakian ilmu, persahabatan dan alam percintaan.
Dari kacamatanya sebagai penulis remaja, Bayu mempunyai tanggapan tersendiri tentang puisi. Baginya "setiap kuntum puisi yang ditulis memiliki erti tersendiri yang berkesinambungan antara satu puisi dengan yang lain ... jadi tidak ada yang lebih baik atau kurang baik ... hanya pihak pembacalah yang mampu tentukan baik buruknya menurut sudut pandangan mereka masing-masing ..."
Buku ini dihasilkan bagi membuka ruang kepada mualaf/ Saudara Muslim mempelajari Islam dengan kaedah yang mudah difahami. Istimewa buat tatapan Saudara Muslim, perkasakan diri dengan meningkatkan keilmuan tentang Islam untuk menjadi muslim yang berjaya.
Pemerkasaan pengetahuan tentang Islam bagi Saudara Muslim adalah sangat penting sebagai tonggak keimanan buat mereka apabila berhadapan dengan keluarga dan kawan-kawan muslim atau bukan muslim.
Sesungguhnya, ilmu adalah cahaya, jahil adalah merbahaya. Semoga perjalanan mencapai takwa bermula dengan kelahiran buku ini.
Insya-Allah.
N.A
Islam tidak pernah kekurangan personaliti kerana terasnya adalah pembangunan manusia. Memahami hakikat itu, buku ini menghimpunkan sebilangan kecil daripada lautan personaliti Islam demi menilai dan menyingkap perjalanan hidup mereka serta menjadikannya iktibar untuk meneruskan kehidupan.
Rentetan perjalanan personaliti ini dapat memberi kesedaran bahawa jiwa yang kecil bukanlah tandingan bagi mereka. Usaha mereka juga bukanlah calang-calang. Bayangkan Imam Bagillani seumur hidupnya telah menulis 70,000 karangan! Membacanya saja belum tentu kita mampu. Apatah lagi berkarya sebanyak itu!
Diharapkan, penulisan buku ini dapat memberi anjakan rasa serta semangat kepada kita untuk menerobos sempadan diri dan mengintakkan potensi yang kita miliki. Suburkanlah benih cinta dan hormat kepada pejuang agama yang tercinta.
Cinta ialah kurniaan. Malah, cinta ada pada setiap hati.
Ketika pasangan suami isteri telah berikrar demi cinta yang suci, maka terpaterilah sebuah komitmen.
Cinta begitu luas definasinya. Cinta ialah memberi tanpa diharapkan menerima. Cinta adalah pengorbanan yang tiada batasan. Cinta suci tidak akan mengundang kelukaan.
Itulah jalinan sepasang suami isteri yang Allah telah satukan dengan cinta yang penuh ketulusan.
Bagaimanakah anda mampu mencintai dan dicintai oleh pasangan anda? Sehinggakan anda berasa sepanjang masa adalah bulan madu. Buku Setiap Hari Adalah Honeymoon ini akan mengawal cinta anda berdasarkan tip dan teknik untuk menggapai kebahagiaan yang abadi.
Selamat datang ke lautan cinta abadi.
KAMARIA memberanikan dirinya membuka dan membaca surat itu.
'Surat itu bertarikh 17 Oktober 2013. Hari ini 24 Februari 2015. Kalau ikut kiraan mata tahun, sudah dua tahun usia surat ini. Padan benarlah sampulnya yang agak lusuh, desis hati Hajah Kamaria lagi.
Assalamu 'alaikum,
'Surat orang Melayu, ni..." desis hati Hajah Kamaria.
Dia meneruskan bacaannya.
Ke hadapan yang disayangi, isteriku Syuhadah yang selalu kutinggalkan berjauhan, semoga awak yang berada di Pantai Timur Malaysia sentiasa dilindungi Allah dengan rahmat dan berkat-Nya.
'Oh... surat daripada seorang suami kepada seorang isteri. Boleh jadi kertas surat ini potokopi yang sengaja disimpan oleh sang suami. Boleh jadi juga tak jadi diposkan. Tapi aku yakin, tentu ini potokopi, kerana hitam 'dakwatnya tidak sekata. Sudah ada yang luntur dan tak terang sangat. Tak ada tandatangan pula, Hajah Kamaria berkira-kira sendiri pada hari yang sudah merangkak larut malam itu.
WANITA adalah ciptaan terhebat Andai di syurga ada bidadari sebagai penyinar maka di dunia ada wanita solehah sebagai perhiasan duniawi. Sehingga ada yang mengatakan andai mereka tidak wujud, sepilah dunia ini.
Jika itu hakikatnya, tidak berbanggakah kita dicipta sebagai wanita? Ya... daripada kitalah lahirnya seorang bijaksana dan daripada kita juga wujud seorang Rasul pemimpin dunia!
Maka, benarlah sabda Nabi, wanita itu lebih baik daripada bidadari syurga.
Fitrahnya... kita sebagai wanita tidak akan sepi dengan cubaan. Semakin menjauh semakin pula mendekat. Andai demikian, bangunlah segera. Carilah punca dan ber-usahalah memurnikannya sebelum ia mem-bakar diri. Ingatlah... wanita hebat ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kepada Pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. Teruslah menjadi insan terhebat yang dapat menggoncang dunia, menggenggam bara walau diuji bertubi-tubi.
TIKA BIDADARI BERBISIK, sebuah naskhah yang dipersembahkan sebagai pengukuh keyakinan agar hati tidak mati. Juga buat mereka yang sedang berusaha mempertahankan jati diri sebagai seorang bidadari dunia. Teruskanlah hidup bernafaskan kalimah syahadah walau badai menghempas diri. Sememangnya bukan mudah namun akal yang diberi haruslah bijak dikemudi...
Daripada Ummu Salamah, katanya, "Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Jawab baginda s.a.w, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagai-mana yang zahir lebih baik daripada yang batin..."
- Riwayat al-Thabrani
ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
Bagaimana Cantik Seorang Wanita?
Jadilah Bidadari Dunia Paling Bahagia
Pesanan Buat Seorang Suri dan Single
Single Atau Berkahwin, Kita Sama Sahaja
Muhasabah Diri Jalan Meraih Cinta Abadi
Miss Single yang Bertuah
Utusan Buat Seorang Suri s Kisah Empat Air Mata Bidadari
Pesanan Rasulullah S.A.W Kepada Wanita
Jawapan ALLAH S.W.T di Setiap Persoalan Kita