Zara masuk ke dalam sebuah kedai kuih yang menjual pelbagai jenis kuih tradisional.
Tiba-tiba, kaki Zara tersadung dan kuih-kuih bertaburan lalu jatuh ke atasnya.
Selamat datang ke dunia kuih-muih! Zara terdengar satu suara menyapanya. Rupa-rupanya, itu suara Onde-onde! Zara diperkenalkan dengan pelbagai jenis kuih, antaranya kuih keria, lopes dan kuih lapis.
Tapi, kuih yang mana menjadi pilihan Zara? Sebuah kisah penuh imaginasi!
Zara masuk ke dalam sebuah kedai yang penuh dengan pelbagai kain yang cantik. Ada batik, songket, brokat dan banyak lagi!
Zara termenung memikirkan kain yang harus dipilih. Tiba-tiba, dia terdengar suara memanggil namanya! Siapa yang memanggil? Tiada orang di sekelilingnya!
Rupa-rupanya, kain-kain itu yang bersuara! Masing-masing mahu dipilih. Tapi, kain mana yang akan menjadi pilihan Zara?
Sebuah kisah penuh imaginasi!
Zara bermain layang-layang bersama ayahnya. Tiba-tiba, angin bertiup kencang. Zara terbang bersama layang-layangnya lalu mendarat di sebuah padang rumput.
Tidak lama kemudian, Zara terdengar satu ngauman yang sangat kuat. Rupa-rupanya, itu suara Datuk Harimau!
Untuk pulang ke rumah, Zara perlu bermain permainan tradisional. Ada batu seremban, tingting, sepak takraw, capteh dan banyak lagi. Tapi, permainan mana yang menjadi pilihan Zara?
Sebuah kisah penuh imaginasi yang memperkenalkan permainan tradisional!