Antologi certot peribahasa Kias menyajikan karya tulisan 32 orang penerima Anugerah Guru Arif Budiman. Setiap cerita diilhamkan daripada sebuah peribahasa sebagai usaha untuk memartabatkan warisan sastera yang tidak ternilai ini. Peribahasa sebagai khazanah bangsa Melayu mengandungi kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan nasihat yang amat berharga.
Para guru yang menghasilkan antologi ini ialah:
Amirul Asri Hussin
Azyanti Mohamed Mudakir
Djohan A. Rahman
Elna Hussin
Halimatussa’diah Jaffar
Manisah Osman
Mohamad Zareen Mohamad Shariff
Mohd Fuad Salim
Muhammad Andi Mohammed Zulkepli
Muhammad Irwan Jamal
Muliana Mohammad
Muslim Hanafiah
Noraishah Mostapa
Norasiken Mohd Noor
Norazlina Abdul Jalil
Nor Azlin Abdul Aziz
Nuraina Mohamed Sin
Nurhafeza Hanem Abdul Azal
Nur Syahirah Sa’adon
Rashidah Abdullah
Rashidah Rajah
Ridzuan Abrahim
Rita Zarina Mohd Nazeer
Roslie Sidik
Safidah Samsudin
Salha Mohamed Hussain
Salina Hussin
Sazali Sahri
Shaheda Salim
Sitti Nurbayah Ismail
Yahida Yahya
Zulhafiz Zainal
"Usaha murni para guru ini untuk menghidupkan peribahasa melalui karya kreatif haruslah disanjung. Semoga warisan bangsa yang berharga ini terus subur di hati dan pemikiran generasi akan datang bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas."
~ Dr Noridah Kamari
Kumpulan cerpen Kosong Di Atas Garis tulisan Leyla Shuri memaparkan 13 buah cerpen yang merakan pelbagai isu seperti kepikunan, penjagaan warga emas, kahwin campur, silang budaya Jepun-Melayu dan macam-macam lagi. Pembaca dibawa menelusuri dekad-dekad tertentu dalam sejarah Singapura dan didedahkan kepada corak dan rentak kehidupan masa lalu.
"Di tangan Leyla Shuri, natijah daripada pengalaman sendiri menjambatani Singapura-Jepun, kita mengenali hati budi bukan sahaja susuk dalam kalangan orang Melayu, keturunan yang diwarisinya. Leyla Shuri menyeberang masuk ke dasar nurani pelbagai bangsa dunia dan kita sebagai pembaca banyak berselisih jalan dengan mereka. Pendekatan ini antara kaedah memperkaya dan melimpahnya rasa insani lewat nukilan persuratan."
- Profesor Madya Dr Mawar Safei
Buku kumpulan cerpen ‘Mulianya Hatimu Ayah’ ini mengandungi sebelas cerpen yang mengandungi pelbagai kisah tentang masyarakat di Singapura. Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, setiap cerpen berdiri dengan jalan cerita yang berbeza-beza dengan pengakhiran konflik yang menarik dan penuh bermakna.
Cerpen ‘Mulianya Hatimu Ayah’ ini mengisahkan tentang sosok watak seorang Ayah yang warak mengerjakan rutin sehariannya bersolat tahajud, witir, istikharah dan hajat. Ayah dengan mesin jahit yang dihadiahkan oleh isterinya itu bagaikan isi dengan kuku yang tidak dapat dipisahkan lagi kerana ada nilai estetikanya yang tersendiri. Malah, Ayah yang tanpa jemu terus berusaha untuk menjahit pelitup-pelitup yang terbaharunya. Walaupun dengan keadaan kesihatan Ayah yang sering batuk-batuk dan dengan usia senjanya, namun Ayah tetap bersemangat waja dan berdaya bingkas untuk menjahit pelitup-pelitup khas yang direkanya sendiri untuk diberikan kepada jemaah dimasjid.
Cerpen ini sarat dengan emosi yang mengangkat nilai keprihatinan dan empati terhadap orang lain di sekeliling Ayah. Ayah dianggap Adiwira sempena Hari Ayah!
Buku kumpulan cerpen ini sesuai dibaca untuk semua golongan lapisan masyarakat dan pelajar. Diharapkan buku ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca sekalian. Harapan saya semoga pembaca dapat menghayati kisah-kisah yang diketengahkan dengan lebih mendalam lagi.
Antologi Karya Pahlawan Panggung memaparkan himpunan sajak, cerpen dan prosa tradisional daripada penulis Singapura dan Malaysia untuk memenuhi Kurikulum Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu yang ditawarkan sebagai subjek penuh dan elektif kepada para pelajar di peringkat sekolah menengah.
‘Sebuah Ikrar Segenggam Sabar’ menghimpunkan 10 buah cerpen hasil karya Peter Augustine Goh, penulis prolifik Singapura yang menulis dalam pelbagai genre sastera. Cerpen-cerpen yang dihasilkan antara 2018 dan 2022 ini, mengangkat pelbagai persoalan sejagat. Pelbagai cerita menarik yang berunsurkan cinta dan kasih sayang, kemanusiaan, pengorbanan, keadaanpenuh cabaran sewaktu pandemik COVID-19 dan psikologidihidangkan dalam Kumpulan ini.
Bertunjangkan aliran realisme, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini disentuh dengan begitu berseni dan sarat dengan metafora dan falsafah.
Kepintaran penulis menggunakan pelbagai teknik plot serta mengatur plot juga berjaya ‘membelit’ fikiran pembaca, walaupun jalanan ceritanya disampaikan dalam gaya bahasa yang santai dan segar dengan alunan intonasi nostalgik yang mampu mengusik hati dan menyentuh rasa pembaca.
Antologi cerpen Singapura Dibingkai Masa memuatkan 19 buah cerpen daripada para penulis Singapura dalam golongan Gen X, Milenial dan Gen Z. Mengangkat tema “mengenang yang lama, mendukung yang baharu”, para penulis ini menghidangkan pelbagai sketsa kehidupan berlatarkan Singapura. Dalam memandang ke depan dan membina yang baharu, perkara yang lama juga perlu direnungkan untuk dijadikan panduan yang berharga.
Para penulis yang menjayakan antologi ini:
Aisyah Lyana, Atikah Hakim, Djohan A. Rahman, Erna Salamun, Fadhli Fadzil, Farihan Bahron, Hassan Hasaa’Ree Ali, Junaidah Baharawi, Mohamed Naguib Ngadnan, Muhammad Irwan Jamal, Muhammad Khairool Haque, Noor Aisya Buang, Noridah Kamari, Nurain M. Zulkepli, Nur-El-Hudaa Jaffar, Ratna Damayanti Mohamed Taha, R Azmann A Rahman, Tetty Juliana Sujono dan Titi Murni Monir.
Menyulam Naratif, Merentas Sempadan
Dari lorong-lorong kota hingga ke lekuk hutan yang berkelok, Terima Kasih, Tuan Presiden : Antologi Cerpen Serumpun menghimpunkan 25 suara dari Singapura, Malaysia dan Indonesia yang mendengar resah zaman, menebak nadi sejarah dan mempersoalkan makna kemanusiaan.
Cerita-cerita ini menganyam tema berkisarkan trauma, pergelutan identiti, kelangsungan warisan dan pencarian makna dalam dunia yang sentiasa berubah. Daripada kepedihan perang saudara hingga ke magis dunia ghaib, daripada pergolakan dalaman manusia moden hingga ke gema warisan yang hampir dilupakan - antologi ini memantulkan kekayaan sastera serumpun yang tidak terkekang oleh sempadan geografi.