{ Code : NVL6-A/B/C/D-XX }
Year Published
A - 2026 | B - 2025 | C - 2024 | D - 2023 and older
Dua orang kembar seiras, Arash dan Adam. Meskipun terlihat sama dan sentiasa berada dengan satu sama lain, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang berbeza. Arash seorang ejen handal dalam beraksi dan merupakan seorang pengintip muda yang mempunyai ingatan fotografi. Di dunia luar pula, dialah yang sentiasa disebut-sebut oleh keluarga dan guru-guru.
Adam merupakan seorang yang biasa-biasa dan rendah diri. Dia juga mempunyai ingatan jangka pendek, yang mana sering memberi masalah pada semua orang. Dia hanya dihormati kerana adanya Arash yang sentiasa mempertahankan adik kembarnya itu. Namun kelebihannya dalam bersukan menjadikannya tumpuan di sekolah tersebut.
Tetapi satu hari, kehilangan Arash menjadi misteri memandangkan agensi penyiasatan abangnya itu menyembunyikan segala informasi. Adam dipilih untuk menyelesaikan misi yang ’ tergendala sekaligus mencari abangnya dalam masa yang sama. Tetapi, berjayakah dia dengan kondisi ingatan jangka pendeknya itu?
“Satu soalan, jadi ejen ni dapat gaji tak?”
-Ada
Kehilangan Arash membawa Adam menyertai sebuah misi rahsia yang dirancang oleh Firdaus bersama beberapa ejen lain. Oleh sebab keberanian mereka dalam melanggar prinsip agensi, kembalilah mereka ke hutan penempatan gudang pihak musuh sebelum ini.
Arash berjaya dibawa pulang, namun dibayar dengan terbongkarnya rahsia identiti Adam. Pasangan kembar ini lantas menjadi sensasi di OPERA—duo yang sering ditugaskan untuk misi berbahaya. Namun misteri utama masih belum terjawab, dan Adam memegang kuncinya. Dengan kecerdikan Arash dan kelincahan Adam, mampukah mereka menumpaskan musuh dalam selimut?
"Untuk misi kali ni, aku nak duduk bahagian penumpang depan sebab aku abang." - Arash
"Mana adil! Kita beza beberapa minit saja!" - Adam
Aileen menyertai Innovate Royal Academy di atas rekomendasi Ketua Saintis Negara. Dia, Polimemoria yang memiliki Hyperthymesia, Highly Retentive Memory dan Neuroplastik sekaligus menjadikannya lebih unik dan hebat daripada Artificial Intelligent (Al). Sejurus projek penyelidikan rahsia yang disertainya diketahui pihak ketiga, Prof. Aqila bertindak drastik dengan menelan pil hilang ingatan dan mendesak Aileen melarikan diri bersama bahan kajian mereka bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan yang salah.
Oleh itu, saya menggesa semua pihak, memohon maaf di atas tohmahan yang dilakukan ke atas beliau! Aileen adalah aset berharga yang perlu dilindungi daripada sebarang ancaman! - Prof. Aqila
Saya bukan aset! Saya manusia biasa! Saya hanya 17 tahun, Uncle Jeff! - Aileen
Akibat masuk ke kawasan larangan, Qaila ' terkena racun rama-rama. Kata Qarissa, dia harus pergi ke bandar demi mencari penyelamatnya.
Armel Tihani bersetuju untuk membantu Qaila walaupun dia sudah dimaklumkan oleh Qaila sendiri bahawa tempat-tempat di mana terletaknya penawar itu sangatlah berbahaya dan boleh membawa maut.
Armel tidaklah begitu berani tetapi dia akan cuba sedaya upaya menolong Qaila. Mereka mesti mendapatkan tiga kuntum bunga mawar biru istimewa di kampung Quinn dalam masa sebulan. Jika tidak, Qaila akan kehilangan nyawanya.
Adakah Qaila akan sembuh seperti sediakala? Berjayakah Armel menjadi seorang penyelamat? Atau dia pula yang perlu diselamatkan?
Persamaan kimia? Pemalar Avogadro? Kenapa huruf bersatu dengan nombor?
Hanani pada awalnya optimis untuk melakukan yang terbaik dalam subjek Kimia, punah keyakinan diri setelah terjebak dengan kegagalan. Akan tetapi, ada insan-insan baik sudi membimbing Hanani untuk bangkit dan terus berjuang. Tunjuk ajar daripada Cikgu Shahmi dan Cikgu Farhana membuka ruang untuk Hanani membina potensi diri, walaupun selepas berhadapan dengan kejatuhan yang sukar.
Namun, di sebalik tindak balas kimia yang berwarna-warni dan nota yang menggunung tinggi, ada bahaya sedang mengintai Hanani tanpa dia sedari. Kali ini, bukan gred Kimia sahaja yang perlu dipertahankan. Ada tangan-tangan ghaib yang perlu dilawan.
Dalam dunia yang penuh dengan unsur dan formula, bagaimana pula jika ancaman sebenar tidak dapat diramal hasil akhirnya?
Akif mengajak Farhan untuk menyertainya melawat Pura Tanjung Kubur, sebuah istana terbiar lebih 200 tahun yang lalu. Mentah-mentah, Farhan menolak. Dia tidak berminat. Farhan mahu menebus kembali waktu bersama ibunya.
Sengaja, Puan Sofia mengajak Encik Halim balik ke kampung melawat nenek. Gembira Akif bukan kepalang apabila Farhan bukan sahaja pulang bersama ibu bapa tetapi juga bersama Muiz, Zamir dan Alif.
Keterujaan lima remaja itu mati apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Pura Tanjung Kubur, pergerakan mereka terasa diperhati. Namun, masing-masing yang berjiwa kental, mengunci mulut lagak berani.
Sejak itu, sesuatu yang tidak kena selalu berlaku. Seolah-olah, ada ‘pantang’ yang telah dilanggar.
lmpian Rita sebagai ratu pecut negara membawanya jauh ke Kanazawa, Jepun. Semangat untuk membanggakan keluarga dan sekolah menjadi pendorong dirinya. Jepun memukau Rita dengan kecanggihan teknologi dan gaya hidup moden - semuanya terasa sempurna, seolah-olah mimpi yang menjadi nyata.
Namun, tidak semua mimpi kekal indah. Dalam perjalanan mengejar cita-cita, Rita berdepan detik
yang merubah seluruh hidupnya. Dari rasa sakit, Iuka, dan perjuangan untuk bangkit, dia belajar bahawa kekuatan sebenar bukan hanya pada larian di balapan, tetapi pada langkah kecil untuk terus berdiri. Adakah hidupnya akan kembali mekar seperti sakura, atau terus kelam tanpa cahaya?
Naim Affendi, anak muda yang memiliki kebolehan untuk mengawal kuasa elemen perlu melindungi identiti diri dan keluarga daripada dikesan oleh pihak SESAMA. Tanah airnya, Andzer kini ditadbir oleh golongan anti-monarki yang menangkap saki-baki pengawal kuasa elemen dan pengikut istana. Didorong oleh keinginan untuk mengetahui dalang di sebalik insiden sepuluh tahun yang lalu, tekad dalam diri Naim tidak pernah hilang. Dia perlu berlumba dengan masa, melindungi nyawa dan meleraikan beberapa konflik yang telah menyebabkan diri dan orang sekelilingnya menderita.
Pertembungan antara maaf dan kasih yang tidak putus menguji. Adakah Naim akan berjaya menemui dalang yang dicari? Antara memaafkan dan melupakan, yang mana menjadi pilihan?
"Saya tahu untuk memaafkan perbuatan mereka, tak semudah apa yang kita selalu bicara." - Mai.
Yuri Izara, seorang gadis kacukan Melayu-Jepun yang baru berpindah ke Shibuya International Girls Academy (SHIGA) di Tokyo. Dia dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang baik hati. Apatah lagi, mereka berempat merupakan Luné yang sama-sama meminati kumpulan idol J-Pop iaitu &Team!
Suatu hari, pihak akademi SHIGA menganjurkan sebuah pertandingan nyanyian iaitu SHIGA Got Talent. Yuri dan rakan-rakannya ingin menyertai pertandingan itu kerana kumpulan &Team yang menjadi tetamu jemputan untuk pertandingan tersebut. Namun, ada juga yang tidak berpuas hati dengan mereka.
Siapakah yang bakal memenangi SHIGA Got Talent? Adakah Yuri dan rakan-rakannya dapat menambat hati kumpulan &Team dengan persembahan mereka?
Lukisan dan badminton. Kedua-duanya mempunyai kisah yang tersendiri dalam hidup Atiya Zahira, seorang remaja berusia 16 tahun.
Melukis adalah salah satu hobinya. Walaupun nampak tidak masuk dek akal, Atiya gembira setiap kali melihat lukisan itu. Hasil karya yang menemukan dia dengan kumpulan idol kegemarannya, The Boyz. Bila dia hampir saja berputus asa dalam perlawanan badminton, lukisan itu yang menjadi tempat untuk dia bersembunyi.
Menjadi wakil sekolah dalam perlawanan badminton membuatkan Atiya berazam mahu bergelar juara tetapi dengan adanya Raisya, si rakan beregu, mampukah Atiya terus menjadi The B yang bersemangat dan mencapai kejayaan yang dia impikan selama ini?
Cemara bekerja di sebuah kafe bernama Kafe Fantasi. Satu hari dia didatangi seorang pemuda yang membuka satu rahsia. Pemuda bernama Jingga itu memberitahu yang Cemara sebenarnya berasal dari satu keluarga pembuat jam. Seorang pembuat jam bernama Anan Namiz telah hilang tanpa jejak sejak tahun 1940. Jingga percaya, Anan Namiz telah berjaya melakukan eksperimen transisi masa menggunakan sebuah jam magikal.
Jingga meyakinkan Cemara untuk melakukan eksperimen memintas masa untuk menjejaki Anan Namiz dan jam saku magikalnya.Rahsia bagaimana mahu melakukan eksperimen itu ada di bawah Kafe Fantasi.
Gempar! Kehilangan remaja di Malyra semakin berleluasa. Gwen dapat merasakan bahangnya apabila kawalan keselamatan di sekolah semakin ketat. Salah seorang pelajar sekolahnya juga menghilang entah ke mana.
Kehadiran seorang guru baharu di sekolah menimbulkan tanda tanya dalam diri Gwen. Guru lelaki yang digelar Cikgu Faris itu mendakwa ada sebuah kerajaan yang lebih canggih daripada Malyra. Satu kenyataan yang susah diterima akal, namun guru itu menunjukkan kehebatan Kerajaan Biasan melalui teknologi hologram.
Gwen dan sepupunya, Jana yang selalu berseteru mendapat tugasan untuk mengkaji dengan lebih dalam lagi tentang Kerajaan Biasan. Adakah mereka mempercayai cerita guru itu? Tindak-tanduk Cikgu Faris yang mencurigakan membuatkan mereka semakin ragu. Persoalan yang mula membenih sekarang, adakah Kerajaan
Biasan itu benar-benar wujud atau ada sesuatu di sebalik cerita Cikgu Faris?
Suka berniaga? lkutlah cara Qarla! Bermacam dugaan dilalui, tetapi dia tetap cekal hati. Mulanya disabotaj, diherdik, dipandang rendah dan ditipu, namun Qarla tetap teguh memasang strategi. lmpiannya jelas, mahu memiliki empayar perniagaan sendiri.
Dengan sokongan si ibu dan sahabat kelas 4D, segala usahanya untuk menjual tudung atas jenama sendiri menjadi realiti. Permintaan dan jualan semakin mencanak tinggi. Bagaimanapun, ketika berada di puncak kejayaan dia telah diuji, hingga jatuh tersembam ke bumi.
Mampukah Qarla bangkit semula seperti sebelumnya? Atau membiarkan diri berputus asa.
lni kisah jatuh bangun seorang usahawan muda, diinspirasikan daripada sebuah kisah benar. Apa? lngat budak sekolah tidak boleh berjaya dalam perniagaan?
Tanya apa sahaja tentang K-Pop dan K-Drama, pasti laju Tasha menjawab. Tetapi apabila disuruh belajar, langsung dia tidak endah. Sampai ibu ayah pun jadi gundah.
Lalu ayah merancang strategi, hujung tahun mereka akan ke Korea. Namun percutian ini ada syaratnya. Mesti lulus setiap ujian dan peperiksaan, baru boleh turut serta. Tasha terus jadi terdesak, tiba-tiba rajin luar biasa.
Suatu hari dia ke perpustakaan, niat untuk mengulang kaji pelajaran. Tasha terjumpa buku misteri bertajuk 'Dunia Matematik', terkandung kisah tokoh-tokoh matematik termasyhur. Setiap kali buku dibaca, dia bagai dirasuk hingga masuk ke zaman silam.
Apabila kembali ke alam nyata, serta-merta Tasha jadi bijaksana. Sejak itu sifat sombong dan bongkak merajai diri. Rupanya ilmu yang ada tidak kekal lama, kepandaian semakin menghilang kerana Tasha telah melanggar pantang larang!
Wafa sangat obses dengan subjek sains. Semasa dia sedang mendapatkan spesimen yang akan digunakan dalam kajian bagi persediaan menyertai sayembara sains, dia ternampak lohong hitam yang tiba-tiba muncul. Belum sempat berbuat apa-apa, dia terus disedut masuk ke dalam lohong hitam tersebut. Maka dengan itu, bermulalah pengembaraan ke dimensi baru olehnya.
Wafa muncul di dunia akan datang, di tengah-tengah bandar Siber-Alfa. Mengejutkan apabila rakyat yang hidup pada zaman tersebut berhempas pulas untuk membayar harga bagi nyawa mereka. Mereka perlu membeli tangki oksigen kerana kemelut kekurangan oksigen akibat tiada langsung tumbuhan di bandar tersebut, malahan seluruh muka bumi.
Adakah perjuangan Wafa bersama teman-teman baharunya untuk melestarikan alam dengan tumbuhan hijau berjaya? Adakah dia dapat kembali ke zaman yang sebenar?
Pekan Kirana di Kerajaan Loba ialah sebuah pekan untuk anak-anak remaja. Di sana, mereka hanya hidup untuk bekerja di kilang-kilang yang memproses pil-pil muda.
Dalila tidak menyangka akan bertemu Tuan Malan Loba. Pemerintah Kerajaan Loba yang zalim itu memberinya peluang merawat anaknya, Kai yang terkena penyakit misteri.
Dalila bersetuju. Akhirnya dia dapat melakukan perkerjaan turun-temurun keluarganya - membuat aiskrim. lni kerana penawar penyakit misteri Kai hanya ada pada semangkuk aiskrim magis. Ia bukan sembarangan aiskrim. Bahan-bahannya sukar ditemui. Namun, jikalau gagal, dia akan mengorbankan nasib penduduk Kerajaan Loba.
Tiada yang menyangka, aiskrim itu jugalah yang mengubah nasib Kerajaan Loba selama-lamanya.
Ameera adalah gadis pencinta buku, yang tegar sehingga sebuah mimpi telah membawanya ke library tepi tasik yang indah. Tidak pernah terlintas di fikiran Ameera akan wujudnya sebuah library yang seperti itu. Tanpa diduga sebuah manuskrip telah diserahkan padanya bersama pesan untuk menjaga manuskrip itu seperti nyawa.
Episod misteri dalam hidup Ameera bermula apabila salah seorang adik kembarnya menghilang secara misteri. Bertahun berlalu sehingga Ameera diberi peluang untuk bekerja di library tepi tasik. Dia ditemukan dengan Mak Sri Salmah yang awet muda dan juga Tuan Raees.
Pada masa yang sama, tanpa sengaja Ameera menemui manuskrip yang pernah diberikan oleh librarian tepi tasik. Manuskrip itu telah membawanya ke satu momen yang amat mengejutkan.
Apa sebenarnya rahsia di sebalik library tepi tasik yang gah tersergam itu? Apa pula kaitan Ameera dengan manuskrip yang diberikan oleh librarian itu kepadanya? Adakah kehilangan adiknya ada kaitan dengan manuskrip itu?
Dahlia Dollah, influencer dan selebriti muda baharu yang sedang meningkat naik. Drama lakonannya sudah memasuki musim kedua dan bakal difilemkan.
Genda Suraj, pengurus serba boleh yang menjadi pemandu, jurusolek, jurukamera dan pembantu peribadi kepada Dahlia. Jadi dia sukar untuk melindungi Dahlia sepenuh masa.
Menjadi selebriti yg termasyhur menyebabkan Dahlia kehilangan hak privasi. Kehidupan Dahlia mula terjejas apabila seorang peminat fanatiknya mula berkongsi gambar-gambar peribadi Dahlia dalam media sosial. Stalker ini malah sanggup mengikutinya sehingga ke Busan!
Adakah Dahlia akan selamat dari perkara buruk yang menanti? Segalanya terjawab dalam MISS PRINCESS CELEBRITY!
Mar-ia, puteri tunggal Merakaya-an dari Planet Marikh perlu selamatkan diri dari serangan dan rompakan sekumpulan lanun angkasa, Badgredia. Diketuai oleh Kapten Baghiah yang mahu memiliki kristal Meradeli-ma yang mempunyai kuasa tenaga infiniti yang berada dalam jagaan negara diraja Merakaya-an.
Puteri Mar-ia terpaksa melindungi kristal Meradeli-ma dan melarikan diri bersama dengan pembantu setianya, Mi-hon. Mereka berdua terhempas di planet paling dekat, Bumi.
Suria Lee, remaja nerda yang meminati segalanya tentang angkasa, galaksi dan mahluk asing. Ternampak sesuatu yang terhempas di bukit berdekatan kawasan perumahannya. Dia bertemu dengan Puteri Mar-ia yang keseorangan.
Mi-hon telah diculik bersama-sama dengan kristal Meradeli-ma dan pod angkasa dari pasukan agensi rahsia yang menyelidik dan mengkaji benda-benda yang bukan berasal dari Bumi.
Adakah Puteri Mar-ia dari Marikh dan Suria dari Bumi dapat selamatkan Mi-hon dan kristal Meradeli-ma dari agensi rahsia dan juga buruan lanun angkasa Badgredia? Adakah akan berlaku peperangan galaksi?
Bagaimana rasanya apabila rakan baik anda yang memenangi pertandingan bercerita paling berprestij tidak lagi menghantar surat seperti yang dijanjikan? ltulah yang Ayesha rasakan apabila Sara menghilang. Tiada lagi surat-surat Ayesha yang dikirim melalui Pak Dir.
Ayesha mula menyiasat tentang Olymtera, pertandingan bercerita di istana yang disertai oleh Sara. Dalam pencariannya, Ayesha merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Olymtera termasuk keluarga Sara.
Apa yang sebenarnya terjadi pada Sara di lstana Chanderaloka? Apakah Ayesha dapat melaksanakan misinya menyelamatkan Sara jika benar ada sesuatu berlaku pada sahabatnya?
Satu-satunya cita-cita Ariana yang terlalu sukar digapai adalah untuk bergelar seorang penulis seperti Siti Suhada. Dia menjadi bahan ejekan rakan sekelas kerana semua orang tahu dia selalu mendapat gred C untuk subjek karangan. ltu tidak pernah melunturkan keinginannya untuk menjadi penulis.
Peluang keemasan tercipta apabila dia menemui sebuah buku langka panduan untuk menjadi penulis pemula bersama sebatang pena di stor milik keluarganya. Sejak itu dia dapat menulis dengan lancar dengan pena ajaib yang baru ditemui. Apa yang membingungkannya adalah watak-watak yang diciptakan mula wujud di dunia nyata. Dunia seorang Ariana tiba-tiba menjadi huru-hara.
Apa yang akan dilakukannya apabila pena ajaib itu membawanya ke Dunia Aksara Magis, sebuah dunia yang tersembunyi untuk para penulis terpilih? Rahsia demi rahsia tersingkap di dunia yang asing itu hingga Ariana tidak dapat membezakan realiti dan ilusi. Adakah dia memilih untuk tinggal di Dunia Aksara Magis atau kembali ke pangkuan ibu bapanya?
Seorang pemuda miskin bernama Si Tunggal diupah menjadi penunjuk jalan kepada panglima raja ke satu lembah yang penuh bahaya.
Bermulalah pengembaraan Si Tunggal bersama Panglima Guntur. Mereka perlu mencari bunga sakti buat mengubati Putera Mahkota yang sedang gering. Berbagai rintangan dan keajaiban terpaksa ditempuh oleh Si Tunggal dan Panglima Guntur di hutan.
Setelah berjaya mendapatkan bunga sakti, Si Tunggal diangkat sebagai panglima muda. Di istana telah berlaku pembunuhan bersiri. Raja Gemorah iaitu pemerintah Galanga Negara, menitahkan pembunuh dicari secepat mungkin. Putera Mahkota pula dalam diam-diam melantik Si Tunggal menjadi penyiasat istana.
Mempunyai ibu bapa pakar robotik terkemuka bukanlah sesuatu yang mudah, terutama bagi Eyshaf Anaki dan Elora. Namun, Eyshaf sering merasakan dikriminasi daripada mereka. Ketika virus menyerang negara Indera, keadaan keluarga mereka berubah. Dalam kekalutan itu, Eyshaf mula menyedari ada sesuati yang ganjil tentang dirinya.
Pencariannya dibawa kepada "Prototaip 14", rahsia tersembunyi dalam perpustakaan ayahnya, dan sebuah buku catatan ungu milik ibunya. Apakah kaitan antara rahsia ini dengan Eyshaf? Dapatkah dia merungkainya hanya melalui buku catatan itu?
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) meragui ketelusan penubuhan BRILLIANT. Pengurusan tertinggi KPM tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah Government Special Academy (GSA) yang mempunyai motif peribadi.
Meski curiga, pihak KPM tetap mengedarkan surat arahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya menghantar dua pelajar terbaik negeri di setiap tingkatan.
Pengetua SMK Bukit Kayu Manis yang bimbang keselamatan pelajar-pelajarnya, telah membuat keputusan untuk mengutuskan surat kepada pihak GSA. Beliau memerlukan bantuan lima orang pesilat dari GSA untuk melindungi kesemua pelajarnya.
They smell something fishy. Too good to be true - Tuan Arif, pengetua GSA
MUMTAZ telah menghubungkan siri petunjuk yang menjurus kepada satu jawapan - Kapten Lexandros tidak bertindak sendiri untuk memburu Esmi. Lelaki itu telah membina pakatan rahsia bersama Tiga Pendamping Raja. Akibat serangan Beracun Bangga daripada pakatan tersebut, Esmi kehilangan Nisryana dan Indra.
Daripada leluhur pembawa petaka dan pelancar kudeta, Kuasa Pendam Raja dimiliki Esmi Sunka - penentang maharaja menanggung kuasa yang membawa celaka. Esmi berada di persimpangan antara kepentingan keluarga, dan kasih kepada bekas pengasuhnya. Tuan Yusuf telah kembali untuk melindungi Putera Sunka itu daripada makar Tiga Pendamping Raja. Antara degup terakhir jantung dan kehancuran takhta, Anas telah menyaksikan kejatuhan, Nasiruddin melepaskan tembakan, manakala Esmi menanti doanya dimakbul Tuhan.
Derhaka penakluk pertama dipendam cicitnya. Rasional akal menjadi hamba. Kini, dendam menjadi raja.
Implikasi daripada kegagalan misi memburu MUMTAZ sebelum ini, pihak Sukangkara telah memilih cara yang begitu drastik, menyasarkan nyawa manusia yang tidak bersalah sebagai mangsa mereka. Hari demi hari, Esmi menyedari bahawa dirinya sedang diburu oleh satu entiti yang cukup digeruni. Pertemuan dengan Daniel, mengembalikan semula memori dan luka lama yang tidak sembuh dengan sempurna. Kepimpinan tertinggi MUMTAZ dan Tanah Utama pula perlu menghadapi tekanan dan asakan yang bertubi-tubi.
Esmi, Nisryana dan Indra perlu merungkai kebenaran tentang sejarah sebenar keluarga Sunka. Namun, kebenaran tersebut datang dengan cara yang tidak menyenangkan, dan seorang manusia yang digelar Kapten Lexandros sedang menunggu masa yang sesuai untuk berhadapan dengan bekas pewaris takhta itu.
Apakah kuasa yang dimaksudkan oleh Daniel, sehinggakan Kapten Lexandros sanggup mengambil satu risiko yang besar untuk menyerang Tanah Utama? Mampukah Esmi terselamat daripada buruan bapa saudaranya?
Pengeboman ke atas makmal bahagian selatan Jabatan Zentrix menyebabkan organisasi itu menjadi huru-hara. Salah satu relik dari Tamadun Indus pula berjaya dicuri oleh pasukan Mixzof. Kini, Mixzof dan bala tenteranya sedang menuju ke Tamadun Mesir Purba bagi mendapatkan peta untuk ke penjara Segufus.
Frezay bersama Kai, Rienna, dan Vishvak ditugaskan untuk mencari relik berupa sebuah kotak pandora milik Firaun Khuman dan kunci khas untuk membuka kotak tersebut. Misi itu dikategorikan sebagai berprofil tinggi kerana jika Mixzof terlebih dahulu menjumpai relik itu, maka Segufus akan terlepas!
Pelbagai perangkap, serangan dan malapetaka terpaksa dihadapi oleh ahli pasukan Zentrical Z5. Masing-masing terasak tanpa peluang melepaskan diri. Mampukah mereka berempat kembali semula ke zaman kini apabila nyawa sedang di ambang maut?
Di dunia luar, mereka hanyalah pelajar kolej biasa. Tetapi tiada siapa yang tahu identiti rahsia mereka sebagai 'Agents Of Étoile', sekumpulan ejen separa haiwan yang berkuasa magis. Siapa lagi kalau bukan trio sekawan iaitu lan, Hani dan Robin!
Satu hari, lan dan rakan-rakannya menerima misi baharu dari Profesor Walter. Mereka perlu pergi ke rumah agam Cielo House untuk menyelamatkan Kin, robot Animaux garuda emas legenda yang diculik oleh Dorado si gergasi jahal.
Tetapi, misi kali ini sangat mencabar kerana lokasi Cielo House terletak di atas langit. Bukan itu sahaja, pelbagal halangan berbahaya juga sedang menanti mereka di sana.
"Dalam hidup ini, jangan terlalu cepat memilih. Kelak, kamu sendiri akan menyesal."
Satu komik misteri. Satu dunia yang tidak dikenali. Dan satu misi, dia harus keluar!
Emran tidak pernah menyangka satu komik misteri dari sebuah kedai barangan terpakai bakal membawa dirinya ke sebuah dunia asing. Dihantui persoalan dan ancaman daripada Isis, ahli sihir tua durjana, Emran perlu membantu negara Tunjangpura yang bakal menghadapi bencana besar dengan pengetahuan sains moden yang dimilikinya, bersama-sama dirinya, Lais, watak utama komik yang dibacanya dan Navi, pewaris keturunan ahli sihir yang disembunyikan dari dunia luar, Emran bukan lagi sekadar seorang pembaca, tetapi dia penentu jalan cerita sebenar dunia komik ini, sesuatu yang lebih besar, lebih bahaya bakal berlaku jika dirinya tersilap langkah. Dalam dunia ini, setiap keputusan membawa akibat, sama ada berhujung kembali atau terperangkap buat selamanya.
Arjuna, seorang petarung kuat Laga Wau, yang dijangkiti penyakit berbahaya setelah Kerajaan Dewangga didatangi sekumpulan kupu-kupu misteri. Pertemuannya dengan lntan, seorang gadis biasa yang membawa jurnal memberi harapan kepada Arjuna. Jurnal tersebut mempunyai maklumat mengenai bunga penyembuh yang mampu menyelamatkan dirinya sendiri. Kurnia, seteru Arjuna juga tidak disangka mengikuti perjalanan mereka. Mereka perlu menyelamatkan Kerajaan Dewangga, bertarung dengan raksasa, pada masa yang sama membongkar masa lepas kerajaan mereka.
Kisah mengenai persahabatan yang terjalin sepanjang perjalanan. Adakah Arjuna berjaya menemui bunga itu? Berjayakah dia menyelamatkan Kerajaan Dewangga, juga dirinya sendiri?
Sudah setahun berlalu sejak serangan kupu-kupu berlaku. Selepas beberapa lama tidak bertemu, Kurnia tidak menyangka dapat berjumpa dengan lntan dan kakanda perempuan Arjuna, Hayati. Namun, kegembiraan mereka hilang apabila diserang seseorang yang amat dikenali.
"Kalau aku tiada, siapa berdiri di depan kalian sekarang?"
Kejadian demi kejadian aneh mula berlaku. Apatah lagi, kemunculan penyerang itu terus mengganggu Kurnia. Bersama Hayati dan lntan, mereka bertiga berlayar demi merungkai misteri yang melanda.
Siapakah sebenarnya yang ditemui mereka? Mampukah mereka menyelamatkan Kerajaan Dewangga daripada ancaman musuh?