Dua orang kembar seiras, Arash dan Adam. Meskipun terlihat sama dan sentiasa berada dengan satu sama lain, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang berbeza. Arash seorang ejen handal dalam beraksi dan merupakan seorang pengintip muda yang mempunyai ingatan fotografi. Di dunia luar pula, dialah yang sentiasa disebut-sebut oleh keluarga dan guru-guru.
Adam merupakan seorang yang biasa-biasa dan rendah diri. Dia juga mempunyai ingatan jangka pendek, yang mana sering memberi masalah pada semua orang. Dia hanya dihormati kerana adanya Arash yang sentiasa mempertahankan adik kembarnya itu. Namun kelebihannya dalam bersukan menjadikannya tumpuan di sekolah tersebut.
Tetapi satu hari, kehilangan Arash menjadi misteri memandangkan agensi penyiasatan abangnya itu menyembunyikan segala informasi. Adam dipilih untuk menyelesaikan misi yang ’ tergendala sekaligus mencari abangnya dalam masa yang sama. Tetapi, berjayakah dia dengan kondisi ingatan jangka pendeknya itu?
“Satu soalan, jadi ejen ni dapat gaji tak?”
-Ada
Aileen menyertai Innovate Royal Academy di atas rekomendasi Ketua Saintis Negara. Dia, Polimemoria yang memiliki Hyperthymesia, Highly Retentive Memory dan Neuroplastik sekaligus menjadikannya lebih unik dan hebat daripada Artificial Intelligent (Al). Sejurus projek penyelidikan rahsia yang disertainya diketahui pihak ketiga, Prof. Aqila bertindak drastik dengan menelan pil hilang ingatan dan mendesak Aileen melarikan diri bersama bahan kajian mereka bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan yang salah.
Oleh itu, saya menggesa semua pihak, memohon maaf di atas tohmahan yang dilakukan ke atas beliau! Aileen adalah aset berharga yang perlu dilindungi daripada sebarang ancaman! - Prof. Aqila
Saya bukan aset! Saya manusia biasa! Saya hanya 17 tahun, Uncle Jeff! - Aileen
Seramai sepuluh orang pelajar tingkatan empat dipilih untuk menjadi peserta bagi Kem Bina Si Cemerlang selama tiga hari di Raub, Pahang. Tahun ini, pihak pengurusan kem menggunakan Projek Permainan Video Berperanan Strategi (PVBS) ciptaan Dato Muaz, saintis komputer yang terkenal, sebagai modul kem. Peserta akan menjadi pemain digital di dalam PVBS yang berkonsepkan strategi tempur secara berkumpulan.
Ash, Kapten Astralegion, tergugat dengan Violet Shooter yang diketuai oleh Nisa yang mempunyai ahli skuad yang berbakat dan berdisiplin tetapi bertentangan dengan ahli Astralegion yang sentiasa bermasalah. Faiz, ahli Astralegion, sering tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinan Ash.
Sikap Faiz dan kekalahan Astralegion membuatkan Ash ragu-ragu dengan jawatannya sebagai kapten. Adakah dia salah mengatur strategi atau tidak layak untuk menjadi kapten? Tanpa Ash sedari, ada sesuatu yang bakal menguji Ash dan rakan-rakan di dalam PVBS. Lagi-lagi melibatkan nyawa sebenar. Berjayakah Kapten Ash dan pemain lain mengharungi ujian itu?
An a.k.a Farhan, seorang budak Gaming, berpengaruh di arena e-sport. Realitinya, Farhan yang bijak itu cukup malas untuk melakukan apa-apa selain bermain game sepanjang hari. Dia yang dipaksa tinggal bersama nenek di kampung, bengang apabila sering diganggu hilaian cik pontianak saban malam.
Akif yang tidak pernah merasai nikmat mengadakan aktiviti pada malam sepertimana rakan-rakan sekolahnya, mula mempengaruhi Farhan supaya menyertainya untuk menyiasat misteri sebenar kewujudan cik pontianak.
Farhan bukannya tidak curiga tetapi dia bimbang kalau-kalau ada misteri yang tidak sepatutnya mereka rungkai. Ada klu yang menguatkan firasatnya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Kampung Mata Tiga.
Aku tak boleh bertindak melulu. Kalau tekaan aku benar, nyawa nenek tentu terlibat sama. Papa tak hantar aku ke sini untuk bahayakan nyawa nenek! - Farhan
Akif mengajak Farhan untuk menyertainya melawat Pura Tanjung Kubur, sebuah istana terbiar lebih 200 tahun yang lalu. Mentah-mentah, Farhan menolak. Dia tidak berminat. Farhan mahu menebus kembali waktu bersama ibunya.
Sengaja, Puan Sofia mengajak Encik Halim balik ke kampung melawat nenek. Gembira Akif bukan kepalang apabila Farhan bukan sahaja pulang bersama ibu bapa tetapi juga bersama Muiz, Zamir dan Alif.
Keterujaan lima remaja itu mati apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Pura Tanjung Kubur, pergerakan mereka terasa diperhati. Namun, masing-masing yang berjiwa kental, mengunci mulut lagak berani.
Sejak itu, sesuatu yang tidak kena selalu berlaku. Seolah-olah, ada ‘pantang’ yang telah dilanggar.
Naim Affendi, anak muda yang memiliki kebolehan untuk mengawal kuasa elemen perlu melindungi identiti diri dan keluarga daripada dikesan oleh pihak SESAMA. Tanah airnya, Andzer kini ditadbir oleh golongan anti-monarki yang menangkap saki-baki pengawal kuasa elemen dan pengikut istana. Didorong oleh keinginan untuk mengetahui dalang di sebalik insiden sepuluh tahun yang lalu, tekad dalam diri Naim tidak pernah hilang. Dia perlu berlumba dengan masa, melindungi nyawa dan meleraikan beberapa konflik yang telah menyebabkan diri dan orang sekelilingnya menderita.
Pertembungan antara maaf dan kasih yang tidak putus menguji. Adakah Naim akan berjaya menemui dalang yang dicari? Antara memaafkan dan melupakan, yang mana menjadi pilihan?
"Saya tahu untuk memaafkan perbuatan mereka, tak semudah apa yang kita selalu bicara." - Mai.
Di sebuah kota futuristik, tiga orang saintis muda iaitu Rohan, Komo dan Jordi perlu menentang tentera siborg yang diprogramkan oleh seorang penjahat bernama Yatra. Tetapi, Rohan dan kawan-kawannya telah dua tahun membawa haluan masing-masing. Tiga anak muda itu berpisah setelah mentor mereka iaitu Kapten Badar dibunuh oleh Yatra dalam satu letupan makmal.
Rohan harus menjejaki Komo dan Jordi untuk bersatu menentang Yatra. Mereka perlu menggabungkan kuasa adiwira ciptaan Kapten Badar. Malangnya, Kapten Badar hanya sempat menyiapkan separuh jalan eksperimen yang dinamakan ‘Kilat Fighters’ sebelum dia terbunuh.
Apakah Rohan, Komo dan Jordi berjaya menggunakan kuasa adiwira yang hanya separuh itu untuk menewaskan Yatra?
Aria bingung. Rumahnya bukan lagi rumahnya. Binaan batu sudah bertukar kepada kaca. Mustahil sekelip mata ia berubah. Ingatannya luar biasa, tidak mungkin menipu. Dia hanya tergelincir ke dalam lubang di belakang bangunan usang sekolah.
Seorang gads berpakaian lagak pelatih tentera, memperkenal diri sebagai Waziraa. Dakwanya, mereka berada pada tahun 2333.
Aria pasti dia sedang lena. Pasti ada cara untuk dia terjaga. Sedang dia bingung memikirkan apakah yang sedang berlaku itu mimpi mahupun realiti, dia dikejutkan dengan teknologi di situ yang jauh lebih maju daripada apa yang dilaluinya setiap hari.
Jadi, benarkah dakwaan Waziraa yang mengatakan bahawa dia berada pada ratusan tahun ke hadapan? Tidak semudah itu dia mengaku tewas. Tentu ada sebab kenapa dia telah dibawa ke suatu garis masa yang jauh.
Di bahu remaja 16 tahun itu, terpikul beban sebagai ibu dan ayah kepada dua orang adik setelah kematian orang tuanya sejak pertengahan tahun lalu. Demi amanah, Ezza mengunci mulut. Telinganya dibiar pekak. Bagi Ezza, mulut tempayan boleh ditutup, topi mulut manusia hanya berhenti tatkala penat. Dia perlu menjadi seteguh Ru di pantai. Batangnya besar dan keras. Kulitnya tebal. Daunnya keras. Dahannya kukuh. Akarnya, kuat.
“Kau fikir secara rasional boleh tak? Tak ada satu manusia pun yang tak dapat faham kalau mereka berada di tempat kau! Relakslah. Mama tak pernah fikir macam tu pada kau. Ezza, kita ni baru 16 tahun! Apa yang orang dewasa boleh harapkan pada kita?” - Fahmi
Ini kisah Ezza. Kisah gadis yang punya kecekalan dan kekuatan yang luar biasa. Gadis yang hanya tahu menapak demi adik-adiknya. Yang mungkin pada mereka yang tidak diuji hanya kedengaran dongeng dan rekaan semata.
Yuri Izara, seorang gadis kacukan Melayu-Jepun yang baru berpindah ke Shibuya International Girls Academy (SHIGA) di Tokyo. Dia dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang baik hati. Apatah lagi, mereka berempat merupakan Luné yang sama-sama meminati kumpulan idol J-Pop iaitu &Team!
Suatu hari, pihak akademi SHIGA menganjurkan sebuah pertandingan nyanyian iaitu SHIGA Got Talent. Yuri dan rakan-rakannya ingin menyertai pertandingan itu kerana kumpulan &Team yang menjadi tetamu jemputan untuk pertandingan tersebut. Namun, ada juga yang tidak berpuas hati dengan mereka.
Siapakah yang bakal memenangi SHIGA Got Talent? Adakah Yuri dan rakan-rakannya dapat menambat hati kumpulan &Team dengan persembahan mereka?
Nuha seorang remaja yang hidup berprinsipkan kejayaan hadir seiring dengan usaha yang tidak pernah putus. Dia ingin menyertai slot jualan anjuran sekolah untuk Hari Usahawan tetapi hasratnya itu tersekat selepas dia mendapat tentangan dari ibunya.
Jjajangmyeon adalah menu pilihan Nuha untuk jualan Hari Usahawan dan bercadang untuk membuat sesuatu yang istimewa. Ini tentunya tidak disenangi oleh Huda dan Mia yang juga dikenali sebagai The Duos. The Duos menyukarkan lagi perjalanan Nuha untuk mengecapi apa yang dihajati.
Dapatkah Nuha merungkai rahsia di sebalik tentangan ibunya itu dan menepis rancangan jahat The Duos? Langkah permulaan sudah diatur untuk meneruskan misinya menyertai slot tersebut. Apa kena-mengena The Duos dengan ‘kerja gila’ Nuha?
Irtia Naziha, seorang remaja perempuan yang ceria dan bijaksana. Perwatakannya itu membuatkannya cukup dikenali di Akademis Citra, sebuah institusi pengajian di Dimensi Ardi.
Kehidupannya mulai berubah apabila dia menerima satu permintaan daripada GOT7 untuk membantu menyelamatkan kumpulan mereka daripada dibubarkan. Kumpulan yang popular itu tiba-tiba terpaksa dibekukan daripada industri muzik tanpa sebab yang kukuh.
Bagi menyempurnakan misi tersebut, Irtia perlu merentas ke satu dimensi selari iaitu Dimensi Rat, yang mana permasalahan yang terjadi di dimensi itu telah menjadi punca permasalahan yang berlaku di Dimensi Ardi. Dua dimensi terbabit mempunyai sisi kehidupan yang hampir sama dan GOT7 di sana juga sedang dilanda konflik dalaman.
Irtia yang bersemangat mahu meneruskan misi dan membuktikan dirinya seorang Ahgase yang sejati telah diduga dengan kehadiran seorang warga Dimensi Rat bernama Aecha. Mampukah Irtia menjernihkan semula calitan hitam antaranya dengan Aecha sekaligus menyempurnakan misi menyelamatkan GOT7 di kedua-dua dimensi terbabit?
Selepas terlibat dalam kemalangan, Rin Sabella diuji dengan pelbagai dugaan termasuk kehilangan upaya fizikal dan kematian bapa tercinta. Dua minggu dia mengumpul semangat semula, namun satu demi satu konflik yang hadir cuba mematahkan benteng ketabahan yang sedia ada dalam dirinya.
Ateez merupakan kumpulan K-pop yang menjadi sumber kebahagiaan dan semangat Rin dalam usahanya untuk cuba hidup berdikari dan mencapai cita-citanya memasuki menara gading. Konflik dimarahi sang ibu dek minatnya terhadap Ateez, rakan karib yang semakin menjauh, serta dibuli penyelia di tempat kerja ditempuhi dengan cekal, berkat sokongan yang tidak pernah putus daripada adiknya, Rayyan. Lembaran pesan arwah ayahnya turut dijadikan pedoman.
Tatkala cabaran hidup yang datang bertali arus membuatkan dia jatuh ke lurah kesedihan yang gelap, bagaimana Rin bangkit semula? Siapakah yang membantu mengeluarkannya dari lurah kesedihan itu?
Apa perasaan kita apabila dapat makan, minum, tidur dan bermain dengan Blackpink? Mesti gembira tidak terkata, bukan? Anni, si gadis Blink nombor satu Malaysia mesti terlebih suka. Ironinya… peluang itu berlaku kepada Elsi, kakaknya yang paling anti K-Pop!
Kembali ke tahun 2012, Elsi terperangkap di studio YG Entertainment. Terpilih menjadi pelatih untuk sama-sama debut menjadi salah seorang ahli Blackpink. Isunya sekarang, dia tidak pernah minat Blackpink. Dia tidak suka berkawan. Malah paling bencikan hiburan! Kehidupan sebelumnya hanya bergelumang dengan buku, ulang kaji dan kerja sekolah. Baginya tiada masa mahu bersosial dengan sesiapa. Termasuklah Anni dan Abah; dua ahli keluarga yang sentiasa ada untuk dirinya.
Maka insiden menjadi pelatih di YG Entertainment memaksa dirinya berubah 360 darjah. Dahulu berkurung di dalam bilik, hanya duduk membaca. Kini diwajibkan bergerak aktif untuk menari, menyanyi, bersenam dan buat gerakan akrobatik… mesti bekerjasama dengan remaja Korea pula. Oh, seksanya!
Berjayakah Elsi kembali bertemu keluarga untuk menebus kesilapannya? Ataupun terus-terusan dipaksa menjadi bakal penghibur bertaraf dunia? Ketahuinya dalam buku Blink yang Bersinar.
Pertandingan menulis lagu yang memberi harapan untuk Yuna bertemu dengan idolanya. Bakatnya yang selama ini dipendam boleh dipersembahkan kepada orang ramai. Minatnya terlalu mendalam sehingga dia menciptakan lagu istimewa buat mereka sempena pertubuhan kumpulan iKON itu.
Pertolongan ayahnya membuatkan dia kembali bersemangat walaupun ibunya melarangnya keras dia turut serta. Yuna berbelah bagi tetapi itulah impiannya selama ini. Peluang keemasan takkan dilepaskan begitu sahaja. Malahan kawan baiknya, Hana turut menyokongnya.
Selepas ibu memberi keizinan, timbul lagi satu masalah dan dia tidak terpilih menjadi pemenang. Ini menyebabkan Yuna berputus asa dan kecewa. Adakah Yuna dapat mencapai impiannya untuk bertemu iKON dan mendengar lagunya dinyanyikan oleh iKON?
Nura memiliki obsesi luar biasa terhadap kumpulan penyanyi Korea, MONSTA-X! Menggelarkan dirinya sebagai Monbebe sejati, Nura akan memastikan nama Monsta-X tidak dicemari oleh komen-komen negatif netizen. Malah, dia mampu berimaginasi wujudnya seorang ahli Monsta-X, Jooheon, sebagai teman sejatinya.
Lama-kelamaan, fokusnya dalam pelajaran mulai terganggu dan dia dijadikan bahan ejekan di sekolah. Hal terbabit turut mendorong Nura bertindak agresif semata-mata mahu mempertahankan Monsta-X daripada diperlekehkan oleh rakan sekelas.
Berbekalkan suntikan semangat yang diberikan Jooheon, Nura bangkit dan membuktikan bahawa obsesinya itu dapat memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri. Dengan panggilan Nura Ha-Neul, dia mencipta satu kejayaan untuk dirinya serta sekalian Monbebe!
Ali pasukan sorak The Shakers terdiri daripada gadis ceria, comel dan langsing bagaikan ahli kumpulan Twice. Apatah lagi mereka memang Once yang setia. Berduyun-duyunlah pelajar yang mahu mendekati dan beramah mesra.
Tambahan pula adanya Teesha, sang kapten, gadis kacukan Korea yang berprofil tinggi. Beruntunglah si kawan rapat iaitu Wendy, Irine dan Chan Juan.…. hingga timbul bongkak dalam diri. Amboi, kononnya merekalah yang
paling sempurna serba-serbi!
Berbeza sekali dengan Emi, remaja berbadan besar tetapi lemah motivasi. Walhal mereka punya minat yang sama iaitu suka menari. Lagu-lagu kumpulan Twice sentiasa jadi pilihan hati. Namun apakan daya… mereka bagaikan anak gahara dan rakyat jelata. Umpama pasir dan intan permata. Ibarat Nayeon dan pemandu Grabcar. Jauh beza… mustahil ada peluang bertegur-sapa!
Semasa menyertai lawatan sekolah ke Pula Pinang, Teesha dan Emi terlibat dalam kemalangan. Mereka koma buat beberapa lama. Rupa-rupanya di situlah segalanya berubah. Apabila Teesha tersedar, jasadnya bertukar. Si kapten The Shakers terperangkap dalam badan si pelajar gempal? Tidak!
Malangnya Emi yang berada dalam badan Teesha mash tidak sedarkan diri. Sejak itu, Teesha cuba menjalani kehidupan perit dalam badan XL. Dapatkah Teesha diterima menyertai The Shakers semula? Paling utama… adakah harapan kembali kepada tubuh asal? Ketahui kisahnya dalam Once yang Terbaik.
Lukisan dan badminton. Kedua-duanya mempunyai kisah yang tersendiri dalam hidup Atiya Zahira, seorang remaja berusia 16 tahun.
Melukis adalah salah satu hobinya. Walaupun nampak tidak masuk dek akal, Atiya gembira setiap kali melihat lukisan itu. Hasil karya yang menemukan dia dengan kumpulan idol kegemarannya, The Boyz. Bila dia hampir saja berputus asa dalam perlawanan badminton, lukisan itu yang menjadi tempat untuk dia bersembunyi.
Menjadi wakil sekolah dalam perlawanan badminton membuatkan Atiya berazam mahu bergelar juara tetapi dengan adanya Raisya, si rakan beregu, mampukah Atiya terus menjadi The B yang bersemangat dan mencapai kejayaan yang dia impikan selama ini?
Cemara bekerja di sebuah kafe bernama Kafe Fantasi. Satu hari dia didatangi seorang pemuda yang membuka satu rahsia. Pemuda bernama Jingga itu memberitahu yang Cemara sebenarnya berasal dari satu keluarga pembuat jam. Seorang pembuat jam bernama Anan Namiz telah hilang tanpa jejak sejak tahun 1940. Jingga percaya, Anan Namiz telah berjaya melakukan eksperimen transisi masa menggunakan sebuah jam magikal.
Jingga meyakinkan Cemara untuk melakukan eksperimen memintas masa untuk menjejaki Anan Namiz dan jam saku magikalnya.Rahsia bagaimana mahu melakukan eksperimen itu ada di bawah Kafe Fantasi.
Aja sering diperdengarkan dengan cerita-cerita legenda daripada ibunya, namun aktiviti itu terhenti setelah ibunya meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan.
Suatu hari, dia mendapat berita bahawa neneknya dimasukkan ke dalam hospital akibat terjatuh. Jadi Aja dan bapanya terus pulang ke kampung setelah sekian lama tidak pulang. Di sana, Aja terserempak dengan Busu Melur, seorang wanita aneh yang mengaku sebagai ibu saudaranya, dan sesuatu yang diberitahu oleh wanita itu — mengenai asal-usul sebenar tentang keturunan Aja — membuatkan Aja berasa sangsi dengan kesahihan identiti wanita itu.
Namun apabila nenek dan ayahnya diculik oleh orang-orang cahaya pada suatu malam, Aja terpaksa percaya akan kata-kata Busu Melur dan mengikuti wanita itu mengembara ke dunia legenda — sebuah dunia mistik asing — untuk mencari ahli keluarganya yang diculik itu. Mampukah Aja disatukan semula dengan keluarganya?
Semasa Rufaida bersama abangnya, Uwais dan adiknya, Nuqman ke Bota mengikut mama mereka, tanpa disangka mereka telah dibawa ke banglo yang salah setelah bertemu dengan lelaki misteri. Akibat kenakalan Nuqman, mereka bertiga telah masuk ke dimensi lain menerusi gerobok usang.
Di tempat asing, mereka telah bertemu Anum, seorang gadis manis berpakaian serba putih. Jika mereka mahu kembali semula ke dunia nyata, mereka perlu membantu Anum menewaskan Bota Si Gergasi dan konconya. Itulah syarat yang dikenakan oleh Anum!
Masalahnya, bukan mudah mahu mengalahkan Bota yang besar itu. Dapatkah Rufaida dan adik-beradiknya menewaskan gergasi jahat dan kembali semula ke dunia nyata sedangkan Anum turut berahsia? Siapa pula lelaki misteri dengan luka bopeng di wajah?
Sofea, seorang remaja yang sering diperlekeh di sekolah telah diminta oleh kedua orang tuanya agar menghabiskan masa sepanjang cuti penggal di rumah Nek Da, seorang pengusaha bengkel menenun songket.
Suatu hari, secara tidak sengaja Sofea telah terjatuh ke dalam sungai dan bila sedar, dia telah berada di tahun 1970. Disalah anggap sebagai Dayang, Sofea terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran dan mencari jalan bagaimana mahu pulang ke zaman kini.
Siapakah Dayang? Apa hubungannya dengan Nek Munah, musuh ketat Nek Da? Bolehkah Sofea kembali bertemu keluarga tercinta?
Aku nak jadi perempuan yang akan terbang tinggi macam rajawali – Sofea/Dayang
Menjadi satu-satunya anak tunggal dalam keluarga menyebabkan Naayla sering dimanjakan oleh ibu bapanya. Tanpa sedar, perkara itu telah membina sikap angkuh dalam diri. Sikapnya itu mencetuskan pergaduhan di antara dia dan rakan baiknya, Akma dan Mastura. Lebih parah lagi, dia juga sanggup membuli Laila, iaitu seorang gadis kampung tanpa ada rasa bersalah.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Satu kejadian tragis menimpa dirinya. Dia dihimpit untuk menentukan suatu keputusan yang bakal merubah kehidupannya. Dipertemukan semula dengan Nek Ngah, Laila dan Laith membuatkan Naayla cuba untuk belajar menerima kehidupan baharunya.
Pada saat sikapnya mula berubah, dia dikejutkan pula dengan satu berita yang tidak dijangkakan. Bolehkah Naayla mengekalkan perubahan dalam dirinya itu? Atau adakah dia akan kembali dengan sikap lamanya?
Ben, abang kepada Shuhada, merupakan seorang pemantun yang pernah mewakili Malaysia ke tahap antarabangsa. Shuhada bercita-cita mahu menjadi seperti abangnya dan memasuki Akademi Usman Awang, tempat bermulanya legenda karier Ben sebagai seorang pemantun.
Namun, alangkah terkejutnya Shuhada apabila sekolah itu dipenuhi pemantun dari serata Malaysia yang mendaftar kerana sistem istimewa sekolah itu: Laga Pantun. Bagi mewakili sekolahnya sebagai seorang pemantun, Shuhada harus mengalahkan ramai pesaing yang berbakat.
Namun bagaimana dia mahu mengalahkan mereka, jika Ben langsung tidak pernah mengajarkan asas pantun kepadanya?
Kehidupan Nadine, seorang gadis yang suka membeli-belah atas talian, berubah apabila pandemik coronavirus melanda. Ibu bapanya yang dahulu bergaji besar kini hilang punca pendapatan. Ilham, budak penghantar makanan yang pernah dimalukan di hadapan kawan-kawan sekelas, muncul untuk membantu ketika Nadine susah. Atas kerjasama Ilham, dan pengalaman diri sendiri sebagai pembeli tegar di Shopee, Nadine mula membina perniagaan e-dagang dengan menjual kek buah klasik. Tidak dapat lari, Ilham sebagai penghantar tetap yang menghantar makanan dari kedai ke rumah pelanggan, telah disenaraikan sebagai suspek Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin 14 hari.
Konflik bermula apabila sejarah hitam di antara ibu Ilham dan Mommy Nadine disingkap kembali apabila mereka bertemu semula. Ilham tidak dibenarkan untuk menolong Nadine berniaga lagi. Tanpa runner, perniagaan Nadine patah sebelah kaki. Apakah sebenarnya yang telah berlaku di antara ibu mereka? Mampukah perniagaan Shopee mereka bertahan?
Suka berniaga? lkutlah cara Qarla! Bermacam dugaan dilalui, tetapi dia tetap cekal hati. Mulanya disabotaj, diherdik, dipandang rendah dan ditipu, namun Qarla tetap teguh memasang strategi. lmpiannya jelas, mahu memiliki empayar perniagaan sendiri.
Dengan sokongan si ibu dan sahabat kelas 4D, segala usahanya untuk menjual tudung atas jenama sendiri menjadi realiti. Permintaan dan jualan semakin mencanak tinggi. Bagaimanapun, ketika berada di puncak kejayaan dia telah diuji, hingga jatuh tersembam ke bumi.
Mampukah Qarla bangkit semula seperti sebelumnya? Atau membiarkan diri berputus asa.
lni kisah jatuh bangun seorang usahawan muda, diinspirasikan daripada sebuah kisah benar. Apa? lngat budak sekolah tidak boleh berjaya dalam perniagaan?
Mahu challenge? Berikan sahaja pada Wani. Apa pun cabarannya, pasti dia sahut dengan besar hati. Tetapi Wani bukan calang-calang orangnya. Setakat cabaran biasa-biasa, dia memang tak pandang. Apabila dicabar challenge berbahaya, dialah orang pertama. Terasa megah apabila dapat letak segala hashtag cabaran yang disahutnya.
Kali ini Wani dicabar seterunya, Shalma. #extremeselfie dari tempat tinggi kalau berani. Ego Wani semakin meninggi. Akhirnya cabaran yang disahut memakan diri. Namun Wani tidak putus asa, dendam pada Shalma semakin membara. Challenge seterusnya buat semua terkedu, adakah kali ini Wani dan Shalma sanggup menyambutnya?
Tanya apa sahaja tentang K-Pop dan K-Drama, pasti laju Tasha menjawab. Tetapi apabila disuruh belajar, langsung dia tidak endah. Sampai ibu ayah pun jadi gundah.
Lalu ayah merancang strategi, hujung tahun mereka akan ke Korea. Namun percutian ini ada syaratnya. Mesti lulus setiap ujian dan peperiksaan, baru boleh turut serta. Tasha terus jadi terdesak, tiba-tiba rajin luar biasa.
Suatu hari dia ke perpustakaan, niat untuk mengulang kaji pelajaran. Tasha terjumpa buku misteri bertajuk 'Dunia Matematik', terkandung kisah tokoh-tokoh matematik termasyhur. Setiap kali buku dibaca, dia bagai dirasuk hingga masuk ke zaman silam.
Apabila kembali ke alam nyata, serta-merta Tasha jadi bijaksana. Sejak itu sifat sombong dan bongkak merajai diri. Rupanya ilmu yang ada tidak kekal lama, kepandaian semakin menghilang kerana Tasha telah melanggar pantang larang!
Tidak pernah gagal. Tidak pernah kalah. Tidak pernah kecundang. Amna, pelajar yang sempurna dalam segala-galanya. Perfect and multi-talented. Namun, satu episod duka di dewan sekolah telah mencetuskan sebuah kekalahan yang sukar untuk diterima. Tanpa diminta, satu demi satu ujian dunia pula datang menimpa dirinya yang masih muda remaja.
Hidup dalam pelbagai sulaman kejayaan, membuatkan Amna sukar untuk menerima apa jua bentuk kesilapan sendiri, sehingga membuatkan gadis itu menyakiti diri dan orang sekeliling tanpa disedari. Khairi, si abang yang berusaha untuk memulihkan situasi keluarga mereka turut menerima satu tamparan realiti.
Hadirnya insan-insan kiriman Tuhan, untuk membantu menyembuhkan Amna daripada terus berperang dalam gelumang emosi. Adakah masih wujud harapan untuk Amna menebus kesilapan lalu? Mampukah dia kembali dilihat sempurna di hadapan mata-mata yang kecewa? Apa pula perkaitan dandelion dengan masalah hidup yang menimpa?
“Berdamailah dengan diri kau, Amna. Berdamailah dengan takdir Tuhan.”
Wafa sangat obses dengan subjek sains. Semasa dia sedang mendapatkan spesimen yang akan digunakan dalam kajian bagi persediaan menyertai sayembara sains, dia ternampak lohong hitam yang tiba-tiba muncul. Belum sempat berbuat apa-apa, dia terus disedut masuk ke dalam lohong hitam tersebut. Maka dengan itu, bermulalah pengembaraan ke dimensi baru olehnya.
Wafa muncul di dunia akan datang, di tengah-tengah bandar Siber-Alfa. Mengejutkan apabila rakyat yang hidup pada zaman tersebut berhempas pulas untuk membayar harga bagi nyawa mereka. Mereka perlu membeli tangki oksigen kerana kemelut kekurangan oksigen akibat tiada langsung tumbuhan di bandar tersebut, malahan seluruh muka bumi.
Adakah perjuangan Wafa bersama teman-teman baharunya untuk melestarikan alam dengan tumbuhan hijau berjaya? Adakah dia dapat kembali ke zaman yang sebenar?
Kelas 4D dapat pelajar baru! Nampak macam sombong tapi rupanya baik hati. Lily Si Genius Matematik banyak membantu kawan-kawan, tetapi sebenarnya dia juga ada kelemahan. Lily sangat sukar menghafal, subjek lain selalu gagal. Ayahnya pula garang bukan main, sebatan rotan jadi makanan.
Peperiksaan Pertengahan Tahun tidak lama lagi. Lalu Lily merancang sesuatu, komputer sekolah akan digodam. Soalan bocor amat diidam. Namun lain pula yang berlaku, perbuatan Lily dihidu guru.
Adakah Lily dapat lepas? Ataupun ada hukuman sedang menunggu?
Pekan Kirana di Kerajaan Loba ialah sebuah pekan untuk anak-anak remaja. Di sana, mereka hanya hidup untuk bekerja di kilang-kilang yang memproses pil-pil muda.
Dalila tidak menyangka akan bertemu Tuan Malan Loba. Pemerintah Kerajaan Loba yang zalim itu memberinya peluang merawat anaknya, Kai yang terkena penyakit misteri.
Dalila bersetuju. Akhirnya dia dapat melakukan perkerjaan turun-temurun keluarganya - membuat aiskrim. lni kerana penawar penyakit misteri Kai hanya ada pada semangkuk aiskrim magis. Ia bukan sembarangan aiskrim. Bahan-bahannya sukar ditemui. Namun, jikalau gagal, dia akan mengorbankan nasib penduduk Kerajaan Loba.
Tiada yang menyangka, aiskrim itu jugalah yang mengubah nasib Kerajaan Loba selama-lamanya.
Ameera adalah gadis pencinta buku, yang tegar sehingga sebuah mimpi telah membawanya ke library tepi tasik yang indah. Tidak pernah terlintas di fikiran Ameera akan wujudnya sebuah library yang seperti itu. Tanpa diduga sebuah manuskrip telah diserahkan padanya bersama pesan untuk menjaga manuskrip itu seperti nyawa.
Episod misteri dalam hidup Ameera bermula apabila salah seorang adik kembarnya menghilang secara misteri. Bertahun berlalu sehingga Ameera diberi peluang untuk bekerja di library tepi tasik. Dia ditemukan dengan Mak Sri Salmah yang awet muda dan juga Tuan Raees.
Pada masa yang sama, tan pa sengaja Ameera menemui manuskrip yang pernah diberikan oleh librarian tepi tasik. Manuskrip itu telah membawanya ke satu momen yang amat mengejutkan.
Apa sebenarnya rahsia di sebalik library tepi tasik yang gah tersergam itu? Apa pula kaitan Ameera dengan manuskrip yang diberikan oleh librarian itu kepadanya? Adakah kehilangan adiknya ada kaitan dengan manuskrip itu?
“Adakah saya akan jadi model yang popular?”
Kisah tentang Ozelyn yang berwatak ganas, pemarah dan anti sosial ingin mengubah personaliti dan dibantu oleh Leia, seorang gadis Instafamous yang mempunyai ramai pengikut dan baik hati.
Adakah impian Ozelyn mahu jadi gadis sejati akan tercapai?
Adakah Leia sebagai jurulatih peribadi berjaya melaksanakan misi ‘makeover’ terhadap si gadis ganas?
“As long as Emelda is here, Xyphea cannot enter or come. As long as you are here, in this box lies Zailyrosam.”
Pena Zailyrosam, matanya berkuasa sakti. Seseorang yang menggunakan pena tersebut, pasti mampu menghasilkan sesuatu yang hidup melalui lukisannya. Namun, setelah sekian lama, tiada sesiapa yang mampu memiliki pena tersebut. Benarkah? Kalau benar, mengapa perkara ini terjadi kepada Haniya?
Meski gembira dengan apa yang tercapai, impian Haniya bukan sekadar impian indah dihiasi bunga-bunga pelangi. Tidak disangka, berbagai-bagai masalah harus dirintangi. Pedang dan panah akhirnya menjadi senjata, perang lama kembali menunjukkan rupa. Kerana ketahuilah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan akibat. Kini, dia menanggung beban yang berat.
Akibat terlalu obses kepada sejarah Perang Dunia Kedua, Ema sanggup melanggar arahan. Ketika Kelab Sejarah mengadakan rombongan ke sebuah Muzium Perang, Ema dan Wani telah memasuki satu terowong. Siapa tahu, kemalangan akan berlaku. Apabila tersedar, Ema mendapati dirinya berada dalam zaman Jepun menyerang Tanah Melayu!
Ema ditangkap tentera Jepun, lalu ditahan menjadi tawanan. Mampukah Ema melepaskan diri dari terus menjadi mangsa seksaan? Ataupun dia akan terus terperangkap dalam zaman yang penuh dengan kekejaman.
Puteri Tiara Elegana Raja Kacaka V, satu-satunya puteri dan anak tunggal di sebuah pulau diraja Wantuseom. Pulau vulkanik yang terletak di Lautan Pasifik. Terkurung sejak lahir sehingga kini berusia remaja, membuatkan perasaan baginda membuak-buak untuk melarikan diri dan menjelajah dunia luar. Tambahan pula ramai rakan sebaya yang mula berhijrah ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan.
Negara Wantuseom dikenali sebagai pulau pelabuhan selama beratus tahun dan tidak menjadi tarikan pelancong. Kerajaan patut berusaha membangunkan pulau supaya terkenal di mata dunia. Usahasama dengan negara luar amat diperlukan untuk menarik pelancong luar terutama golongan muda.
Suatu hari, Puteri Tiara mendapat peluang keemasan. Bersama pengawal peribadi muda yang juga merupakan pengasuh baginda, Olga Bronya yang berasal dari Dagestan, Rusia. Mereka berdua berjaya melarikan diri dan menuju ke kapal diraja. Tetapi mereka berdua tersilap langkah, memasuki sebuah kapal kargo!
Adakah Puteri Tiara dapat jelajah dunia seperti yang diharapkannya? Dapatkah pengawal peribadinya melindungi baginda dari marabahaya di luar sana?
Dahlia Dollah, influencer dan selebriti muda baharu yang sedang meningkat naik. Drama lakonannya sudah memasuki musim kedua dan bakal difilemkan.
Genda Suraj, pengurus serba boleh yang menjadi pemandu, jurusolek, jurukamera dan pembantu peribadi kepada Dahlia. Jadi dia sukar untuk melindungi Dahlia sepenuh masa.
Menjadi selebriti yg termasyhur menyebabkan Dahlia kehilangan hak privasi. Kehidupan Dahlia mula terjejas apabila seorang peminat fanatiknya mula berkongsi gambar-gambar peribadi Dahlia dalam media sosial. Stalker ini malah sanggup mengikutinya sehingga ke Busan!
Adakah Dahlia akan selamat dari perkara buruk yang menanti? Segalanya terjawab dalam MISS PRINCESS CELEBRITY!
Satu hari, ketika Ira mengikuti rombongan sekolah di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Dia terjumpa lalu mengutip artifak norigae yang merupakan seutas loket rumbai jed putih hiasan yang terjatuh dari pakaian tradisional Korea, hanbok di sebuah pameran sementara tentang sejarah Korea. Tiba-tiba dirinya rebah dan berhalusinasi tentang seorang puteri raja Dinasti Joseon!
Puteri Jong merupakan salah seorang puteri Kerajaan Dinasti Joseon. Beliau seorang yang aktif, lasak dan gemarkan cabaran. Membuatkan hanbok-nya selalu koyak, kotor dan rosak. Sehinggakan bondanya, Permaisuri Sook mewariskan harta pusaka turun-temurun iaitu seutas norigae jed putih hiasan sebagai tangkal perlindung kepada Puteri Jeong.
Adakah norigae ini menjadi punca Ira kembali ke 600 tahun dulu dan berada di zaman Dinasti Joseon? Adakah mungkin terdapat persamaan antara seorang remaja sekolah di Malaysia dengan seorang puteri dari zaman Dinasti Joseon?
“Pewaris Zailyrosam akan muncul bersama penjaganya. Fariha, awak harus sentiasa bersedia.”
Seorang gadis yang lemah-lembut dan bersopan-santun. Itulah Fariha, gadis bijak yang disenangi ramai dan digemari para guru di sekolah. Sehinggalah satu hari, pelajaran terpaksa ditinggalkan. Dalam keterpaksaan, dia dipanggil untuk menghadap datuknya Tok Mali di sebuah perkampungan yang sangat asing baginya.
Tanpa diduga, dia telah diarahkan untuk menjadi seorang pahlawan di kampung tersebut yang dikenali sebagai perkampungan Emelda. Sebatang pena sakti yang dipanggil ‘Pena Zailyrosam’, bakal bertemu dengan pemiliknya, menjadi faktor utama arahan tersebut dipertanggungjawabkan ke atasnya. Oleh itu, fenomena misteri yang terjadi ini memaksanya untuk menjadi seseorang yang berlainan. Mampukah dia, seorang yang lemah-lembut menjadi seorang yang lasak dan mahir bermain pedang?
Mimpi buruk Eddy kembali apabila dapat berita bahawa GothHazel bakal dibubarkan akibat ketiadaan vokalis. Tristan dan Mai bercadang untuk memilih Avira namun Eddy membantah kerana tidak mahu libatkan gadis itu hanya disebabkan keputusan abangnya, Jayson yang pernah membubarkan GothHazel suatu ketika dahulu.
Cadangan dari Cikgu Izzah untuk adakan audition mendapat sambutan baik oleh GothHazel. Eddy memilih Ferra tetapi sejak Ferra memegang posisi vokalis band, dia langsung tidak beri kerjasama walaupun mereka ada pertandingan Battle of The Band tidak lama lagi.
Adakah GothHazel akan menggapai gelaran juara dalam pertandingan? Atau adakah mereka terpaksa menyerah sebelum bertanding?
Satu-satunya cita-cita Ariana yang terlalu sukar digapai adalah untuk bergelar seorang penulis seperti Siti Suhada. Dia menjadi bahan ejekan rakan sekelas kerana semua orang tahu dia selalu mendapat gred C untuk subjek karangan. ltu tidak pernah melunturkan keinginannya untuk menjadi penulis.
Peluang keemasan tercipta apabila dia menemui sebuah buku langka panduan untuk menjadi penulis pemula bersama sebatang pena di stor milik keluarganya. Sejak itu dia dapat menulis dengan lancar dengan pena ajaib yang baru ditemui. Apa yang membingungkannya adalah watak-watak yang diciptakan mula wujud di dunia nyata. Dunia seorang Ariana tiba-tiba menjadi huru-hara.
Apa yang akan dilakukannya apabila pena ajaib itu membawanya ke Dunia Aksara Magis, sebuah dunia yang tersembunyi untuk para penulis terpilih? Rahsia demi rahsia tersingkap di dunia yang asing itu hingga Ariana tidak dapat membezakan realiti dan ilusi. Adakah dia memilih untuk tinggal di Dunia Aksara Magis atau kembali ke pangkuan ibu bapanya?
Seorang pemuda miskin bernama Si Tunggal diupah menjadi penunjuk jalan kepada panglima raja ke satu lembah yang penuh bahaya.
Bermulalah pengembaraan Si Tunggal bersama Panglima Guntur. Mereka perlu mencari bunga sakti buat mengubati Putera Mahkota yang sedang gering. Berbagai rintangan dan keajaiban terpaksa ditempuh oleh Si Tunggal dan Panglima Guntur di hutan.
Setelah berjaya mendapatkan bunga sakti, Si Tunggal diangkat sebagai panglima muda. Di istana telah berlaku pembunuhan bersiri. Raja Gemorah iaitu pemerintah Galanga Negara, menitahkan pembunuh dicari secepat mungkin. Putera Mahkota pula dalam diam-diam melantik Si Tunggal menjadi penyiasat istana.
Mempunyai ibu bapa pakar robotik terkemuka bukanlah sesuatu yang mudah, terutama bagi Eyshaf Anaki dan Elora. Namun, Eyshaf sering merasakan diskriminasi daripada mereka. Ketika virus menyerang negara Indera, keadaan keluarga mereka berubah. Dalam kekalutan itu, Eyshaf mula menyedari ada sesuatu yang ganjil tentang dirinya.
Pencariannya dibawa kepada "Prototaip 14," rahsia tersembunyi dalam perpustakaan ayahnya, dan sebuah buku catatan ungu milik ibunya. Apakah kaitan antara rahsia ini dengan Eyshaf? Dapatkah dia merungkainya hanya melalui buku catatan itu?
Meen tidak memilih untuk menjadi pendiam tetapi terpaksa diam kerana apa yang terlintas dalam fikirannya tidak pernah sama dengan apa yang bibirnya lontarkan. Pada ketika mereka di sekeliling menuduhnya biadab, Kamarul bertindak memahami meski mereka tidak pernah sebulu.
Meen pernah memenangi pingat emas pada Kejohanan Silat Peringkat Negeri pada ketika usianya 12 tahun. Disebabkan insiden kecelakaan, Meen dihurung trauma. Dia menjauhkan diri dan enggan bersilat lagi. Bahkan, tegar membiarkan sahaja dirinya dibuli biarpun, tubuhnya disakiti.
Kamarul tidak betah membiarkan Meen tersungkur jatuh. Dia tidak mampu berpejam mata membiarkan Meen semakin jauh. Dia perlu lakukan sesuatu agar semangat Meen untuk beraksi di gelanggang kembali riuh.
Dia mungkin lebih hebat daripada abang. Maafkan saya sekali lagi. Saya tak cakap kosong. Kalau dulu, dia mungkin saingan saya tapi sekarang, serangannya seperti kilat. Sedar-sedar, lawan dah berada di atas tanah. Tersungkur tanpa orang tahu apa yang dah berlaku – Kamarul
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) meragui ketelusan penubuhan BRILLIANT. Pengurusan tertinggi KPM tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah Government Special Academy (GSA) yang mempunyai motif peribadi.
Meski curiga, pihak KPM tetap mengedarkan surat arahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya menghantar dua pelajar terbaik negeri di setiap tingkatan.
Pengetua SMK Bukit Kayu Manis yang bimbang keselamatan pelajar-pelajarnya, telah membuat keputusan untuk mengutuskan surat kepada pihak GSA. Beliau memerlukan bantuan lima orang pesilat dari GSA untuk melindungi kesemua pelajarnya.
They smell something fishy. Too good to be true - Tuan Arif, pengetua GSA
Sejak menerima sampul putih berlabel ‘GOVERNMENT SPECIAL ACADEMY’, Meen merasakan gerak-gerinya sentiasa diperhati.
“Apa motif kau intip aku? Apa yang kau boleh buat kalau aku berkeras dengan keputusan aku?” - Meen
“Kenapa kau tolak GSA mentah-mentah? Bukankah ini usaha kerajaan untuk tangani isu buli? GSA adalah akademi khas yang ditubuhkan untuk mendidik para pembuli supaya menjadi individu berguna supaya mampu berkhidmat menjaga keselamatan negara. Dan kau sebagai pesilat, akan bertindak sebagai individu yang mengekalkan keseimbangan dalam komuniti di GSA” - Fairuz
Di atas alasan tersendiri, Meen akhirnya melaporkan diri ke akademi yang dikawal ketat bagai penghuni tahanan penjara. Namun, dia tidak pernah berminat untuk campur tangan apabila para pelajar saling bertumbuk sehingga mencederakan.
“Apabila munculnya kebenaran, lenyaplah kebatilan.”
Esmi Sunka, pewaris takhta Kerajaan Sukangkara telah menerima arahan untuk mengintip pergerakan MUMTAZ di Tanah Utama. Pada awalnya, Esmi menyangka misi ini bakal menjadi pemangkin kepada kejayaannya sebagai Pegawai Muda Sukangkara. Namun, lama kelamaan satu demi satu kebenaran tersingkap di hadapan mata bahawa pewaris takhta Sukangkara itu telah memilih jalan kehidupannya dengan cara yang salah.
Pelbagai peristiwa berlaku di Tanah Utama telah mengubah cara pemuda itu melihat dunia. Misi untuk mengintip pergerakan organisasi MUMTAZ di Tanah Utama turut menemui jalan buntu. Dirinya pula terpaksa memilih sesuatu yang sukar. Kesetiaannya semakin diuji hari demi hari.
Mampukah Esmi terus menumpahkan taat setianya kepada Sukangkara? Adakah misi memburu MUMTAZ bakal membuahkan kejayaan atau hanya akan mencetuskan sebuah lembaran kegagalan untuk Sukangkara?
Implikasi daripada kegagalan misi memburu MUMTAZ sebelum ini, pihak Sukangkara telah memilih cara yang begitu drastik, menyasarkan nyawa manusia yang tidak bersalah sebagai mangsa mereka. Hari demi hari, Esmi menyedari bahawa dirinya sedang diburu oleh satu entiti yang cukup digeruni. Pertemuan dengan Daniel, mengembalikan semula memori dan luka lama yang tidak sembuh dengan sempurna. Kepimpinan tertinggi MUMTAZ dan Tanah Utama pula perlu menghadapi tekanan dan asakan yang bertubi-tubi.
Esmi, Nisryana dan Indra perlu merungkai kebenaran tentang sejarah sebenar keluarga Sunka. Namun, kebenaran tersebut datang dengan cara yang tidak menyenangkan, dan seorang manusia yang digelar Kapten Lexandros sedang menunggu masa yang sesuai untuk berhadapan dengan bekas pewaris takhta itu.
Apakah kuasa yang dimaksudkan oleh Daniel, sehinggakan Kapten Lexandros sanggup mengambil satu risiko yang besar untuk menyerang Tanah Utama? Mampukah Esmi terselamat daripada buruan bapa saudaranya?
Misi Kai, Rienna, Vishvak dan Frezay diteruskan dengan mencari relik patung gangsa dan kompas di Tamadun Huang He. Ketika sampai di satu perkampungan, orang kampung melarikan diri daripada mereka kerana disalah sangka sebagai orang suruhan Pembesar Meng yang amat zalim. Situasi tersebut membawa mereka berempat ke ibu kota wilayah.
Namun, mereka mendapati ada puak lain sedang merancang untuk membunuh pembesar itu. Justeru, Kai menyamar sebagai putera raja untuk menghentikan tragedi pertumpahan darah. Malapetaka tersebut berjaya diatasi, namun orang Mixzof mengambil kesempatan dengan menyerang Kai, Rienna, Vishvak dan Frezay semasa dalam perjalanan ke bandar Fu Yang dan ketika berada di dalam makam purba.
Mereka berempat diasak dan dihentam hebat oleh ketumbukan angkatan tentera Mixzof yang mahukan relik gangsa bagi melepaskan Segufus, iaitu binatang mitos yang dipenjara di bawah tanah. Mampukah mereka menggagalkan rancangan Mixzof seterusnya menyelesaikan misi yang diberikan bagi merebut peluang untuk mengembara ke Tamadun Yunani dan Rom pula?
Pengeboman ke atas makmal bahagian selatan Jabatan Zentrix menyebabkan organisasi itu menjadi huru-hara. Salah satu relik dari Tamadun Indus pula berjaya dicuri oleh pasukan Mixzof. Kini, Mixzof dan bala tenteranya sedang menuju ke Tamadun Mesir Purba bagi mendapatkan peta untuk ke penjara Segufus.
Frezay bersama Kai, Rienna, dan Vishvak ditugaskan untuk mencari relik berupa sebuah kotak pandora milik Firaun Khuman dan kunci khas untuk membuka kotak tersebut. Misi itu dikategorikan sebagai berprofil tinggi kerana jika Mixzof terlebih dahulu menjumpai relik itu, maka Segufus akan terlepas!
Pelbagai perangkap, serangan dan malapetaka terpaksa dihadapi oleh ahli pasukan Zentrical Z5. Masing-masing terasak tanpa peluang melepaskan diri. Mampukah mereka berempat kembali semula ke zaman kini apabila nyawa sedang di ambang maut?
Rienna, Kai, Vishvak dan Frezay dari pasukan Zentrical Z5 diberi misi untuk mendapatkan relik berupa dua keping tablet tanah liat dari Tamadun Mesopotamia. Dengan menaiki mesin masa, perjalanan mereka berempat pada mulanya berjalan lancar. Namun, sebelum sempat mereka sampai ke destinasi, mesin masa yang dinaiki oleh mereka dipintas oleh satu gelombang misteri.
Keadaan tersebut menyebabkan mereka tercampak ke satu tempat yang dikenali sebagai Taman Tergantung Babylon. Walaupun kawasan itu masih di dalam wilayah Tamadun Mesopotamia, namun misi mereka berdepan dengan kesukaran kerana segala peralatan pengembaraan mereka tidak berfungsi. Ketika cuba mencari jalan untuk ke destinasi sebenar di mana relik itu berada, perjalanan mereka disekat pula oleh Mixzof.
Mixzof mahukan relik tersebut untuk menguasai dunia. Berjayakah misi mereka berempat untuk mendapatkan relik tersebut sekaligus menyelamatkan diri daripada ancaman Mixzof yang dilengkapi tentera hidup abadi? Mampukah pula mereka melayakkan pasukan Zentrical Z5 untuk mendapatkan artifak gangsa di Tamadun Hwang Ho?
Di dunia luar, mereka hanyalah pelajar kolej biasa. Tetapi tiada siapa yang tahu identiti rahsia mereka sebagai 'Agents Of Étoile', sekumpulan ejen separa haiwan yang berkuasa magis. Siapa lagi kalau bukan trio sekawan iaitu lan, Hani dan Robin!
Satu hari, lan dan rakan-rakannya menerima misi baharu dari Profesor Walter. Mereka perlu pergi ke rumah agam Cielo House untuk menyelamatkan Kin, robot Animaux garuda emas legenda yang diculik oleh Dorado si gergasi jahal.
Tetapi, misi kali ini sangat mencabar kerana lokasi Cielo House terletak di atas langit. Bukan itu sahaja, pelbagal halangan berbahaya juga sedang menanti mereka di sana.
Arjuna, seorang petarung kuat Laga Wau, yang dijangkiti penyakit berbahaya setelah Kerajaan Dewangga didatangi sekumpulan kupu-kupu misteri. Pertemuannya dengan lntan, seorang gadis biasa yang membawa jurnal memberi harapan kepada Arjuna. Jurnal tersebut mempunyai maklumat mengenai bunga penyembuh yang mampu menyelamatkan dirinya sendiri. Kurnia, seteru Arjuna juga tidak disangka mengikuti perjalanan mereka. Mereka perlu menyelamatkan Kerajaan Dewangga, bertarung dengan raksasa, pada masa yang sama membongkar masa lepas kerajaan mereka.
Kisah mengenai persahabatan yang terjalin sepanjang perjalanan. Adakah Arjuna berjaya menemui bunga itu? Berjayakah dia menyelamatkan Kerajaan Dewangga, juga dirinya sendiri?