Pengolahan komik pendidikan oleh pakar psikiatri kanak-kanak dari Korea, Cheon Keun-ah.
Profesor psikiatri kanak-kanak di Universiti Yonsei, Korea Selatan telah dipilih sebagai salah seorang daripada 100 pakar perubatan terkemuka di dunia.
"Melalui komik ini, saya berharap pembaca muda dapat memupuk nilai-nilai moral yang baik dan belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah sendiri." ~ Cheon Keun-ah
Tema : Impian
Kisah seorang gadis yang tidak berketentuan hala memulakan perjalanan mencari impian.
Kenapa aku sering kali ditanya tentang impian?
Adakah setiap orang mesti mempunyai impian?
Namun aku cuma belum pasti apa yang ingin dilakukan apabila dewasa nanti.
Tema : Kesantunan
Kisah seorang budak nakal yang cuba menyahut cabaran menjadi budak yang bersopan santun.
"Jangan berlari-lari di tempat ramai orang!"
"Jangan lompat-lompat dalam rumah!"
"Tunjukkan kelakuan yang baik!"
Inilah peringatan daripada ibu bapaku hampir setiap hari. Pada suatu hari, aku bernasib baik dapat memiliki dua kapsul ajaib yang boleh menunaikan hajat dan hajat yang aku buat ialah untuk "kesantunan" lenyap dari dunia ini.
Adakah dunia tanpa kesantunan lebih menarik?
Tema : Merancang Wang
Kisah seorang budak lelaki yang tidak bijak merancang wang memulakan usaha menyimpan wang.
Aku nak makan tteobokki dengan kawan-kawan, nak main mainan kapsul dekat kedai alat tulis dan beli kad dagangan raksasa sesuka hati. Tapi, wang belanja aku selalu tidak mencukupi. Jadi aku pinjam wang daripada kawan-kawanku. Namun sekarang, aku tiada duit langsung nak pulangkan kepada mereka. Apa yang harus aku buat?
Tema : Pengurusan Stres
Kisah seorang gadis yang pemalu dan penakut berusaha menangi stres secara beransur-ansur
Ayah dan ibu lebih menyukai kakak dan langsung tidak ambil peduli tentang pelajaran aku. Malah rakan aku bersikap sombong memiliki wajah yang cantik dan juga pandai belajar. Hai... malangnya aku tidak memiliki kemahiran apa pun! Aduhai, segala-gala ini menyebabkan aku berasa gelisah dan stres!
Pakar bimbingan kanak-kanak dari Korea Dokto Kwon Yun-jeong berkongsi tentang peringatan penting mengenai cara mengurus stres.
"Dengan menangani stres, kita dapat mencapai pertumbuhan diri." -- Doktor Kwon Yun-jeong
Tema : Kawalan Emosi
Kisah seorang gadis yang murung dan tidak bersemangat berusaha menuju ke arah positif.
Keputusan aku agak cemerlang waktu kecil. Tapi, kenapalah sekarang aku tak ada satu pun yang baik?
Papa dan mama hanya mengambil berat tentang keputusan sekolah saja, mereka langsung tidak memahami perasaan aku.
Aku menjadi tidak lagi berminat dengan aktiviti kehidupan walaupun ia menyeronokkan.
Kenapalah aku jadi begini?
Pakar bimbingan kanak-kanak dari Korea Dokto Kwon Yun-jeong berkongsi tentang cara mengawal emosi.
"Kehidupan kita sama seperti perubahan cuaca yang tidak menentu, kenalah belajar untuk menerimanya." -- Doktor Kwon Yun-jeong
Tema : Melindungi Diri
Kisah budak yang penakut dan budak perempuan yang berani berjuang untuk melindungi diri sendiri.
Kita tidak boleh sesuka hati menyentuh tubuh orang lain walaupun hanya bermain-main sahaja. Ketika rakan menyentuh tubuh saya, saya berasa tidak selesa tetapi tidak berani untuk bersuara. Perbuatan yang dianggap gurauan senda itu mungkin boleh membawa penderitaan kepada orang lain.
Pakar pendidikan seks kanak-kanak dari Korea Hwang Go-woon berkongsi tentang kepentingan melindungi tubuh diri
"Mengusik atau sesuka hati menyentuh tubuh orang lain merupakan suatu perbuatan jenayah" -- Cikgu Hwang Go-woon
Tema : Kejujuran
Kisah seorang budak yang sering berbohong belajar bersikap jujur.
Setiap kali berdepan dengan masalah, aku akan mengelakkan diri dengan memberi alasan dan cuba menyembunyikan perkara sebenar. Walau bagaimanapun, perbuatan aku telah menyebabkan masalah menjadi semakin besar. Anak kucing belaan yang aku sembunyikan daripada mama kini pun sakit. Apa patut aku lakukan?
Tema : Kesopanan
Pakar penasihat korea Cikgu Lee Yu-jin berkongsi tentang kepentingan penggunaan bahasa yang betul.
"Tutur kata merupakan cermin keperibadian seseorang. Berfikirlah dahulu sebelum bercakap." -- Doktor Kwon Yun-jeong
Tema : Kawalan Kendiri
Kisah mendebarkan tentang bagaimana seorang budak lelaki cuba menghilangkan ketagihan telefon pintarnya.
Bagi Tyler, pelbagai aplikasi dalam telefon pintarnya seperti game dan media sosial sangat menyeronokkan.
Setiap hari dia sentiasa bersama telefon pintarnya dan lama-kelamaan dia mula mengabaikan rakan-rakan dan keluarganya.
Pada suatu hari, Harvey dewasa muncul dari 10 tahun akan datang dan beri amaran kepada Tyler. Adakah Tyler berjaya menghilangkan ketagihan telefon pintarnya?
Tema : Emosi
Kisah seorang budak yang tidak memahami perasaannya sendiri belajar untuk meluahkan emosinya yang sebenar.
Di hadapan sekolah, ada sebatang pokok pelangi dengan buah yang ajaib.
Pada suatu hari, aku makan buah itu dan tubuhku mula berubah warna mengikut emosiku.
Sesuatu yang menakjubkan berlaku. Aku boleh berkomunikasi dengan satu bunian dan berkawan dengannya. Dengan meluahkan perasaan, sebenarku, kulitku boleh kembali kepada asal.
Jadi, apakah emosi aku sekarang?
Tema : Tabiat Makan
Kisah seorang gadis yang selalu pilih-pilih makanan mengubah tabiat makannya menjadi lebih baik.
Aku benci makan sayur-sayuran! Sayur-sayuran tiada rasa dan teksturnya pun sangat pelik! Lagipun, apa masalahnya kalau aku tak makan sayur? Kenapa mama asyik paksa aku buat perkara yang aku tak suka? Kalau aku tak makan sayur, dia akan berleter tak henti-henti. Aku memang asyik kena marahkah sebab tak makan sayur?