Berikan Kami Kasih Sayang mengandungi 15 buah cerpen pelbagai tema tetapi sangat dekat dengan kehidupan penulis dan pembaca. Cerpen-cerpen ini merupakan karya para guru yang mengikuti bengkel penulisan di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru tahun 2018 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Cerpen-cerpen ini membawakan pelbagai nilai murni seperti berkasih sayang, saling menghormati, dan bertanggungjawab.
Antologi cerpen ini mengandungi 11 buah cerpen yang memaparkan tema yang sesuai dengan dunia kanak-kanak. Antara tema yang dipaparkan seperti kekeluargaan, persahabatan, keberanian, kejujuran dan kasih sayang antara anak dengan ibu bapa. Selain itu, kebanyakan cerpen yang dipaparkan mengandungi mesej yang positif untuk membimbing akhlak dan sahsiah kanak-kanak ke arah kebaikan. Kanak-kanak dapat memperoleh ilmu, inspirasi dan motivasi menerusi kisah yang dipaparkan.
Sebanyak sembilan cerpen dihimpunkan dalam buku ini membawa mesej yang bermanfaat kepada pembaca. Mesej tersebut bertujuan untuk membentuk keperibadian yang tinggi serta menghargai nilai warisan turun-temurun. Hasil bimbingan oleh figura terkemuka dalam karya kreatif, iaitu Salina Ibrahim, cerpen-cerpen ini mampu menjentik rasa suka dan duka pembaca untuk terus membaca dan menghayati pengajaran di sebalik kisah yang dipaparkan.
Ikan yang Berkaki
Ayam Jantan yang Kesunyian
Percutian Keluarga Shahmi
Adikku Suka Menangis
Persahabatan Tim STY
Sebuah Hadiah Bermakna
Jumpa lagi, Sydney!
Indahnya Berkain Sarung Batik
Bola dan Filosofi
Antologi Cerpen Kanak-Kanak : Kuching, Aku Datang mengandungi 16 buah cerpen yang menghimpunkan empat orang penulis ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza, sama ada dari segi penulisan mahupun pekerjaan. Kepelbagaian ini telah menghasilkan tema yang pelbagai tentang dunia kanak-kanak. Melalui antologi ini, kehidupan dunia kanak-kanak membawa kita mengimbau kembali kenangan semasa zaman kanak-kanak. Malah, penceritaan dalam antologi ini mengangkat kearifan tempatan untuk diterokai bersama-sama dengan pembaca. Secara tidak langsung, pembaca terutamanya kanak-kanak akan berasa seperti berada dalam kisah-kisah tersebut dan melihat setiap keunikan tempat dan perkara yang diceritakan.
"Bestnya belajar peribahasa!"
"Uwaa... susahlah!"
Eh? Belakang parang kalau diasah, lagikan tajam! Ha, apa maksudnya tu? Maksudnya, semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita berusaha, semakin banyaklah yang kita belajar tahu! Kadang-kadang rasa susah nak faham peribahasa ni kan, sebab ayat-ayatnya yang penuh kiasan dan simbolik. Fuh, berpeluh! Setiap ayat dalam peribahasa Melayu ni unik dan ada makna yang sangat mendalam. Peribahasakan warisan budaya dan kesusateraan bangsa yang mesti kita angkat dan hargai.
Jom belajar peribahasa dengan Mamat Pishang : Sesat @ KL!
Cerpen peribahasa yang terkandung di dalam novel ini :
Bagai membuang garam ke laut
Bagai asap dengan api
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Bagai menghalau kambing ke air
Seperti ayam bertelur di kepuk padi
Anis menggelar sepupunya 3F berdasarkan pangkal huruf nama mereka yang semuanya bermula dengan huruf F. Mereka ialah Faizal, Faizul dan Faizah yang juga dipanggil Faiz. Faizal dan Faizul kembar seiras berusia 12 tahun dan Faizah berusia 11 tahun, sebaya dengan Anis. Mereka anak-anak Pak Ngah yang tinggal bersebelahan rumah datuk dan nenek.
"Malam nanti kita pergi tunggu durian gugur," kata datuk. 3F bersorak gembira.
Sepupuku 3F mengandungi 11 buah cerpen pelbagai tema yang sesuai dengan dunia kanak-kanak. Cerpen-cerpen ini membawakan pelbagai nilai murni seperti ikatan kekeluargaan, persahabatan, kejujuran serta kasih sayang anak dan ibu bapa. Selain itu, kanak-kanak juga boleh mendapat inspirasi dan motivasi yang baik melalui kisah yang diceritakan.
Adira Budak Laut
Sepupuku 3F
Kilat Kasut Kawad
Ponsikau Keningau
Air Mata Iskandar
Mak, Kakak Nak Pergi Australia!
Dilema Sofia Puteri
Cuti Sekolah Balu
Jangan Ejek Aku Lagi
Bapaku Juruterbang
Daun Tikar Uwan