"Benar kata orang tua-tua, CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI..."
Bila hadirnya cinta, pasti akan hadir mata yang membenci, Kerana cinta juga, kadangkala perlu mengorbankan yang lain demi mengikut kehendak hati.
Ada yang sanggup kerana cinta, meninggalkan Tuhan yang menjaga hati semua manusia. Ada juga yang jatuh cinta pada pandangan pertama tanpa mengetahui peribadinya.
Namun, cinta juga mampu menjadi asbab mendekatiNya, dan merawat jiwa insan lain dalam masa yang sama. Cuma, sekuat mana hati kita bertaut? selama mana tahap kesabaran yang mampu menghidupkan hati yang sudah mati rasa?
Sebab itu, aku bercerita dalam naskhah ini untuk semua manusia yang sedang diuji, agar mencintai diri sendiri dan kuatkan hati, serta percaya bahawa tali itu wujud untuk kau berpaut setelah tenggelamnya kapal sebelum sampai ke destinasi.
Kerana pasti, ramai yang masih menanti kepulanganmu dan ingin membantu menumpangkan dikau kembali ke pangkalan, dan boleh jadi atas persetujuan, dikau lah juragan..
Untuk sekian lama, enam watak saling mengorbit hidup satu sama lain.
Tapi apa jadi bila dunia berhenti berputar dan alam berhenti berkembang?
Masih adakah angkasa untuk mereka hidup?
To be honest, aku bosan dah dengar orang cakap, “Belajarlah kerana Allah.”
Setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up...
Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam. Yalah, orang picisan macam aku ni, mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.
Tapi sebenarnya kan…
Aku tak pernah faham pun maksud ‘belajar kerana Allah’ tu.
Setelah dipecat daripada jawatan pengurus projek, Izzat pulang ke kampung dan menjadi pekebun pisang. Namun begitu, kisah lalu tidak berhenti menghantuinya.
Safa, setiausaha Datuk Kamal dan sahabatnya, Yusnizal datang mencari ke kampung. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Seorang ingin mengungkap kebenaran dan seorang mahu mengambus segala kebatilan.
Lari daripada politik pejabat yang memualkan, Izzat tetap tidak menemui ketenangan yang dicari. Politik kebun pisang juga kejam dan sama menyakitkan sehingga menyebabkan Izzat sedar dia perlu bangkit untuk melawan!
Persahabatan mereka bagaikan awan yang memayungi saat panas terik mentari membahangkan tubuh.
“Aku awan yang akan selalu payung kau ke mana saja kau pergi…”
Kawasan setinggan yang bagaikan neraka dunia itu menyajikan seribu satu ujian yang menggoncang persahabatan mereka. Widad cuba menjadi semangat untuk Soleiman dan Hanan.
“Apa yang kau ada, Widad?”
“Diri aku, keupayaan aku. Hanya aku yang dapat ubah aku. Hanya aku yang dapat tolong aku…”
Namun, cemburu Hanan yang tidak bertepi datang menghukum. Widad dan Soleiman dipergunakan.
“Hanan nak akak tinggalkan dia! Kalau akak tak buat, Hanan akan bencikan akak!”
Mampukah Soleiman mencagarkan sebuah rasa kerana janji yang diikrarkan kerana simpati?
“Kau tau apa kau rasa. Aku tau apa aku rasa. Tapi kita tahu perkara tu mustahil…” - Soleiman
“Kau kata kau awan aku. Kalau aku tak capai langit, macam mana aku nak jejak awan?” - Widad
Dalam menempuh pasang surut kehidupan, tiga hati berjuang mencari secangkir bahagia.
“Do you really think you can run from us, Sofea?”
*
Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain.
Namun, pertemuan dengan Danny — seorang atlet tinju tersohor — mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya — tetapi dengan harga yang mahal.
Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea.
“Anda bukan siapa-siapa tanpa kita. Kita lebih dekat daripada bayang anda, Sofea.”
Sofea mula dihantui mimpi ngeri. Jika dia tidak menurut apa yang diminta, nyawa diri dan orang kesayangannya akan berada dalam bahaya.
“Tugas anda sangat mudah, Sofea. Patuh!”
Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan – turuti permintaan mereka agar orang sekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?
“Setiap orang ada sebab masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua."
Satu keputusan yang dibuat oleh Nita mengakibatkan ayahnya lumpuh seumur hidup. Sejak itu, Nita enggan memutuskan apa-apa. Urusan bisnes Bakeri Jalan Tiung bulat-bulat diserahkan kepada pembantu, walaupun dialah pemilik bakeri. Sekecil-kecil urusan pun membuatkan Nita teragak-agak.
Nita, gadis lincah dan pemberani langsung berubah penakut.
Tanpa sedar, sikapnya mengundang satu per satu masalah. Bakeri makin merugi. Pekerja pula membuat onar. Lebih membingungkan apabila sebuah bakeri baharu yang gah muncul sebagai pesaing.
Ketika semakin buntu, Haris, seorang cef pastri dari Perancis cuba menawarkan bantuan. Kemunculannya memberi sinar harapan kepada Bakeri Jalan Tiung. Namun tidak pada Nita, kerana kepulangan Haris hanyalah menoreh luka lama.
Semakin dia cuba menghindar, semakin itulah dia harus memutuskan. Sehinggalah dia tersedar bahawa kesilapan bukan untuk ditakuti, tetapi didepani dengan berani.
Quotes Menarik dalam Buku
"Kadangkala, penawar sebenar bagi masalah dalam hidup adalah lebih ringkas daripada yang kita bayangkan."
"Setiap orang ada sebab, ada alasan masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dah dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua"
"Tuhan bekerja dalam rahsia."
"Jangan hukum seseorang kerana kesilapan lama."
"Buatlah keputusan yang boleh dibanggakan dan bukan yang buat kita menyesal tak sudah."
Nurul Hannah seorang wanita yang bijak dan kerjaya menjadi keutamaannya. Dari SPM sehingga menjadi mahasiswi Ijazah Kedoktoran, satu demi satu kejayaan diraih. Namun keluarganya menerima lamaran daripada Aidil sedangkan perkahwinan dilihat sebagai ancaman kepada cita-citanya.
Aidil nekad untuk memperisterikan Hannah. Dia yakin Hannah ialah wanita yang dijadikan ALLAH daripada tulang rusuk kirinya. Jika tidak, mana mungkin perasaan cintanya terhadap wanita itu tidak pernah pudar.
Ternyata kesabaran dan ketulusan cinta Aidil berjaya mengubah Hannah. Cinta Hannah menjadi milik Aidil sepenuhnya. Biarpun begitu Aidil tidak pernah membiarkan Hannah melepaskan cita-citanya. Mereka berjaya dalam dunia profesional dan membina syurga cinta dalam perkahwinan.
Ketika segalanya kelihatan sempurna, takdir mencipta naratif berbeza. Hadir orang ketiga dalam hubungan mereka. Demi kebahagiaan anak-anak, Hannah tabahkan diri menerima wanita lain di dalam hidup Aidil. Namun sejauh manakah dia mampu bertahan? Adakah pengakhirannya sepahit hempedu atau semanis madu?
Nafeesa seorang gadis berusia 21 tahun suka buat kerja gila! Sewaktu cuti semester universiti, Nafeesa nekad terbang seorang diri ke Vancouver untuk bertemu dengan abangnya Najwan. Si abang yang sedang sibuk belajar telah mengamanahkan teman serumahnya Khalil, menemani Nafeesa.
Bersama Khalil, Nafeesa belajar banyak perkara baharu: tentang hidup, tentang cinta, tentang agama.
Khalil sangat sempurna di mata Nafeesa. Segak, tampan, bijak, berkerjaya dan berdaya intelek. Belum pernah Nafeesa bertemu dengan seseorang yang mampu mencabar daya pemikirannya. Pencinta tegar sastera Shakespeare ini malah sempat berdebat dengan sang arkitek!
Dan itulah titik tolak bagaimana Nafeesa akhirnya jatuh cinta kepada Khalil. A man who reads makes Nafeesa weak.
Tetapi mampukah Nafeesa menawan hati Khalil yang banyak rahsia? Dan apabila rahsia tersingkap, sanggupkah Nafeesa menerima Khalil seadanya?
“Will you see me differently, if you knew my past?”
Antara trauma dan cinta?
Apa pilihan Khalil dan Nafeesa, akhirnya?
Inspektor Abu Bakar atau Bakar. Seorang anggota polis yang digeruni di Kuala Lumpur. Kehidupan Bakar pada awalnya sempurna. Namun segala-galanya berubah selepas tragedi berdarah yang meragut nyawa isterinya, Sarah. Dendam, hatinya terbakar. ltu yang Bakar rasakan. Jadi, Bakar tekad untuk memburu mereka yang telah membunuh isterinya.
Seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan menawarkan bantuan kepada Bakar. Bakar menerima bantuan itu. Apabila Bakar sudah tekad, Kuala Lumpur bakal terbakar. Masa bergerak perlahan di mata Bakar. Dia akan menumpaskan orang yang bertanggungjawab merampas orang yang paling dia sayang.
Berjayakah Bakar membalas dendam? Siapakah pembunuh sebenar isteri Bakar? Apakah nasib Kuala Lumpur selepas itu?
Sayap yang pernah patah, bukan peghambat untuk terbang semula.
The girl with a broken wings, itulah yang boleh diibaratkan dengan kisah hidup Bellisa Niliyyah. Luarnya tampak indah, serba serbi sempurna. Bak kata orang memang material girl.
Tapi, andai sahaja mereka tahu di balik imej gadis periang, ada tersimpan parut luka dari masa lalu yang kelam. Ada tangis yang dipendam, ada teriakan suara yang tak didengarkan.
Kepercayaan Niliyyah diperkotak-katik, maruah diri dipijak oleh mereka yang bernama manusia.
Namun dengan adanya Imtiyaz Daniel, telah mengubah kanta mata Niliyyah memandang dunia. Imtiyaz ibarat knight in shining armour, menarik Niliyyah keluar dari gelapnya kabut hitam.
“I would do everything to make you happy, I may not have the right words to express you how I feel and make you understand how deep this feeling.” - Imtiyaz Daniel
Kesungguhan Imtiyaz benar-benar menggugat ego Niliyyah. Mengapa lelaki itu perlu datang kembali setelah dia sudah berjaya melepaskan semua impian dan harapan?
Imtiyaz cuma masa lalu yang tak ingin lagi Niliyyah dambakan hadirnya! Sudah puas dia meratap sedih, cukup letih dengan semua hambatan luka yang datang bertubi-tubi. Silapnya sendiri kerana berharap pada lelaki yang tidak tahu akan kewujudannya sama sekali.
Persoalannya, mampukah Imtiyaz terus berjanji setia meski hamparan ombak datang menerpa? Adakah cinta lelaki itu masih utuh selepas berjaya menempa nama di mata dunia?
“Tolong jangan bencikan saya,” - Bellisa Niliyyah
Niliyyah rasa kecil di samping lelaki itu. Imtiyaz seperti garuda membelah awan, sedangkan dia tak ubah seperti rama-rama yang sudah patah sayapnya. Namun, patah atau tidak, bukan penghalang untuk serangga sekecil itu terbang tinggi, bukan?
Adakah saya memang layak digelar bodoh kerana setia?
"Selamat datang ke Ekspres Jupiter."
Tidak kira berapa juta wang yang anda ada, selagi tidak dijemput anda tidak akan dapat menaiki bas ini. Teja sungguh bertuah kerana menerima undangan itu. Undangan yang hadir bersama ribut kejutan yang menyentak, juga mengubah cara dia memandang hidup.
Pada hujung kembaranya, Teja mahu menjadi orang yang mampu berterima kasih kepada Hilzan, dan Ekspres Jupiter.
Dia hanya mahu menjadi lebih kuat!
"Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ekspres Jupiter."
“Aku benci melihat tubuh kau yang macam mayat tu. Kau tengok kat cermin diri kau tu macam mana, kurus kering, pucat lesi tak berseri langsung.” Syamsir Khalis
“Kadang-kadang hati Lia seronok sangat bila tengok di hospital tu, mereka yang senasib macam Lia ni ditemani suami. Suami menjadi orang kuat yang memberikan semangat pada isteri untuk melawan penyakit ini. Tapi… suami Lia… pembunuh… pembunuh semangat Lia, pembunuh segalanya.” Dalia Eryna
“Abang pun rindu mama jugak. Tapi… mama dah tak ada. Allah dah ambik mama, Allah lebih sayangkan mama.” Aazad
“Kenapa Allah ambik mama cepat sangat bang?”Aleesa
Begitu tega Syamsir Khalis memperlakukan kepada isteri dan anak-anaknya. Tidak adakah walau setetes perasaan kasih dan sayang terhadap mereka? Namun, sayang kesalnya di hati sudah terlambat. Forgive Me Sayang ada jawapannya.
Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.
Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya. Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa.
“Ingat Eyda! Sekali kau melangkah pergi. Akan aku pastikan kau kembali melutut ke pangkuanku lagi! Aku bersumpah tujuh keturunan kau tak akan hidup senang!” – Dani Zairie
“Demi ALLAH! Dunia akhirat aku akan menunggu setiap detik dan waktu saat pembalasan dan pengadilan ALLAH terhadap kau, Dani. Biarpun aku tidak mampu membalas dengan kudratku atas segala kekejaman dan kezaliman kau. Namun, aku pasrah dan berserah serta yakin bahawa suatu saat dan ketika, pasti balasan ALLAH akan kau terima di dunia atau di akhirat nanti!” – Eyda Amanda
“Hei perempuan! Kau dengar sini baik-baik! Kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapat balik laki kau! Ha! Ha! Ha!” – Maya Maria
Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda.
Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi? Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka?
Pertemuan kali pertama antara Jiyan dan Han tidaklah semanis mana pun. Dan... siapa sangka selepas itu, rupa-rupanya Han ialah jiran baharu sebelah rumah Jiyan.
Bagaimanapun hubungan yang tidak semanis mana itu, bertukar semanis dan seindah roti Pelangi Kafe Dapur Isma apabila Han si mamat stone itu menjadi tutor matematik bidan terjun untuk Jiyan yang nakal. Han yang sentiasa ada untuk Jiyan itu membuatkan hati Jiyan selalu berbunga-bunga.
“Awak cari apa lama sangat, tu?” ~ Han
“Cari perhatian awak.” ~ Jiyan
Namun bunga yang mahu berkembang terus layu apabila rasa hati Jiyan ditolak tanpa konar-konar lagi oleh Han. Jiyan memujuk diri sendiri agar dapat melupakan Han.
Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula.
“Kenapalah awak ni muncul balik tiba-tiba dan ada aje kat mana-mana?” ~ Jiyan
“Sebab, hero kan kena sentiasa ada di sisi heroin dia.” ~ Han
Hati Jiyan masih berdebar-debar dan suka pada Han untuk sekali lagi. Cuma antara mereka adanya Carissa. Adakah benar dan tertulis yang Han itu hero untuk Jiyan?
Yang membataskan langkahmu hanyalah ketakutan seorang dewasa!
Zahra — terpaksa menangguhkan semester PhD-nya dengan sejuta cerita terpendam. Dia memilih alam muzik tanpa mendedahkan punca sebenar: kanser glioblastoma, rahsia tersembunyi di sebalik senyuman pahit yang tergarit.
Fared, pelarian Syria, membawa luka-luka yang merintis kisah kehilangan keluarga. Tragis, sarat dengan duka yang tidak pernah berkesudahan.
Pertemuan mereka di Jerman bukan sekadar kebetulan, tetapi membawa harapan baru yang mengubah rentetan hidup mereka.
Ini bukan kisah semata-mata tentang mengejar impian. Namun kisah perjuangan menakluk impian dalam sisa-sisa waktu yang tertinggal.
Persoalannya, adakah akan kesampaian?
Bakat melukis yang meramal masa depan. Anugerah, atau sumpahan?
Kerana satu tugasan kelas, persahabatan Ingrid si gadis aneh dan Adry yang istimewa mula terjalin. Tetapi penemuan sebuah jurnal hitam tinggalan seseorang menghantar seribu satu persoalan dalam hidup Adry.
Jurnal itu… siapa pemiliknya? Benarkah isinya meramal takdir yang belum tertulis?
“Saya rasa mungkin ada jalan untuk stop benda ni. Break the curse.” - Kara
“… kita musnahkan ‘sumpahan’ ni... dan lepas tu apa? Happily, ever after?” - Ed
… but this book might haunt you.
You’ve been warned.
Kerana takdir akan menemukan jalannya.
Soraya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman bersama dua orang anaknya. Ada misi yang ingin dilaksanakan demi memulakan hidup barunya, namun tanpa dia sedar kepulangan itu bakal mengubah sejarah hidupnya.
Remi, lelaki asing yang tiba-tiba muncul dikampung itu lima tahun lalu tidak begitu disenangi oleh penduduk kampung, kecuali Tok Salim, ketua kampung. Kutu rayau, kaki lepak, itulah gelaran yang diterima. Namun itu semua langsung tidak diendahkannya.
Soraya, kepulangannya menjadi buah mulut.
Remi, kemunculannya menjadi tanda tanya.
Apabila hati yang terluka bersatu dengan hati yang penuh rahsia, akhirnya menimbulkan kekalutan. Remi dan Soraya cuba untuk meleraikan kekalutan itu, dan bersama mereka menemui dan membongkar satu rahsia yang disembunyikan bertahun lamanya.
Termasuklah rahsia tentang hati.
“Eh, perempuan senget! Jangan kacau hidup aku boleh tak?”
“Perempuan senget kau panggil aku?!!!”
Ehsan memang pantang sekali apabila bertemu Dahlia; musuh sejatinya. Asal jumpa saja mesti bergaduh. Macam anjing dan kucing!
***
Ehsan, seorang atlet Muay Thai bersungguh-sungguh berlatih agar dapat membanggakan ibunya. Namun, tragedi berlaku sehingga membuatkan hati Ehsan luluh—sinar hidupnya hilang, dunia terasa gelap.
Ehsan mula mengurung diri. Hari-harinya dihabiskan hanya terperuk di dalam rumah, memandang silingdengan renungan yang kosong.
Sampailah suatu hari, tingkap bilik Ehsan diketuk oleh seseorang—Dahlia! Apa yang dia buat di sini?
“Aku nak tolong kau, faham tak?”
“Aku tak perlukan bantuan perempuan muka tempelan macam kau!”
“Eh, sedar diri sikit. Kau tu yang muka diskaun!”
Ketika peluang terakhir menjadi taruhan, Ehsan terpaksa membuat pilihan—sama ada kekal terpuruk dalam kegelapan, atau cuba meraih kebahagiaan diri untuk sekali lagi.
Ini kisah cinta.
Kisah Yin dan Dzil yang bertemu pertama kalinya di Osaka, Jepun.
Dan ini juga kisah dua hati yang baru belajar untuk mengenali dan menyayangi.
Tapi ...apabila Yin dan Dzil tiba-tiba terperangkap dalam satu misteri pembunuhan, sekelip mata hidup mereka berantakan.
"Kita tak boleh biarkan aje mayat ni dekat sini. Kita kena buat sesuatu!" - Dzil
"Janji yang kita takkan sebut lagi tentang hal ni. Sampai bila-bila."- Yin
Kata orang, lagi kita cuba untuk kambus suatu rahsia hitam itu, lagi kuat ia datang menghantui.
Dan apabila semakin sukar untuk rahsia itu terus kekal menjadi rahsia ... bagaimana dengan kisah cinta Yin dan Dzil?
Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing - termasuklah Aria dan adiknya.
Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.
Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.
Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiannya.
"Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria."
Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor turut lumpuh.
Itulah yang sedang dialami Bokor - kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor laiin mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.
Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah.
Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa.
"Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi... jika kau pilih jalan ini."
Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri.
“Kosongkan minda... Buang semua andaian kau selama ini tentang Aras Atas. Perkara yang bakal kau lihat, tidak pernah kau lihat sebelum ini. Perkara yang kau faham, tidak seperti yang kau anggap…”
Setelah melalui pelbagai keperitan di Aras Lantai, Aria dinaikkan ke Aras Atas dan diiktiraf sebagai Manusia Suci - suatu anugerah bagi yang menyumbang bakti demi Bokor. Layanan yang diterima cukup istimewa, tetapi Aria merasakan segala-galanya serba tidak kena.
Satu per satu persoalan timbul di benaknya, sehinggalah Aria ditunjukkan kebenaran melebihi apa yang dia pernah bayangkan. Semua kesenangan yang dinikmati Manusia Suci selama ini adalah hasil penderitaan orang-orang sepertinya!
Adakah kesetiaan Aria kepada Bokor akan terus memalingkannya daripada kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh?
Selepas kejayaan menumpaskan Imam Mahadi palsu, Rahem dinaikkan pangkat dan ditugaskan sebagai timbalan ketua polis di sebuah daerah di Selangor.
Satu demi satu kes berjaya diselesaikan oleh Rahem, termasuklah kegiatan judi haram yang terbesar di Malaysia.
Kredibiliti Rahem meningkat sehingga dia diarahkan untuk membongkarkan sindiket dadah yang diketuai oleh seseorang yang digelar Escobar Asia Tenggara.
Tetapi operasi ini membawa bencana ke atas diri Rahem dan insan-insan yang disayanginya. Hidup Rahem berubah, identitinya hilang dan amarah Rahem menggila.
Dia bertekad untuk membalas dendam, walaupun nyawanya sekali lagi bakal menjadi taruhan
Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya.
Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya.
Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah.
"Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?" Cadang Ross.
Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju.
"But with one condition." Matanya merenung serius.
"Okey?" Ross dekatkan diri dengan Kenzi.
"Find someone whom I will never fall in love with, will you?" Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross.
Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah?
Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?
Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Si jejak pula, mulut manis bergula buat hati Zink dikunjungi musim bunga setiap masa.
Bermula daripada pasangan eksperimen, tiba-tiba hati dilambung cinta membuatkan kedua-duanya setuju untuk berkongsi rasa. Apabila cinta dan kimia disatukan dalam satu cerita,
"Zink, I love Uranium."
"Potassium Caan."
Orang kata cinta itu macam kimia. Tapi dalam kimia, tidak semestinya sesuatu tindak balas itu akan kekal sama, dari awal hingga akhirnya. The chemicals could be contaminated, and it should be eliminated... right away. Eksperimen yang baharu harus dimulakan.
"Kita still kawan, kan?" - Zink
"Aku pernah putus cinta sekali, tapi aku tak nak putus lagi sekali. Sebab macam kau cakap, kawan pun cinta. Cukup hilang kau sekali aje, I can't afford to lose you twice." - Caan
Mampukah hubungan mereka bertahan hingga ke akhirnya? Ikuti perjalanan suka duka mereka dalam Kimia!
Hackers Malaya. Masyarakat menganggap mereka sekadar kumpulan anak muda yang punya banyak waktu berpeleseran di dunia maya. Ada yang menyokong. Tidak kurang yang mengecam. Tapi H dan rakan-rakan tidak peduli. Ada misi baru yang menanti. Ada rahsia pempengaruh selebriti yang perlu dibongkar; pendakwah songsang, usahawan penipu, pengarah setan.
Walau dirancang dengan teliti, setiap tindakan Hackers Malaya cekap ditangkas musuh. Target mereka ternyata bukan calang-calang. Antara pengaruh dengan khabar angin, yang mana lebih dipercayai? Tatkala kebenaran disuakan, masih ada rahsia yang tersimpan rapi. Adakah H digula-gulakan rakan-rakan sendiri?
Persoalannya sekarang, “Siapa pula yang patut kita koyakkan lepas ni?”
Bersaksikan langit biru, Mikaeyl pernah mengimpikan seluruh hidupnya bersama Aniesha. Dia juga pernah membayangkan hari-hari tua bersama sahabat baiknya, Najmi dan Haikal. Perselisihan antara empat jiwa itu memaksa Mikaeyl pergi membawa diri. Aniesha dilepaskan bersama luka yang menyakitkan. Najmi dan Haikal ditinggalkan tanpa khabar berita.
Dan selepas tiga tahun, pertemuan semula lewat sebuah insiden mencantumkan kembali jalan-jalan hidup mereka. Di persimpangan itu, dapatkan Haikal dan Najmi menerima semula Mikaeyl?
“Beri aku ruang, ya? Untuk tebus satu-satu kesalahan aku pada kau dulu.” – Mikaeyl
“Kita semua boleh berjanji, Mika. Tapi tak semua boleh tunaikan janji.” – Aniesha
“Jangan lepaskan peluang untuk bersama orang yang kau sayang. Nanti kau menyesal.” – Haikal
“Dan aku tahu sesusah macam mana pun aku cuba, kita takkan jadi macam dulu.” – Najmi
Lalu, bersaksikan langit biru itu juga, apakah akhirnya akan ada bahagia untuk setiap mereka?
***
Broleecomel telah menghiaskan langit kita dengan warna biru yang terhasil daripada suka duka dan pahit manis sebuah kehidupan. Di bawah langit itu juga, Broleecomel mengajak kita menjadi matang bersama Mikaeyl, Aniesha, Haikal dan Najmi.
– Pingu Toha, Editor
Kematian demi kematian. Mangsa dibunuh satu per satu dengan kejam. Tubuh mangsa dirobek, jantung, hati dan darah mangsa hilang. Negara dilanda keributan. Inspektor Damia ditugaskan untuk menyiasat dan menangkap pembunuh kejam itu. Malangnya, semua siasatan membawa ke jalan buntu.
Tekanan semakin hebat. Inspektor Damia mula meragui kemampuannya. Kemunculan lelaki misteri membuka lembaran baru. Barulah dia sedar musuhnya bukan pembunuh, biasa tetapi musuh yang datang ratusan tahun dahulu.
Siapakah susuk yang berusia ratusan tahun itu? Kenapa dia memburu mangsanya? Apakah kaitan lelaki misteri itu dengan Inspektor Damia?
Zara, seorang penulis novel yang baru saja kehilangan suami dan anak tersayang membawa diri ke log cabin untuk mencari ketenangan dan menyiapkan manuskrip yang tertangguh.
Namun tanpa disangka dia telah terperangkap dalam plot cerita yang sedang dikarang. Lain yang dirancang, lain yang telah berlaku. Watak-watak utama dalam novel yang sedang dikarangnya tiba-tiba hidup lalu mengancam emosi dan perasaannya.
“Saya ke sini untuk menyiapkan manuskrip saya. Tapi lain pula yang terjadi. Laptop saya kehabisan bateri. Nak cas tak boleh sebab tak ada elektrik di sini. Nak keluar tak boleh sebab jip rosak. Akhirnya saya tercampak ke dunia novel yang saya ciptakan sendiri.” ~ Zara
Ketenangan yang dicari di log cabin menambahkan sengsara yang sedia ada. Namun sebaik sahaja dia berjaya meninggalkan log cabin, satu demi satu rahsia terbongkar.
Dia diam apabila marah.
Dia diam apabila sedih.
Dia diam apabila kecewa.
Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga.
“Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik."
Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia dimalukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi.
Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang harus diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri.
Jika kita boleh kembali ke masa lalu, mengubah hal-hal dahulu, membaiki kesilapan yang telah berlaku, lantas untuk apa kita risau akan masa hadapan?
Bujang – berjuang untuk memiliki cinta hati tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekeliling, namun tewas mengatasi perasaan dilemanya dan menjadikan dia seorang pengecut.
Adli – begitulah hal-hal yang selalu mengganggu dirinya – menjadikan dia seorang perindu akan masa lalu dan dibelenggu seribu penyesalan.
Namun, kehadiran “jam” yang misteri telah mengubah segala-galanya.
…
May – Terpasung di Lorong Waktu merupakan sebuah novel time travel – melompat dari tahun 2019 ke tahun penuh tragedi, 1969. Novel sulung penulis ini dikarang beliau pada tahun 2006 ketika berusia 15 tahun.
Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu.
Tetapi, benarkah rumah itu berhantu?
Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luarbiasa.
Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar. Berani?
Bahagian I
Will you wait for love Or Fight for love
Bahagian II
The worst part of life is waiting
The best part of life is having someone worth waiting for
Bahagian III
I love you. Can you please love me too?
Korea Utara merupakan satu-satunya tempat pada abad ke-21 yang tidak mempunyai kebebasan bergerak. Disebabkan itulah, ada rakyatnya yang nekad untuk melarikan diri ke Korea Selatan walaupun nyawa mereka menjadi taruhan.
Juyeong telah menghadiri temu duga di sebuah syarikat penerbitan. Di sana, dia bertemu dengan Ejen Perisikan Nasional bernama Ko yang memerintahkan Juyeong untuk memantau komen di Internet. Selepas pilihan raya presiden, Ko menawarkan pekerjaan kontrak kepada Juyeong di Yuniwon, sebuah organisasi yang membantu pelarian dari Korea Utara.
Di Yuniwon, Juyeong bertemu dengan pelarian dari Korea Utara yang telah melarikan diri ke Korea Selatan atas pelbagai sebab. Melalui kisah-kisah pelarian seperti Suji yang datang ke Korea Selatan bagi mencari kebebasan dan Changju yang ingin mencari wang untuk bermain bola sepak, Juyeong mulai memahami kehidupan pelarian dari Korea Utara yang bukan saja menderita kerana kesepian di tempat asing, tetapi mereka juga terpaksa terus membuktikan diri agar dapat diterima oleh masyarakat Korea Selatan
Apabila Hana bermimpi, dia menjelma menjadi watak nyata dalam hidup Khairul. Khairul juga serupa. Kenapa begitu? Kenapa sekarang? Setelah kenangan sebagai suami isteri di bumi Jepun sembilan tahun dahulu, telah mereka lepaskan.
Hana sangka, dia telah melupakan segala-galanya tentang Khairul. Khairul yakin, dia pasrah melepaskan Hana. Sehinggalah mereka bertemu kembali.
Ego, kesal, rajuk ... lemas dalam rahsia-rahsia yang menjeluak. Mereka berlagak dewasa, berpura-pura melupakan masa silam.
Tetapi mimpi tidak pernah lupa … saat semua yang lain sudah melepaskan.
Setiap hari, manusia bermimpi empat kali; bercakap tidak kurang 7,000 patah kata; meminta maaf sebanyak lapan kali.
Bagaimana jika maaf tak terungkap, dek ruang bercakap dirampas?
Bagaimana jika Tuhan mengaturkan tiga pertemuan, dalam tiga peristiwa mimpi berbeza untuk memperbetulkan keadaan?
Apakah mimpi dapat membuatkan dua insan kembali ingat akan hal-hal yang cuba mereka lepaskan?
Kisah cinta tak kesampaian Ehsan bermula di Las Vegas. Hannah telah meninggalkan satu tekad dalam jiwa lelakinya sehingga membentuk kerjaya dan perniagaannya sekarang.
“I’m into a man making a gun, not a man shooting a gun.” - Hannah Scott
Tujuh tahun lamanya Ehsan terpisah dengan Hannah tanpa sebarang berita. Selama itu juga, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Namun, agenda Tan Sri Abdul Hadi ingin memperkenalkan anak gadisnya menimbulkan tanda tanya. Sejak itu, hatinya mula goyah.
Mengenali Hana Raisa Abdul Hadi umpama deja vu. Hana Raisa mengingatkan Ehsan tentang Hannah Scott. Wajah mereka hampir seiras walaupun perwatakan mungkin berbeza.
Walaupun sikap Hana Raisa agak ‘Amerikano’ di mata Ehsan, dia tetap berasa selesa tiap kali berada di samping gadis itu. Seakan serasi bergandingan bersama.
Dear Hannah,
I’m sorry that I finally have to let you go.
Welcome Hana Raisa, who I will start a new life with.
Saat Ehsan mula memilih Hana, Hana pula sukar memberi kata dua. Pendirian Ehsan buat dia sedar, Daniel lebih baik untuknya.
“You as American girl. You tak tahu ke zaman sekarang orang dah tak dating lagi. They meet, talk, catch feelings, have a good thing going on for a little bit then end up either ignoring or marrying.” - Ehsan
“Haha… not funny but for real, memang cinta tak penting bagi you?” – Hana Raisa
Izz Ardan; pemilik Something Purple yang pintu hatinya tertutup setelah dikecewakan lima tahun lepas, mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari sumpahan 'purple' pada hari yang sama Aufy Zasha melangkah masuk ke dalam kedainya.
"Kau pakai navy blue, and poooff, dia datang. I think she's special." - Zayn
Istimewa? Izz Ardan menafikan. Yang membezakan Aufy dengan pekerjanya yang lain cuma satu, nama panggilan yang Ardan reka khas untuk Aufy; Dora. Yang ada kalanya bertukar menjadi 'Dora Saya'. Tanpa disedari, Dora itu menapak langkah bukan saja di dalam kedainya, tapi juga masuk ke dalam hatinya.
"Pernah tak orang bagi tahu awak yang awak ada killer smile? And it just murdered me." - Ardan
Aufy meluat bila ketampanan Ardan dipuji. Bagi Aufy, Ardan itu so-so saja. Tak ada yang istimewa. Namun bila hari-harinya sentiasa ada seorang Ardan di sisi, dia jadi selesa. Selesa yang menakutkan.
"Salah aku sebab tak pernah expect dia akan jadi seorang bos yang... extraordinary. Tell me how can I unloved that guy. Aku macam tak boleh nak patah balik, dan aku tak boleh nak teruskan." - Aufy
Dan Ezra muncul semula. Lelaki yang hobinya merampas kebahagian ardan. Bila Ezra ada, Ardan jadi takut untuk bahagia.
"And now I need to find a new happiness." - Ezra
Lima tahun lepas, Ardan kalah. Adakah kali ini dia akan berjuang demi Aufy? Demi kebahagiaannya? Tapi layakkah dia untuk mengecapi bahagia?
Cinta itu anugerah. Sudah tertulis sebelum roh ditiup bahawa dia akan menjadi milik kita.
1911
Naskah Terakhir Laura Isabell telah menimbulkan tanda tanya kepada pewarisnya. Catatan kisah cinta yang menyentuh hati itu telah membuatkan setiap pewarisnya berkelana ingin mencari kesudahan kisah tersebut.
2008
Dean, waris terakhir yang diwasiatkan memikul amanah itu. Namun, amanah yang dipikul datang bersama sebuah tanggungjawab yang berat.
Laura Isabell. Sepasang nama yang sering membuatkan diri si gadis Melayu jati itu disalah faham. Namun dia tidak menyangka, ada rahsia yang tersimpan berabad lamanya di sebalik nama itu.
Mampukah Dean melaksanakan amanahnya? Dan apakah rahsia di sebalik nama Laura Isabell?
Segalanya bakal terungkai di dalam Naskah Terakhir Laura Isabell... cinta yang merentasi batas waktu.
Noktah Yang Memujuk merupakan karya Iddin Ramli yang ke-3 selepas keluaran buku pertama beliau, Hati Ke Hati yang diterbitkan pada tahun 2020 dan buku kedua beliau, Berakhirnya Mendung Kelabu yang dikeluarkan pada tahun 2021.
Antara keistimewaan yang dibawa oleh Noktah Yang Memujuk:
Quotes & puisi yang memujuk.
Sarat dengan naseehat yang menyedarkan.
Penyampaian yang santai & sampai.
Siapa yang perlu dapatkan? Untuk yang sedang kecewa, yang sedang patah hati dan yang sedang dalam kelekaan mengejar dunia. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan yang baik baik saja :)
Healing bukan soal melupakan.
Tapi untuk menerima segala yang telah menjadi kenyataan. Sebelum kamu mampu menerima, kamu harus bersederhana.
Sederhana itu kesannya besar buat hidupmu.
Kamu harus sedar kamu itu manusia tak mampu mewujudkan apa-apa. Kamu harus sederhana dalam mencuba, berharap, mencintai, rasa ingin memiliki agar tiada luka-luka yang hadir kerana harapanmu yang menggunung tinggi.
Kerana manusia akan sentiasa perkecilkan keperluan untuk sederhana sehingga luka hadir menyapa.
Berkonsepkan aesthetic
Quote Healing untuk makanan jiwa
Isi dalam ‘Fully Colour’
Mempunyai 200 quotes
“Intan sedar diri sikit boleh? Fikir panjang. Kalau tak kahwin, siapa nak jaga Intan? Intan kan ....”
“Saya ni kenapa, mak?”jerit Intan, tangannya menggigil.
***
Semenjak Intan mengetahui keadaan dirinya yang tidak sempurna seperti wanita lain, dia sudah mematikan harapan untuk berkeluarga. Lebih-lebih lagi apabila hubungannya pernah terputus tengah jalan kerana perkara itu.
Ketika Intan sudah pasrah, ibunya pula beria-ia mengatur agar Intan berkahwin dengan calon pilihan. Meskipun berkali-kali Intan menolak, ibunya tetap berkeras dengan keputusan tersebut.
“Takkan mak nak aniaya awak? Salah ke kalau seorang ibu mahukan anaknya bahagia?
”Hati Intan luluh berkecai apabila ibunya mula bertindak melampaui batas. Bagi ibunya, semua demi kebaikan Intan. Namun bagi Intan, cukuplah sekali hatinya disakiti.
Andai Intan membuka lagi hatinya untuk meraih kebahagiaan yang diimpikan, mampukah harapan ini mekar, atau dirinya akan kecewa buat kesekian kali?
“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukanlah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!
Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan Si Licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan kebun teh miliknya sebagai mahar?
Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
Karya ini didedikasikan istimewa buat kalian yang pernah atau sedang berada dalam fasa yang meruntuhkan hingga sukar mencari jalan keluar.
Ketahuilah dalam dunia ini, kamu tidak keseorangan. Betapa ribuan manusia di luar sana juga sedang memikul pikulan berat sepertimu. Dan pastinya, setiap bebanan di hujungnya nanti akan ada keringanan dan kemudahan. Realiti kehidupan itu benar memeritkan. Tidak seindah fantasi dan drama yang diakhiri dengan kemanisan. Belajarlah untuk bersabar. Sehingga bila? Bersabarlah sehingga kita menjejakkan kaki ke Syurga.
Adakalanya jika kamu merasakan sudah berjalan terlalu jauh, hingga sampai titik perjuangan yang menyesakkan dada... kamu harus lebih berani membuat keputusan untuk terus melangkah. Agar tidak terperangkap di suatu tahap yang boleh menghancurkan dirimu. Kerana kamu lebih tahu seberapa lelahnya dirimu melawan ujian dunia.
Tumbuhlah dengan lebih dewasa melaluinya. Meskipun dalam kehausan semangat, dia selalu saja mengatur rencana hebat untuk setiap jalan yang kamu pilih. Kamu pernah memperjuangkan hidupmu sehabis mungkin. Jadi, teruslah melanjutkan kehidupan walau bagaimana pun keadaanmu.
Berkonsepkan aesthetic
Quote Healing untuk makanan jiwa
Isi dalam ‘Fully Colour’
Mempunyai 200 quotes
Alam raya ini sedang menyaksikan fasa perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka bukan sahaja para khalifah dari semua dunia yang dibangkitkan, malah musuh-musuhnya juga.
Ini ialah kisah seorang lelaki yang dikatakan akan memulakan peperangan terbesar yang pernah dunia ghaib saksikan.
Ini juga kisah seorang wanita yang melangkaui kematian untuk menyelamatkan nadi cintanya.
Dan yang menarik-narik benang kepada segala malapetaka itu ialah satu entiti yang sejak ratusan tahun lagi sudah merencanakan kebangkitannya. Kesudahannya akan menyedarkan mereka tentang hakikat kehancuran yang bakal tiba. Tujuan hidup mereka akan dipersoalkan semula di hadapan musuh yang sedang mara.
Ketika Sameera terima Ishaak jadi teman lelakinya di usia 17 tahun, dia sedikit pun tak menyangka bahawa pemuda kurus kering itu akan suatu hari jadi Haque Zuhal, bintang pujaan ramai, yang lagu-lagunya akan berkumandang di corong radio, yang dramanya dimainkan di televisyen, dan yang wajahnya akan menghiasi papan-papan iklan di lebuh raya.
“Meera tunggu saya, ya? Meera sabar, ya?”
Tetapi apabila Haque jatuh cinta dengan wanita lain dan membuat keputusan hubungan mereka harus putus ketika dia berusia 35 tahun. Sameera harus berhadapan dengan banyak cabaran yang menjengkelkan yang tak dihadapi wanita patah hati yang lain, daripada para netizen yang banyak spekulasi, tumpuan umum yang tak dikehendaki, hinggalah wajah dan suara Haque yang tertampal dan berkumandang di merata tempat.
Sameera kemas barang, pindah ke rumah sepupunya Mirah, bekerja di syarikat lain, dan cuba meneruskan hidupnya. Dia cuba mengaburi pandangan matanya dan menutup telinganya daripada terus dimaklumkan dengan kebahagiaan baharu bekas kekasihnya.
"Saya tak perlukan satu Malaysia beri komen tentang hidup saya. Saya tak mahu orang yang tak dikenali datang dan tepuk belakang saya dengan muka simpati... Saya cuma nak hidup." - Sameera
Dalam usahanya untuk cuba mencari maksud hidup sebagai seorang manusia yang tak pernah jadi wanita single selama 18 tahun, Sameera harus menghadapi pelbagai jenis manusia, daripada Puan Saidah yang masih enggan menerima hakikat dia tidak akan bermenantukan selebriti terkenal. Ned, personal assistant Haque yang kerap mengingatkan Sameera tentang lelaki itu. Sameera berjumpa Jamie, yang mempunyai sejarah hitamnya sendiri dan juga sejarah hitam yang turut merubah hidup Sameera.
“Awak tahu apa itu petrichor? Petrichor ialah bau segar yang muncul selepas turunnya hujan. Tapi satu-satunya cara untuk bau segar tu datang ialah dengan membiarkan tanah yang kering dibasahi hujan."
"Syarat Kak Farah... dia meminta aku supaya keluar dulu dengan kau sebanyak tiga kali. Tiga janji temu. Berkenal-kenal dan baharulah buat keputusan. Sekiranya aku masih tidak dapat menerima kau juga, Kak Farah akur dengan keputusan aku. Kalau kau marah, aku faham."-JOE ADAM
Demi menjaga hati Kak Farah, Joe Adam penuhi syarat menggunung tinggi kakak sepupunya ini agar hati yang baru terluka berbuka hati pada Ain Nurlisa staf di syarikat Kak Farah dan part-time model yang baru. Sunggahpun begitu, harapan Kak Farah tidak mampu dia penuhi kerana cintanya sudah memilih Krista, supermodel dari Indonesia.
"Aku tak marah. Aku ikut saja apa keputusan kau. Kalau kau rasa kau patut akur dengan syarat Kak Farah, aku ikut saja. Aku tak simpan rasa apa-apa. Terima kasih kerana memberitahu aku tentang hal ini."-Ain Nurlisa
Hati mana yang tidak meribut dan huru haru apabila Kak Farah cuba menjodohkan dia dengan Joe Adam, pelakon bebut dan hero nombor satu dalam industri televisyen dan filem Malaysia. Seperti pucuk dicita ulam mendatang pula. Harapan Ain menggunung tinggi agar Joe menerima dirinya di akhir janji temu yang ketiga nanti. Seperti cerita cinta dalam filem pala. Yang pasti kisah cinta itu akan berakhir dengan happy ending. Semoga pada janji temu terakhir mereka nanti, Joe dapat menerima dia.
"Ini Ari Zamanlah pantang menyerah. Selagi perempuan yang bernaung di bawah nama Ain Nuria Amir Lukman itu tidak menjadi isteri uku, selagi itu aku tidak akan berhenti berusaha."-Ari Zaman
Pantang menyerah kalah itulah prinsip yang Ari Zaman, pengarah muda dan pelakon terkenal. Padanya Ain Nurlisa adalah milik dia. Tidak akan ada lelaki yang selayak din menjadi suami perempuan itu. Sanggup dia lakukan apa saja walaupun sekotor najis yang paling basuk kalau itu yang akan memastikan Ain menjadi isterinya.
Adakah Joe dapat menerima Ain setelah janji temu yang ketiga berakhir? Kalau ya, bagaimana dengan Krista? Adakah dia akan berdiam saja? Atau Arikah yang berjaya menawan semula hati Ain yang pernah dia lukai dulu. Jika Ain dipaksa memilih, siapakah di antara Joe dan Ari yang dipilih?
Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.
Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.
Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya.
Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!
Sultan Terakhir Empayar Melaka telah meninggalkan harta karun yang nilainya bIlion. Selama ratusan tahun, harta itu telah dijaga oleh sebuah persatuan rahsia.
Sehinggalah suatu hari rahsia itu terkuak. Beberapa pihak mula mengatur langkah dan strategi bagi membongkarnya.
Ia bermula dengan pencarian lapan bilah keris pusaka yang menjadi petunjuk kepada harta karun itu.
Di sinilah Amin, seorang lelaki yang hidupnya mudah, hanya mahu kerja stabil dan cuba mendapatkan cinta gadis pemalu, terjebak dalam konspirasi dan pengkhianatan yang tidak pernah dia bayangkan.
Yang akhirnya juga membuka rahsia hidupnya yang tidak pernah dia sangkakan.
Padi ialah nadi hidup keluarga Lahuma, Jeha dan seluruh penduduk Kampung Banggul Derdap. Kemarau, banjir dan haiwan perosak dihadapi dengan penuh ketabahan dan pergantungan kepada Allah Azzawajalla.
Memperjuangkan padi bererti memperjuangkan hidup. Inilah kepercayaan yang dipegang teguh oleh Lahuma, kemudiannya diwarisi Jeha serta anak-anak mereka: Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Tatkala Lahuma tertusuk onak nibung, Jeha bangkit menajak sawah 14 relung pusaka keluarga. Saat Jeha mula hilang pertimbangan, Sanah dan adik-beradik tabah menyemai, menghalau ketam dan tiak, memotong serta mengetam padi hingga tersimpan di gebuk.
Tiada sedikit pun keluhan yang terluah, melainkan peluh yang tidak putus-putus mencurah.
Ranjau Sepanjang Jalan membawa kita menyorot kecekalan anak tani menempuhi kegetiran hidup dalam berbudi kepada tanah, dengan jiwa yang pantang menyerah.
Abi Umi ni tak pernah faham Ain!
Semua pilihan Abi dan Umi, tak pernah Ain bantah walau sekali. Setiap kali Ain suarakan keinginannya, semuanya ditentang.
Sehingga ada rahsia yang Ain pendam daripada pengetahuan Abi dan Umi. Tak pernah diceritakan kepada sesiapa sebab merasakan dirinya jijik dan berdosa. Apatah lagi, Abi dan Umi orang terhormat.
“Jangan menangis. Malu kat orang yang tengok Ain."
Jika mereka tidak pernah mendengar, mampukah mereka faham?
***
Semuanya berubah apabila Ain berada di Laman Harmoni sebagai penjaga orang-orang tua. Pertemuan dengan Pak Yazid, yang bersikap yang misteri, perongos, dan cerewet, membuatkan Ain ingin mengenalinya.
Rupa-rupanya, mereka berkongsi duka yang hampir sama; Ain takut dibenci, Pak Yazid takut ditinggalkan. Andai rumah bukan lagi tempat pulang, mampukah mereka berjumpa ruang damai itu?
“Kenapa kau baik dengan aku? Let me draw the line here. Kau ni macam stranger je, faham?”
Bagi Adelia, cukuplah hatinya terluka dengan keluarga yang tak pernah peduli. Dia tak perlukan sesiapa, termasuklah mamat bernama K.E ini.
Tetapi ada sesuatu yang terus menarik K.E untuk mengenali Adelia, sehinggalah K.E dapat tahu Adelia dahulu pernah menjadi rocker terkenal. Kenapa kini Adelia jadi orang yang berbeza?
Sedar tak sedar, Adelia dan K.E semakin rapat. Rupa-rupanya mereka mempunyai struggle yang sama─cuba melarikan diri dari masa silam yang menyakitkan.
Namun, semakin mereka membenci apa yang sudah terjadi, semakin ia datang menghantui. Mungkin sebenarnya sudah sampai masa untuk mereka belajar melepaskan kisah lalu yang telah lama membelenggu.
“Iman, please stay. You don’t have to do this to me!”
“I have to leave. Until you can explain everything to me.”
***
Dr. Iman Syahirah seorang wanita berdikari dan berkerjaya; selalu tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya.
Namun, tiada siapa tahu, doktor yang kelihatan tegas ini menyimpan kisah silam yang dijaga rapi. Dia sendiri tidak ingin mengenang lagi.
Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Aleph telah menimbulkan kembali gelojak perasaan lama yang disangka telah terhapus sepenuhnya. Lamaran Faris secara tidak semena-mena memberi Iman jalan keluar daripada kemelut tersebut.
Tanpa diduga, bahagia yang diimpikan bertukar derita. Makin didekati, makin Faris menjauhi. Faris seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Adakah Faris tahu akan kisah silamnya? Kemunculan semulaAleph sekali lagi mengubat jiwa Iman yang lara.
“Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa silam? Takkan ia karma?”
Mampukah kepercayaan yang tersisa melenyapkan semua kecurigaan, lalu dia menemui kebahagiaanyang dicari?
Tengku Jalil merancang untuk membalas dendam kematian ayahnya. Dia mengajak Tengku Annas belayar dan merancang untuk membunuh abangnya sewaktu di tengah laut. Namun tragedi ribut yang berlaku tanpa disangka-sangka telah menggagalkan niat jahatnya.
Tengku Annas terselamat tetapi koma di alam manusia, manakala Tengku Jalil sesat dan terperangkap di sebuah alam asing dikenali sebagai Kristaland. Dia berkenalan dengan seorang puteri yang menjadi buruan askar diraja. Akibat desakan hidup, Tengku Jalil dan Puteri Airlea mula bekerjasama untuk mencapai matlamat masing-masing.
Namun dalam pengembaraan itu, satu demi satu rahsia terungkai. Semuanya berbalik kepada tragedi di sebalik kematian Tengku Badri dan kaitannya dengan kuasa yang dikenali sebagai Sayap Berlian yang berasal dari Alam Kristaland.
Sebuah kafe kecil yang tersudut di lorong dalam kota besar Tokyo, yang sejak seratus tahun menyajikan kopi yang diseduh dengan teliti, dikhabarkan boleh membawa pelanggannya mengembara ke masa lalu.
Namun peraturannya begitu banyak, sehinggakan tiada yang sanggup. Apalagi dengan syarat perlu kembali ke masa sekarang sebelum kopi mendingin. Sekejap benar, adakah berbaloi?
Melainkan empat orang yang memiliki kekesalan besar dan terdesak untuk menyampaikan sesuatu kepada seseorang,walau sedar realiti sekarang tidak akan berubah hanya kerana tindakan mereka itu.
Kisah-kisah indah yang menyentuh hati ini menimbulkanpertanyaan klise: apa yang anda mahu ubah jika diberi peluang kemball ke masa lalu? Lebih utama, siapa yang mahu anda temui, mungkin untuk kali terakhir?
Hati Salama berbelah bahagi. Adakah dia patut kekal di Syria untuk membantu mangsa tercedera atau pergi untuk menyelamatkan kakak iparnya yang sedang sarat mengandung Dia sudah kehilangan seluruh keluarganya dan terus-menerus dihantui Khawi sebuah halusinasi yang muncul tatkala dia dihimpit kengerian. Setiap hari. traumanya menjadi bahan permainan Khawf. Dia dipaksa untuk segera meningalkan Syria.
Digelumang kematian dan kekerasan, Salama kagum melihat kekuatan rakyat Syria. Anak-anak kecil di ambang kematian marih mampu tenenyum. Tentera Pembebasan Syria yang kehilangan anggota badan engan menyerah selagi kudrat mereka masih ada Pekerja perubatan bekerja keras meskipun hari mereka sentiana ditemani oleh mayat yang bergelimpangan dan kecederan yang lebih menakutkan daripada ajal.
Bagi Salma, dia tidak akan pernah bahagia di sini, sehinggalah dia bertemu Kenan. Seorang jejaka muda yang sangup mambalayakan nyawanya demi Syria. Kenan masih memandang Syria sebagai sebuah negara yang dihiasi pelbagai rona kehidupan. Baginya, kebahagiaan tidak mustahil. Dalah sumber harapan Salama.
Namun, hidup di sebuah negara dalam peperangan bukanlah mudah. Setiap hari ada sahaja yang perlu dirisaukan. Mereka bagaikan hidup di dalam neraka dunia. Jadi, bagaimana putut mereka melalui kehidupan tatkala dikhianati kerajaan sendiri? Mampukah mereka terus cekal berjuang
Selamanya Kamu
Satu pertemuan di hadapan sebuah kafe menjadi pemula kisah hidup antara Izz dan Naz. Mereka pernah berkongsi hidup sebagai suami isteri, sayangnya ia sudah ketemu titik noktah. Hanya mereka saja tahu punca dan alasan mengapa perpisahan itu yang terbaik buat mereka.
Kerana secawan kopi, empat tahun kemudian mereka ditakdirkan bersua lagi. Walaupun luka lama masih berbekas dalam hati, namun cinta yang bertakhta antara mereka tetap utuh. Naz tekad, dia mahu menyambung kembali ikatan yang telah terputus itu.
“I'll cross that universe for you. I'll always wait for you. I'll always find you. Until we are finally together.” – Naz
Bagi Izz pula, walaupun rasa cinta masih kukuh, tiada guna untuk membuka lembaran baharu. Dia sedar, bahagia Naz yang sebenar bukanlah dengannya.
“Dan mungkin, cara kita berdua menyayangi berbeza.” – Izz
Andai benar rasa sayang itu masih mekar, mengapa Izz tetap keras menafikannya? Benarkah ada rahsia terpendam yang menjadi penghalang dan ada sengketa yang belum terlerai? Persoalannya, apa yang merantai mereka dengan masa silam?
Masih adakah peluang kedua untuk mereka?
***
Waniel hadir dengan sebuah kisah cinta yang pasti membuat pembaca tersenyum dan bermelankolik pada masa yang sama. Penulis juga bijak melakar watak-watak yang kuat identitinya membuatkan puas membacanya sehingga ke noktah terakhir.
– Kamalia, Editor
Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.
Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.
*****
Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.
“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.
Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.
Perjalanan hidup manusia adakalanya indah, adakalanya penuh liku dan duri. Begitu juga dengan kisah hidup Daneen. Dek masa silamnya, dia benci bergelar perempuan. Lantas, ditukar perwatakannya menjadi kasar bagaikan seorang lelaki.
Pertemuan kali pertama dengan Zayyad bukanlah dalam keadaan yang tenang. Ada adrenalina yang saling berlumba sehingga sesak terasa di dada.
“Kau kalau nak mati, tunggu malaikat maut yang datang cabut nyawa, boleh tak?” – Daneen
“Can you just... mind your own business?” – Zayyad
Seiring masa, Daneen dan Zayyad kian selesa berkongsi cerita dan rasa. Namun, persahabatan yang diharapkan untuk selamanya, retak di tengah jalan. Janji hanya tinggal janji. Lalu perpisahan mencipta jurang antara dua hati.
Bertahun berlalu, takdir kembali menemukan mereka. Daneen dan Zayyad. Orang yang sama, tetapi hati dan perasaan yang sudah jauh berbeza.
“Is it that hard to go back to how we used to be?” – Zayyad.
Adakah peluang untuk mencipta semula lembaran baharu tentang mereka? Bagaimana pula, apabila mimpi ngeri yang jauh ditinggalkan kembali menghantui?
Di Kuala Lumpur, dalam hiruk manusia dan hingar teknologi, ada tiga manusia yang mengalami kehilangan berbeza.
Fidel, CEO Sarang Publishing House, merasakan pahitnya kehilangan isteri dan anak dalam keadaan yang tidak termaafkan. Zara, novelis bertaraf superstar, terjebak dalam skandal plagiarisme yang membenam kariernya. Di sisi lain, Helmi, seorang lelaki sederhana, mengalami penderitaan jiwa yang mengubah norma hidupnya akibat kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mata.
Di kota itu mereka bertemu, saling berkongsi kisah dan memberi semangat walaupun masing-masing memiliki luka. Bersama-sama, mereka mencari hikmah bagi setiap kepedihan, di antara lembaran naskhah hidup yang diterbitkan oleh Tuhan.
Label antisosial, tidak ada kawan, kekok dan kaku atau sombong cenderung untuk melekat kepada seorang introvert. Itu belum lagi kebiasaan terlebih berfikir (overthinking) yang dianggap kawan-kawan sebagai rumit. Hidup yang sememangnya penuh dengan masalah menjadi semakin berat dengan segala pandangan negatif begitu.
Namun, sama seperti orang ekstrovert, si introvert juga ada kelebihan dan peluang yang sama untuk berbahagia. @sendysaga akan berkongsi apa yang dialaminya sebagai seorang introvert dan caranya untuk berbahagia dengan segala potensi yang dimilikinya.
SENDY RIANPUTRA
Seorang introvert yang sedang berjuang menemukan jati diri untuk mengharungi kehidupan. Gemar melukis sejak kecil. Bercita-cita untuk menjadi seorang ejen rahsia profesional. Juga seorang pencipta kandungan @sendysaga.
“Kalau kau asyik fikir nak bahagiakan orang lain, siapa akan bahagiakan kau?”
***
Sejak kecil, Adlina merasakan bahawa dia hanyalah pilihan kedua semua orang—termasuklah ibunya sendiri. Adlina sanggup berkorban apa saja agar suatu hari, ibu bangga dengan kewujudannya.
Dunia Adlina runtuh apabila impian yang sudah lama disimpan, dibangkang ibunya. Lebih hancur tatkala dia cuba dijodohkan dengan seseorang yang dia benci. Adlina terus memendam rasa dan menjauhkan diri.
Sehinggalah suatu hari, seorang jejaka bernama Raymond, muncul semula dalam hidup Adlina dan cuba mendekatinya. Namun, Adlina mengelak! Pada Adlina, andai ibu sendiri tak pernah menerima dirinya, apatah lagi orang baik seperti Raymond.
“Are you even listening to yourself, Adlina?”
“I finally found you again, but you told me to go away?”
Adlina lelah memuaskan hati orang yang tidak pernah menghargainya; dalam masa yang sama, dia melukai diri sendiri dan orang sekeliling. Tersentak dalam dilema—mampukah Adlina memilih kebahagiaan diri?
Dalam keadaan darurat begini, dinding kemanusiaan turut sama runtuh bersama pintu kepercayaan. Maka akan menjelmalah manusia-manusia yang selama ini bertopeng.
Suaminya hilang tanpa pesan, tanpa jejak.
Tetapi apabila muncul mesej terakhir daripada Ibra, Mikha mula reda. Penantian terhenti. Harapan mula hilang.
Namun itu disaat dia merelakan, takdir membawa mereka bertemu dalam sebuah Bunker Mall.
Bunker Mall – Sebuah gedung membeli belah yang dibina sebagai sebuah bunker kepada golongan elit. Sebaik saja wabak melanda, bunker itu diaktifkan secara tiba-tiba menyebabkan Mikha dan Farid terperangkap di dalamnya.
Di situlah bermula segalanya …
Skandal terbongkar …
Rahsia dipendam terburai …
Dan …
Nyawa menjadi taruhan.
Harapan adalah nyawa kehidupan. Jika hilang harapan … kosonglah jiwa.
Kita perlu bertahan!
Mereka belum selamat. Cabaran hebat sedang menanti. Namun demi hidup, demi insan tersayang, sesukar mana pun ujian mereka akan bertahan!
Ibra tiada pilihan, dia terperangkap dalam perjanjian yang menyebabkan dia terpaksa melukakan hati si isteri. Rahsia itu biar kekal menjadi rahsia. Itulah misinya. Namun apabila wabak melanda, mungkinkah itu petanda terpendamnya satu rahsia?
Jangan benci sangat. Bahaya. Nanti cinta sampai mati.- Ibra
Bagi Mikha ini mungkin Kifarah. Dia reda namun dalam masa yang sama membenci suami yang dicintai bukan perkara mudah. Huru-hara hatinya seperti huru-haranya keadaan negara yang diserang wabak. Apatah lagi saat dia tahu si suami merahsiakan sesuatu daripadanya.
Untuk memiliki sesuatu yang sempurna dia perlu melupakan segala kesakitan.
Namun... mampukah dia melakukan?
Benci dan dendam tidak akan menjadikan kita manusia - Mikha
Dia Mawarti. Pendiam, tak suka bergaul. Baginya yang penting, dia tak kacau hidup orang.
Dia Arif. Peramah tak kena masa, ceria semedang dan bermulut manis. Kalau boleh, semua orang hendak ditegurnya.
***
Rimas dengan sikap abang-abang yang over-protective, Mawarti memutuskan untuk berpindah rumah supaya hidupnya lebih aman. Arif pula, curiga apabila melihat ramai jejaka keluar masuk rumah jiran barunya—Sah, jirannya ada sugar-daddies!
Sangkaan Arif meleset apabila mengetahui jejaka-jejaka itu sebenarnya abang-abang Mawarti. Sejak itu, Arif menjadi runner tak rasmi Mawarti untuk beli barang-barang dapur sebagai tanda meminta maaf.
Pertemuan mereka akhirnya membawa mereka saling memahami luka lalu yang dipendam. Tanpa sedar, ada sekelumit perasan sayang timbul dalam diri masing-masing, namun mereka berdua, masih ragu.
“Having feelings and insecurities are two different things. I know my feelings, and this time it's forreal.”
Akan hilangkah semua beban yang tersimpan, jika mereka lebih jujur dan berani berperasaan?
Terimalah surat dari semesta
sebagai suatu cara untuk kamu
terus berdiri dan berjalan,
untuk kamu bangkit dan terus kedepan.
Kerana setiap dari kita,
berhak untuk bahagia
cuma masih belum waktunya
tapi akan tetap ada waktunya.
Semoga kita semua bisa sembuh,
dari segala luka yang tidak
pernah kita cerita pada sesiapa.
Kerana disebalik kesilapan
yang sering kami kesalkan,
ada kebaikan dan pengajaran,
yang akan nanti kamu syukurkan.
Sri Melati. Nama yang cukup indah, tetapi tidak seindah nasib kampung empunya nama itu. Kejadian hitam yang menimpa Kampung Sri Melati mengubah segalanya. Tatkala ketakutan menjelma, manusia mula menzahirkan tuduhan.
Siti, anak kepada penghulu Kampung Sri Melati menjadi mangsa pertama dalam kejadian hitam itu. Mayatnya yang dijumpai di kampung itu mula meninggalkan seribu satu persoalan terhadap orang kampung. Bukti dan motif pembunuhan itu tidak jelas.
Amir, bekas banduan yang baru sahaja memulakan kehidupan baru di Kampung Sri Melati menjadi suspek pembunuhan Siti. Keadaan menjadi kacau-bilau. Inspektor Azman cuba untuk merungkai misteri-misteri pembunuhan yang terjadi di kampung itu. Akan tetapi, setiap petunjuk yang dijumpai menambahkan lagi persoalannya.
Dapatkah polis muda itu menyelesaikan kes-kes yang menyelubungi kampung itu? Siapakah pembunuh sebenar Siti dan mangsa-mangsa lain? Berjayakah pembunuh itu ditangkap?
Cinta pandang pertama? Perigi mencari timba? Semuanya, Arfabella redah sahaja. Dia nekad menjalankan misi memikat hati Falliq Dhaffa.
Benarkah si dia – lelaki dingin yang hatinya kebal tika berdepan dengan gadis manja seperti Arfabella? Hmmm... bohonglah andai Falliq Dhaffa tidak tercuit dengan tingkah laku selamba Arfabella!
Lalu, tiga syarat diberi andai benar Arfabella mahukan dirinya sebagai suami.
✓ Rule number one, kurangkan cemburu dan lebihkan kepercayaan.
✓ Rule number two, memaafkan dan dimaafkan.
✓ Rule number three, memberi dan menerima.
Pada saat Falliq Dhaffa menyerah untuk meraih kepercayaan Arfabella, ikatan mereka benar-benar diuji. Tiada lagi Arfabella yang sarat dengan cinta. Yang ada, hanyalah luka dan derita!
“Hati abang dan hati Bella, akan bersatu sampai mati. Janji, ikat sampai syurga. Bella ingat, kan?” – Falliq
“Tapi, masih ada ke arah syurga buat kita berdua... dan bersama-sama melangkah ke sana?” – Bella
Andai suatu hari nanti tangan itu kembali menghulur, masih adakah tangan yang menyambutnya? Akan adakah tangan yang bakal menggenggam, tangan yang bakal menarik; dan tangan yang bakal bertaut kembali untuk selamanya?
Kahwin. Topik yang sangat ralat bagi Teja. Apatah lagi menikahi bekas kawan karib yang pernah menyakiti hatinya suatu ketika dulu. Aneh, majlis pernikahannya berlangsung lancar meskipun perjalanan hidup mereka selepas itu berbonggol-bonggol bagaikan jalan yang tidak diturap.
“Aku akan melekat dengan kau macam pacat kalau kau tak nak lepaskan aku sekarang. Aku akan pastikan hidup kau susah. Aku akan pastikan kau takkan bahagia dengan Aqila.” - Teja.
“Please do that.”- Luq
Ikatan perkahwinan yang dimulakan dengan nawaitu serong untuk melarikan diri daripada bekas teman wanitanya, Aqila akhirnya menjerat diri Luq. Saat keikhlasannya masih diragui, Luq terus-menerus cuba mempertahankan rumah tangganya. Namun, Tuah hadir menuntut Tejanya.
“Awak tahu tak, Teja? Awak perempuan pertama yang saya suka sejak kali pertama saya pandang.” - Tuah
Mampukah lelaki pramatang seperti Luq menjadi pelindung yang diperlukan Teja apabila musibah datang melanda? Atau mungkinkah dia akan berlalu pergi, mengulangi kesilapan silamnya?
“Mungkin aku bukan laksamana terbilang, bukan sultan atas takhta. Tapi, Teja yang satu ini, aku punya. Jangan sesiapa pandai-pandai nak claim ownership.”– Luq.
“Terima kasih kerana menyertai Permainan Penyamar. Dan tahniah kerana anda dipilih untuk menjadi posisi terpenting dalam permainan ini, iaitu Penyamar."
10 pemain.
Satu penyamar.
Satu pemenang.
RICO diburu lintah darat gara-gara Saiful. Dia harus bertanggungjawab ke atas hutang-hutang yang bukan miliknya.
MARIA memerlukan wang untuk menyelamatkan adiknya daripada penyakit yang membawa maut. Pembedahan segera perlu dilakukan.
ABEL dituduh sebagai 'scammer' paling besar di Kuala Lumpur. Dia diburu oleh ramai orang yang mahu menuntut kerugian.
JULIE berada dalam bahaya kerana hubungan sulitnya diketahui orang. Namun Julie memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan dan mengekalkan kecantikannya.
ARSYAD terdesak untuk menyelamatkan anaknya yang dituduh membunuh kawan sendiri. Dia memerlukan sejumlah wang yang besar untuk main kotor.
Atas desakan kehidupan, mereka menyertai Permainan Penyamar bersama lima orang pemain lain untuk memenangi hadiah berjumlah satu juta ringgit. Dibawa ke sebuah sekolah sebagai lokasi permainan, mereka perlu menghabiskan misi sebelum masa yang diberikan tamat. Namun, tanpa disangka, tapak sekolah itu menjadi tempat pertumpahan darah. Terdapat seorang Penyamar yang berpura-pura dalam kalangan mereka. Penyamar yang akan membunuh semua pemain untuk memenangi wang itu.
Manakala para Pemain pula perlu meneka identiti Penyamar untuk menyelamatkan diri.
Namun, siapa yang boleh dipercayai? Siapakah Penyamar dalam kalangan mereka?
I
Mereka ‘terpaksa’ kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?
Menurut Dhiya, Azril tu:
Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif bagi bakal arkitek itu! Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.
Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!
II
Namun takdir telah menemukan mereka lagi; kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi ‘masalah’ kepada Dhiya. Lalu apa pula langkah seterusnya, Dhiya?
Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu, apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!
******
SYUD ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang... Dhiya. Watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan pembaca. Cerita ini, cetakan biru (blueprint) kepada karya-karya SYUD seterusnya. – Noor Suraya, Editor
SETIAP MANUSIA IALAH BULAN~ ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.
Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya mula menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun, bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...
...
Sin mempunyai segalanya; kemahsyuran, kekayaan dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul yang mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia untuk melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?
Antara Badar dan Sin, ada garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan, apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!
“Aku abah dia!”
“Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah kisah pasal kami? Tak ada, kan?” Poji membentak, sinis.
***
Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja.
Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga membuatkan abahnya berang. Dek selalu tersepit dalam pergaduhan mereka, Naura semakin hari merasakan dirinya dibenci dan dilihat beban pada keluarga.
Hubungan antara Poji dan abah semakin tegang apabila Naura tiba-tiba menghilangkan diri. Abah langsung tidak boleh diharap!—Itu yang Poji rasakan. Sedangkan abahnya pula menyalahkan Poji kerana gagal menjaga Naura.
Luka yang selama ini dipendam, membuatkan masing-masing menyakiti tanpa sedar.
Seandainya nyawa menjadi taruhan, masih adakah ruang untuk Poji, abah dan Naura saling memaafkan kesakitan lalu?
Mereka adalah spesies monster di sebalik perwatakan yang suci. Segala-galanya nampak sempurna sehinggalah satu per satu tersalah langkah dan kesumat dimulai…
Semenjak kematian tragis ayahnya, Aryan mula mencari siapa dalang pembunuhan tersebut. Suspek utama dalam pengkhianatan besar-besaran itu adalah keluarga Tan Sri Aizuddin lebih-lebih lagi puteri tunggal politikus itu, Tiara Ayrissa.
Ya… Tiaralah watak utama di dalam pembunuhan brutal ayah Aryan. Perkara yang berlaku yang sebelumnya dianggap kebetulan, rupa-rupanya plot yang terancang.
Namun, untuk membalas dendam bukanlah mudah. Aryan harus menjadi seliciknya. Menyelinap, bijak bermain dengan undang-undang hingga keluarga bangsat itu tak terbalas serangan demi serangan yang dia gencarkan. Cuba mengambil tindakan undang-undang pun keluarga itu tidak berani, lantaran bersihnya rentak permainannya.
Dan seperti yang dijangkakan, mereka tidak mengalah. Mereka membalas serangan. Tiara Ayrissa mengeluarkan semua jenteranya, tetapi Aryan lebih licik mencipta perisainya.
“Congratulations, enemy.” – ARYAN ESQANDAR
“Saya minta satu aje. Tolonglah berterus-terang dengan saya. Apa yang awak nak daripada saya sebenarnya ya?” - TIARA AYRISSA
Pertarungan sengit berlangsung. Saling menjatuhkan, saling merebut penguasaan permainan. Hinggalah akhirnya dendam itu memakan diri.
“Ada orang cuba bunuh kita?” – TIARA AYRISSA
Berjayakah terlunas segala dendam Aryan?
Siapakah pemilik happy ending untuk kisah ini? Aryan ataupun Tiara? Atau… milik pihak ketiga yang dalam diam telah lama memerhati mereka?
A sad ending for you is a happy ending for me.
Hyun Ji, seorang ibu tunggal enggan berhenti mencari anaknya, Yerin yang hilang sejak tiga tahun lalu. Pencariannya berakhir apabila mayat Yerin dijumpai di taman bunga di sebuah kompleks apartmen. Detektif utama kes ini, Seo Jun menemui kumbang di badan Yerin dan yakin bahawa serangga ini merupakan petunjuk penting untuk menyelesaikan misteri kematian gadis itu. Da In, seorang anak yatim yang meminati serangga menjadi suspek utama kes pembunuhan ini. Sementara itu, Hyun Ji yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis membuat keputusan untuk menjaga Da In. Keputusannya mengejutkan semua pihak dan menimbulkan kekecohan. Hyun Ji yakin, hanya Da In yang mampu menjawab segala persoalannya. Satu demi satu pertumpahan darah berlaku, tidak mengira yang berdosa ataupun yang tidak berdosa.
Apakah kaitan antara Yerin dan Da In? Kenapa Yerin dibunuh? Adakah pembunuh sebenar Yerin berjaya ditangkap?
Kematian seluruh ahli keluarganya dalam sebuah nahas udara telah mengubah kehidupan Hud yang ceria pada asalnya kepada seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Peristiwa itu telah memberi tekanan besar kepada dirinya sehingga terpaksa mengambil ubat depresi setiap hari.
Tujuh tahun berlalu, Hud belum dapat melupakan peristiwa pahit itu. Dia yakin ianya telah dirancang seseorang, lebih-lebih lagi dirinya kerap diekori. Hud nekad membalas dendam. Malam itu dia mengejar kereta yang sering mengekorinya, namun malang menimpa diri. Kereta yang dipandunya melanggar seorang wanita.
Teka-teki tidak terjawab, sebaliknya Hud terpaksa menggalas beban di bahunya apabila wanita itu hilang keupayaan untuk berjalan, tidak mampu bercakap. Usaha menjejak pembunuh keluarganya terbengkalai, malah tumpuannya beralih kepada Zahra, si gadis yang telah dilanggarnya. Hati yang disangkakan dingin dan beku, rupa-rupanya masih memiliki rasa simpati
Berbekalkan simpati, Hud bertekad mengembalikan hidup Zahra yang dulu sebelum meneruskan misi hidupnya. Dia membawa Zahra ke Maryland dengan tujuan untuk memulihkan suara wanita itu, namun pesawat ringan yang mereka naiki telah disabotaj. Juruterbang hilang dari kokpit, menyebabkan Hud terpaksa menggunakan skill simulasi pesawat yang pernah dipelajari dulu dan melencongkan pesawat tersebut ke Riyadh.
Sahabat di Riyadh yang sudah lama terputus hubungan, dihubungi kembali. Dalam tempoh kurang tiga jam, Aliy terpaksa menyediakan landasan untuk membolehkan pesawat persendirian yang diterbangkan Hud mendarat. Zahra dibawa ke Hospital Universiti Raja Azeez untuk dirawat. Hud pula meneruskan perjalanan ke Moscow bagi mengelakkan dia ditangkap polis akibat huru-hara yang tercetus selepas pesawat yang dipandunya mendarat di Lebuhraya Riyadh-Makkah.
Di Moscow, Hud tinggal bersama Abram yang merupakan teman lama ketika mereka sama-sama menuntut di University College London dulu. Kepakaran Abram dalam bidang elektrik dan elektronik turut menjadi sebab mengapa Hud memilih Moscow untuk menyembunyikan diri. Dia mahu nampak mati, supaya dapat mengumpan musuhnya keluar dari persembunyian.
Umpan Hud mengena. Tampuk kepimpinan syarikat peninggalan almarhum papa diambil oleh Gibran, sebuah figura yang tidak pernah dikenali Hud, baik namanya, mahupun orangnya. Segala maklumat tentang Empayar Bumi disalurkan oleh Aliy, yang berada di KL kerana mengiringi Zahra yang telah pulih pulang ke Malaysia dan seterusnya menjadi perisik bagi Hud.
Akhirnya, Hud mengambil keputusan nekad untuk kembali ke Malaysia dan berdepan dengan Gibran yang diyakini menjadi dalang dalam semua kejadian buruk yang menimpa keluarganya sebelum ini. Sekembalinya Hud ke Malaysia, dia mencari Zahra terlebih dahulu kerana dia pernah berjanji untuk mencari Zahra jika ditakdirkan usianya masih panjang.
Hud tidak sedar, sikapnya yang bertanggungjawab dan prihatin telah menukar rasa benci kepada cinta di hati Zahra. Namun, Zahra sedar yang Hud tidak mencari cintanya. Dia tahu apa yang dicari lelaki itu adalah pembunuh keluarganya. Hanya doa yang dititip supaya rasa benci hilang dari hati lelaki itu.
Dia tu macam… vignette.
Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tiada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi.
[i]
Kata Najiha:
“Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira.”
“Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok.”
Dia berhijrah untuk memulihkan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun… kan?
“Najiha.” Dia memperkenalkan diri.
“Nice meeting you, Najiha.”
Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam Si Dahi Kerut ni. Atau mungkin… dia pernah jumpa…. kut?
[ii]
Pada Firdaus:
Matahari tu, orang kata, sifatnya terang, panas – dan kehidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup tanpa matahari. Najiha itu… matahari. Terang – dan buat dia sentiasa tercari-cari.
“Awak memang suka cakap sepatah-patah, kan?”
“Ha! Saya memang suka cakap sepatah-sepatah.”
Dan kalaulah matahari tu hilang, tak mungkin dia tidak terkesan, kan?
"Kau okey?"
Ringkas.
Tetapi paling susah nak jawab.
Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat.
Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun.
Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab, "tak", tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas itu.
Takut hilang kawan.
Takut kena marah.
"Kau okey tak ni?"
Dia hanya senyum segaris. Macam biasa.
---
Yang Paling Patah Antara Kita merupakan novel terkini Ainulfarihah yang sudah menulis sejak 10 tahun lalu. Novel ini merupakan novel pertama beliau bersama JIWA.