Menghimpunkan komik-komik pendek karya Huzza yang diterbitkan dalam projek antologi terbitan Komik-M.
Istimewa dalam edisi kompilasi ini, kesemua komik diwarnakan sepenuhnya. Turut disertakan tutorial dan coretan khas beliau mengenai panduan berkomik buat para pemula yang mahu menceburi bidang komik. Tidak dilupakan, catatan-catatan eksklusif beliau yang menceritakan tentang kisah-kisah di sebalik pembikinan setiap komik.
Musim baru siri komik ADIWIRA kini bermula!
Sekolah baru, kawan baru, musuh baru, cabaran baru, kostum baru, gajet baru, dan transformasi kuasa baru!
Menampilkan komik-komik berkaitan sukan badminton daripada artis-artis Komik-M seperti:
AURA oleh Sulaiman Shaari
MEI POOJA TASYA oleh Reja
KILAS oleh Jiwazuro
JURUS & JANJI oleh Sahrul Huda
CERAH oleh Faiez Izwan
TANGKIS oleh Cpelukis
Menghimpunkan komik-komik bertemakan bola sepak daripada artis-artis komik seperti berikut:
BEBAS oleh Sulaiman Shaari
HARIMAU KENCANA oleh Faiez Izwan
GOL KE SYURGA oleh Froggypapa
JENTARUNG: PEWARIS oleh Hisham Halipah
WIRA MALAYA oleh Azhar Abdullah
AJIT oleh Rais LR
Antologi komik khas yang menampilkan komik-komik pendek yang bertemakan ‘melodi’ daripada artis-artis komik seperti berikut:
Eka Asmara oleh NUREL
Hembus Pesona oleh DRIMZT
Memori Pesona oleh SYEWE YOSS
Alunan Irama oleh AIEUNA
Lagu Cinta oleh ESSKAZU & ANI MAZNI
Rantai Kunci oleh AMIRAH
Menampilkan komik-komik berkaitan ‘hantu’ dan ‘entiti’ daripada artis-artis Komik-M seperti Ben Wong, Hafiz Ismail, Hyrohiku, Musashi, Pakngah Alipz, dan Zyll Fathe.
MENUMPANG oleh Hafiz Ismail
IMBI oleh Hyrohiku
ENTITI oleh Musashi
TERAPUNG oleh Pakngah Alipz
PERTUKARAN oleh Zyll Fathe
SS10: POCONG oleh Ben Wong
Menampilkan komik-komik berkaitan ‘hantu’ dan ‘halusinasi’ daripada artis-artis Komik-M seperti berikut:
LOKER oleh Amiryu
PEMBURU ENTITI oleh Bophairy
TEMBUS oleh Jiwazuro
WARUNG oleh Huzza
INI SEMUA HANYALAH HALUSINASI oleh Shahrul Huda
PENGHUNI MISTIK oleh Ammar Solihin
KELULUT oleh Ronny Cyronz
MEJA BELAKANG oleh Wazif Bakhtiar
AKU, KAU & MATEMATIK #2: KIRAMAN & GADIS KIRA menampilkan komik-komik pendek berkaitan keseronokan mempelajari subjek Matematik dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Judul komik dan artis komik yang menyumbang karya dalam antologi ini adalah seperti berikut:
KIRAMAN & GADIS KIRA oleh Danish Aiman & Reja
SANG MEOW UTAMA vs JERANGGA oleh Shahrul Huda
JERI & ATUK LEGEND oleh Topekcomics
PUKUL RATA oleh Kimi
BOROS oleh Danish Aiman
NISBAH SAKTI oleh Akam & Amirul Ain
BUKU AMIR oleh Muhd Salimi
Menampilkan komik-komik pendek bertemakan kucing seperti berikut:
CINTA MEOW CAFE: GADIS KUCING ITU oleh BEN WONG
SATERIA MAWAR HITAM oleh RAIS LR
BALIK oleh NAPIEYCHAN
KEMBARA PAWANG & SI TOMPOK oleh FAIEZ IZWAN
KOPI oleh JIWAZURO
SANG MEOW UTAMA oleh SHAHRUL HUDA
PARUT oleh RAUDAH ELYANA
KISAH BUDAK ASRAMA: TAKUT KUCING oleh AZHAR ABDULLAH
Menampilkan komik-komik pendek bertemakan kucing seperti berikut:
CINTA MEOW CAFE: MOCHI oleh BEN WONG
MEOWTOPIA: AGROBA oleh SULAIMAN SHAARI
MISI SI PUTIH oleh AFIQSANUKIS
KOPI: OREO oleh JIWAZURO
PAW PAW oleh NUREL
KEMBARA PAWANG & SI TOMPOK: MOMOK oleh FAIEZ IZWAN
Menampilkan komik-komik pendek berkaitan ‘rider’ oleh barisan artis komik seperti Ben Wong, Faiez Izwan, Danial Haikal, Jiwazuro, Kimi, Rais LR, dan Zyll Fathe.
Antologi komik yang berkembar (AKU, KAU & ROBOT: INVASI AI) dengan AKU, KAU & ROBOT #5: AI
Menampilkan karya artis-artis komik yang hebat seperti:
PROTO (Bahagian 1) oleh Sulaiman Shaari
SRIKANDI INDERA BUANA oleh Amiryu
LENTERA oleh Jiwazuro
NOMBOR SEMBILAN oleh Faiez Izwan
JENTARUNG: NEO MELAKA oleh Hisham Halipah & Shahril
PROJEK MECHAWALI oleh Zyll Fathe & Hikibee
Antologi komik berkembar (AKU, KAU & ROBOT: INVASI AI) dengan AKU, KAU & ROBOT #4: INVASI
Menampilkan karya artis-artis komik yang hebat seperti:
MAYA oleh Rosh
SATERIA MAWAR HITAM: MAIRAKUA oleh Rais LR
KECEMPRENGMAN: PUAN AI-NON oleh Froggypapa
MASRO oleh Shahrul Huda
WAJAH SEBENAR oleh Akram Comic
GHOBOT: VIRUS HITAM oleh Danial Haikal
PROTO: BAHAGIAN KEDUA oleh Sulaiman Shaari
“Ada murid yang menganggap subjek Sains dan Matematik sangat sukar dan membosankan. Kewujudan komik sains dapat membantu guru membimbing dan mendidik murid memahami proses sains sekali gus menarik minat mereka ke arah pendidikan STEM yang bermatlamat melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan kritis. Terima kasih komik sains!”
PUAN NOR SUHAIDA BINTI SAUFI
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Medan
Aku, Kau & Sains #3: Eksplorasi menampilkan komik-komik pendek berkaitan keseronokan mempelajari sains dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Judul komik dan artis komik yang menyumbang karya dalam antologi ini adalah seperti berikut:
IMPIAN oleh Akam & Aieuna
ALAM EKSPLORASI oleh Danish Aiman & Zyll Fathe
NIRBERAT oleh Muhd Salimi & Afiqsanukis
NOTA SAINS MIMI: BUKAN MAGIK, TAPI GENETIK oleh Fadhli Hamdan
GERHANA oleh Waowo
FOSIL oleh Shahrul Huda
IKHTIAR oleh Akam & Bangnana
“Berat dan memeningkan. Itulah kadangkala tanggapan orang tentang subjek Sains. Bagaimana pula dengan komik? Ringan dan menarik! Apabila ilmu sains disampaikan dalam bentuk komik, maka terhasillah satu magik. Kerumitan sains terurai satu per satu, lalu dapat difahami dengan lebih cepat dan menyeronokkan. Begitulah keberkesanan medium komik sebagai pengantara ilmu!”
DR. MOHD FADHLI HAMDAN (PHD)
Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
Aku, Kau & Sains #4: Eksperimentasi menampilkan komik-komik pendek berkaitan keseronokan mempelajari sains dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Judul komik dan artis komik yang menyumbang karya dalam antologi ini adalah seperti berikut:
SUPERGENTING oleh Muhd Salimi & Zyll Fathe
MIKRO oleh Danish Aiman & Reja
CABARAN PEDAS oleh Ca'a & Qissime
INAI oleh Shaxmizi & Aieuna
PELOTON oleh Muhd Salimi & Khairul Amirin
NOTA SAINS MIMI: TEMBIKAI AJAIB? oleh Fadhli Hamdan
ELEMEN API oleh Cu'a & Ann
Menampilkan komik-komik pendek bertemakan dua kalimah syahadah daripada artis-artis Komik-M seperti berikut:
JAWAPAN oleh Bophairy & Sulaiman Shaari
SYAHADAH PUAN AI-NON oleh Froggypapa
BEKAL SUFI oleh Danial Haikal
SYAHADAH SAHABAT oleh EG Luzra
CAHAYA oleh Faiez Izwan
PULANG oleh Zyll Fathe
MASAKAN CINA oleh Saf
Antologi Komik-M yang menghimpunkan karya para pemenang Cabaran Komik Online Malaysia ke-9 (CKOM9) pilihan juri dan pilihan editor.
Diterbitkan dengan istimewa secara berkembar tiga bersama CKOM: ZOMBINASI dan CUN #10: ZOMBIE. Dapatkan ketiga-tiganya serentak untuk kepuasan pembacaan yang maksimum.
*CKOM adalah sayembara komik anjuran portal MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M yang dilakukan setiap tahun dengan tema yang berbeza. CKOM9 kali ini menampilkan tema ‘zombie’.
Antologi Komik-M yang menghimpunkan karya para pemenang Cabaran Komik Online Malaysia ke-9 (CKOM9) pilihan juri dan pilihan editor.
Diterbitkan dengan istimewa secara berkembar tiga bersama CKOM: ZOMBIFIKASI dan CUN #10: ZOMBIE. Dapatkan ketiga-tiganya serentak untuk kepuasan pembacaan yang maksimum.
*CKOM adalah sayembara komik anjuran portal MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M yang dilakukan setiap tahun dengan tema yang berbeza. CKOM9 kali ini menampilkan tema ‘zombie’.
Coffee Break Double Shot adalah buku kompilasi kedua Ain Lavendra setelah buku kompilasi yang pertama, Coffee Break diterbitkan pada tahun 2019.
Terbaik dalam buku ini:
Himpunan komik menarik dan terbaik karya Ain Lavendra di Komik-M. 100% berwarna!
Bonus: Tip dan panduan berkomik gaya Ain Lavendra
Bonus: Catatan dan koleksi ilustrasi terpilih Ain Lavendra
Siri antologi bestseller Komik-M yang hanya menampilkan komik daripada artis-artis komik wanita.
Menampilkan karya seperti berikut:
PENYEMBUH oleh Ain Lavendra
PLASTER LUKA oleh Harihtaroon
PERLU DIPERLUKAN oleh Ann
MISI oleh Nisrina & Atok
MENCARI SINAR oleh Napieychan
IKRAR oleh Syewe Yoss
ANDAI ITU TERAKHIR KALI oleh Anis Hazirah
SUMPAHAN oleh Esskazu
“Komik ini adalah harta karun yang penuh dengan kehangatan dan hikmah, dicintai oleh pembaca muda dan tua.”
PROF. MADYA DR. AHMAD AZAINI ABDUL MANAF
Presiden MYCOMIC
Timbalan Dekan Akademik,
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan
“Melihat kepada kepelbagaian sumber hiburan dan maklumat daripada media sosial, tidak boleh tidak kita perlu mengawal serta menapis akses anak-anak kita terhadapnya. Semoga usaha ini kekal meniadi agenda dalam penerbitan bahan bacaan dan diharapkan bole berkembang juga ke platform animasi!”
ZAHRIN ‘JAKALLL ZAMZURI
Presiden ANIMAS
CEO Jakalll Studio
“Inovasi menyegarkan dalam persembahan komik bercorak humor dan disulami tema yang mengikut arus trend serta budaya terkini. Mampu menambat hati pembaca muda, seterusya mencetus generasi komik baharu.”
MIOR AZHAR MEOR SAID
Presiden PEKOMIK 2018
CEO Sako Comic
sakocomic.com
Ketiadaan guru subjek Sains kerana terpaksa cuti bersalin telah menimbulkan pertanyaan dalam kalangan murid-murid kelas 3 Melati, siapakah yang akan menggantikan guru mereka?
Mampukah guru pengganti ini mengendalikan kelas yang terkenal dengan pelbagai ragam dan membangkitkan minat mereka terhadap Sains?
Jauh beratus tahun di masa hadapan, tamadun manusia di seluruh dunia hancur dan musnah sama sekali. Akibat peperangan nuklear, segenap penjuru bumi berubah menjadi tandus dan berbahaya untuk didiami. Namun, seorang remaja nekad menempuh segala bahaya demi merealisasikan satu misi yang dipendam sekian lama dan memulakan kembaranya di tanah yang gersang.
“Siapa pernah bercarap dengan pokok?” tanya Cikgu Umar. Mukriz yang sedang khusyuk mendengar perbincangan Kelab Alam Sekitar dari luar kelas tiba-tiba mengangkat tangan dan menjawab, “Saya, cikgu!”
Tanpa disangka sejak detik itu bermulalah misi Mukriz sebagai ketua kelab untuk memimpin rakan-rakan sekelabnya menjalankan aktiviti berkebun yang penuh dengan cabaran serta dugaan!
Akid Fitri membesar dalam keluarga miskin, tetapi kaya dengan kasih sayang serta nilai murni. Sejak kecil, dia berdepan ujian hidup yang membentuk jati diri dan personaliti kepimpinan (Qudwah) yang kuat menerusi bimbingan ibu bapanya.
Ciri Qudwah dalam diri Akid dibentuk bersama sentuhan rakan-rakan di sekelilingnya, terutamanya Syed Ilham (mewakili nilai Qanaah atau kekuatan dari segi emosi) dan Izz Hadif yang mewakili nilai Quwwah.
Komik hasil kerjasama sulung YADIM dengan Komik-M, PTS Media Group Sdn. Bhd. ini merupakan sebuah komik ‘nilai’ yang sesuai untuk semua.
Bagaimana kembara 3 sahabat dengan 3 nilai kekuatan berbeza ini bermula?
Inilah permulaannya….
Banyak memori indah yang tercipta antara Akid, Ilham, Izz, dan rakan-rakan baru sepanjang kem robotik yang mereka sertai. Namun sebaik sahaja program itu berakhir, suatu insiden yang menggemparkan telah menimpa Izz. Sebagai sahabat, Akid dan Ilham berusaha membantu memulihkan semula semangat Izz.dengan memujukya untuk menyertai program perkhemahan di sebuah hutan simpan. Apakah cabaran yang akan menanti tiga orang sahabat ini di sana?
Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah peringkat negeri kian hampir. Adakah pasukan Sri Pangsun yang masih kurang persediaan dan agak berantakan mampu menghadapi pasukan-pasukan yang lebih hebat dan terlatih?
Lima orang remaja, Ash, Lam, Mohan, Is, dan Jason mempunyai satu persamaan, iaitu terdesak dan memerlukan wang. Dalam situasi terhimpit, mereka tertarik dengan satu program yang diberi nama Survival Statics.
Tanpa banyak soal, mereka terus mendaftar dan menandatangani kontrak untuk menyertai program yang menjanjikan hadiah wang tunai yang lumayan itu tanpa mengetahui risiko serta ujian yang sedang menanti mereka di sebuah pulau misteri.
Ash, Is, Jason, Lam, dan Mohan masih terperangkap dalam siri ujian maut yang menjanjikan ganjaran wang tunai yang lumayan. Semakin jauh mereka melangkah, semakin bahaya tahap ujian yang perlu diharungi. Namun, mereka tidak punya pilihan. Satu-satunya jalan keluar adalah dengan terus mara ke hadapan. Dapatkah mereka bertahan dan menamatkan setiap cabaran dengan jayanya tanpa mengorbankan sesiapa?
Sudah begitu lama manusia mencari sesuatu yang tidak berubah di alam semesta ini. Akhirnya barulah diketahui bahawa malar-malar alam semesta ini memang wujud. Antaranya adalah kelajuan cahaya dalam vakum! Kelajuannya sentiasa 299,792,458 meter sesaat! la sangat tepat dan tidak berubah!
Namun, petaka menimpa kumpulan Aziq apabila silinder pengukur mereka musnah dalam pertempuran ketika permainan sudah hampir ke penghujung. Adakah segalanya telah tamat dan tiada harapan lagi untuk mereka selamat dan melangkah ke peringkat seterusnya?
Belum pun sempat bertenang selepas episod pertempuran di dalam hutan yang hampir meragut nyawanya, Qalif terpaksa pula berhadapan dengan ancaman baru oleh musuh misteri yang ternyata bukan biasa-biasa. Siapakah seteru Qalif kali ini?
Kemunculan pahlawan misteri dengan kuasa yang berbahaya telah memaksa Dai untuk bertindak dan berkonfrontasi dengannya. Apa yang mengejutkan adalah dia turut memakai topeng seakan Kuara yang dimiliki oleh Qalif. Adakah berkemungkinan kisah legenda yang Dai anggap mitos selama ini wujud di alam nyata?
WIRAWAN SEJATI & KOLEKSI KOMIK TERBAIK FROGGYPAPA adalah buku kompilasi ketiga Froggypapa selepas buku kompilasi pertama dan kedua, BUDAK KOMIK dan ROBOT BOLA diterbitkan.
Seperti biasa, kompilasi ini menghimpunkan komik-komik pendek Froggypapa dalam antologi Komik-M dan kesemuanya diwarnakan sepenuhnya. Turut disertakan perkongsian ‘bebelan’ khas beliau mengenai panduan berkomik buat para pemula yang mahu menceburi bidang komik.
Tidak dilupakan, catatan-catatan eksklusif beliau yang menceritakan tentang kisah-kisah di sebalik pembikinan setiap komik.