Abu Nawas bukan sahaja dikenali dengan sikap yang melucukan, namun tokoh ini terkenal dengan kebijaksanaan dan kepintarannya menyelesaikan masalah yang timbul. Setiap kisah ada perwatakannya yang tersendiri.
Kisah Abu Nawas dalam buku ini mengandungi maksud tersirat dan tersurat yang boleh dijadikan pedoman, pengajaran dan nasihat. Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai bahan bacaan yang merehatkan minda.
Sir Frederick Aloysius Weld, Gabenor British berkata, "Adat orang berperang Tuanku... siapa yang menang dialah memerintah. Sekarang Dato' Kelana Syed Aman yang menang.. dialah yang memerintah dan mempunyai negeri."
"Walaupun baginda Yamtuan Antah sudah berdamai dengan orang putih.. tetapi kita jangan berundur selagi berdaya. Selagi darah merah masih mengalir dalam tubuh kita, selagi itulah kita akan meneruskan perjuangan sehingga tidak seorang pun orang putih berada di negeri kita!" Suara Tok Jenohar terus bergemar. "Alam sudah mengajar ita menjadi manusia yang semakin matang. Perjuangan akan tetap diteruskan.. kerana kebenaran yang tuanku sudah suburkan.. tak mungkin dapat dihilangkan begitu saja."
Rakyat Seri Menanti tidak pernah gentar untuk berperang. Anak muda Tanah Mengandong sanggup mati di medan perang, demi mempertahankan Negeri Sembilan daripada mati di rumah sebagai pengecut. Mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir, asalkan Negeri Sembilan selamat daripada penjajahan bangsa asing, lebih-lebih lagi untuk menentang bangsa sendiri yang bersekongkol dengan orang putih. Bangsa sendiri ini ialah "anjing-anjing orang putih" yang lebih bahaya daripada orang putih itu sendiri!
"Ular...rrr!" Fadhlina menjerit kuat.
"Apakah korang ni, ular plastik pun takut," kata Amin mengejek.
"Amin, awak ni tak baik tau menyakat kawan-kawan macam ni!" herdik Diana memarahi Amin.
Kesusahan yang dirasai oleh Amin telah menjadikan dia seorang kanak-kanak yang nakal. Kenakalan Amin sering membangkitkan kemarahan warga sekolah dan berjaya mengundang perhatian Cikgu Salina, guru kelasnya yang tegas dan garang. anmun, Cikgu Salina masih menyayngi dan mengambil berat tentangnya. Di sebalik kenakalan Amin itu, tersembunyi satu kesepian.
Apakah kesepian yang membelenggu diri Amin?
Adakah dengan kehadiran Cikgu Salina bakal menghilangkan kesepian Amin?
Siapa kata Geng Bawang Sekolah tak ada T-shirt kelas? Tahun ni, kami ‘plan’ ‘design’ T-shirt paling gempak seantero kelas tau!
Projek donat dan biskut cip coklat. Kata Umi, ini resipi anti gagal. Tapi aku syak, ini adalah resipi pasti gagal!!
Projek carwash pun okey jugak! Kitaorang ni kalay bab sental menyental, memang 'power!'. Tapi kalau tiba-tiba ada calar tu, anggaplah itu 'art' berat daripada kami ya.
'Last but not least!’, pertandingan melukis. Tak makan modal! Kau hanya perlu bakat dan tangan yang berseni je. (Tapi tulah, setahu aku Geng Bawang Sekolah ni hanya tahu ‘membawang’ je. Pandai ke diorang ni melukis?) Jadi, aku cadangkan beberapa projek yang boleh kami buat untuk dapatkan modal. Antaranya, Macam-macam kami cuba dan macam-macam jugalah perkara pelik bin ajaib yang berlaku! Kalau korang nak tahu projek T-shirt kami ni jadi ke tidak? Silalah baca kisah perjuangan kami dalam mencapai misi T-shirt kelas paling havoc!
"Cikgu nak... kamu cipta sejarah untuk sekolah ini!" - Cikgu Salim
"Hah? Kena Straight A?!" - Geng Budak F
Firdaus, Felix dan Fravash, tiga sekawan misi besar : pecahkan rekod sekolah dengan memperoleh semua 'A' dalam peperiksaan UASA! Namun, perjalanan mereka penuh onak dan duri. Firdaus hilang fokus apabila ibunya sakit. Zulhaziq si kaki buli pula tak habis-habis mengacaunya. Ditambah pula Cikgu Salim, guru yang menjadi inspirasi mereka terlibat dalam kemalangan. Subhanallah... Segalanya menjadi makin huru-hara! Mampukah mereka mencipta sejarah, atau usaha mereka bakal hancur?
Tekad, cabaran dan persahabatan. Ini bukanlah sekadar misi biasa!
Menyambut hari jadi bersama rakan-rakan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Farah telah mencatatkan senarai impiannya sempena menyambut hari lahirnya tidak lama lagi. Namun, tiada seorang pun mahu berkongsi kegembiaraan itu bersama Farah. Farah berasa sedih apabila dia diketepikan oleh Qiy, Tyra, Shanel, Yoona dan Yuri. Apa pun yang mereka lakukan, Farah tiada bersama. Ini membuatkan Farah berasa kecil hati. Zereena pula? Pastinya dia mempunyai rancangan tersendiri untuk mengenakan Farah.
Apa yang terjadi kepada Farah dan kawan-kawannya? Apa pula rancangan Zereena kali ini? Apa yang akan jadi dengan? Jom kita dapatkan jawapannya dalam Birthday Siapa Paling Havoc?
"Tak salah awak target untuk pandai dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan membantu awak untuk mempelajari lebih banyak ilmu di dunia ini," ujar Hannah.
"Tapi... Susahnya Hannah. Saya rasa saya tak boleh..." keluh Syana.
"Jangan putus asa... Yang penting awak usaha! Kita sama-sama usaha, ya?" Hannah memberi kata semangat.
Syana mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara suatu nanti. Namun, kelemahannya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris membuatkan dia sering resah memikirkan impiannya itu. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Firha dan Jueza yang sering memperlekehkan dirinya. Mujur ada Hannah, kawan baiknya yang sentiasa memberi dorongan.
Tetapi dalam masa yang sama Syana terpaksa berhadapan dengan kesusahan hidupnya setelah penceraian berlaku antara ibu dan ayahnya. Kadangkala dia berputus asa dan hilang fokus untuk terus berusaha. Bagaimana Syana mengatasi segala masalah yang dihadapinya?
Dapatkah Syana dan Hannah sama-sama mencapai impiannya itu?
Bola Sepal merupakan sebahagian daripada hidup wira, Bob, Guna, Along dan Joe. Mereka bersahabat baik dan bekerjasama dalam satu pasukan. Mereka juga mempelajari sesuatu yang berharga dalam hidup mereka daripada sukan yang digemari Seantero dunia ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai ranjau. Rintangan dan dugaan, mereka tetap utuh bersama. Tetapi, adakah semua ini kekal sehingga ke akhirnya?
"Kau ingat senang ke nak masuk Piala Dunia??? Kalau kau lembik macam ni, kau tak boleh pergi mana-mana lah!"
"Saya minta maaf abang Bard, saya janji tak buat lagi. Saya janji! Percayalah saya!"
"Wah, kau dengar tak tadi? Mereka nak jemput kita ke akademi mereka! Awesome!"
"Alamak, berat badan Qiy dah naik! Macam mana ni??" tempik Qiy apabila berat badannya telah berubah angka! Kegusaran tersebut telah dikongsikan kepada Farah, Tyra, Shanel, Yoona dan Yuri. Pelbagai cara mereka lakukan untuk membantu Qiy menurunkan berat badan. Ditambah lagi dengan mulut jahat Zereena yang sering mengejeknya, membuatkan Qiy semakin tertekan!
Oleh itu, Qiy tekad untuk menyertai Charity Run. Qiy harus kekal fit untuk sihat! Zereena yang melihat Qiy begitu bersungguh-sungguh untuk menurunkan berat badan telah merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan Qiy untuk kembali cergas!
Bagaimanakah hidup, andai semua yang anda kenali tidak akan mengingatimu lagi apabila waktu melintasi pukul 12.00 tengah malam.
* * * * *
Dia adalah pemuda yang hidup dalam sumpahan. Dia telah hilang segala-galanya – keluarga, sahabat, dan masa depan kerana dunia akan melupakannya setiap kali hari berganti
Dia berusaha meneruskan kehidupan bersama-sama seekor kucing calico sebagai peneman. Satu insiden menemukannya dengan seorang gadis yang mempunyai sindrom hyperthymesia yang dapat mengingati dirinya biarpun detik 12.00 tengah malam berlalu.
Dia menyangkakan doanya telah termakbul, dan sumpahannya akan berakhir dengan kemunculan gadis itu, namun sebenarnya ia merupakan satu permulaan kepada masalah yang lebih besar.
Daripada seorang manusia yang dilupakan, dia kini menjadi buruan. Dan mereka sanggup membuat apa sahaja demi menangkapnya.
"Semua superhero yang awak sebut tu, tak wujud kan? Saya ada superhero yang betul-betul hebat! Bukan hebat je, mereka pernah wujud suatu ketika dulu!"
Semua orang mengimpikan untuk menjadi sehebat superhero yang ada di dalam filem. Siapa je yang tak suka superhero yang gagah, ada kuasa luar biasa dan hebat kan? Tapi, ada seorang superhero yang sangat berani bertarung di medan perang! Semua musuh gentarkannya sehingga dia mendapat gelaran Saifullah atau pedang Allah! Nak tahu apa lagi keistimewaan superhero Islam yang hebat ini?
"Tapi kawan-kawan Adam ejek Adam 'kicap' sebab kulit Adam gelap, Adam tak sukalah ibu!" jawab Adam dengan wajah yang muram.
Ergh! Down betullah Adam rasa. Memang kulit orang gelap ni asyik kena ejek ke? Nasib baik ada seorang kawan Adam tu, selalu back up Adam. Dia yang kata, zaman nabi dulu... Ada seorang lelaki berkulit gelap yang paling disayangi nabi. Lelaki tu, istimewa. Walau dia masih di dunia, tetapi derapan tapak kakinya dah terdengar di syurga! Fuyoh, hebat betul kan?!
Siapa lelaki tu? Apa amalan lelaki tu? Dan, boleh ke Adam jadi macam dia?
Populariti atau prinsip?
Iffah sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi pusat perhatian, termasuklah dengan meniru dalam peperiksaan! Namun, berlaku satu insiden di sekolah yang akhirnya mengubah hidup Iffah. Dalam kekecewaan, Iffah bertemu dengan Anis, seorang gadis yang menceritakan kisah sumayyah, wanita Islam pertama yang syahid mempertahankan imannya.
Tersentuh dengan keikhlasan Sumayyah, Iffah nekad untuk berubah. Tetapi, perjalanan hijrah Iffah tidak semudah yang disangka! Rakan-rakan Ifah juga mula menjauh dari Iffah!
Adakah Iffah ikhlas untuk berubah? Mampukah Iffah mencontohi semangat dan keteguhan Sayiditina Sumayyah?
"Tapi Arif tak boleh jauh daripada Ummi dan abah. Arif takut. Macam mana kalau ada hantu?"
"Kita ni pemimpin yang Allah ciptakan, sebaik-baik kejadian. Arif perlu jadi kuat dan berani seperti Khalifah Sayidina Umar al-Khattab r.a..."
Arif, seorang yang penakut dan sering dibayangi oleh 'hantu' sukar berjauhan dengan keluarganya. Namun, kata-kata Ummi yang mengispirasinya untuk menjadi lebih berani. Tetapi ketika Arif berpindah ke sekolah berasrama penuh, ketakutannya kembali menghantui!
Berjayakah Arif mengatasi ketakutannya dan berubah menjadi seorang yang berani seperti Khalifah Umar al-Khattab r.a?
"Aiman dah cuba tok, tapi Aiman memang suka makan!"
"Aiman tak boleh macam tu. Aiman perlu contohi sikap Abu Hurairah yang sanggup mengikat batu pada perutnya demi menahan lapar."
Aiman dan makan memang tak boleh dipisahkan! Namun, melihat keadaan kesihatan Aiman yang semakin merosot, ibu dan ayahnya memutuskan menghantar Aiman ke madrasah. Tetapi, berlaku satu insiden di mana Aiman telah tersesat di dalam hutan! Aiman terpaksa berdepan dengan kelaparan dan ketakutan seorang diri!
Mampukah insiden ini mengubah Adam menjadi tekun seperti Abu Hurairah atau sebaliknya?