{ Code : NVF3-A/B/C/D-XX }
Year Published
A - 2026 | B - 2025 | C - 2024 | D - 2023 and older
Putera Malik, pewaris takhta Emberfall, bergelut untuk membuktikan dirinya layak sebagai pemimpin selepas kemangkatan ibundanya, Permaisuri Nedaya. Kesedihan ayahandanya, Raja Ignatus turut membekas dalam jiwanya... dan kehilangan itu terus menghantui dan membebaninya.
Bencana mula mengintai Emberfall. Aktiviti perlombongan di Vulkara terhenti sepenuhnya, pelabuhan Ignisport diserang lanun, dan ladang-ladang di Nyala musnah disabotaj. Semua ini menuntut tindakan pantas seorang putera yang masih mencari keyakinan diri.
“Bangun, Putera Emberfall. Kalau kau mahu menjadi raja, kau harus terima kenyataan ini – kau masih lemah. Tetapi kelemahan bukanlah pengakhiran. Ia hanya permulaan.”
Dalam Arkanis: Bara Emberfall, sebuah gamebook epik fantasi, anda akan membantu Putera Malik dalam misinya untuk menjadi putera yang disegani dan mendapatkan semula kepercayaan Raja Ignatus terhadap dirinya, di samping mempertahankan kerajaan daripada kehancuran.
Setiap keputusan yang anda lakukan akan menentukan nasib Putera Malik dalam berdepan dengan musuh yang kejam dan menjaga keamanan kerajaan Emberfall.
Adakah anda dapat membuat keputusan yang tepat dan membimbing Putera Malik sehingga berjaya atau akhirnya tersungkur gagal di tengah jalan?
Pilihan di tangan anda!
Kurashan, Satwa Kura-Kura berusia 15 tahun, bersama ayahnya sedang mencari bahan lentur yang berharga di kawasan Air Terjun Posi-Sipo. Namun, misi mereka bertukar menjadi detik penuh cemas apabila diserang oleh seekor runang yang ganas! Nasib baik mereka diselamatkan oleh Zam, seorang Siswaka Senkani yang sedang bertapa.
Kehandalan Zam bertarung meninggalkan kesan mendalam dalam diri Kurashan. Kekaguman itu membangkitkan keinginannya untuk menjadi seorang siswaka seperti Zam, agar dia mampu melindungi perniagaan keluarganya daripada ancaman penjahat. Namun, pada masa yang sama, Kurashan berdepan dilema besar – ayahnya amat mengharapkan dia menjadi pewaris lentura seterusnya, seorang pakar dalam menghasilkan senjata dan alatan luar biasa.
Masa depan Kurashan kini di tangan anda. Anda bakal menentukan jalan mana yang Kurashan akan pilih, sama ada menjadi siswaka yang perkasa ataupun lentura yang berkemahiran magis.
Que membesar dengan cerita pengembaraan Tok Zam yang epik - misi perisikan di puncak Gunung Lang Rimau, bertarung dengan Kraken di Segara Sangkala, dan menjelajah ke Benua Tengah Sahara.
Semua itu terasa seperti cerita dongeng bagi Que sehinggalah Varnak, makhluk dengan rupa mengerikan, menculik Tok Zam dan membawanya ke sebuah dunia misteri. Que tanpa sengaja telah terjebak dalam sebuah pengembaraan yang lebih gelap!
"Aku di mana sebenarnya?"
Dalam Arkanis: Legenda Buana, sebuah gamebook epik fantasi, anda akan membantu Que dalam misinya yang penuh dengan cabaran - menyelamatkan Tok Zam, merungkai misteri penculikan, dan mencari jalan pulang ke Bumi.
Setiap keputusan anda bakal menentukan nasib Que dalam berdepan dengan perangkap berbahaya dan musuh yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang.
Adakah anda boleh membuat keputusan yang tepat dan membimbing Que sehingga berjaya atau akhirnya tersungkur gagal di tengah jalan?
Pilihan di tangan anda!