{ Code : NVP1-A/B/C/D-XX }
Year Published
A - 2026 | B - 2025 | C - 2024 | D - 2023 and older
"TOLONG SAYA... 203/6... HIROSHI!"
Nota misteri yang ditemui di dalam beg Mia membawa duo detektif hijabista ini menyusuri satu misi yang sangat menakutkan! Siapa sangka, di sebalik nombor rumah biasa itu tersembunyi sebuah rahsia yang begitu kelam?!
JANGAN PERCAYA SESIAPA!
Mia dan Kia kini berdepan dengan seorang psikopat licik yang mampu memanipulasi sesiapa sahaja demi mencapai agendanya. Setiap langkah mereka di rumah 203/6 mengundang bahaya... Mereka perlu bergerak cepat untuk menyelamatkan Hiroshi, atau nyawa mereka juga akan tamat di tangan penculik gila ini! Satu saja kesilapan... Mereka mungkin tidak akan keluar hidup-hidup!
Krekk... Krekk... Aaarghh!! Tak salah lagi! Mia nampak hantu jendela itu! Berambut panjang dan mempunyai kuku tajam... MENCAKAR-CAKAR JENDELA!
Duo detektif hijabista kini dibelenggu misteri gangguan hantu jendela di rumah rehat milik Mak Su, Seri Villa. Gangguan ini menghantui ramai tetamu dan membuatkan para pekerja katakutan...
Hah?! Bilik penginapan pula dipacah masuk? Banyak barangan pula hilang? Kalau diperhatikan... ada kesan tapak kaki aneh di bilik tersebut. Inikah tapak kaki hantu jendela itu? Apa yang sebenarnya hantu jendala itu cari?
Jika kejadian pelik ini berterusan, tetamu akan bertambah takut dan Seri Villa pasti akan menjadi sepi. Hmmm, siasatan perlu dimulakan! Tetapi, dapatkan Mia dan Kia menyingkap misteri hantu jendela ini sebelum mereka menjadi mangsa yang seterusnya?
Di tengah-tengah hutan... bayang-bayang hitam bergerak... mengintai Sen keong di celah-celah pohon. Betulkah apa yang dia lihat itu sebenarnya... Lembaga Hutan?!
Hakim, Sen Keong dan Muthu tidak henti-henti dihantui oleh pelbagai kejadian aneh sepanjang perkhemahan di Bukit Bongkah, mereka mula mengesyaki bahawa cerita tentang penunggu hutan ini mungkin bukan sekadar mitos...
Situasi bertambah cemas... Hakim tiba-tiba hilang! Adakah Hakim dalam bahaya? Mungkinkah ini angkara lembaga hutan itu?
Mahu tidak mahu, Sen Keong dan Muthu mesti memberanikan diri dan mula menyiasat keberadaan Hakim! Dapatkan detektif-detektif cilik ini menyingkap misteri lembaga hutan tersebut sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku?
Bila malam menjelang... Penunggu lorong gelap pun menyerang! Kemunculan penunggu misteri di lorong kawasan perumahan Hakim, Sen Keong dan Muthu mula menghantui para penduduk. Dengar-dengar... Penunggu itu boleh berubah wajah!
Sejak kemunculan entiti misteri itu, kes rompakan di kawasan perumahan mereka meningkat secara mendadak. Hakim dilanggar oleh sebuah Jip dan rumahnya juga hampir dipecah masuk! Kenapa Hakim pula yang asyik menjadi sasaran? Adakah semua ini angkara penunggu itu?!
Hakim, Sen Keong dan Muthu tak akan berdiam diri dan akan berdiam diri dan akan mula menyiasat. Namun, mampukah mereka terlepas daripada bahaya sepanjang penyiasatan dan dapat membongkarkan Misteri Penunggu Lorong Gelap?
Misteri kemunculan van hitam mengemparkan dan menakutkan penduduk Kampung Selasih. Van hitam itu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan van yang terjunam ke dalam gaung dan mengorbankan lima beranak 25 tahun lepas. Van hitam yang dikatakan berpuaka itu memerlukan 'korban' setelah sekian lama 'menyepikan diri'
*****
"Baru kejap! Aku baru nak pergi surau. Tiba-tiba aku nampak ada sebuah van. Lampu bernyala, tapi tiada orang dalam van tu. Van tu warna hitam. Tiada nombor pendaftaran pula tu. Sama macam van yang terjunam dulu tu"
"Kalau bukan penunggu tu, kenapa pula van hitam tu muncul selepas sekian lama menghilang? Ni, lain tak bukan, penunggu van hitam tu mahukan korban. Sebab tu banyak haiwan hilang!"
Dapatkah Hakim, Sen Keong dan Muthu menyelesaikan misteri yang melanda Kampung Selasih?
"Sejak hantu itu muncul, kami tak berani keluar malam lagi. Rupa hantu itu memang menyeramkan. Penuh bulu dengan mata yang merah. Tak ubah macam.. Mawas gergasi!" ucap Mira dengan wajah yang ketakutan.
Berkurung! Itulah langkah terakhir yang boleh penduduk Kampung Bukit Irau itu lakukan apabila tibanya waktu malam. Tambah-tambah lagi apabila jam menunjukkan pukul tiga pagi. Ada yang memanggilnya Mawas Gergasi. Ada juga yang memanggilnya Hantu Jarang Gigi.
Apapun gelaran hantu itu. Ia tetap menimbulkan mistik menjelangnya pukul tiga pagi. Apa yang diburu oleh hantu yang tidak berwajah itu? Mampukah detektif hijabista menyelesaikan kes penuh misteri ini?
Roh askar Jepun mengganas??? Tak semua yang akan percaya... Ada yang kata, apabila waktu malam menjelang, kedengaranlah tapak kaki askar jepun berkawad. Tak cukup dengan itu, ada juga yang nampak kelibat askar Jepun merayau-rayau tanpa kepala! Sebab itulah, tiada seorang pun penduduk kampung berani untuk mendekati kubu itu. Tapi, Hakim dan rakan-rakan ada pendapat yang tersendiri. Mereka harus siasat. Benarkah kubu itu betul-betul berpuaka???